Saturday, October 19, 2013

Our Journey : Pasar Kemboja

Assalamualaikum,,

Jangan salah sangka dengan tajuk entry aku ni.Pasar ni bukan kat Kemboja.Untuk sesiapa yang masih tak tahu,Pasar Kemboja di terletak di Parit Buntar.Pasar ni hanya beroperasi setiap hari Jumaat dan Isnin, jam 7000 pagi hingga 1200 tengah hari sahaja.Tapi kadang-kadang waktu perniagaan akan dilanjutkan mengikut kebanjiran pelanggan.Ewah ayat tak boleh hebat lagi.

Pasar ni dinamakan Pasar Kemboja sebab majoriti peniaga di sini adalah orang Kemboja.Kat sini ada perkampungan mereke sendiri.Mereka ni bukanlah pendatang haram,tapi mereka dah lama bertapak kat sini.Kalau nak datang shopping kat sini,adalah dinasihatkan supaya bayang cash money banyak-banyak.Jangan pulak korang datang bawak kad kredit korang yang bekeping-keping tu.

Kat sini langsung tak ada jual barangan orang lelaki.Sila jangan frust wahai kaum adam.Memang boleh gila babi kalau datang sini.Korang bayangkan semua barang yang dijual kat sini sangat murah kalau nak dibandingkan dengan kat harga kat luar.Harga baju kurung vietnam around RM60-RM70.Jubah yang kaler-kaler tu around RM50.Tudung jangan cakap la.Boleh gila kalau ikutkan nafsu.Atas nasihat emak,aku berjaya jugak la mengawal nafsu serakah aku ni.





Kalau  datang sini time nak raya konfem lagi best sebab gila-gila punye diskaun.Waktu perniagaan pun akan dilanjutkan sehingga lewat malam.Nak berjalan kat sini memerlukan daya ketahanan fizikal dan mental yang kuat.Seriously penat wooo!!!! Aku hampir give up.Abah siap kol banyak kali tanye dah siap ke shopping.Abah pon dah fedup menunggu.





Nampak tak kain yang ikat dengan tali yang kat bawah tu??Tu adalah untuk borong.


Baju yang kain macam harimau tu adalah emak aku.Sesiapa yang nak beli secara borong memang sesuai sangat datang sini.Lagi banyak korang borong,lagi murah.Ayat yang lebih educated,korang boleh ambik stok barang kat sini.





Kain telekung Vietnam pun ade dijual kat sini.Tak payah pergi jauh-jauh dah.Hehehe..Harga pon berpatutan.Macam-macam kaler ade jual.Pilih je la korang nak yang mana satu.Asalkan korang ade duit, tu dah cukup syarat dah tu.





Tengok tu,macam-macam jenis tudung ade jual at sini.Cakap je nak patern ape,semua ade kat sini.Main longgok gitu je.




Dalam pukul 1200,aku dengan mak dah give up.Energy kitorang dah low,tambahan pulak denagn cuaca matahari yang sangat panas,kitorang terpkasa balik.Kitorang window shopping jek.Hahaha.Eh eh tipu la kalau tak beli pape kan.Mak beli baju kelawar 3 helai jek.Dalam banyak-banyak benda,beli baju kelawar jek??!! Jadi la daripada tak beli langsung kan.

Then kitorang teruskan perjalanan pergi Penang pulak..Ok sampai bertemu lagi di lain entry.






No comments:

Post a Comment