Thursday, September 12, 2013

Di Kala Hujan

Assalamualaikum,,

Disebabkan bulan ini adalah musim tengkujuh,maka akan banyaklah kerja yang tertangguh.Tapi diingatkan,janganlah kita menyalahkan cuaca kerana inilah putaran alam.(cobaan untuk berpujangga)

Dari Subuh sampai ke tengahari hujan turun tanpa berhenti.Akibat sejuk,aku asyik terjaga.Nak bangun tutup aircond pon malas.Aku akan tunggu je sampai mak yang tutup aircond.Memang setiap pagi secara automatik mak yang akan tutup.Katanya membazir.Sebab dalam bilik sejuk sangat,aku pon angkut selimut aku dan tido atas kerusi.Aku nampak abah start enjin motor yamaha yang lampu bulat tu.Abah memang tak pernah pergi kerja naik kereta.Aku pon tak tahu kenapa.Abah sanggup redah hujan yang lebat semata-mata nak keluar mencari rezeki.(sedih)

Dalam tengahari aku tengok abah balik.Abah half day.Abah terus sibuk dengan ikan Arowana yang dah hampir setahun menjadi penghuni dalam rumah kitorang.Sambil abah duk sibuk dengan ikannya,tiba-tiba mak ajak abah pergi Taiping.Saja nak bejalan dan ade motif sebenarnya.

Disebabkan sepanjang perjalanan hujan,kitorang ronda-ronda je kat bandar Taiping.Dah sampai Taiping,memang tak sah kalau tak singgah pekena mee banjir Kuala Sepetang.Ni first time kitorang nak rasa mee udang banjir yang duk heboh diperkatakan.Orang kata sedappp sangat!!!Jom kita try.

Di tepi jalan memang ade 2 3 kedai tulis mee udang banjir.Aku ade nampak mee udang mak teh,mee udang tom yam & mee udang mak jah.Abah tak singgah pon kat gerai mee udang,tapi sebaliknya abah terus sampai ke pekan kecil cina.Aku rase tu dah penghujung kawasan.kitorang patah balik & Abah cakap nak singgah mee udang mak teh.Sampai je kat kedai tu,suasana langsung tak meriah.Langsung takde orang.Kan kedai ni pernah masuk JJCM.Then abah ajak pergi kedai mak jah pulak.Kat situ ramai jugak orang.

Memang besar kedai ni.So memang takde masalah nak cari tempat duduk.Dalam 5 minit selepas order di ambil,makanan sampai.Wow!! ini luar biase kecepatannya.Dengan rakus aku terus menghirup kuah mee udang.Rasanya sangat mengecewakan!!!Memang takde rase.Udang pon tak manis.Tawar semacam.Memang tak sedap macam yang digembar-gemburkan.Mahal pulak tu.Kalau sedap berbaloi la dengan harga makanannye.

Aku tak tau la kalau time kitorang pergi tu die lupe nak bubuh garam ke,tak pon time tu tukang masak die dah cabut lari ke kan.Memang ini la first & last time kitorang makan sini.Sedap lagi makan mee udang kat pantai remis.

Aku tulis entry ni bukan nak menjatuhkan bisness orang tu,tapi sekadar berkongsi pendapat.Harap dapat diperbetulkan di masa akan datang.Sayonara...







No comments:

Post a Comment