Sunday, June 14, 2015

Getaway To Sabah 2015

Assalamualaikum,,

On 24/5 - 27/5 hari tu, aku dengan soulmate pergi Sabah. Aku book ticket 2 month before. Actually ni unplanning getaway sebab tiba-tiba rasa nak pergi Sabah. Harga tiket RM 200 per person including luggage dengan insurance (wajib ambik sebab if anything happen). Bajet kitorang pergi sana nak spend RM 1,000 and not more than that.

Flight ticket : RM 200
Car rental: RM 300/4
Hotel at Kundasang (1 night): RM 150 (including 2 mattres) / 4
Hotel at KK ( 2 night): RM 98 per person
Island hoping: RM50 per person
Total: RM 460 per person
Balance: RM 540 guna untuk belanja la.

Sangat bajet kan. Kalau holiday dalam Malaysia tak risau sangat sebab ATM machine marata-rata. In case ta cukup duit, boleh cocok je asalkan duit dalam ATM ade berkepuk-kepuk. Tapi kalau pergi o/sea, sila la bawak duit yang terlebih cukup. Mampos kalau tetibe duit tak cukup kan. Lagi satu, kalau rasa atau teringin something bile pergi tempat orang, just beli je. Nanti teringat-ingat, tu yang paling tak best. We do not know when you will go to that same place. Maybe that will be your last time in there. Itulah kepentingan bawak duit yang banyak.

The Journey Begin: 1st day

Kami naik flight kat KLIA2 dan flight kami pukul 6.30 pagi. Memang hazab. Plan nak naik ERL kat Putrajaya tapi last minute tukar. So bapak member aku yang hantar kami kt airport. OTW nak pergi KLIA2, member aku ni tido memang tak cover cun langsung. Dah la lentok sebelah aku, siap nganga mulut. Kalau air liur die meleleh kat baju aku, memang aku sepuk die. Atas flight pulak, aku yang tido macam orang koma siap nganga mulut. Cis, jatuh saham aku. Bile terasa mulut ternganga, pandang kiri kanan sebab nak cover. Hodoh kot kalau ko tido mulut ternganga. Selepas 2 jam 30 minit, kami sampai di Kota Kinabalu, and its YEAY!!!!

Kat KK ni ade 2 airport. Kalau naik Air Asia, korang akan turun kat Airport Terminal 2, dan selain Air Asia, korang akan turun kat Airport KK. Benda ni penting sebab time nak sewa kereta, korang kena beritahu owner korang naik flight apa ataupun owner yang akan tanya korang terlebih dahulu. Dah tu jangan pulak mengada-ngada cakap naik MAS padahal naik Air Asia (konon nak up la), nanti kereta sewa korang tak sampai-sampai hokey. Please be yourself.

Aku sewa Viva(auto) je pun (Nanti aku bagi contact owner). Lepas dapat kereta, terus gerak naik Kundasang. kalau sesat atau tak tahu jalan, rajin-rajin kan la mulut tanya penduduk setempat. Aku pun tak tahu macam mana nak describe jalan pergi Kundasang. Memang adventure sangat nak naik Kundasang ni. Jalan macam nak naik Cameron, dan kena hadap jalan tu selama 2-3 jam. Tapi memang sejuk sepanjang nak naik Kundasang. Tip Top. Adalah dinasihatkan di sini, sila gerak waktu siang. Jangan gerak malam sebab memang sunyi. Ade la rumah penduduk dan kedai di sepanjang jalan, tapi lampu jalan tak ada. Untuk keselamatan, please gerak time siang.

Bile dah sampai Pekan Kundasang memang tekejut sebab kecik gile kot pekan dia. Jalan nak pergi chalet pun mencabar jugak. Bukit tinggi bapak. Di sini dinasihatkan sekali lagi, sila bawak kereta auto. Kalau bawak manual, konfem gostan belakang. Tapi kalau dah expert bawak manual its ok, redah je.

Kitorang stay kat Kiram's Village. Tempat memang cantik plusss sejuk tahap gaban. Lepas solat and everything, kami pergi kebun strawberry. Sini pun ade strawberry tapi tak banyak macam kat cameron. Then kami pergi Cattle Farm. Cattle Farm ni tempat yang banyak lembu macam yang kat switzerland tu. Lembu ni produce susu je. Lembu coklat yang bersepah-sepah tepi jalan tu baru produce daging. Time kami pergi tu hujan, so berkabus. Kat sini aku sempat shopping keychain seketul je. Kat sana cepat gelap. Dalam pukul 6 petang dah sunyi sepi. Malam tu kami dinner KFC je. Lagipun tu yang konfiden untuk makan. Actually ada kedai makan, tapi tak berapa nak konfiden dengan kebersihan kat situ. Nak layan sikit picture.



Kiram's Village



wajib ambik picture kat batu besar ni.
Nak masuk sini kena bayar RM 5 per person


Kat dalam ni, ada jual souvenier & produk tenusu.
So boleh try susu lembu.

soulmate



soulmate
The Journey Begin: 2nd day

Esoknya kami check out awal sebab plan nak pegi Rumah Terbalik kat Tamparuli. Before tu breakfast KFC again.. Then shopping sikit kuih cincin dengan buah dekat Kundasang. Aku tak bernafsu tengok buah, tapi aku bernafsu tengok kuih cincin!!!! Tapi aku beli sikit je kat pekan Kundasang ni sebab aku rasa kuih cincin much more bettet kat KK.

Kami juga sempat singgah di Kinabalu Park. Sapa yang berhajat nak panjat Gunung Kinabalu, akan datang sini. Kitorang memang tak ada stamina so memang langsung tak layak. Kat sini kami sempat ambik gambar gedik-gedik je.

Nak masuk Rumah Terbalik kena bayar RM10.60. Ada cas GST katanya. Dalam rumah terbalik ni tak boleh ambik gambar. Nak jaga keaslian katanya and ada tourist guide yang explain everything kat kitorang. Lepas dah kempunan  aku nak masuk Rumah Terbalik. Owh, Tamparuli ni satu jalan kalau nak pergi Kundasang. So boleh singgah either time nak naik Kundasang or time nak turun pergi KK. Kat sini aku beli fridge magnet je. Walaupun mahal bapak (RM 10), aku beli je. Takut nanti asyik teringat je.

Sebelum pergi Rumah Terbalik, kami siggah Jambatan Tamparuli. Memang horror dan gayat kot. Kitorang ambik gambar kat depan jambatan je. Tak berani nak pergi tengah jambatan.

Kat KK kami duduk dekat Hotel Traveller. Lepas chek in and everything, kami keluar cari makan. Of ko la makan seafood. Gila la kalau datang Sabah tak makan seafood. Memang rugi besar. Seafood die memang perghh fresh dari laut.Siap boleh rasa garam laut lagi. Kitorang makan dekat waterfront ape ntah. Tak ingat la pulak, tapi yang pasti bukan dekat Pasar Filipina. Nak pergi Waterfront tu, korang kena jalan jauh sikit la. Tapi memang murah. Ketam, Udang, kupang, kepah & LOBSTER baru kena RM 280. Ok la sebab kitorang ambik 4 hekor lobster and masakan memang sedap.

Lepas tu, kitorang waze la pasar kampung air. Perghh memang surprised sangat sebab pasar tu belah hotel yang kitorang duduk je!!!! Pandainye aku cari hotel yang strategik even time tu memang bodoh sangat dan tak tau nak choose hotel yang mana sebab banyak gila hotel kat KK ni.

Kat Pasar Kampung Air ni, aku shopping gelang mutiara, keronsang, baju, butang baju melayu dengan beg. Kat sini memang murah tahap gaban compare dengan pasar Filipina. Kat Pasar Filipina tu boleh la untuk cuci mata.




























The Journey Begin: 3rd day

Ok, sekejap je masa berlalu. Esok nak dah balik. So hari ni kena pulun shopping. Hihihi.. Memandangkan esok dah nak balik, so hari ni kami pergi island hopping. Kitorang cuma pergi 2 pulau je iaitu Pulau Manukan & Pulau Sapi. Untuk Island Hopping, bajet dalam RM50 termasuk alat utk snorkeling. Ini first time aku nak naik bot laju dengan snorkeling. Pergh memang menyeramkan naik bot ni. Driver bot ni saje je bawak bot ni dengan keadaan ekstrem. Tapi seriously best. First pulau yang kami pergi adalah Pulau Manukan. Memandangkan keadaan masih awal pagi, so tak ramai orang kat pulau ni. Best sikit nak snorkeling sebab korang bebas berenang tanpa berlaku perlanggaran. Lepas 2 jam kat pulau ni, kitorang gerak pergi Pulau Sapi. Kat Pulau ni best sikit sebab ada banyak jenis ikan yang korang dapat tengok. Pulau ni lagi best dari Manukan, tapi orang memang ramai gile. Time berenang memang korang akan kena tendang atau terajang dengan orang lain sebab memang rama gile orang kat sini. Dalam pukul 2 petang kitorang dah gerak balik. Terlupa pulak, kalau nak island hoping, korang kena naik bot dekat Jesselton point. Kat situ nanti akan ada banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan island hoping. Dont worry sebab harga semua sama. Korang disyorkan bawak makanan dan air sebab kat pulau ni macam susah nak cari makanan. Lepas berenang of kos korang akan rasa lapar, ditambah dengan badan yng melekit-lekit dengan air laut, takkan nak berjalan cari makan pulak kan. Dekat Jesselton Point tu ade tempat jual makanan, so boleh beli kat situ je. Even aku pergi time weekdays, tapi serius memang ramai orang. Kalau weekend, lagi hazab la gamaknya.

Sampai je kat bilik,masing-masing terbongkang kepenatan. Dalam pukul 5 ptg, kitorang pergi kedai Mutiara Jamilah. Orang cakap mutiara kat situ cantik,murah dan original. Lepas tu kitorang pergi Pasar Filipina dengan Pasar Besar. Memandangkan pasar-pasar ni dekat je dengan hotel yang kitorang tinggal,so jalan kaki je la jawabnya. Hari ni adalah hari untuk borong kuih cincin. Memang banyak gile aku borong kuih cincin dengan amplang. Sape nak borong kuih muih ni, Boleh pergi Pasar Besar (Berhadapan Pasar Filipina), gerai no 1. Akak ni memang bagi murah je.

Lepas shopping, kami jalan kaki pergi makan seafood. Kali ni makan seafood lagi, cuma lobster tak ambik, kitorang kena RM190. Dalam pukul 8malam, jalan balik hotel. Aku sambung shopping lagi, kali ni aku pergi pasar kampung air untuk beli T-shirt je. Lepas tawar menawar, aku dapat la sehelai T-shirt RM 14. Tapi aku dengan member aku share and kitorang beli 15 helai T-shirt. Pencarian berjaya. Lepas tu, aku sempat singgah urut kaki lagi. Fuhh,, rasa nak nangis sebab makcik tu urut kaki aku memang kuat gile. Dia cakap badan aku banyak angin. Hahahaha,, dah macam makcik2 pulak aku ni. Untuk urut 2 belah kaki, urutan selama sejam, hanya bayar RM 20 je. Serius murah kan.

















The Journey Begin: 4th day

Flight balik KL puul 1230 t/hari. Kami check out awal sebab nak hantar kereta, nak cek in luggage, breakfast dan wrapping bag. Overall, memang best. Aku dapat beli ape yang aku nak. Tak lari bajet. Memang puas hati la.



tengah tunggu flight
Kiram's village (Kundasang)

  • Fon No: 016-695 0057 (boleh call je no ni utk tempahan)
  • Sila klik link untuk tengok jenis bilik : kiram's village


Kereta sewa

  • Fon No: 013 - 890 0244 (ustaz sabri)
  • untuk tengok jenis kereta yang available,korang boleh tengok kat sini: kereta sewa ustaz sabri


Hotel Traveller (Kota Kinabalu)

  • Fon No: 088 - 256 195 / 196  
  • Sila klik link ni untuk tengok jenis bilikHotel Traveller


Aku harap maklumat yang aku bagi ni serba sedikit dapat menolong korang. 
Ok Bye...