Sunday, November 17, 2013

Our Journey: Tanjung Kepah,Lekir

Assalamualaikum,

Beberapa minggu lepas,(dah berkepuk) Aku,mak dengan abah pergi memancing.Kalau ikutkan plan,kitorang nak pergi Cameron.Al-Maklum lah,abah cuti 2 hari,tu yang ambik kesempatan.Disebabkan hari sabtu berturut-turut hujan,maka plan pergi Cameron cancelled.Ade hikmah la tu kenapa kitorang tak jadi pergi Cameron.Sebab dah tak tau nak buat apa,abah ajak kitorang pergi memancing.Mmmm..dah lame tak pergi mancing.

Lepas Zohor kitorang pergi Tenjung Kepah,Lekir.Tak jauh ponn,dekat je,dalam 20 minit sampai la.Tak ramai pun orang mancing,mungkin aktiviti memancing adalah bukan aktiviti yang sesuai time gaji keluar.Daripada pergi memancing,baik diorang pergi lepak AEON kan??Dalam masa yang sama nampak ade orang menjala naik bot









Abah adalah tukang balik umpan sebab balingannya adalah lebih jauh berbanding aku dengan emak yang kurang mempunyai tenaga.Abah guna umpan sotong dengan udang.Alhamdulillah walaupun tak dapat ikan besar,at least dapat la ikan kecik.Mak selamber je cakap "nanti ikan ni boleh masak untuk bekal hang esok" . Pasrah je la.Tengah duk best-best mancing,dari jauh kitorang nampak awan hitam.Seberang laut dah hujan,memang cantik pemandangannya.Lepas tu abah terus kemas pancing dan ajak kitorang balik sebab takut ribut.Laut ni tak boleh diduga.


hujan di seberang sana


On the way balik,abah ikut jalan kampung.Jauh jugak la ikut jalan kampung ni.Bukan apa,kitorang seronok tengok rumah kampung.Jangan disangka rumah diorang ni kecik,sebanarnye besau-besau!!! Abah telah suarakan hasratnye nak pergi Tokong Cina.Aku pelik pasal nak pergi tengok tokong cina tu?? Rupanya-rupanya itu itu adalah tokong yang besar di kasawan Manjung.Dan yang paling pelik,macam mana dalam perkampungan orang Melayu Islam,boleh ada Tokong Cina??Bila time diorang sembahyang,siap ada bawak rombongan bas.Besar sungguh penangan tokong ni.Ini semua politik la ni.Tokong ni dibina berhadapan laut.Memang cantik sungguh pemandangan kat sini.







tokong ni berhadapan dengan laut




Kitorang ade kat kawasan tokong tu dalam 10 minit jek.On the way balik,kitorang lalu depan rumah cik radhi (bukan radhi OAG).Die ni lebih kurang sedara bapak aku.Dah alang-alang lalu depan rumah die,tanpa segan silu,kitorang pun singgah la rumah die.Dah la 5 tahun sekali baru nak datang (ayat perli). Best je lepak bawah pokok pelam sambil makan meehun sup.Langkah kanan katanya.Maghrib pun bawah pokok pelam.Astaghfirullah...

Sembang punya sembang,sampai tak sedar dah nak masuk waktu Isyak.Kitorang pon beransur pulang.Sebelum balik,cik radi bekalkan kitorang pelam telor.Alhamdulillah,rezeki lagi.Jauh betul perjalanan aku pada hari tu..









Sunday, October 20, 2013

Kawan,Sahabat,Rakan

Assalamualaikum,,

Hari ni aku nak share sikit pasal member-member rapat yang telah menceriakan hidup aku.Boleh dikatakan mereka ini adalah sahabat susah dan senang.Bukan senang nak cari kawan-kawan macam ni.Memang tak dinafikan kadang-kadang akan ada perbalahan,tapi tu biasa lah.Kalau tak pernah bergaduh,tu bukan kawan baik.Tapi tu kawan yang poyo.

Aku jumpe kawan susah senang time belajar kat MRSM dan UiTM.Masa aku budak-budak dulu semua orang duk sibuk and poyo cakap pasal kawan baik.Sumpah aku memang tak de kawan baik.Macam poyo je kan.Nak pergi mana-mana nak berkepit jek.Pastu nak buat geng.Memang poyo la kan.Aik ter'emo' la pulak..

Aku ni susah sikit nak mesra and nak cari kawan baru.Tambah-tambah pulak dengan keadaan muka aku yang poyo ni.Lagi nak orang tak nak dekat dengan aku.Aku ni memang suka buat muka nak mintak penampor jepun.



muka suci kami bertiga


Actually ni la kawan susah senang aku time kat UiTM.Sehingga sekarang kami masih berhubung dan berkawan baik.Bayangkan,sekejap je masa berlalu.Dalam tak sedar dah hampir 9 tahun kami berkawan.Seorang di antara kali telah berkahwin dan baru saja bergelar seorang ibu.Tahniah beb.Yang lagi 2 orang ni tak tau la bile.InsyaAllah sebelum umo 30.




sila abaikan muka aku yang berminyak tuh




tiga sekawan


Alhamdulillah,akhirnya penat jerih kami bertiga terbalas.Kami dah dapat segulung Diploma.Thanx wa & umi.Tanpa korang,aku akan jadi kera sumbang.Terima kasih sebab berkawan dengan aku.Korang dah banyak tolong aku time aku susah.Semoga hubungan persahabatan kita ni akan berkekalan.InsyaAllah..




menyorok belakang orang kurus


Fasa diploma aku dah tinggalkan.Ni pulak adalah fasa time degree dekat Shah Alam.Aku ni sebenarnye ambik degree kat Uitm Melaka.Wa dengan Umi dapat UiTM Shah Alam.Maka kami telah terpisah.Aku dengan wawa ambi kos yang sama & Umi ambik kos lain.Aku stay kat Melaka 2 semester jek.Sumpah memang aku stress time kat Melaka.Bukan stress dengan studies,tapi stress dengan kawan-kawan.Disebabkan aku ni boleh dikatakan mempunyai hati kering,maka aku telah ambil satu tindakan yang drastik.Aku ambil keputusan untuk pindah ke Shah Alam.Haa,,aku pon tak sangka yang aku boleh buat macam tu.Hebat kan aku??!!

Permohonan aku telah berjaya!!!Dengan rasminya aku telah manjadi pelajar UiTM Shah Alam.Merasa jugak la aku study & merasa environment kat sana.terima kasih sekali lagi kat wawa.Kat sana aku berkepit jek dengan dia.Dia banyak tolong aku.Thanx wa...



diner last sem kat UiTM Shah Alam




MRSM Balik Pulau


Ini pulak kawan aka roomate aku tme kat Balik Pulau.Sehingga sekarang kami masih berhubung.Dah 12 tahun kami kenal.Sedikit kagum sebab sampai sekarang kami masih berkawan baik.Die ni jugaklah la kawan travelling aku.Sebenarnye time sekolah aku takde la rapat sangat dengan die ni.Gitu-gitu jek,even die ni roomate aku.Oppss,sorry shairah.


Diner form 5

Persahabatan kami kembali terjalin bile dah habis studies dan ketika berada di alam pekerjaan.Mungkin time study dulu semua sibuk kot!!! Kami semakin rapat masa tahun 2011.Time tu kitorang plan nak pergi India sebab nak lawat member aku yang tudung merah ni (please refer picture di atas). Akmar ambik medic sebab antara kami ber4,die ni yang paling hardcore pandai.Time makan pon nak bace buku.Time tu rase nak tumbuk je perut minah ni.Sangat jahat aku ni.



Kami bertiga di India


Minah yang pakai tudung hitam tu name die wan (please refer picture di atas).Die ni pon roomate aku jugak mase kat mrsm.Sekarang die duk kat UK sebab sambung study.Sekarang die tengah mengandungkan anak yang ke2.Aku bangga dengan die sebab even die tengah pregnant,die masih ade semangat nak belajar..Mmm,,ni yang buat aku pon nak sambung study ni..Ok,sejak die dah kawin,die dah terkeluar dari list kawan travelling aku.Aku paham die ade banyak komitmen.Walaupon die dah duk kat UK,kami masih berhubung and one more thing,aku boleh terlupa birthday die last week.Sampai sekarang aku tak wish lagi.Hahahaha..


Kepada wawa,umi,wan dan shairah,aku harap hubungan persahabatan kita ini akan kekal.Sayang korang semua.Sebab korang la aku kenal dan tahu apa erti kawan baik.Walaupun kadang-kadang kita gaduh-gaduh manja,aku tetap sayangkan korang..


Ok la,sampai sini je entry aku pasal my BFF.Semoga kita bertemu lagi di lain entry..








Saturday, October 19, 2013

Our Journey : Pasar Kemboja

Assalamualaikum,,

Jangan salah sangka dengan tajuk entry aku ni.Pasar ni bukan kat Kemboja.Untuk sesiapa yang masih tak tahu,Pasar Kemboja di terletak di Parit Buntar.Pasar ni hanya beroperasi setiap hari Jumaat dan Isnin, jam 7000 pagi hingga 1200 tengah hari sahaja.Tapi kadang-kadang waktu perniagaan akan dilanjutkan mengikut kebanjiran pelanggan.Ewah ayat tak boleh hebat lagi.

Pasar ni dinamakan Pasar Kemboja sebab majoriti peniaga di sini adalah orang Kemboja.Kat sini ada perkampungan mereke sendiri.Mereka ni bukanlah pendatang haram,tapi mereka dah lama bertapak kat sini.Kalau nak datang shopping kat sini,adalah dinasihatkan supaya bayang cash money banyak-banyak.Jangan pulak korang datang bawak kad kredit korang yang bekeping-keping tu.

Kat sini langsung tak ada jual barangan orang lelaki.Sila jangan frust wahai kaum adam.Memang boleh gila babi kalau datang sini.Korang bayangkan semua barang yang dijual kat sini sangat murah kalau nak dibandingkan dengan kat harga kat luar.Harga baju kurung vietnam around RM60-RM70.Jubah yang kaler-kaler tu around RM50.Tudung jangan cakap la.Boleh gila kalau ikutkan nafsu.Atas nasihat emak,aku berjaya jugak la mengawal nafsu serakah aku ni.





Kalau  datang sini time nak raya konfem lagi best sebab gila-gila punye diskaun.Waktu perniagaan pun akan dilanjutkan sehingga lewat malam.Nak berjalan kat sini memerlukan daya ketahanan fizikal dan mental yang kuat.Seriously penat wooo!!!! Aku hampir give up.Abah siap kol banyak kali tanye dah siap ke shopping.Abah pon dah fedup menunggu.





Nampak tak kain yang ikat dengan tali yang kat bawah tu??Tu adalah untuk borong.


Baju yang kain macam harimau tu adalah emak aku.Sesiapa yang nak beli secara borong memang sesuai sangat datang sini.Lagi banyak korang borong,lagi murah.Ayat yang lebih educated,korang boleh ambik stok barang kat sini.





Kain telekung Vietnam pun ade dijual kat sini.Tak payah pergi jauh-jauh dah.Hehehe..Harga pon berpatutan.Macam-macam kaler ade jual.Pilih je la korang nak yang mana satu.Asalkan korang ade duit, tu dah cukup syarat dah tu.





Tengok tu,macam-macam jenis tudung ade jual at sini.Cakap je nak patern ape,semua ade kat sini.Main longgok gitu je.




Dalam pukul 1200,aku dengan mak dah give up.Energy kitorang dah low,tambahan pulak denagn cuaca matahari yang sangat panas,kitorang terpkasa balik.Kitorang window shopping jek.Hahaha.Eh eh tipu la kalau tak beli pape kan.Mak beli baju kelawar 3 helai jek.Dalam banyak-banyak benda,beli baju kelawar jek??!! Jadi la daripada tak beli langsung kan.

Then kitorang teruskan perjalanan pergi Penang pulak..Ok sampai bertemu lagi di lain entry.






Friday, September 13, 2013

Mak cakap...

Assalamualaikum,,

Rasa macam nak berkongsi cerita zaman kanak-kanak.Mesti mase kecik dulu korang rase stress je bile mak korang selalu marah korang sebab buat benda yang bukan-bukan.Tak cukup dengan tu kena paksa pulak buat benda yang korang tak suka.

Sebenarnya,bila benda-benda kecil ni dipraktiskan masa kecil,perkara ini akan jadi habitat atau tabiat bila kita dah besar.Kat sini aku nak share antara perkara yang mak selalu larang time kitorang adik beradik masa kecil.

Perkara 1
Lepas balik sekolah,mak selalu paksa aku mandi dulu sebelum makan.Dah la pergi sekolah jalan kaki,pastu konfem la lapar.Time tu dah terbayang masakan mak.Alih-alih bile dah sampai rumah kena mandi dulu.Memang stress.

Mengikut kajian pakar,kalau mandi lepas makan,perut akan jadi buncit.Tak tau la betul ke tak.Perkara ini dah jadi tabiat aku.Balik je dari keje tak kira penat atau lapar macam mana sekali pun,aku mesti akan mandi dulu.Baru segar,wangi dan bersih,

Perkara 2
Mak selalu marah kalau makan berbunyi.Mak cakap tak sopan.Aku macam pelik bila mak cakap macam tu.Macam mana nak makan kalau mulut tak bukak.Lepas tu aku tengok orang lain makan berbunyi jek.Nak tak nak,bile makan aku kena tutup mulut.Sampai ke besar aku amalkan benda ni.

Perkara 3
Mak selalu pesan sebelum abah balik keje,kitorang mesti balik rumah sebelum abah balik.Kitorang kena mandi dan jangan sepahkan barang mainan.Aku selalu marah bile mak pesan camtu.Kalau abah sampai rumah dulu sebelom kitorang,mampus la.Jawabnye kena makan rotan la.

Sekarang baru aku paham kenapa mak selalu cakap macam tu.Itu adalah cara untuk mendisiplinkan kitorang.

Perkara 4
Abah selalu pesan,jangan cuba-cuba nak ambik duit abah walaupon seposen.Lepas tu jangan suka-suka bukak beg duit orang.Kalau buat jugak,siap la abah kerjakan kitorangAkibat amaran abah,sampai sekarang kitorang adik beradik dah terbiasa.Walaupon nampak seposen atas meja,memang duit tu akan terbiar je kat situ.Kalau amount duit tu besar,lagi la tak berani nak ambik.Abah pon selamber je letak dompet die atas meja.Tak payah nak sorok bagai.

Perkara 5
Sejak kecil mak dah biasakan kitorang supaya letak baju kotor dalam mesin basuh.No bakul-bakul hokey.Kadang-kadang teringin nak ada bakul baju kotor dalam bilik.Style ala-ala omputih tu.Hihihi


Setakat ni je yang aku dapat kongsikan.Yang lain-lain tu benda simple je.







Thursday, September 12, 2013

Exam Lagi

Assalamualaikum,,

Nah,



Nampak tak ape yang sedang berlaku.Aku dapat panggilan dari SPA!!!First time dapat panggilan untuk position ni.Sila fokus item no 6.Tu yang paling best.Mmm aku konfem tak lepas stage BMI.Sangat kondifen kan.

At first aku memang taknak pergi.Tapi mak paksa aku pergi.Sebenarnya tu adalah alasan mak nak pergi jenjalan kat Taiping.Ok lah mak,Kakyu pergi.

Pagi tadi gerak dari rumah kol 5.30 pagi.Sepanjang perjalanan aku tido.Sedar-sedar je dah sampai Taiping.Ingatkan aku orang yang awal sampai kat pusat temuduga ni,rupa-rupanya ada yang lagi awal.Apsal dup dap dup dap ni??Alamak semua yang datang kurus-kurus belaka.Malunye nak turun kereta.Disebabkan mak bagi kata-kata semangat,aku pon pasrah je turun kereta.Sangkaan aku meleset,ramai gak badan yang saiz macam aku.Hahaha..(seronok plak)

Time nak tunggu taklimat,aku dengan ramahnya duk bersembang.Itulah takdir Allah.Aku dapat 2 orang kawan baru.Sorang nama Siti dan sorang lagi Anis.Seronok gile borak dengan diorang.Secara tak langsung terus tak nebes.

Ade beberapa step yang diperlukan untuk ujian fizikal ni.

Step 1: Penel akan berikan serba sedikit penerangan.Apa yang kena buat,bla bla bla

Step 2: Setiap calon akan diberikan borang ujian fizikal.Macam biase la kena tulis details (aku datang lenggang kangkung.Pen sebatang pon nak kena pinjam orang punya)

Step 3: Then calon akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Ini untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan

Step 4: Kena timbang berat dan ukur ketinggian.Kalau berat < 46 kg,secara automatik gagal.Panel memang takkan bertolak ansur.Lepas tu panel akan kira BMI.Aku memang tak lepas BMI.Hahaha

Step yang seterusnya aku tak berapa nak expert sebab aku lepas sampai step 4 je.Hikhik.Tapi kat sini aku nak share sikit berdasarkan pengalaman aku siang tadi.Panel akan suluh mata dengan torch light sebab die nak tengok ade pakai contact lense tak.So memang tak boleh nak menipu.Bile BMI dah lepas,akan ada ujian mata dan pendengaran.Bile stage ni dah lepas,korang kena serah badan korang (gurau je.hihi),Korang kena bukak baju sebab panel akan check badan korang.Tujuan untuk pastikan yang korang takde penyakit kulit atau ada besi dalam anggota badan korang.Macam ala-ala tentera.Then akan ada ujian berkawad.Ade la spesifikasi die.Panel nak tengok tangan lurus ke bengkok,lutut ok ke tidak dan sebagainya.Kemudia baru akan diadakan acara padang.Calon kena lari 6 pusingan padang,tekan tubi,larian pecut dan lompat jauh.

Aku dengan siti tak lepas BMI.Aku ni terlebih berat dan Siti kekurangan berat.Setakat yang aku tau,Anis lepas sampai ujian mata dan pendengaran.Aku tak sure die lepas ke tak peringakat seterusnya.You can do it girl!!!

Lepas setel semua,aku dengan mak ronda-ronda pekan Taiping.Ingat nak pergi singgah makan kat keaw teaw Dolly.Tapi sayangnye sebab Dolly start meniaga kol 2 petang.Then mak tukar plan.Mak ajak makan mee udang lagi!!! Kali ni nak singgah mee udang mak teh.Mak tak puas hati dan nak jugak makan mee udang mak teh.Entry semalam aku dah cerita kat sini (sila klik  mee udang mak jah ).

Not bad mee uang mak teh ni.Udang terasa manis dan kuah ade la rase mee udang.Kebersihan dan kesempurnaan kedai pon agak bagus.


















Di Kala Hujan

Assalamualaikum,,

Disebabkan bulan ini adalah musim tengkujuh,maka akan banyaklah kerja yang tertangguh.Tapi diingatkan,janganlah kita menyalahkan cuaca kerana inilah putaran alam.(cobaan untuk berpujangga)

Dari Subuh sampai ke tengahari hujan turun tanpa berhenti.Akibat sejuk,aku asyik terjaga.Nak bangun tutup aircond pon malas.Aku akan tunggu je sampai mak yang tutup aircond.Memang setiap pagi secara automatik mak yang akan tutup.Katanya membazir.Sebab dalam bilik sejuk sangat,aku pon angkut selimut aku dan tido atas kerusi.Aku nampak abah start enjin motor yamaha yang lampu bulat tu.Abah memang tak pernah pergi kerja naik kereta.Aku pon tak tahu kenapa.Abah sanggup redah hujan yang lebat semata-mata nak keluar mencari rezeki.(sedih)

Dalam tengahari aku tengok abah balik.Abah half day.Abah terus sibuk dengan ikan Arowana yang dah hampir setahun menjadi penghuni dalam rumah kitorang.Sambil abah duk sibuk dengan ikannya,tiba-tiba mak ajak abah pergi Taiping.Saja nak bejalan dan ade motif sebenarnya.

Disebabkan sepanjang perjalanan hujan,kitorang ronda-ronda je kat bandar Taiping.Dah sampai Taiping,memang tak sah kalau tak singgah pekena mee banjir Kuala Sepetang.Ni first time kitorang nak rasa mee udang banjir yang duk heboh diperkatakan.Orang kata sedappp sangat!!!Jom kita try.

Di tepi jalan memang ade 2 3 kedai tulis mee udang banjir.Aku ade nampak mee udang mak teh,mee udang tom yam & mee udang mak jah.Abah tak singgah pon kat gerai mee udang,tapi sebaliknya abah terus sampai ke pekan kecil cina.Aku rase tu dah penghujung kawasan.kitorang patah balik & Abah cakap nak singgah mee udang mak teh.Sampai je kat kedai tu,suasana langsung tak meriah.Langsung takde orang.Kan kedai ni pernah masuk JJCM.Then abah ajak pergi kedai mak jah pulak.Kat situ ramai jugak orang.

Memang besar kedai ni.So memang takde masalah nak cari tempat duduk.Dalam 5 minit selepas order di ambil,makanan sampai.Wow!! ini luar biase kecepatannya.Dengan rakus aku terus menghirup kuah mee udang.Rasanya sangat mengecewakan!!!Memang takde rase.Udang pon tak manis.Tawar semacam.Memang tak sedap macam yang digembar-gemburkan.Mahal pulak tu.Kalau sedap berbaloi la dengan harga makanannye.

Aku tak tau la kalau time kitorang pergi tu die lupe nak bubuh garam ke,tak pon time tu tukang masak die dah cabut lari ke kan.Memang ini la first & last time kitorang makan sini.Sedap lagi makan mee udang kat pantai remis.

Aku tulis entry ni bukan nak menjatuhkan bisness orang tu,tapi sekadar berkongsi pendapat.Harap dapat diperbetulkan di masa akan datang.Sayonara...







Wednesday, August 21, 2013

raya feast at lereno:Part 1

Assalamualaikum,,
Everything starts when Blake come to me.
blake :hey,are u busy?give me 1 to 10 me :1
blake : means nothing to do?
me : yes (stalking people at fb)
blake: you want party?
me : no
blake : no its serious.temasek plan to have party at our plant next week
me : what?but we are having our own raya feast on next next week.
blake: no its ok.i want u to work on it.
me : ok (annoying face)
i hate to organize party, event and everything like this thing.Bongokness.U like it or not but u still have to work on it.
I need to arrange everything but thank you friend because you are willing to help me.We make a deal that he will arrange for food,equipment and tent and I will arrange for the hamper, prize for karaoke competition.
And luckly i had settle everything.Hope that they will happy and satisfy with what we had planned..
Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, August 14, 2013

raya oh raya

Assalamualaikum,,

Pejam celik dah masuk raya ke-7 dah hari ni.Aduhai sekejapnya masa berlalu.Tapi kalau time bulan puase alahai,lambatnye masa berlalu.

Untuk kesekalian kalinya hari ni first time ade orang datang beraya.Tu pon kanak-kanak yang datang beraya.Tujuannya 1 je,nak kutip duit raya.

Kat office pulak semua orang masih dalam mood raya.Ramai lagi yang masih bercuti.Aku pulak tak de mood nak buat keje.Semua kerja aku buat lembab macam siput sedut.one more thing,punah diet aku.Asyik mengunyah je.Sampai lenguh mulut aku.Tak pe exercise mulut.

Raya tahun ni macam tak berape best sebab kurang berjalan...Mungkin raya akan lebih meriah bile masuk minggu kedua.Lagipon time tu dah abis cuti sekolah.Sekarang ni semua orang masih beraya di kampung masing-masing..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, July 31, 2013

Cuace oh cuace

Assalamualaikum,

Cuaca hari ni sangat panas dan terik.Rase macam nak pitam.Balik je terus bukak tudung dan melepek atas kerusi malas.Mak pulak suruh aku beli air kelapa.aduish malasnye nak kuar.Selamber je aku cakap malas.Then aku terus meluru masuk dalam bilik.

Dari dapur aku dengar mak jerit suruh aku beli jugak air kelapa.Malas betul.Tapu tak tau kuase super saiya yang mana satu tibe-tibe mendorong aku untuk mandi dan bersiap nak beli air kelapa.Feeling mak ade black magic.Sedar-sedar aku dah beli air kelapa.Dah alang-alang beli air kelape,baik aku beli kuih sikit.

Aku beli mihun sup dengan tepung pelita.Fuh panasnye tahap dewa.Aku terus balik,sampai rumah tukar seluar,pasang ekon,lompat atas katil,tulis blog sikit and now aku nak tido kejap.Im super duper tired.

krohhh...krohh...




Published with Blogger-droid v2.0.10

Aidilfitri secara sederhana

Assalamualaikum,

Ketika aku menulis enty ni,aku berada di office.Jam menunjukkan pukul 1030 pagi.Perut mula terasa sebu.Ni la gara-gara lepas sahur terus tido.Buruk perangai betul.

Owh ya,berbalik kepada tajuk utama,tahun ni aku tak beli baju raya pon.Bak kata member aku 'dah tua-tua ni malas nak shopping sakan untuk raya'.Takde la tua sangat kan,cuma feeling tu dah kurang sikit.Aku pakai baju kurung yang beli kat vietnam je (last year kan aku holiday sana).Aku ade lagi 5 pasang baju kurung yang tak pakai lagi.Tudung pulak tibai je tudung mak aku.Kasut aku dah beli 3 pasang sebelum puase hari tu.Aku beli kat Vern's sebab ade sale 70%!!!!.Gile tak beli.Bag pakai je beg prada aku tu.Bak kata mak 'tak payah beli bag baru kalau dalam tak de isi kan'.Sangat makan dalam kata-kata mak aku tu.

Ini pulak isu sensitip.Duit raya!!!!Duit untuk parents and siblings semua dah setel.Dah siap masuk dalam sampul lagi.Barape??Of kos rahsia.Ahh ini semua poyo.Ala setahun sekali je kan.Ape salahmye menabur kat dorang.Duit raye untuk sedara pon dah ade.Aku guna balance duit raya tahun lepas.Bajet baik punye.

Kuih pulak tak de hal sebab mak aku toke kuih.Aku ade jugak beli keperek tapi semua dah licin.Bukan beli nak bagi orang makan,tapi nak bagi adik beradik aku makan.Kakak yang baik kan aku ni.

Tu je la persediaan raya aku.Semua dah settle dan aku boleh tarik nafas lega.Risau jugak takut malam raya aku shopping sakan macam tahun lepas.Mak aku cakap aku macam orang gile sebab semua nak beli.Al-maklum la,malam raya kan boleh tawar menawar kaw kaw.

Aku nak pesan,jangan la shopping melampau sangat.Ingat lepas raya,kita pon nak kena makan jugak.Selalu lepas raya konfem poket kering.



Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, July 26, 2013

Anak and bapak

Assalamualaikum,,

Hari ni AEON ade buat sale.Aku dah plan nak pergi window shopping dalam pukul 11 pagi.Sementara nak tunggu rambut kering,aku pon bukak la FB.Tengah duk scrol,entah macam mana aku tertarik pada post popia bakar.Then terus pm cakap aku nak beli benda tu.

Akak tu buat COD area manjung dalam pukul 2 ke 3 petang.Ish tertunda program aku.Tak pe la,tunggu sekejap la.

Jam dah pukul 3.30 petang.Akak ni tak jadi nak jumpe aku kot.Then aku gerak nak pergi AEON.Dalam perjalanan akak tu mesej aku cakap die dah otw.Nasib baik aku tak sampai AEON lagi.

Lepas penat shoopping,aku singgah kedai beli air 7 up.Rase teringin pulak.Lepas setengah jam sampai rumah,abah pulak kol aku.Abah suruh aku beli air 7 up.Dengan berlagak aku cakap la aku dah beli.Abah macam sedikit terkujat.See instinct anak dengan bapak.Unplanned pon nak beli air tu.


Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, July 24, 2013

YB turun padang

Assalamualaikum,,

Cuaca hari ni tak berapa nak baik.Welcome home haze.Tekak mula rase gatal dan ini adalah petunjuk yang tak baik.Ok abaikan pasal cuaca hari ni.

Lepas balik kerja aku terus lepak depan tv dengan lengkap berpakaian pergi kerja.Mak pulak tengah bersiap nak pergi kedai.Line clear untuk aku mencekik di bulan Ramadhan ni.Ha jangan pikir bukan-bukan.Ini imaginasi aku yang kebudak budakan je.Mata aku mula la nak melabuhkan tirainye.Tiba-tiba aku dikejutkan dengan pekikan emak.Eh cepat pulak mak balik ke aku dah tido lame ni?

Mak tanye aku tak nak pergi bazar ke.Aku cakap malas sebab susah nak cari parking.Mak dengan rela menyerah diri nak jadi driver untuk pergi bazar.Jadi driver motor.Naik motor senang sikit.Aku ni memang tak reti bawak motor dan emak akan jadi driver aku hari ni.

Mak plan nak ajak pergi bazar kat belakang billion.Tapi aku ajak mak pergi bazar kat stesen bas sebab aku tak pernah pergi sane.Kat sane kitorang pusing sampai 2x sebab tak tau nak beli ape.At last aku beli sambal ikan bilis kacang dengan air tembikai.Mak beli karipap dengan cuq badak je.

Tanpa diduga mak ajak pergi bazar kat MPM pulak.Amboi sakan pulak mak aku ni.Hari ni mood baik la tu.Kat sane pon kitorang jalan sampai hujung bazar.Aku beli tauhu sumbat dengan teh ais.Mak tak beli ape-ape pon.Mak sekadar mencuci mata.

Bile dah sampai rumah,ni belom masuk rumah lagi,mak dah suarakan keinginan di hati.Mak cakap esok nak pergi bazar kat MPM sebab mak nak beli air mangga abang gaban.Mak cakap tadi ingat nak beli tapi macam membazir sebab aku dah beli macam-macam air.

Rupa-rupanya hari ni aku berbuka berdua je dengan mak.Nampak tak kat sini,anak ramai tapi kadang-kadang dalam keadaan macam ni aku rase bersyukur sebab aku boleh temankan mak.Hari ni abah balik kerja pukul 10 malam.Fami pergi tukar sport rim kereta dari pagi tadi.Hafiz pulak kerja.Maka tinggal lah aku dengan emak.

Hari ni mak telah meluangkan masa.bersama rakyat jelata dengan melawat bazar Ramadhan di sekitar Manjung.Bukan senang mak nak meluangkan masa bersama rakyat jelata.Hihihi...

Tuesday, July 23, 2013

Aku adalah Aku

Assalamualaikum,,

Jam tepat menunjukkan pukul 10 malam.Mmmm abah tak balik lagi.Tiba rase terpanggil nak menceritakan perihal keluarga aku.

Aku ni bukan anak orang kaya.Family aku biase-biase je.Abah aku pesara navy.Dah 10 tahun abah menamatkan perkhidmatan dalam tentera laut dan dalam bahasa lebih mudah adalah pencen.Tahu je la,dulu gaji penjawat awam sangat sikit.Aku ni anak sulung dan aku ada 4 orang adik.Aku banyak mengalah dengan adik aku walaupon kadang-kadang ade jugak aku buat perangai tengik aku.Aku rase aku ikut perangai abah.Degil,baran,kepala batu dan seagkatan dengannya.Bayangkan la dulu nak makan beger pon susah.Bile dah beli siap kena kerat 2 lagi.Hangin jek.Tapi bile ingat balik kelakar pon ade.Akibat sikap yang cermat ni,abah mampu beli rumah untuk kitorang sekeluarga berteduh.Ayat tak boleh blah.Hahaha..Walaupon rumah yang kitorang duduk ni tak de kolam renang,sekurang-kurangnya kitorang tak perlu menyewa dan merempat.

Kalau datang perangai bad mood aku,siap la.Aku mula la minta macam-macam yang melampaui batas.Bile tak dapat ape aku nak,aku mula la mengamuk kat situ jugak.Konfem korang pernah tengok budak kecik mengamuk kt aeon sebab tak dapat mainan.Siap baling-baling kasut kan.Aku macam tu la dulu.Teruk betul. Kadang-kadang dek nak mencover malu kat shopping mall akibat perangai buruk aku tu,abah akan beli apa aku nak.Tapi siap la.Balik rumah kena bantai dengan tali pinggang,tak pon rotan.Pastu mula la kuar ayat-ayat power.Janji dah tanak buat,tapi bulan depan buat lagi.Hahaha..Sekarang dah paham la sebab ape mak dengan abah tanak penuhi kemahuan aku.Daripada beli barang mengarut,baik beli barang dapur.Lagi satu perangai buruk aku,kalau aku tak dapat ape aku nak,aku akan sepahkan semua baju dalam almari.Termasuk la baju mak aku.Sangat jahat kan.Pastu nanti mak akan report kat abah.Then aku akan dapat habuan la.Tapi aku dah bersiap sedia.Boleh dikatakan badan aku dah tak lut dengan segala jenis rotan.Ewah.

Dulu time sekolah rendah,aku bawak belanje sekolah 30 sen je.Siap bawak bekal.Aku tak pernah beli makanan kat kantin sekolah.Mak cakap air minuman guna air paip.Makanan kotor.Boleh tahan mak aku punye psycho.Duit belanje sekolah aku simpan.Mak cakap kalau nak beli mainan,kena simpan duit belanje sekolah.Dari situ la aku belajar menyimpan.Memang susah dan perit wa cakap sama lu.

Adik aku yang no 2 pon menerima nasib yang sama dengan aku.Hahaha..Padan muke die.Die sampai pengsan kat sekolah sebab tak makan.Bekal yang mak aku bagi die tak makan.Die gune duit belanje sekolah beli komik.Ceh buat malu jek.

Tapi Alhamdulillah atas apa yang mak dengan abah dah psycho aku.Aku lebih menghargai barang yang aku beli dengan duit sendiri.Sekarang nak kata aku mewah,takde la.Tapi aku dah dapat ape yang aku nak sebelum aku kawen.Hihihi..Fami pon same jugak.Rumah fami dah nak siap.Aish,,(ayat jeles).Rumah aku lambat lagi nak siap.

Hari ni abah balik kol 10 kot.Ni first time dalam bulan Ramadhan ni abah tak berbuka sama kat rumah.Alhamdulillah sekarang kehidupan family aku lebih baik jika nak dibandingkan time kitorang kecik dulu.Generasi adik-adik aku sekarang sangat senang nak dibandingkan time aku dengan fami dulu.Dulu time belajar kitorang ambik ptptn sebab adik-adik yang lain semua kecik dan semua sekolah lagi.Abah tak mampu nak tanggung semua.Sekarang Alhamdulillah sebab dorang semua tak ambik ptptn.Abah yang cakap tak payah ambik.Kadang-kadang tu ade jugak rase jeles.Busuk hati betul.Harusla jeles kan sebab sekarang ape je diorang nak,mesti dapat punye.Hahaha.


Nanti aku story lagi pasal family aku.Tu pon kalau ade mood.




Friday, July 19, 2013

posto posto

assalamualaikum,,,

aku saje je nak share satu benda yang unexpected.happy pon ade.

a few days back aku ade email my full name & address kat sorang blogger yang amat lah hensem di abad ini.ni semua sebab aku nak die pos poskad bagi kat aku.

first thing in my mind was 'konfem aku tak dapat poskad tu'.aku ni memang suka fikir negatif.but at least aku try.

okey,balik keje tadi aku nampak ade sampul surat yang tertulis name aku.aku sangka kad kawen.sape pulak kawan aku yang nak kawen ni.aku pon ambik sampul surat tu,then main campak je atas katil.

tibe-tibe aku terpikir pasal abg eq (blogger yang terhensem di abad ini).apelagi terus lari masuk dalam bilik (over eksited) capai sampul surat.aahhhh (menjerit sorang-sorang macam orang gile).thank you so mucah abang eq sebab sudi bagi poskad tu kat saya.

terus tak boleh tido malam.


Sunday, July 14, 2013

Our Journey: Cameron Highlands

Assalamualaikum,,

cerita ni dah sebulan berlalu.tapi aku still nak bukak balik cerita lama.

aku tak tau member aku yang sorang ni mabuk ke ape.mase kitorang pergi johor,die duk sibuk nak ajak aku pergi jalan tempat lain.uss pon tak masuk lagi,dah sibuk nak pergi tempat lain.hahaha..die tengah mabuk nak berjalan.

at first die nak ajak aku pergi langkawi,tapi atas sebab yang tak dapat nak dielakkan,plan pergi langkawi cancel.ingatkan tak jadi nak pergi berjalan.sekali die ajak aku pergi cameron highlands.aku turutkan jek walaupon dah berjuta kali aku naik cameron.die ni pergi cameron last darjah 4.takpe la,aku pon dengan gembiranya temankan member aku ni.just image after 1 week pergi uss,kitorang pergi cameron.hihihi..emergency vacation.

member aku dah booking hotel.so aku just bayar duit and jadi pemandu pelancong khas untuk die.seronok jalan dengan die ni sebab die jenis tak kisah dan kitorang ni satu kepala dan merangkap soul mate aku.
kitorang tido satu malam je kat cameron.lagi satu malam kitorang tido kat ipoh.kalau ikut plan,nak tido 2 malam.tapi nak jumpe bff punye pasal,kitorang tido kat ipoh 1 malam jek.

Layan dulu picture masa kitorang honeymoon kat Cameron Highlands




















mmmm...dah lame tak jumpe akmar.minah ni pulak busy je mamanjang katanye.die ni doktor kat hospital ipoh.dalam masa yang sama,kitorang jumpe misya.misya pon doktor gak.misya ni pandai curi mase.husband die pilot,but at the same time they have their own quality time to spend with their daughter.sangat salute dengan this couple.

keesokannye kitorang check out,maka berakhirlah percutian kami.akmar plak pagi-pagi buta dah kuar pergi keje.owh lupe plak nak cite,malam tu akmar tido satu malam dengan kitorang.kitorang buat party.so die wajib join.hahaha..kesian die.dah la esoknye kena oncall.ade aku kisah??hahaha

until next trip we will meet up again.just wait.






Sunday, June 30, 2013

persediaan sebelum ramadhan

semalam mak ajak aku pergi menjengah mak ngah.dah lame tak pergi tengok die.pak ngah pulak dah 5 tahun meninggal.pak ngah merangkap abang kepada mak aku.pak ngah ade sorang anak kandung + 2 orang anak angkat lelaki yang tak berapa nak berguna.kesian anja (anak kandung pak ngah).sekarang anja dah form 5.aku tau die tertekan dengan kehidupan die.

tujuan penulisan aku bukan nak memburukkan sesiapa.tapi cuma nak berkongsi cerita kehidupan.

ade sesuatu yang pelik tentang mak ngah.dulunya boleh dikatakan keluarga pak ngah adalah keluarga yang berada.tapi sebab turutkan sangat kata mak ngah,pak ngah sampai terduduk sebab duit banyak habis untuk mak ngah.pak ngah sanggup berhijrah ke perak atas desakan mak ngah.time tu la bermula kehidupan baru.

musibah demi musibah asyik menimpa keluarga pak ngah.duit pulak menjadi masalah utama.pak ngah pulak dah tak boleh nak kerja sebab masalah kesihatan.Allah lebih sayangkan pak ngah.pak ngah meninggal sebab penyakit bengkak hati.

maka makin lebih susah lah kehidupan mak ngah.mak ngah ni tak pernah masak.asyik beli makanan kt luar je.sebab tu duit asyik tak cukup.tapi paling tak berkenan satu je.die ni langsung tak tau nak menjaga kebersihan.sangat2 teruk.bayangkan pinggan boleh dibiarkan kt singki sampai berkulat.macam mana pak ngah boleh tahan hidup dengan mak ngah.mak cakap pak ngah seorang yang sangat kemas dan pembersih.entah la.speechless dah ni.

banyak plak membebel.hihi..semalam kitorang pergi bagi barang dapur.kan tak lama lagi nak puasa.sekurang kurangnya diorang boleh jimat duit.barang dapur dah tak payah beli.bukan ape,mak cuma kesiankan anja.kebetulan semalam anja tak de kat rumah sebab die ade camping sekolah.dah la mak ngah ni bukan pembersih,pastu die boleh bela kucing sampai 10 ekor.kalau seekor boleh tahan lagi kot.masuk je rumah,bau tahi + hancing dah menusuk2 hidung.sumpah geli.aku dengan mak dah berpandang-pandangan.huh teruk betul kan.pening kepala sampai rase nak muntah.lepas sejam meluangkan masa,aku ajak mak balik.dah tak boleh tahan dah.

sabar la anja.InsyaAllah kehidupan mu akan berubah satu hari nanti

.

Saturday, June 29, 2013

Jerebu oh Jerebu

beberapa hari lepas beberapa buah negeri di malaysia telah dilanda jerebu.at first aku x kisah pon.kat tempat aku ok jek.aku x rase pon jerebu ni boleh mengganggu gugat kesihatan aku.sangat arrogant kan.

hari isnin hari tu time aku nk pergi keje aku rase macam kelabu je mate aku.alamak mata aku makin teruk ke?lama kelamaan baru sedar yang ni adalah jerebu.sebab tu pandangan kabur.time tu rase ok lagi.dah sampai kat opis baru terase macam sakit tekak and macam tak selesa nak bernafas.OMG baru sedar betapa bahayanya jerebu.at the same time rase macam berada di alam bunian gitu.berasap gitu.eksited plak sebab jerebu.

kemuncak paling teruk time hari selasa.ipu mencatatkan 333.ni dah tahap hazardous.time ni baru rase haza oh haze,please go away...

ops ni first time blogging gune phone.more easier.sambil baring pon boleh.now everything is on ur fingers.

Tuesday, April 16, 2013

Selepas 3 tahun...

Assalamualaikum,,

Tajuk entry tak boleh blah.Ape yang selepas 3 tahunnye??Selepas 3 tahun baru nak format laptop.Baru terbukak hati.Bukannya apa,malu la nak hantar laptop pergi servis sebab keadaan laptop aku ni menyedihkan.Nak beli baru,rase rugi la pulak kan..Aku pon bukannye pakai sangat laptop ni.Ewah,,terbelagak la pulak kan.

Lepas aku remove mane-mane picture yang tidak sepatutnye wujud,aku dengan rela bagi laptop aku kt Mirul.Aku cakap kat die buat-buat tak nampak je la ape benda yang ade dalam laptop aku ni.Die main angguk je kepala.Tak tau la kan.Budak lelaki ni mane boleh percaya sangat.Macam la budak pompuan ni baik sangat.Tetibe nak diskriminasi jantina pulak dah.

Ape aku merepek ni.Hari rabu last week aku bagi laptop aku kat Mirul."Ko buat la ape yang patut Mirul asalkan laptop akak ok" - Inilah kata-kata hikmat yang aku berikan pada Mirul.


laptop yang kelihatan sangat uzur


Selepas seminggu,akhirnye Mirul telah serahkan balik laptop aku ni.Hasilnya sangat memuaskan.Thanks Mirul sebab bersihkan dan kilatkan laptop akak.Terasa malu pulak sebab keadaan habuk kat laptop ni dah macam tahap ape entah.Infiniti.Dan Hasilnya,Taaaraaaaa...


Comel tak laptop kak ton  :)

Ape-ape pon aku sangat berpuas hati dengan ape yang telah dilakukan oleh Mirul.Thank u so much.bayaran pon murah gile.20 ringgit je.Naxt time boleh buat dengan Mirul jek.Malam ni boleh tido lena...


Byebye



Sunday, April 14, 2013

Exam,,exam

Assalamualaikum,,

Exam??Dah tua pun ambik exam??

Ni exam PTD la.For sure semua oarang tau apa itu PTD.Im just try my luck eventhough dah 3 times sit for this exam.Hahahaha..Just for fun.Lepas tu dapat  dapat sit exam kat different places.Semalam aku ambik exam kat Kolej Sains Bersekutu Sultan Azlan Shah,Tg Rambutan.First time pergi Tg Rambutan.Sampai sesat-sesat noks!!.Akibat sesat-mesat aku lewat half an hour.Dah tahap lambat gile.Luckily aku sempat ambik exam ni.

Tapi ade satu bnda yang aku tak puas hati.Dah la aku lambat,sekali penjaga exam bagi aku jawab soalan Mattematik.Whattttt...Matematik is section B.Suppose aku kena jawab section A first.Cinabeng betol.Korang bayangkan aku just ambik mase 15 minutes untuk jawab 40 soalan.Dengan ketua pemeriksa yang kerek nak mati.Sepanjang pengalaman aku,if korang datang lambat time nak ambik exam ni,korang akan diberikan masa lebih sebab pemeriksa berhati perut.Mungkin kali ni nasib tak menyebelahi aku.Aku aku dapat kertas soalan,one of the penjaga exam siap cakap "awak buat dulu,nanti pukul 10 lebih saya kutip"..Seeee,,die siap bagi aku lebih mase.Tapi yang kutip kertas jawapan aku is ketua pemeriksa.Die siap cakap "saya tak kan bagi lebih mase"..Lantak ko la,aku saje buat-buat lambat nak hitamkan butir-butir diri.Ramai jugak yang lambat dan paling sedih dorang tak sempat nak ambik exam untuk section yang first.Ketua pemeriksa boleh cakap "awak lambat,itu bukan masalah saya"..Helllooo,,ko tak rugi pape pon kalo ko bagi dorang sit for exam.

One more thing,time nak jawab essay,die boleh bagi separuh peserta jawab essay BM & separuh lagi essay BI.Memang bodoh tengin sebab kitorang boleh tanye peserta yang jawab essay BI,ape tajuk essay.Puiii,,ni la first time aku pergi exam PTD yang macam ntah hape-hape.Aku pon tak paham.Memang horrible terrible.

Paling tak disangka aku jumpe ex officemate.Aaauwwww!!! sangat best.Banyak betul benda yang kitorang borak.Aku bertukar-tukar soalan dengan die.Hahahah..Time die jawab essay BI,aku jawab essay BM.Nah,hambik kau.hahahahah...

Next time dah tanak lambat lagi.hahahaha...


Byebye




Tuesday, April 2, 2013

Promotion Party

Assalamualaikum,,

Ade orang tu nak belanje aku makan pizza sebab die baru naik pangkat.Bagus kan,dapat naik pangkat belanje kawan-kawan.Ha,,macam tu la "kawan".Thank you "kawan" sebab belanja makan."Kawan" ni memang bagus dan komited dan melakukan setiap tugasan yang diberi.Die ni jugak staff serba boleh.Bagi je la kerja ape,konfirm die akan cube selesaikan.Tapi jangan sesekali dijentik "kawan" ni,nanti die boleh bertukar menjadi Incredible Hulk.

Owh terlupa nak bagitau,"kawan" ni adalah produk MRSM Balik Pulau.Just like me,ehemmmm."Kawan" ni batch 1 uollss.Kire super super super senior aku.Sangat tua kan.Hahaha..

One more thing,hari ni kat opis ade cabutan undi untuk main kutu".First time nak main dengan officemate.Siapa yang nak tipu,akan ku santau individu tersebut.Ramai jugak yang join.Game ni dijangkakan habis sehingga Mei'14.Lame kan.Risau gak kalau ade yang cabut.Doa-doa tak de la yang buat perangai macam hanjing.Turn aku dapat duit bulan 6 ni.So heaven la sekejap kan..

Sebenarnye ade 5 orang je yang join party tak party ni.Individu yang tiada dalam gambar adalah "kawan" dan gadis camera.Oopss,sorry gadis camera.Ok la,enjoy picture party ni (bajet banyak gambar) .




Thank u "kawan"





Sunday, March 31, 2013

Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum,,

Kali ni nak cerita pasal Istanbul Aku datang.At first aku tak paham kenapa semua orang cakap cerite ni.Beto hensem la,Lisa comel la.Huh,,aku langsung tak berminat nak tengok cerite ni.Tambahan pulak Beto yang berlakon.Owh myyyy...Tak suka Beto sejak tengok die berlakon dalam cerita Juvana.Menyampah tengok mamat poyo ni.Entah kenapa tetibe tergerak hati nak ambil cerita ni dari dari adik aku.Huh,,tapi langsung tak teringin nak bukak.Adik aku duk cakap best giler citer ni.Huh,best ke??

Surprisingly!!!cerite ni sangat best ok!!!Menyesalnye aku tak layan time cerita ni tengah meletops.Aarrghhhh!!!!Ni yang terase macam nak pergi holiday kat Istanbul.Makan pasir la jawabnye.

Cerita ni mengisahkan seorang gadis yang nak mengejar cintanya di Istanbul.Boypren die study kat sane dan die plan supaya boypren die ajak die bertunang.Si gadis plak yang bersungguh kan.Sepatutnye lelaki yang buat plan.Diorang ni kira sweet couple sebab couple sejak zaman sekolah lagi.




Ini scene time Lisa baru sampai Istanbul.Untuk sementara waktu,die tinggal serumah dengan boypren die.Time ni dorang tengah dinner.Lisa yang masak semua makanan ni.Dah la comel,pandai masaka plak tu.Comel tu aku ade,tapi masak tak reti la.Hahahaha





Ni pulak scene dalam bilik tido Tomok.Si tomok ni pulak tak abis-abis suruh Lisa cari bilik sewa.Katanya tak manis perempuan duduk serumah dengan 3 orang lelaki.Alah,3 bulan je Lisa nak duk Istanbul.Lagi pon ni kan kat Istanbul.Bukan ade orang nak kisah pon.Asalkan tak buat apa-apa yang dilarang dalam Islam.




Ni pulak scene Tomok dengan Lisa dekat "U".Time ni kalau tak silap,time ni Lisa peluk Tomok,tapi Tomok marah sebab die cakap tak elok kalau orang nampak.Apelagi,si awek tarik muka la sebab si awek cakap mase kat KL dulu selamber je peluk and cium.Boleh pulak macam tu kan.

Lisa dengan bersemangat telah mencari bilik.Lisa ni seorang yang pembersih.Die tak suke keadaan yang kecoh-kecoh.Akhirnye die dapat sewa sebuah rumah yang cantik keadaanya.Die ingat die lone ranger.Tapi rupa-rupanya die ade housemate.Paling malang,housemate die lelaki (lakonan Beto)!!!!Lisa sebenarnye dah kena tipu.And now die dah tak de duit nak cari rumah lain.So terpaksa share rumah dengan Beto.Kalau aku,kan best.hahahaaha (gatal).




Ni scene time Beto perasan meggi asam laksa die dah hilang.Lisa yang makan meggi mee ni sebab Lisa dah kebulur sangat.Ape lagi,mengamuk la Beto.Lisa cakap die akan ganti.Tapi Meggi Asam Laksa hanya boleh didapati di Malaysia!!!!Kat Istanbul mane nak cari meggi asam laksa???




Time ni Lisa ajak Aizad cari meggi asam laksa.Walaupon mahal,Lisa still beli sebab die nak pujuk Beto.Die rase bersalah sangat sebab makan meggi si Beto.Suweettt kan???Lepas dapat meggi ni,Lisa bungkus meggi tu canttik-cantik dan letak note "say sorry".Time ni la Lisa napak kucing dalam rumah, then terus panjat belakang Beto sebab Lisa takut kat kucing.Beto pulak saje bawak kucing sebab nak takutkan Lisa.Dia nak lisa berambus dari rumah tu.Kesian Lisa




Ni scene lepas Lisa bergaduh dengan Tomok.Pergaduhan ni bermula time Tomok datang rumah Lisa,then nampak ade lelaki dalam rumah sewa Lisa.Tomok fikir Lisa dah buat perkara sumbang dengan lelaki lain.Lisa nak jelaskan perkara sebenar,tapi Tomok tanak dengar.Then Beto ajak Lisa pergi rumah Tomok sebab nak explain perkara sebenar.Kat rumah Tomok dah jadi perkara lain pulak.Beto dengan Tomok dah bertumbuk.Haishh,,then tetibe ade minah Istanbul datang rumah tomok and surprisingly she is Tomok's girlfren.Sentap la Lisa.Lepas kene tempek eskrem kat kepala,Lisa pon angkat kaki.





Time ni memang sedih sebab aku pon nangis.hahahaha..Scene ni memang menyerlahkan kemachoan Beto.Die boleh pimpim tangan Lisa and bawak pergi toilet.Guess what??Die cuci rambut Lisa yang kotor kene tempekan eskrem.Gile macho la.Pastu aku terus berangan nak boypren macam ni.Gile korea betol!!!



Suweetttt kan Beto...Love u Beto!!!





Keesokan harinya Lisa suarakan hasratnya nak balik Malaysia.Tapi sebelom balik Malaysia,Beto bawak Lisa jalan-jalan.Time tu la Beto dah mmula jatuh hati kat Lisa.Baru perasan Lisa ni comel kan??Mase tengah  jalan-jalan,si Tomok asyik call and text Lisa.Tapi Lisa reject call die.Lagi berbulu la si Tomok ni.Akhirnye Tomok dapat jugak jumpe Lisa.Tomok mintak peluang ke 2 dari Lisa.Die ajak Lisa kawen and die nak ikut Lisa balik Malaysia.Dalam masa yang sama,Beto sudah pendam perasaan kat Lisa.Keesokannya,before balik Malaysia,Lisa tak sampai hati nak jumpa Beto.Sebenarnye Lisa pon dah tangkap cintan dengan Beto.Memang tak disangka-sangka,akhirnya beto menyuarakan hasrat die.Beto tak mintak peluang kedua,tapi Beto hanya minta satu peluang.Suweeetttt kan??At last Lisa pilih Beto.





Wahai abang Beto,saya dah jatuh cinta dengan abang sejak saya tengok cerita ni.Hipokrit gile kan??Hehehehe..Since Beto berlakon dalam cerita ni,dari tak hensem,terus jadi hensem + macho.Good job Beto.Aku dah mula jadi peminat beto uuooollssss..Kipas susah mati Beto!!!!








Rock Ooo

Assalamualaikumm,,

Baru diberi kesempatan tengok filem Mamat Khalid.Aku tengok kat rumah je.Tu pon tetibe nampak dvd Rock Ooo kat atas meja.DVD original ok.Aku pon tak sure mane adik aku rembat.Aku layan cerita ni denganemmak.Emak memang peminat tegar filem Mamat Khalid.Entah ape yang best,aku pon tak tahu.

Cerita ni tak de la kelakar sangat.Biase jek.Aku tak de la ketawa sampai menangis ke.Aku hanya mampu tersenyum.Tang mane yang boleh mencapai kutipan berjuta-juta ringgit tu?Ewah pandai pulak aku kutuk filem orang orang kan.Dah la tengok free,pastu banyak songeh pulak kan (sambil lap hingus).


Ini adalah antara scene yang terdapat dalam filem ni.





Aku tak tau ape motip dorang berendam dalam tasik ni.





Dalam jamming room.




Sumpah geli tengok perot que haidar.Ini boleh dikatakan scene yang kelakar dan geli.



Kepada peminat-peminat filem rock,aku mintak maaf sebab mengata dan mungutuk filem ni.Ape-ape pon filem ni best untuk ditonton seisi keluarga.Tiada unsur ganas dan lucah....








Saturday, March 30, 2013

The Day


Assalamualaikum,,

Ewah-ewah,title tak boleh tahan.Sebenarnye tak ada idea nak tulis tajuk.Hari Jumaat  adalah penghulu segala hari.Hari ni jugaklah seorang cikgu di MRSM Balik Pulau telah menemui Ilahi.Sama-sama kita doakan semoga mama Yati ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Aminnn..

Apsal hidung aku ni sangat galak dalam menghasilkan hingus?Yek,geli la.Seriously tak selesa.Rase macam nak tanggalkan je hidung ni.Help mummy,,help!! (Ayat mengada).Hari ni jugak rase macam tak kerja.Macam  mana nak maju kalau hari-hari malas.Dengan selamber je hari ni aku keluar berjimba bersama  rakan se"department".Waktu lunch sepatutnya 1 jam.Tapi kitorang makan sampai 2 jam.Kalau part berjalan,serah kat aku.Aku memang suka.

Tadi sempat jugak kitorang singgah Aeon.Wah,ade sale.Malam ni aku mesti datang (omelan hati kecilku).Ya,akhirnya aku tunaikan omelan hati kecilku.Tadi dapat la beli 2 helai baju yang tak berapa nak mahal.Ok what,daripada tak beli ape kan.Hasil tangkapan yang menggembirakan hari ni adalah aku berjaya memebeli buah delima yang sangat perfect rasenye.Last aku dapat makan buah delima yang perfect macam tu time kat India dulu.Masih terasa kelazatan buah delima India.Yummeh,,







Tapi tadi nasib baik bawak cash sikit jek.Dapat la aku kawal nafsu serakah ni.Tapi bile dah balik rumah,mula timbul rase menyesal sebab sale tu hari ni je.Esok dah kembali normal.It'ok la ayu.Next time kite shopping lagi k.Hidung dah mule tersumbat ni.Arghhhhh.......





Tuesday, March 5, 2013

Cuzzie wedding


Assalamualaikum,

Sila pejamkan mata anda kerana kita akan kembali bulan February..Hehehehe just kidding.Tanggal 24 Feb 2013,sepupu aku telah selamat menikah dengan pasangannya.Sorry aku tak tau name bini die.Dengan itu juga die telah berjaya langkah bendul 5 orang sepupu die.Hebat kan budak ni.Bile tengok die kawen,macam senang je proses tu.Kitorang ni still tak kawen sebab duit tak cukup.

Dari A-Z,semua bapak die sponsor.Sangat best.Kalau aku,jangan mimpi la bapak aku nak sponsor.Ko nak kawen,pandai-pandai la ko cari duit.Aku kena cari lelaki kaya macam ni.Muaahhaaa..Mata duitan kan..





Pengantin lame





My cuzzie

Tengah best2 nak download picture,tibe-tibe ade masalah teknikal.Aik apsal camera aku ni?Lepas buat CSI,rupa-rupanya bateri camera habis.Ceh,potong betul la.Rase malas pulak na cas bateri.Ah,next time la.Sebenarnye memang banyak lagi picture aku nak upload.Jawabnye ni je la picture yang akan ade dalam entry ni.


Mood: tengah nak stalk someone kt FB.hihihihi..




PMC



Assalamualaikum,,


Huh,selesai jugak urusan hari ni.Aku dah usaha.Sekarang doa je supaya urusan aku dipermudahkan.Di kala petang yang panas ni,aku nak bercerita pasal PMC.

PMC adalah singkatan untuk Pure Marine Collagen.Merata-rata orang tengah sibuk perkatakan tentang hal ini.Aku memang tak berminat sebab macam leceh je nak sediakannyya.Kena masak berjam-jam.Tu memang bukan minat aku.

Tak tahu macam mana sekarang aku merupakan pengguna tegar PMC.Ops,takde la tegar sangat sebab baru makan dan guna selama seminggu.Aku beli yang ready made.Kan senang.Bayar dan terus ngap.PMC yang aku makan ni bau pandan.Mmm..harumnya,sebijik macam bau jelly kelapa.So takde la nak wek balik.

Bile aku makan PMC ni,aku terus telan.Aku pernah try kunyah-kunyah,tapi rase nak termuntah sebab aku terbayang rumpai.Geli betul,hahahaha








macam ni la rupe jellly yang aku makan.



Ade rumpai yang kaler purple.Tapi tak lalu nak makan sebab bau sangat hanyir.Yang kaler purple tu memang berkualiti tinggi tapi tak tahan bau die la.Sumpah busuk.









PMC yang kaler purple



Member aku cakap memang renyah nak sediakan PMC ni.Kena cuci betul-betul.Ala,tapi aku memang pemalas.Jatuh saham.hahahaha..Tapi memang ade kesan la makan PMC ni.Kulit rase best je.Selain makan,aku tempek PMC ni kat muke sebelum tido.Esok pagi baru cuci muke.Bile tempek kat muke,rase best je.Lebih kurang macam pakai mask.Muke akan rase sedikit tegang.

Kepada wanita-wanita di luar sane,aku syorkan pakai la PMC untuk mengekalkan dan mancantikkan kulit anda!!.Murah dan berbaloi.Tak payah nak cucuk-cucuk kolagen.Membazir duit jek.Nanti bile muke aku dah gebu,boleh la aku letak picture before & after.Muaahahaaha