Assalamualaikum,,
Rasa macam nak berkongsi cerita zaman kanak-kanak.Mesti mase kecik dulu korang rase stress je bile mak korang selalu marah korang sebab buat benda yang bukan-bukan.Tak cukup dengan tu kena paksa pulak buat benda yang korang tak suka.
Sebenarnya,bila benda-benda kecil ni dipraktiskan masa kecil,perkara ini akan jadi habitat atau tabiat bila kita dah besar.Kat sini aku nak share antara perkara yang mak selalu larang time kitorang adik beradik masa kecil.
Perkara 1
Lepas balik sekolah,mak selalu paksa aku mandi dulu sebelum makan.Dah la pergi sekolah jalan kaki,pastu konfem la lapar.Time tu dah terbayang masakan mak.Alih-alih bile dah sampai rumah kena mandi dulu.Memang stress.
Mengikut kajian pakar,kalau mandi lepas makan,perut akan jadi buncit.Tak tau la betul ke tak.Perkara ini dah jadi tabiat aku.Balik je dari keje tak kira penat atau lapar macam mana sekali pun,aku mesti akan mandi dulu.Baru segar,wangi dan bersih,
Perkara 2
Mak selalu marah kalau makan berbunyi.Mak cakap tak sopan.Aku macam pelik bila mak cakap macam tu.Macam mana nak makan kalau mulut tak bukak.Lepas tu aku tengok orang lain makan berbunyi jek.Nak tak nak,bile makan aku kena tutup mulut.Sampai ke besar aku amalkan benda ni.
Perkara 3
Mak selalu pesan sebelum abah balik keje,kitorang mesti balik rumah sebelum abah balik.Kitorang kena mandi dan jangan sepahkan barang mainan.Aku selalu marah bile mak pesan camtu.Kalau abah sampai rumah dulu sebelom kitorang,mampus la.Jawabnye kena makan rotan la.
Sekarang baru aku paham kenapa mak selalu cakap macam tu.Itu adalah cara untuk mendisiplinkan kitorang.
Perkara 4
Abah selalu pesan,jangan cuba-cuba nak ambik duit abah walaupon seposen.Lepas tu jangan suka-suka bukak beg duit orang.Kalau buat jugak,siap la abah kerjakan kitorangAkibat amaran abah,sampai sekarang kitorang adik beradik dah terbiasa.Walaupon nampak seposen atas meja,memang duit tu akan terbiar je kat situ.Kalau amount duit tu besar,lagi la tak berani nak ambik.Abah pon selamber je letak dompet die atas meja.Tak payah nak sorok bagai.
Perkara 5
Sejak kecil mak dah biasakan kitorang supaya letak baju kotor dalam mesin basuh.No bakul-bakul hokey.Kadang-kadang teringin nak ada bakul baju kotor dalam bilik.Style ala-ala omputih tu.Hihihi
Setakat ni je yang aku dapat kongsikan.Yang lain-lain tu benda simple je.
No comments:
Post a Comment