Beberapa minggu lepas,(dah berkepuk) Aku,mak dengan abah pergi memancing.Kalau ikutkan plan,kitorang nak pergi Cameron.Al-Maklum lah,abah cuti 2 hari,tu yang ambik kesempatan.Disebabkan hari sabtu berturut-turut hujan,maka plan pergi Cameron cancelled.Ade hikmah la tu kenapa kitorang tak jadi pergi Cameron.Sebab dah tak tau nak buat apa,abah ajak kitorang pergi memancing.Mmmm..dah lame tak pergi mancing.
Lepas Zohor kitorang pergi Tenjung Kepah,Lekir.Tak jauh ponn,dekat je,dalam 20 minit sampai la.Tak ramai pun orang mancing,mungkin aktiviti memancing adalah bukan aktiviti yang sesuai time gaji keluar.Daripada pergi memancing,baik diorang pergi lepak AEON kan??Dalam masa yang sama nampak ade orang menjala naik bot
Abah adalah tukang balik umpan sebab balingannya adalah lebih jauh berbanding aku dengan emak yang kurang mempunyai tenaga.Abah guna umpan sotong dengan udang.Alhamdulillah walaupun tak dapat ikan besar,at least dapat la ikan kecik.Mak selamber je cakap "nanti ikan ni boleh masak untuk bekal hang esok" . Pasrah je la.Tengah duk best-best mancing,dari jauh kitorang nampak awan hitam.Seberang laut dah hujan,memang cantik pemandangannya.Lepas tu abah terus kemas pancing dan ajak kitorang balik sebab takut ribut.Laut ni tak boleh diduga.
hujan di seberang sana |
tokong ni berhadapan dengan laut |
Kitorang ade kat kawasan tokong tu dalam 10 minit jek.On the way balik,kitorang lalu depan rumah cik radhi (bukan radhi OAG).Die ni lebih kurang sedara bapak aku.Dah alang-alang lalu depan rumah die,tanpa segan silu,kitorang pun singgah la rumah die.Dah la 5 tahun sekali baru nak datang (ayat perli). Best je lepak bawah pokok pelam sambil makan meehun sup.Langkah kanan katanya.Maghrib pun bawah pokok pelam.Astaghfirullah...
Sembang punya sembang,sampai tak sedar dah nak masuk waktu Isyak.Kitorang pon beransur pulang.Sebelum balik,cik radi bekalkan kitorang pelam telor.Alhamdulillah,rezeki lagi.Jauh betul perjalanan aku pada hari tu..
No comments:
Post a Comment