Sunday, August 29, 2010

Hari Kelapanbelas

Dah 2 hari aku tak update blog aku. Sibuk sangat.Tu yang tak de masa.(padahal malas!!!).Semalam tetibe je mak ajak aku pergi beli baju raya.Mak cakap nak pergi Sungai Besar.Last2 kitorang pergi Kuala Selangor.Hamboi jauhnya perjalanan.

Baju raya kat sini mahal.Lebih kurang 3x ganda berbanding dekat Kuala Selangor.Kat sana pilihan pon banyak.Setakat semalam aku dah dapat 2 pasang baju kurung. Selalu aku beli baju kat Lumut je.Sane pon ok gak baju.Lagi 2 ke 3 hari nak raya,aku nak pergi cari baju lagi.Kain yang aku beli untuk buat baju belum dijahit lagi oleh mak aku.Aish,,banyak tol baju aku.

Tapi,kalau raya pertama kat Perak,aku biase pakai baju biase-biase je.Malas nak glem2 kan..Kalau nak jalan jauh baru pakai baju raya.Ikut perancangan,raya ke-2,kitorang akan pergi beraya kat Segamat,Johor.Bestnye!!!

Dan kebiasaanya,lepas raya ke-3,kitorang 1 family akan pergi bercuti.Tahun ni belum ditentukan lagi destinasinya.Sama ada destinasinya adalah sama ataupon berbeza.Tungguuuu....

Laparnye,,rase nak termuntah.Lagi setengah jam,,,Sabar yu sabar....

Thursday, August 26, 2010

Hari Ketujuhbelas

Aku tak bangun sahur lagi.Malas sangat.

Aku mulakan gerak langkah pagi ni dengan kadar yang malas dam lembab cam siput.Hari ni banyak sembang jek.Bile sembang,keje pon banyak tak siap.Lepas tu kelam kabut la kan..

Hari ni mak aku masak nasi + cencaru sambal + lemak nenas ikan masin.Air kelapa + soya + teh panas. Pastu aku nampak sesuatu yang pelik.Laksam.Aku tak penah pon makan laksam.Antara juadah yang dibeli karipap + pecal + kuih koci + tau fu fa.

Apsal ngantuk sangat ni??Aku gagahkan diri juga wat sikit keje aku.At least keje tu berjalan kan,even sikit.Dalam kol 11.55 pm,abah dengan mak ajak aku pergi uptown.Malas la.Ngantuk gile.Dalam main sms dengan kekasih aku(die ngaku ke aku kekasih dia ke?),aku boleh tertido.Sori sangat-sangat sebab tak dapat lagi menampung mata ini.

Wednesday, August 25, 2010

Hari Keenambelas

Aku tak sahur pagi tadi.Oleh sebab teralu keletihan,aku tido sampai tak sedar diri.Pergi keje pon lambat.Lambat 20 minit.

Sampai je opis,aku terus buat artwork untuk iklan muslimah.Lame gak la aku ambik masa siapkan kerja aku tu.Dalam tengah hari aku dah siapka benda ala tu.Tak sampai ½ jam, diorang kol, aku tanye artwork dah siap ke?Nasib baik aku dah siapkan.Then aku terus antar iklan tu kat person yang in charge. Dalam kol 3.00pm Dr kol.Dia tanye camne kerja aku,dah siap ke belum?Of course la aku akan bagi jawapan yang positif.’Dalam poses’,itulah jawapan yang aku sentiasa bagi.Tak tau la bile siapnya.

Aku tak pergi bazar.Tak larat.Untuk juadah berbuka, mak masak nasi + daging masak kicap + kari ikan. Air kelapa + soya + air kedondong. Untuk kuih,mak beli karipap + cucur badak.

Lepas berbuka,aku dengan tekun siapkan kerja aku.Aku pegang pon henfon aku.Lagipon tak de kedit.RM 0.00…Nanti la topup.

Hari Kelimabelas


Aku tak bangun sahur pun. Badan aku lemah jek.Hari ni juga adalah hari yang sangat membosankan.Pergi keje then balik kerja.Bile sampai rumah,aku terus mandi untuk segarkan badan aku.Aku pon tak sedar camne aku boleh tertido time tengok akasia(Epilog Syurga cinta).Time dah na berbuka,abah kejutkan aku.


Untuk juadah berbuka mak masak ikan goreng + nasi + ayam kurma + karipap.air pulak air kelapa.

Lepas berbuka,aku pon tak tau camne aku boleh tertido balik.Sampai la keesokan harinya.Henpon ke mane,keje ke mane.Sume burn

Monday, August 23, 2010

Hari Keempatbelas



Pagi tadi aku makan
nasi + kari daging + nugget.Pembasah anak tekak nescafe ais..

Oleh sebab aku tak tido,maka hari ni aku tido sehari suntuk.Tambahan pulak hujan.memang sedap la tido kan.Pukul 4.00 petang tadi baru bangun.Ya Allah,,teruknye aku.

Bangun tido je terus tengok fon.Aish,,diam je.Aku rase die tak de kedit.Aku pon tak de kedit gak.Then aku on9,terus bukak fb.Aku tengok die on9.Memang betul la anggapan aku yang die tak de kedit.Tak pe la,kite ym je la.

Aku tak pergi bazar pon.Malas nak kuar.Hari ni mak masak simple jek. Nasi + pejeri nenas + ikan cencaru sambal.Air pulak air kelapa + teh.Fami beli ayamas(salah satu lauk untuk hari ini).Mak dengan zati pergi window shopping kat bazar.Antara juadah yang dibeli roti bom + begedil + karipap + murtabak.Air pulak air laicikang.

Pukul 9.30 pm,aku dengan mak pergi antar zati balik campus.Sebelum balik campus.beria-ia dia buat biskut batik.Nak bagi kawan-kawan dia makan.Sedap sangat la tu.Aku buat lagi sedap hingga menjilat jari.Lepas antar dia,kitorang singgah umah makcik aku.Mak pergi antar acar buah kat mak lang.

Dalam kete ngantuknye tak boleh nak cakap la.Nak hilangkan ngantuk,aku msg la sorang jejaka tu.Tapi die tak reply.Ni mesti kes dah tido nie,tak pun die pening kepala.Petang tadi dia ade ngadu cakap pening.Risau betul aku.Tapi tadi dia cakap dah makan panadol.Konfem-konfem die dah tido.

Now aku tengah siapkan tugasan aku.Bila la semua ini akan berakhir.Tapi mata cam dah ngantuk nie.


Sunday, August 22, 2010

Hari Ketigabelas

Sahur aku makan nasi + kari daging + nugget. Air pulak nescafe ais.

Dalam kemalasan jek nak pergi kerja.Aku dengan selamber jek gi kerja pakai jeans dengan t-shirt.Ala bos takde.Rilek la.Aku pergi keje awal hari ni.Maka kadar kelajuan yang digunakan pun adalah sangan slow.Dalam 60 km/j je.Sampai je di perkarangan ofis,terkezut beruk aku.Aku nampak mercedez bos AGJ 818 terpacak depan opis!!!!Wah cepatnye Dr balik!!Dia cakap nak balik ari selasa.Nasib baik aku dah stand by cardigan dalam beg doremon aku.Selamat la sikit.

Tepat kol 1,aku pun bergegas balik.Rase cam malas nak balik awal.Kak As ajak aku gi kedai optik.Dia nak betulkan spek mata die.Aku pon nak survey spek.Dah lame kot spek mata aku tu.Thanx to Salwa Badri sebab spek mata yang aku pakai sekarang,die yang pilihkan.Dah lebih 5 taun aku pakai spek mata tu.Cermin je yang bersilih ganti.Bingkai masih sama seperti dahulu.Contect lense kat kedai tu mahal gile.Aku nak beli contact lense nak pakai time raya.Tunggu aku pow duit abah.Hehehehe..

Lepas pergi kedai optik,aku pon berjalan-jalan nak usha-usha barang.Padahal dalam purse aku ade la dalam 5 hengget jek.hikhik..Selepas jenuh berjalan,aku dapat ape yang aku nak.PUZZLE!!




new one..


Lame betul mase berjalan hari ni.Bile dah takde keje,aku pon siapkan tugasan yang diberikan oleh bos aku.Pening gak nak wat...









Berbuka hari ni mak aku masak nasi + meehun + ikan goreng.Pencuci mulut pulak agar-agar santan.Air kelapa + laicikang.Hari ni tme berbuka abah tak join kitorang.Abah berbuka kat kampung.

Tepat kol 8.oopm,aku keluar.Aku gi Giant.Tak beli pape pon.Saje cuci mate.Dah lame mate aku tak dibersihkan.Hehehehe..8.45pm,rase cam nakmakan McD.Aku pun bergegas ke McD sebab aku tak nak terlepas Mc Value Berbuka Puasa.Nasib baik sempat,lagi 5 minit nak kol 9.00pm.Aku beli Mc Chicken + Mc Flurry Oreo.

Balik rumah terus lepak tengok TV.Aku tak tido sebab aku ditemani seseorang.Thanx sayang :)




Friday, August 20, 2010

Hari Keduabelas

Pagi tadi sahur makan nasi + ayam sambal + nugget.Minuman pulak air sarsi.

Bahagia betul aku bile bos takde.Die ade keje kit.Selasa baru balik.Sampai opis je,aku terus siapkan iklan untuk majalah I Luv Islam.Lame gak aku ambik masa nak siapkan artwork tu.Semalam Pn Lily dari Karangkraf bagitau yang saiz iklan salah.Dia tersilap info.Tu yang aku kene buat lain.Tapi takpe,aku suke dengan Pn Lily.Tiap perkataan yang keluar mulut die,buatkan aku senang mendengarnye(rase cam die tengah nyanyi).Even aku kene betulkan iklan tu,lansung tak de rase bengang..

Yesss!!!!hari ni aku berjaya siapkan kerja aku.Aku mencapai matlamat aku.Padahal belambak lagi tak siap.Hahahahaha....



Oleh sebab terlalu focus dalam buat kerja,aku lansung tak sedar yang cepat betul masa hari ni.Apabila tepat pada waktunye,apalagi,mari kita balik!!!!!!

Hari ni aku singgah bazar kat astaka.Aku beli cucur udang(rojak) + cendawan goreng. Mak aku masak sedap hari ni.Nasi + meehun tomyam + udang masak lemak rebung + siakap 3 rasa. Abah pulak beli asam pedas pari.Air pulak air kelapa + laicikang.Aku makan cucur udang + ikan(meratah jek).Time aku makan cucur udang,ade sesuatu yang mengganggu lidah aku.Pelik tol rase cucur tu.Makcik tu tipu aku.Next time tak mau beli lagi kat dia.

Arrghhh!!!Esok aku keje.Hidup perlu diteruskan...

Hari Kesebelas

Aku tak ingat semalam sahur makan pe.Tapi ape yang pasti,semalam aku memang tak de mood.Kat office pon muka aku cm mintak penampor je.Maaf ye.Aku serabut semalam.Dengan kerja bertimbun cam gunung.Aku kene siapkan before raya.Benda tu urgent.Pas tu macam-macam benda nak pikir(emo la pulak kan).

Oleh sebab tak de mood,maka aku pon tak pergi bazar.Makan ape yang mak masak je.Semalam mak masak mee goreng + nasi + ayam sambal ...Aku tak ingat la.Air pulak air kelapa +bandung.Pas berbuka,aku siapkan kerja aku.Then semalam aku tido awal.Sian dia,sebab tunggu aku.Masing-masing menunggu masing-masing...

Wednesday, August 18, 2010

Hari Kesepuluh










Hari ni sahur makan ayam kari + telur goreng + nasi.Air plak air sarsi + ais.
Pas sahur aku terus tido.

Aku pergi keje awal hari nie.Nak jadi pekerja contoh la konon.kuikui....Bosan la.Hari-hari wat keje yang same.Berbulu je aku rasa.Aku sampai bawak balik keje aku.Konon-konon nak siapkan.Tapi serius aku malas gile.Biar la die terperuk dalam beg aku.Kalau ade mood,jap lagi aku buat la.

Abaikan pasal keje.Lepas balik kerje,aku pergi shopping juadah berbuka puasa.Walaupun cuaca panas gile,tapi aku kuatkan semangat aku untuk pergi bazar.Aku beli nasi kerabu + cendol.Mak aku masak megi goreng + nasi +ayam sambal + ikan goreng + kerabu mangga + sup sayur.Air pulak air kelapa + teh bunga + teh

Ketika aku tengah menulis nie,aku tengah ym denga arsyad.(suke....hehehehe)

Hari Kesembilan

Hari ni sahur aku minum Nescafe ais..

Hari yang membosankan.Pergi keje siapkan keje aku yang tak siap.Aku sambung lagi keje aku.Dah kol 5.00pm,aku pon balik la.Tapi keje aku still tak siap gak..hahahahaha...

Aku pergi bazar then beli meehun soto + karipap..
Bapak aku beli ayam percik

Malam tido..zzzzzzzz

Tuesday, August 17, 2010

Hari Kelapan


Sahur makan nasi + nugget + sambal udang. Air pulak nescafe ais.

Pas sahur aku tido balik.Ngantuk gile.Aku tido lewat sebab aku temankan dia.Kawan-kawan die semua dah tido.Tinggal dia sorang jek.Dah male aku tak berwebcam dengan dia.Aku rindu sangat kat dia.Tapi tak berani nak luahkan perasaan itu di hadapan dia.

Tepat pukul 8.55 am,aku pun pergi la menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang pekerja yang berdedikasi.(Padahal aku antara pekerja yang selalu datang lambat.Hehehehe).Sampai ofis je,Dr dengan wife dia dah bersiap-siap nak keluar.Nak pergi Ipoh katenye.Yeayyyy!!!!!!!!

Kat opis aku siapkan translation aku.Banyak lagi tak siap.Dr cakap die nak cepat.Mati aku.Dah la bulan puasa.Otak aku tak boleh berfikir dengan baik bile perut aku lapar.(Alasan semata-mata sebab malas)

Tepat kol 5.00pm,aku orang first yang punch card.Datang biar lambat,tapi balik biar cepat.Teruk betul prinsip aku ni.Aku ingat nak pergi bazar.Tapi panas la pulak.Panas terik yang mencengkam kulit dan isi aku.Ha,bercakap pasal kulit,kan hari tu aku jumpe die,aku tengok die cam gelap sikit la.Ye la,dah asyik berjemur je kan,mane tak gelap.OK..ok..berbalik pada cerita aku nak pergi bazar,bila cuaca panas sangat,aku pun terus balik la.Rasa cam tak sempurna je tak pergi bazar.al-maklum lah,tak dapat perabihkan duit aku.

Berbuka hari ni,mak aku masak nasi + rebung udang masak lemak + ikan goreng + sambal hot dog + meehun goreng.Pencuci mulut kuih tepung bungkus.Air plak air kelapa + tebu je. Bapak aku pulak beli air cincau.Dalam rumah kitorang,bapak aku sorang je yang minum air cincau.Hari ni aku minum air kelapa dengan makan meehun je.Tekak aku pedih.Lepas makan aku masuk bilik.Padahal aku lapar lagi nie.

Aku menunggu message dari dia.Tadi dia cakap die pergi sungai besi.Tak lama lepas tu dia cakap dia dah sampai Bukit Jalil.Keadaan die tengah berserabut.Aku tak mahu la tanye lebih-lebih.Kang pening pulak die.Aku pon tunggu die sampai aku tertido.Dalam kol 3.00 am,die message aku.Tapi aku dah tido.Kol 4.30 am,aku terjaga,then aku message die.Tapi die tak reply.Dalam pukul 5.30 am, belambak message dia baru masuk…..


Sunday, August 15, 2010

Hari Ketujuh

Pagi tadi aku tak sahur. Hari ni hari rehat sedunia.Aku macam nak demam.Tanda-tanda dah muncul.Antaranya sakit tekak dan pening.Kalau aku dah sakit tekak,konfem akan demam.Ala,bencinya...Tak suke la.Aku banyak tido hari ni.

Hari ni aku tak pergi bazar.Malas la sebab aku cam tak berapa sihat la.Tadi terjaga dari tido je,aku terus text dia.Rupa-rupanya die pon tido.Patut la petang tadi time message,tetibe senyap.Aku pon tertido sebab tunggu die lame sangat.

Hari ni mak aku masak udang sambal petai + nasi + samosa + kentang goreng + ikan goreng.Air plak air kelapa + sirap bandung + tebu. Bapak aku plak beli murtabak+ meehun + keow teow goreng. Aku makan murtabak + kentang goreng + samosa + udang. Tekak pedih,so aku main cubit-cubit je makanan tu.Udang aku ingat nak meratah,tapi dapat meratah seekor je.

Satu kenikmatan yang dipinjamkan oleh Allah kepada aku telah ditarik.Aku pun tak tak berapa lama kenikmatan untuk makan ditarik..Semua tu kuasa Allah.

Di kala ini aku tengah dengar lagu Justin Bieber-Enie Minie.Sedap gak bile dengar banyak kali.Aku da mule selsema.

Mane die nie,Dari tadi aku tunggu die.Tak muncul-muncul pon name die kat skrin henfon aku.(Padahal bukan henfon aku,aku pakai henfon die.hehehehe)


Hari Keenam




Sahur semalam aku makan nasi goreng + telur..

Lepas sahur,aku terus tido. Pukul 9.00 am,bersiap-siap untuk pergi keje. Even hari sabtu pon,aku kene keje.Tapi half day je la.Tepat pukul 1,aku punch card,then balik dan bergegas untuk pergi KL.

Aku gerak kol 2.00 pm,then sampai kol 6.
00 pm. Tak larat betul aku.Penat gile.Rasa cam nak pitam.Bila sampai,aku pon pergi ke tempat yang dituju.Time aku jalan,aku hanya tunduk sebab aku cam nak pitam.Lepas bertemu,kitorang masuk jalan-jalan dalam carrefour.Walaupun tak larat,aku buat-buat larat je la.

Kitorang berbuka puasa kat Station Kopitiam. Menu ayam masak petai + ikan kembong bakar + tomyam + telur. Air plak air sirap bandung + 100 plus.
Lepas makan,gi lepak-lepak. Time lepak-lepak,berlaku sesuatu keadaan dan situasi yang buat aku rasa sedih sangat.

Dia : Esok abg dah tak pakai no ni.(sambil tersenyum)

Aku : Ha!!!!!! Jangan la main-main... (rase cam nak menan
ges)

Dia : Betul la. Dan ayu tak bleh tahu no tu...


Aku : Owh ye ke..(dalam hati aku,sampai hati wat ayu camni...nak tanya lebih-lebih,malas la.Aku dah boleh agak sebab ape die nak tukar no dan aku tak perlu tahu no tu)


Dia : Ala,nak nanges la tu...Jom kite cari nombor maxis..No tu untuk ayu je.

Ayu : (hanya mendiamkan diri dan menurut.Tapi dalam hati tuhan je yang tahu ape aku rasa)


Selepas beli no Maxis


Dia : Ape no maxis ayu?


Aku : Entah tak ingat...


Aku mendiamkan diri d
an dalam kepala hotak aku banyak sangat persoalan.Aku tak mampu nak luahkan depan die.Kenapa perlu nak rahsia no Celcom dia yang baru?Bukan ke marahsiakan sesuatu tu tanda seseorang itu nak melarikan diri dari kita?Aku sedih sangat.Aku bila dah sedih,mula la meleleh air mata.Tak kan nak ketawa pulak kan.Tapi time air mata duk mengalir,aku xde la pandang die.Malu la..hehehehe.Then die berdiri depan aku..

Dia : Ayu kenapa???

aku :Tak ada ape-ape la..
(Dalam hati aku,memang la abang tak de pape.Ayu ni yang ada ape-ape..)

Then kitorang pon gerak dari tempat kitorang lepak..Tengah jalan-jalan,berlaku kejadian yang tak diingini..Hangin satu kepala.Rasa nak nanges kuat-kuat je!!!!Kasut aku putus T_T.Dah la tengah sedih,kasut plak wat perangai. Nasib baik dia ade.Hahahaha..lawak betul.Terus tak jadi nanges.Aku gelak je.Malu pon ade..Hahahahaha..Time nak jalan,die pegang tangan aku.Thanx kasut sebab wat hal... :)))





Kasut yang putus.Ape la punye kasut.


Time die pegang tan
gan aku,aku dapat rase ade sesuatu.Malu la nak cakap.(Hehehehe)..Tapi ape yang pasti,aku rasa bahagia.

Lepas beli kasut baru,lepak minum jap kat kedai.Aku minum air kosong.Dia minum Milo Ais.Di situ berlaku sedikit luahan perasaan hati aku.Sikit je la.Aku nak luahkan semua tak berani dan takot.
Lepas tu dia temankan aku pergi cari tiket.Sementara nak tunggu bas,kitorang sembang lagi.Setiap kali kitorang bersembang,die mesti cakap,(Tak yah balik la.Balik esok je la).Aku tau ape dia rasa.Aku pun ade perasaan yang sama.Banyak kali gak die cakap perkataan yang sama.

Aku ade bagi die sesuatu yang boleh membantu untuk kesihatan die.Aku nak sangat tengok dia sihat.Bile dia sakit,aku rase sedih sebab aku tak dapat membantu. Kali ni bile aku ade peluang bantu dia,aku pon try la.Berusaha melakukan sesuatu lebih baik daripada hanya mengeluarkan kata-kata.(Konon-konon kata-kata semangat la..)Aku sanggup buat ape saje asalkan dia tak sakit.Aku nak dia sihat.Aku tak sanggup tengok orang yang aku sayang sakit...Aku nak die kembali sihat macam dulu.Kalau ade perubahan,boleh teruskan guna benda tu.

Tepat kol 12,bas aku pon gerak.Sebelum naik bas,aku cium tangan die.Lama sangat die pegang tangan aku.(Ke aku je yang syok sendiri?)Aku pesan kat die jaga diri baik-baik.Dalam bas,aku termenung dan berfikir panjang.

Kesimpulannya,aku dah dapat jawapan daripada dia.Walaupun bukan dengan kata-kata,tetapi perbuatan dapat menggambarkannya....




Saturday, August 14, 2010

Hari Kelima




Sahur makan
sambal ayam semalam + nasi + nescafe ais.

Aku lambat pergi keje.Aku tak sedar diri.Kol 9 baru bangun.Tapi aku bleh wat selamber je.Bleh lagi terhegeh-hegeh siap.hehehhehe..Sampai opis aku cakap kete rosak.wakakaka.Agak-agak la aku ni pon,kete baru pon bleh rosak ke?Ah abaikan.Yang penting aku datang gak keje.

Dalam tengahari aku ade interview kat OSK Banking Investment. Aku boleh plak tak jumpe tempat tu kan!!!!aku pon kol Mr Daniel..

Aku :Mr Daniel,i didn't find the place!!!!

MR Daniel : It is beside The Guardian.

Aku : Guardian??? Is it beside the Karaoke?

Mr Daniel: Yes..Aiyo..Karaoke u know but Guardian u don't know???Hahahaha..

Ayu : hahahahahah....(just laughing)

Dalam sejam gak la aku diinterview.Diorang offer kat aku assistant remizer.Gaji takberapa masyuk tapi tempat masyuk..Aku tengah memikirkannya.....

Petang ni ujan lebat.Tapi aku nak gak pergi bazar mancari juadah dan pergi perabihkan duit aku.Hari ni aku beli murtabak + air cendol. Aku target setiap hari aku akan beli juadah di kedai yang berlainan.aku nak rase makanan kat sume kedai..hehehehe

Hari ni mak aku masak mee bandung + nasi + ayam masak paprik + kuih tepung bungkus. Air plak cam biasa la air kelapa + soya + teh kosong.

Malam nie tinggal aku,zati ngan fami. Mak bapak aku pergi semayang terawih.Hafiz tuisyen,adi merayau kot.Aku pon tak pasti.

Aku plak cam biasa,kol die.Tapi tak dapat.Aku pon tunggu.Last-last die text aku (Jgn kol2).Menusuk jiwa kalbu ayat die.Macam sasterawan negara.Buat aku terharu.Aku pon off henpon.Entah aku pon tak sedar bile aku bleh tertido.



Thursday, August 12, 2010

Hari Keempat







aku perlu mentranslate kan buku ini kapada bahasa Melayu..
dush..dush...





Tulisan dalan buku ini yang sebesar "gajah"



Sahur pagi tadi makan ikan bilis goreng + sambal telur semalam.Pagi tadi lepas bangun sahur, aku terima panggilan yang dah lama aku tunggu

Arsyad :
Ayu,on YM

Aku :
Ok(tanpa banyak bunyi)

Die cam tau-tau je aku tak tido ag. Selalu pas sahur,konfem aku tido balik.Then aku pon on YM.Excited gile kot!!!After aku on YM, die wat videoa call. Tak sampai minit, die tutup video call,then die wat voice call. Walaupun suara die tak berapa clear, aku cuba untuk amati suara die dan cuba faham apa yang hendak disampaikan. Dalam 10 minit lepas tu, aku dengar die cakap ngan orang lain. Aku tanye nape,then tanpa menjawab soalan aku,die off voice kol...then die text aku.

Arsyad: ssshhhssshhhssssssshhhhhhhh

Aku : Nape??

Arsyad :
Takot kantoi!!!

Tersentap di situ,tapi aku mendiamkan je diri aku.Then aku tido sebab jap ag nak pergi keje.


Aku masuk opis kol 9.00 am. Perut aku sebu.minum banyak air kot.Dalam kol 11 lebih, OSK kol aku.


Daniel :
Bla..Bla..are u free to come for interview tomorrow??

Ayu : Yes.

Daniel :
Tomorrow afternoon.

Ayu : ok..

Dalam tengah wat keje, aku terfikir either nak pergi ke tak???Malas nak fikir.

Juadah berbuka untuk hari ni yang mak aku masak nasi + ayam sambal + kacang panjang goreng telur + nangka masak lemak + popia goreng + buah tembikai (pencuci mulu). Untuk air plak air kelapa + tebu + sirap bandung. Macam biasa la,aku beli murtabak + mee rebus. Tapi perut aku dapat masuk mee rebus jek...


Time-time camni aku duk menunggu si dia. Tapi senyap je. Die semakin diam. Entah lah...

Hari Ketiga






Align Center


Semalam merupaan hari pertama umat Islam berpuasa.Alhamdulillah aku dapat sempurnakan ibadah puasa aku. Aku juga rase bertenaga. Tapi time tengahari aku pancit sebab aku keluar ofis pergi bank nak buat cheque deposit. Aku juga berjaya kurangkan percakapan aku.Bila kita kurang bercakap, maka aktiviti umpat-mengumpat turut berkurang.

Sahur semalam aku dengan family aku menikmati nasi + sardin + telur goreng + nescafe. Time berbuka pulak mak aku masak keow teow + nasi + sambal telur + sup sayur + ayam goreng + kerang rebus. Menu air plak air oren sunquick + air kelapa + air bandung

Semalam lepas balik kerja aku singgah pergi bazar Ramadhan. Aku pon tak tahu nak beli ape. Lepas tawaf 2x, aku beli oblong daging + kueh topi.

Lepas aku telan 3 tong air, masyaAllah, kenyangnye tak boleh nak cakap. Aku mampu makan keow teow je. Oblong aku tak sentuh langsung pon. Nasib baik aku tak berbelanja sakan, kalau tak memang membazir la jawabnye. Membazir kan amalan SETAN.

Semalam pas berbuka ingat nak pergi sembahyang terawih. Tapi biasa la,bila perut dah kenyang,aku tewas. Aku pon LEPAKING dalam bilik je. Bile dah bosan lepaking, aku kuar tengok tv. Cerita plak tak best (BERSAMAMU). Aku pon tak sedar bile mase aku bleh tertido. Tapi semalam aku tak dapat tido lena. Asyik terjaga je. Then bile terjaga asyik dok tengokHP. Al-maklum la,pungguk rindukan bulan. Mampu lihat dari jauh,tapi tak dapat sentuh dan berbicara dengan bulan.





Saturday, August 7, 2010

Hari Kedua

Susah aku nak ungkapkan kesedihan aku. Kenapa dia tak paham.
Terasa diri ini seperti sampah.

'Ya Allah,sekiranya jodoh ku dengan dia,maka satukanlah hati kami. Sekiranya jodohku bukan dengan dia,maka jauhkanlah kami dan hilangkanlah ingatanku tentang dia. Aku redha dan pasrah dengan ketentuan mu. Walaupun pun pedih untuk diterima, aku pasrah'






Hari Pertama

Hari ni aku down gile. Pedih rasanya. Aku tak boleh terima semua ni. Aku tak sangka yang dia tak pernah sayangkan aku selama ini. Tapi salah aku juga. Salah dalam berbicara. Walaupun berjuta ali aku meminta maaf dari dia, dia langsung tak hiraukan aku. Apa yang perlu aku buat?? Adakah aku pun perlu lupakan dia?? Susah untuk aku lupakan semua kenangan aku dengan dia. Ke aku sorang yang sedih dan dia sangat seronok??

Aku dah buat yang terbaik untuk dia. Tapi aku tak dihargai....

Fikiran aku bercelaru. Setelah 6 bulan aku meninggalkan tabiat buruk aku, dan semalam aku telah kembali kepada kehidupan aku yang lama. Ini adalah jalan yang terbaik kot. Aku terpaksa. Entahla. Mungkin aku tak layak untuk dia. Aku tak seperti apa yang dia inginkan. Aku juga tak sempurna. Aku tahu egonya sangat tinggi. Kalau la aku dapat undurkan masa untuk beberapa jam lagi.....

Sunday, August 1, 2010

rindu




Rindunya aku kat
'dia'. Dah lame tak jumpa 'dia'.
Tetibe rasa nak sangat jumpa 'dia'. Agak-agak 'dia' rindu aku tak.
Tapi macam tak rindu jek. Banyak sangat kenangan aku dengan 'dia'. Tuhan je yang tahu betapa rindunya aku kat 'dia'.