Nah,
Nampak tak ape yang sedang berlaku.Aku dapat panggilan dari SPA!!!First time dapat panggilan untuk position ni.Sila fokus item no 6.Tu yang paling best.Mmm aku konfem tak lepas stage BMI.Sangat kondifen kan.
At first aku memang taknak pergi.Tapi mak paksa aku pergi.Sebenarnya tu adalah alasan mak nak pergi jenjalan kat Taiping.Ok lah mak,Kakyu pergi.
Pagi tadi gerak dari rumah kol 5.30 pagi.Sepanjang perjalanan aku tido.Sedar-sedar je dah sampai Taiping.Ingatkan aku orang yang awal sampai kat pusat temuduga ni,rupa-rupanya ada yang lagi awal.Apsal dup dap dup dap ni??Alamak semua yang datang kurus-kurus belaka.Malunye nak turun kereta.Disebabkan mak bagi kata-kata semangat,aku pon pasrah je turun kereta.Sangkaan aku meleset,ramai gak badan yang saiz macam aku.Hahaha..(seronok plak)
Time nak tunggu taklimat,aku dengan ramahnya duk bersembang.Itulah takdir Allah.Aku dapat 2 orang kawan baru.Sorang nama Siti dan sorang lagi Anis.Seronok gile borak dengan diorang.Secara tak langsung terus tak nebes.
Ade beberapa step yang diperlukan untuk ujian fizikal ni.
Step 1: Penel akan berikan serba sedikit penerangan.Apa yang kena buat,bla bla bla
Step 2: Setiap calon akan diberikan borang ujian fizikal.Macam biase la kena tulis details (aku datang lenggang kangkung.Pen sebatang pon nak kena pinjam orang punya)
Step 3: Then calon akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Ini untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan
Step 4: Kena timbang berat dan ukur ketinggian.Kalau berat < 46 kg,secara automatik gagal.Panel memang takkan bertolak ansur.Lepas tu panel akan kira BMI.Aku memang tak lepas BMI.Hahaha
Step yang seterusnya aku tak berapa nak expert sebab aku lepas sampai step 4 je.Hikhik.Tapi kat sini aku nak share sikit berdasarkan pengalaman aku siang tadi.Panel akan suluh mata dengan torch light sebab die nak tengok ade pakai contact lense tak.So memang tak boleh nak menipu.Bile BMI dah lepas,akan ada ujian mata dan pendengaran.Bile stage ni dah lepas,korang kena serah badan korang (gurau je.hihi),Korang kena bukak baju sebab panel akan check badan korang.Tujuan untuk pastikan yang korang takde penyakit kulit atau ada besi dalam anggota badan korang.Macam ala-ala tentera.Then akan ada ujian berkawad.Ade la spesifikasi die.Panel nak tengok tangan lurus ke bengkok,lutut ok ke tidak dan sebagainya.Kemudia baru akan diadakan acara padang.Calon kena lari 6 pusingan padang,tekan tubi,larian pecut dan lompat jauh.
Aku dengan siti tak lepas BMI.Aku ni terlebih berat dan Siti kekurangan berat.Setakat yang aku tau,Anis lepas sampai ujian mata dan pendengaran.Aku tak sure die lepas ke tak peringakat seterusnya.You can do it girl!!!
Lepas setel semua,aku dengan mak ronda-ronda pekan Taiping.Ingat nak pergi singgah makan kat keaw teaw Dolly.Tapi sayangnye sebab Dolly start meniaga kol 2 petang.Then mak tukar plan.Mak ajak makan mee udang lagi!!! Kali ni nak singgah mee udang mak teh.Mak tak puas hati dan nak jugak makan mee udang mak teh.Entry semalam aku dah cerita kat sini (sila klik mee udang mak jah ).
Not bad mee uang mak teh ni.Udang terasa manis dan kuah ade la rase mee udang.Kebersihan dan kesempurnaan kedai pon agak bagus.
No comments:
Post a Comment