Friday, December 28, 2012

Movie : CZ 12



Assalamualaikum..

Almost one year aku tak tengok movie kat panggung wayang.Terer nye aku.(sebenarnye tak de partner). Aktiviti ni adalah aktiviti yang tidak disengajakan.Mase kat office,tetibe je aku rase macam malas dan tak de mood.Biase la,hari Jumaat.Tibe-tibe terpacul ayat dari mulut aku:


Me: Ish,rase macam nak pergi jalan.
Member: Ha,ayu nak pergi mane?
Me: Entah la,tapi rase macam nak pergi jalan
Member: Jom tengok movie nak tak
Me: Ok je.Tapi nak tengok cite ape.
Member: Jap kite tengok online dulu.(selepas beberapa minit).Kite tengok cite Jackie Chan nak tak?
Me: Tibai je la.

Selepas 15 minit,kitorang pon sampai ke destinasi.Kalam kabut kitorang jalan sebab tak nak ketinggalan.Dengan keadaan yang gulap gulita, (nasib baik aku tak teraba orang),akhirnye jumpe gak seat kitorang.Omelan hati kecilku "cerita ape yang depa tayang ni.Ni bukan Cerite Jackie Chan.Biar betul member aku ni,ke kitorang salah masuk bilik?".Huh,pasrah je la.Lepas 10 minit,baru nampak word CZ 12.Ceh,tadi tu iklan je ke.Wat suspen je tau.


Starting cerite ni pon dah best.Jackie Chan kalau takde adegan lawan berlawan,memang tak sah la kan.Baru seminit tengok dah jatuh hati dengan JC.Anda semua boleh angkut satu family pergi wayang tengok cerita ni.Anda semua akan sentiase rase berdebar-debar + Funny.

Ape aku merepek ni ha?Aku sebenarnye nak buat summary tentang cerita nie.Cerita ni berkisarkan sekumpulan geng yang mencari harta karun atau simbol negara China.CZ 12 bermaksud chinese zodiac 12.Once diorang dapat cari kepala-kepala binatang ni,dorang akan jual barang-barang ni dan ianya akan dilelongkan.Ok,sampai sini je yang aku dapat cerita.The rest,baik korang tengok sendiri atau pergi tanya encik google.










second day keluar aku dah pergi tengok.




Ranking aku bagi 5 over 5!!! 







Saturday, December 15, 2012

what is that?


Assalamualaikum,

Situasi di office semalam..

Blake: Hey ayu,where is everybody?
Me: With mr boon.why?
Blake: Just asking.Do you know where is Marini?
Me: She already going back.
Blake: Who is another chemist?
Me: Selvi.
Blake: What is that?
Me: What? (with weird face)...she is chemist.
Blake:Hahahaha... ok.im sorry.im not familiar with that name.
Me: its ok.

Bertuah punye mat saleh.Die ingat selvi tu ape.Sabor je la nak melayan.




Friday, December 14, 2012

Farewell Party


Assalamualaikum,,

Tanggal 12.12.12 seorang lagi officemate mengangkat kaki keluar dari Lereno.Uuuwaaaa,sedihnye.Semakin berkuarng la gadis-gadis kat kilang.Disebabkan faktor percintaan jarak jauh,tu yang menyebabkan beliau berhenti.Ye la,sorang kat Perak dan sorang lagi kat Johor.Kan jauh tu.Tambahan pulak beliau tengah sarat mengandungkan anak sulung.Of cos la nak suami berada di sisi kan.

Kitorang sempat beli hamper je.Member chemist beliau pun beli hamper gak.Nak tiru kitorang la tu.Owh,lagi satu,sepatutnye kitorang yang belanje beliau makan,ni terbalik,beliau pulak yang belanja satu kilang makan.Beliau ade jugak bagi cenderahati kat kitorang.Aku dapat kad dengan kerongsang tudung.Baik kan beliau?Beliau tempah nasi tomato dengan putu buluh.Bos belanja KFC.Alhamdulillah,rezeki di waktu petang.




Di Lobby.Bacaan doa selamat






Chemist




Di kala aku tengah mengupdate blog,tibe-tibe abah tanye "kakyu,ade nampak charger abah?" Dengan selambernye aku jawab "mane ade nampak".Jenuh jugak la abah cari charger henpon.Aku buat tak tau je la.Aku rase abah dah fedup,then die masuk alam bilik aku dan terus meninjau-ninjau almari aku.Abah "ni charger sape pulak ni?".Aku "eh jap,tu kakyu punye.Patut la charger ni pendek".Dengan muke bengang,abah pun keluar dari bilik aku.Sori abah.Kakyu mengantuk.








Sunday, December 9, 2012

Annual Dinner



Assalamualaikum,,

Jumaat lepas merupakan first time dinner aku kat Lereno.Fuhh,,dah hampir setahun aku kerja kat Lereno.Tema untuk dinner adalah Maroon dengan turqoise.Tapi aku pakai kaler maroon jek sebab tak de baju.Aku dapat shopping skirt je.Baju langsung takde.Satu manjung aku pusing cari baju.Lasat-last aku rembat baju adik hasil keluaran SEED je.Tak mampu nak pakai mahal-mahal.






















Sekian sahaja picture untuk entry kali ni.







Monday, December 3, 2012

Adik baru!!!


Assalamualaikum,,

Hari Isnin yang membahagiakan..Hahahaha,,of coz la bahagia sebab duk kat rumah.Yehaaa!!!Last weekend berjalan sakan aku.Last-last weekend dah turun KL,and last weekend pun turun KL lagi.Kesian my red baby sebab duk berjalan je kan.

Aku gerak pergi KL hari Sabtu pagi.Before gerak sempat lagi vacuum kereta sebab teruk sangat.Berpasir dan kotor!!Berpeluh jugak la.Then sarapan,pastu baru gerak.Lupe pulak nak bagitau tujuan aku pergi KL.First nak tengok adik baru kat Bangi and second nak attend wedding member kat Ampang.Sebelum nak pergi tengok baby,aku singgah "homestay" kat Sepang.Pas mandi and wangi2,aku gerak pergi Bangi dalam kol 5 lebih.Hujan rintik yang sangat lebat memang membantutkan penglihatan aku.

Aku sangat teruja uoollllsss bile nampak baby.Ni baby best fren aku,meramgkap roomate and homeroom aku mase kat Balik Pulau dulu.Baby ni tak cukup bulan,so die kecik je.Tapi its ok as long as baby ni sihat.Tengok je baby ni spontan aku cakap kat Wan "sebiji muke bapak die"..Muncung je member aku ni.

Lame gak aku main dengan baby nie.Alamak,dah dekat Maghrib,aku kene chow cepat ni.Ye la,kan ade baby dalam rumah,so tak berape baik untuk keluar masuk time tu.Before balik mak Wan suruh jamah sikit makanan.Mak die ade la hidangkan teh dengan kek.Rupa-rupanya mak die siap tempah mee untuk aku dengan Syerie.Tapi mee tu tak siap lagi.Sori makcik sebab tak dapat tunggu lame.Mak die siap bekalkan aku 2 biji durian.Fuhhh..semerbak kerate aku bau durian.
























Time ni kitorang pakai cantik-cantik sebab lepas ni terus nak pergi weding member kat Hotel Flamingo,Ampang.Sepanjang jalan hujan je,pastu dah la aku tak familiar dengan jalan kat KL.Kitorng berpndukan GPS je.Tapi GPS pon bukannye betul sangat pun.Bayangkan kan,hotel tu dah sebelah kitorang,tapi tak de jalan masuk.Memang hangin je.At first,kitorang dah give up.Tapi kena kuat semangat sebab sikit je lagi.Sejam jugak la mencari tempat tu balik.


At last.dekat kol 9.00 mlm gak la kitorang sampai.Pengantin pon baru sampai je, and memang so nice.Tak yah tunggu lame-lame dalam dewan tu.Tak ramai pon member time sekolah yang datang.Tapi sempat gak la kitorang ambik gambar.Majlis habis dalam kol 11 lebih.Then terus gerak balik pergi Sepang.













































Friday, November 30, 2012

Awal pagi jumaat




Assalamualaikum..

Selamat pagi uollsss.

Pagi ni aku saya nak bercerita sikit tentang awal pagi tadi.Waktu kejadian lebih kurang pukul 3 pagi.Mase tengah seronok tido,saya dibuai mimpi yang seram.Saya rase macam di super saiya kan oleh seekor makhluk.Saya dah gak yang saya ni kena kacau dengan setan.Bilik saya memang hot spot dan memang dijadikan tempat persinggahan setan-setan.Saya pon tak tau kenape.Entah ape yang best sangat dalam bilik saya tu.


Dengan kuasa kalimah-kalimah suci Allah,akhirnya saya dilepaskan oleh setan durjana tu.Rase macam mimpi,tapi sebenarnya betul.Macam biase la,saya akan berlari tido di ruang tamu.Saya nampak abah pon ade kat depan.Tak pasti sama ada abah baru balik ke ape ke.Status tidak diketahui. Abah: "Ko kenape ni kakyu?".Saya:"Kena tindih".Abah:"tu la sebelum tido,bace-bace sikit".Suara abah semakin sayup-sayup kedengaran.Tak tau ape yang abah bebelkan sebab saya tertidur.Tetibe saya dengar abah macam nak cakap,tapi tak boleh nak cakap.Sah abah pon dah kena.Saya : "Abah!!!!".Terus terkeluar kalimah-kalimah suci dari mulut abah.Keadaan abah time tu adalah separuh sedar.


Then abah membebel.Abah: "Mane adi dengan hafiz ni.Tak reti-reti nak balik.Keluar masuk keluar masuk,tu yang bawak benda tu balik tu".Saya diam je sebab mengantuk punya pasal.Dalam pukul 4.30 pagi,saya pun masuk dalam bilik.


Pagi tadi saya cerita kes yang berlaku kat mak.Mak bantai gelak.Saya pon nak tergelak gak.Kelakar campur seram..












Saturday, November 17, 2012

Kisah adikku,abah dan durian


Assalamualaikum,,

A few days back,atuk aku ade buat kenduri sikit sempena majlis mengayun dan bersunat.Maka,semua anak-anak die balik kampung.Sekarang ni kan musim durian,so atok aku dah kutip durian kat dusun dan simpan dalam pondok kat tepi rumah.Die kutip dalam 10 biji jek.Yang nak makan ramai.Memang konfem tak cukup la.Atuk suruh pergi dusun kutip durian.Memang malas la sebab aku dah selalu pergi sana (time musim buah je).Kat dusun tu ade pokok rambutan,durian dengan manggis.Kat sana siap ade pondok lagi.Memang best dan banyak nyamuk.

Sepupu aku yang jarang balik kampung semua mengoferkan diri nak pergi dusun tu sebab dorang ni jakun.Menyampah benor!!! Aku buat bodoh je sebab aku malas nak pergi.Pak cik aku dengan selamber cakap "ko tak nak pergi dusun atok ko ke?Nanti kang menyesal"..Aku macam sedikit pelik bile die cakap macam je.Aku selamber jawab "orang dah selalu pergi la.Siap tunggu durian jatuh lagi"..Diam terus orang tua tu.Die ingat aku ni jakun tak pernah pergi kebun ke haa??!!!

Kemudian bermula lah episod akikah durian.Aku pon tak tau kenapa hari tu aku langsung tak bernafsu tengok durian.Bau die yang semerbak mambuatkan aku pening-pening lalat (statement mengade).Sebelum nak balik,atok aku suruh bawak balik durian balik rumah....

Hokey,abis cite pasal durian kat kampung.Semalam kan hari jumaat,so waktu rehat adalah panjang.Aku tak melepaskan peluang untuk balik makan kat rumah (padahal tiap-tiap hari aku balik lunch kat rumah).Tengah best makan nasik,tetibe aku dengar adik aku cakap-cakap dengan mak. "Mak nak dengar cerita tak,semalam orang nampak durian dalam plastik.Orang bawak pergi rumah Arif sebab nak makan dengan kawan orang.Orang pelik tengok durian tu sebab tak de bau.Pastu susah nak bukak.Orang bawak balik,tukar dengan durian yang lain.Sama jugak.Pastu orang kol member orang tanya kat rumah die ade durian lagi tak.Die cakap dah abis.Orang teringin nak makan durian"...Jawapan dari mak aku "durian tu atok yang bagi.Kena perap dulu sebab mangkor"

Kesian sungguh adik aku ni.Abah pon dengar die sembang dengan mak.Abah suruh aku pergi beli durian.Aku pon cakap la petang nanti aku balik kerja aku pergi beli dengan mak sebab aku ni tak reti nak pilih durian.abah diam jek.Pastu abah start enjin keta dan keluar.Aku rasa abah nak pergi cari durian.Aku tengok abah balik dengan tangan kosong.Abah cakap "nanti pergi beli kat Telok Murok.Jangan beli kat depan tu.Mahal sangat.Sebijik 7 hinggit".Wahhhhh!!!!memang sangat mahal.Isi belum tentu cantik dan sedap.

Petangnye,aku dengan mak pergi cari durian kat pasar malam.Aku beli 10 biji je pon.Balik rumah,aku dengan mak bedal durian tu.Rase tak yah nak cerita la.Memang sedap.Puas hati la jugak.Mak cakap kat adik aku "hafizzzzzz!!!nak makan durian tak?"...."Aik,ade durian ke?Sape beli"..."Mak la beli"...





Itu cerita semalam.Hari ni abah pulak teringan nak makan durian kuning.Abah suruh aku beli.Alamak,mane nak tau beli durian.Complicated la.Aku saje je tunggu abah habis solat asar.Sementara tu aku tengok TV.Lepas abah kuar bilik aku tanye "abah nak durian ke?kalau nak,jom la pergi pasar malam.Kakyu tak reti"..."Ish,malas la pulak..Jom la!!"..Pasar malam kat rumah aku sangat panjang.Aku tau abah malas nak jalan.So,aku suruh abah cari durian,aku cari makanan kudap.Lepas setengah jam,aku nampak abah tengah tengok durian.Aik,tak kan dari tadi tak beli durian lagi.Rupa-rupanya,itu adalah 2nd trip.Abah dah beli 2 beg durian dekat penjual yang berbeza!! 1st trip durian,abah dah letak kat keta sebab berat and takkan nak jalan2 bawak durian.Tu yang abah simpan dulu kat keta.Durian yang ade sekarang ni cukup la untuk sampai esok.Kalau nak lagi,esok cari lagi hokey..

Ok la,aku nak pergi makan durian kat luar sambil pekena angin malam yang sejuk ni sebab kat sini baru lepas hujan...







Saturday, November 10, 2012

SPM



Mentang-mentang sekarang ni tengah SPM, aku pon nak tulis pasal SPM jugak la. Tahun ni aku ade adik yang sedang menduduki peperiksaan SPM. Ini adalah adik aku yang paling sempoi. Die tak pernah study!!!Mak aku suruh pergi tuisyen pon die tak nak.Die cakap membazir duit.Untung mak aku ade anak macam ni kan??!!!

Aku ni anak sulung,so aku dah tengok macam mana keadaan adik-adik aku time nak ambik SPM.Dengan buat semayang hajat tiap-tiap hari,baca Yassin dan sebagainya.Konon-konon takut sangat la kan.Padahal tak de pape pon.Kalo ko dah study cukup,tak de benda yang nak dirisaukan.Ewah,,cara cakap macam la aku dapat straight A kan.Berbalik kepada kisah adik aku,sebenarnye adik aku ni risau,tapi die rilek jek.Malam sebelum periksa,die kuar jalan dengan motor vespa die nie.Mak aku dah jadi Mat Lampir sebab hangin dengan die.Dalam pukul 10 malam,baru die reti nak balik, pastu siap masuk bilik tido!!! Woi,esok ko nak peksa,pastu tak reti-reti ke nak selak buku ko tu?? (ni omelan aku dalam hati). Dalam pukul 12 malam,(time tu semua orang dah tido kecuali aku),aku dengar bunyi radio.Slowwwww je bunyinye.Aku pun jadi detektif sekejap,,rupa-rupanya adik aku tengah study!!!Die study dekat area menjahit mak aku..Dah la tempat tu penuh dengan kain segala bagai,dan die boleh study kat situ.Pelik betol.Tapi biarlah,mungkin die selesa study kat situ.Setelah 2 hari berturut-turut menjadi detektif,rupa-rupanye die akan bangun pagi-pagi buta untuk study..:)).In progress,soooo gooddd.

Aku pun tak perform gak time SPM dulu,so aku tak boleh nak salahkan die if result die ko.Aku pon tak tau nape aku tak perform.Seingat aku,aku ambik SPM time bulan puase.Aku boleh tak puase,memang teruk.Sebab tu SPM aku pon teruk.Memang gile.Dalam dewan,aku blank,kosong..kosong..Sumpah aku tak bleh nak fikir,semua benda hilang.Ni bukan kes sebab study banyak,tapi memang tak study!!! Aku ni student MRSM dari form 1-form 5.So aku dah faham sangat dengan sistem MRSM ni.Cikgu plak asyik cakap nanti abis SPM boleh sambung ambik perubatan,kejuruteraan,dan sebagainye la,puiihhh..Semua yang power-power.Tapi tak semua yang boleh dan akan menceburi bidang tu.Aku la salah seorang antara semua tu.hehehe..Apa yang paling best,aku sejujurnye tak de banayk kenangan manis masa kt MRSM stat dari form 4-5.Aku selalu homesick,rase tak seronok nak sekolah kat sane.Aku pon tak tau nape..

Past is past and now im more successful compared to other my MRSM friends.Maybe your rezeki is not during the SPM and maybe after that.Nobody knows what going to happen in the future.Setiap rezeki manusia berbeza-beza.





Saturday, November 3, 2012

Paku Dulang Paku Serpih....



Baru-baru ni aku ade beli mask. Tak ingat ape name die. So,semalam aku try tenyeh mask tu kat muka aku.Bile aku keluar bilik, abah terkejut beruk tengok muka aku. "Ape ko bubuh kat muke ko tu? Dah macam Batman" Nak tersembur air liur aku bile abah cakap macam tu.



Tadaaa.. Ni la die rupe lepas tenyeh mask kat muke




Back to the tittle, tujuan aku beli mask ni saje je la nak main try-try (boleh ke perkataan macam ni??). Aku beli online, and penjual tu cakap tak kisah nak beli berape pon. Aku nak beli 2 paket je pon, kang beli banyak-banyak abis muke aku. Dah la hodoh, nanti bertambah hodoh pulak. Kami pon berjanji nak jumpe di sekian sekian,, pukul sekian sekian.. Mase aku sampai kat tempat yang dijanjikan, aku tengok AKAK tu naik moto je, dah la hari nak hujan."Akak bawak berape".."Adik nak berape?" (aik, aku tanye die, die tanye aku balik).."Bagi saya 5 paket la, sebab macam alang-alang je nak beli 2 paket". Aku sebenarnye kesian kat AKAK tu. Saja nak bagi laku barang die. Sungguh baik hati aku ni (puji diri sendiri).


Sampai je rumah, aku campak je mask tu dalam bekas make up aku."Nanti-nanti la pakai..".Macam biase, aktiviti sebelum tido adalah meng'on9' kan diri. Apalagi, FB la kan."Aik,ade mesej la. Sape yang pm kat aku ni??"..Bukak-bukak, hambik kau...."salam adik.. klu akk sugest adik mkn ibu collagen + vit c utk kecantikan kulit n dalaman adik nk x... hrga pn berpatutan..coz akk npk muka ada bermasalh jerwat juga..." Fuhh,, memang berangin la aku.


Akak, kalau muke akak cantik, bersih, halus serta mulus, saya tak kisah akak cakap camtu. Ni tak, muke aku seribu kali lebih flawlesssss dari muke ko!!!!.Memang ni la first time and last time aku jadi customer die!!!! 







Thursday, November 1, 2012

"Happy Birthday Eqbal Zack (Giveaway)"


Siapakah Eqbal Zack? Beliau adalah seorang blogger yang hensem,educated, dan yang paling penting,saaannnggaattttttttt baik hati serta pemurah!!!! Nak tau kenapa? Ha,sebab die nak bagi hadiah kat semua orang yang bertuah.Baik kan?Mana ade birthday boy nak bagi hadiah kat orang,selalaunya birthday boy yang akan dapat or mintak hadiah.Antara hadiah yang akan diberi adalah seperti berikut..





PRIZES

 TWO[2] winners
Him/her will receive a Black Wallet and Red Purse by Alain Delon (Original)


FOUR [4] winners

It’s the original miniature from DKNY and RALPH LAUREN!
Join now, because FOUR [4] of you (him/her) will win a bottle!


TEN [10] winners
TEN [10] PARTICIPANTS will receive Eqbal Zack (EZ) Limited Editon Fridge Magnet

RULES
Please read carefully, as I reserve the right to disqualify any incomplete entries.
1. Be a follower of www.eqbalzack.com
2. Write a simple blog post (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris) about this giveaway. You can copy and  
    paste your entry from here. The title of your entry will be: "Happy Birthday Eqbal Zack (Giveaway)".
3. Come back here and leave the permalink (URL) in the **comment box.
4. Send me an awesome “Birthday Wish” (Bahasa Melayu or Bahasa Inggeris) via CONTACT FORM.
    It is better to use a CONTACT FORM for this purpose to avoid plagiarism. I will pick the BEST   
    wishes!
5. This giveaway runs from today until 12 November 2012 (11:59PM).
6. Winners will be announced on the 19 November 2012 (10:00 AM).

**If your comment doesn’t show up right away, don’t worry I may have to approve it first!

Good Luck everyone!
 
 
 
Selamat mencuba semua.Kalau tak dapat,takpe...kite tunggu giveaway birthday Eqbal Zakaria yang ke-39.InsyaAllah.










Sunday, October 28, 2012

Si Dia..



Fuhh,dah masuk tahun yang ke-7.Pejam celik kejap je.Bak kate orang,kalau kawen,anak dah nak masuk 3.Aku pun tak sangka yang hubungan ni boleh bertahan selama nie.Mungkin sebab perbezaan umur kami kot.Ikhlas aku katakan yang aku adalah sangat panas baran,degil,suke melawan dan sebagainya.Tapi dia ni cool & relax.Banyak kenangan aku dengan die.Sebenarnye die pon tak sangka yang die boleh tahan dengan aku.Dia siap cakap entah-entah aku calit minyak dagu kat die.Eh,camne die tahu ek??!!! (just joking).


Aku ni buruk perangai sikit.Kadang-kadang aku saje je buat perangai nak bagi die mengamuk kat aku.Tapi die boleh buat tak tahu je.Lagi die buat tak tahu,lagi darah aku menyirap jek.Satu je perangai buruk die yang aku sedikit rimas,die ni cepat cemburu buta.Sepatutnye aku yang kene cemburu kat die,tapi terbalik plak.Aku ni kene risau sebab aku dengan die macam langit dengan bumi.Aku ni ibarat Shrek dan die ibarat prince charming (charming ke??!!!)Kan ke banyak perbezaan aku dengan die kan.


Di ni tak pandai nak buat surprise.Konon-konon nak bagi aku terkezut,tapi die suke kantoikan diri sendiri.Lagi satu aku ni suke paksa-memaksa die.kalau die tak bagitau,aku akan paksa sampai die cakap.Die plak dah malas nak dengar bebelan aku,maka die akan kantoikan diri sendiri la.


Kalau makan kat luar,die suke order macam-macam,pastu makan tak habis.Macam biase,aku yang telan semua makanan die.Sebab tu la badan aku sihat walafiat sampai jadi macam Shrek.Feveret air die adalah milo ais.Sumpah nak muntah.Rasenye memang pelik.Lagi satu,die tak suke minum ais.Semua ais die buang,takpun die campak dalam cawan aku.Aku memang hantu ais.Aku suka kunyah ais.Die bukan penggemar fast food.Ni adalah pengalaman aku tak boleh nak lupe dan tak boleh nak terima.Satu hari,aku beli Subway kat tesco area Setia Alam.Die duk tengok je aku makan,pastu die boleh cakap "ayu makan ape tu?Macam makanan anjing je". Pastu die boleh buat muke selamber je.Aku dah memang hangin,pastu rase nak termuntah pun ade.Tu la kali terakhir aku makan Subway.


Ada satu perkara yang aku sedikit terkilan dengan die.Die masih belum masuk meminang aku T_T...Aku tak nak jadi andalusia la weiii.Ikutkan hati,nak je aku cari orang lain.Tapi ade ke orang yang boleh tahan dengan perangai aku seperti mana die tahan dengan perangai aku? Kalau macam tu die adalah yang terbaik untuk aku.InsyaAllah....




thank u love





Saturday, October 27, 2012

Kisah aidil Adha 2012



Hari Khamis - Opis lengang dan kosong.Semua orang dah kalam kabut hambik cuti.Individu yang cutinya  dah abis pun tak ketinggalan nak bercuti.Tinggal la aku dan beberapa lagi orang engineer dan chemist yang masih lagi bekerja.Tetibe rase syahdu dah pilu menyelubingi hati apabila tak balik beraye di kampung (puiiii berangan nak balik kampung.Teringin nak keje jauh dari rumah dan nak rase kegembiraan balik kampung!!!!).Disebabkan sunyi dan takde orang,makanya aku pon melayan Adam & Hawa.Habis 10 episod.

Di kala menjelangnye waktu malam,abah ajak balik kampung kejap (katenye la kan.)..Pastu sempat plak aku beli sabun beras kat sepupu aku.Nak bantu die lakukan produk die.Ala 4 hinggit je.




set sabun beras


Hari Jumaat - Hari raya menjelang tiba.Tapi aku langsung takde perasaan nak raya sebab aku tak balik kampung (mengada-ngada).Dapi pagi sampai petang aku duk rumah je.Makan,tido and tengok tv.Baju rape pon aku tak sentuh.Sangat sedih weiiii!!!! Sampai la menjelang petang,abah ajak aku balik kampung.Follow je la kan.Kampung dengan rumah pun sekangkang kera je.Dalam 10 minit je pun,tu yang takde perasaan balik kampung tu.Dah la malam tadi baru balik kampung,so dah naik muak la kan.Adik beradik abah semua mulut kecoh.Boleh pening kalau dengar dorang cakap.

Makan,mmm..tak payah cerita la.Semua makanan aku telan.Dengan soto,nasi,lemang,kuih, semua aku belasah.So pagi ni aku tak lapar la.Malahan sengkak perut ade la.Petang ni ade kenduri,so ni la time aku nak pakai baju raye!!!!!


















Wednesday, October 24, 2012

Not in a good condition



Dah 2 hari pintu kereta aku rosak dan ini secara tidak langsung telah menyusahkan hidup aku.Keadaan ni mula disedari hari ahad yang lepas.Aku dah la tengah kelam kabut nak nak pergi kursus,dengan lambatnye, pintu kereta pulak buat hal,memang rase nak meroyan la kan.

Aku dah buat aduan kat En.Abah dan keadaan bertambah baik walaupun tak fully ok.At least pintu kereta dah boleh tutup,tapi aku terpaksa bukak pintu dari luar.Owh,memang sangat menyusah kan.Malam tadi abah berusaha nak jadi pomen pintu,tapi masih tak berhasil sebab kepakaran abah bukan repair pintu kereta.

Aku pun pasrah je la."Tak pe la ayu,asalkan ko ade transport nak pergi keje".Bersyukurlah wahai manusia.Dalam pukul sebelas lebih,aku dengan dikejutkan dengan panggilan AbEncik Abahxp. "kakyu,ko balik makan tak?.."Kenapa".."ko tak payah balik makan la,abah nak hantar kereta pergi kedai,nak betulkan pintu".."Ok,jap kakyu hantar kereta kat abah"..Dengan pantas,aku drive pergi tempat kerja abah.Jarak antara tempat kerja kami hanya 5 minit jek.Sangat dekat!!!!

45 minit kemudian,abah kol tanye nak makan ape??Hoyehhh!!!abah nak belikan aku makanan.Jawapannya adalah mee goreng mamak dan teh o ais limau!!!Selepas 15 minit,abah sampai.Wah pintu kereta dah kembali seperti biase.Sangat gembira!! "Abah,kena berape?".."10 ringgit je"..Kan senang hantar kat kedai,tak payah susah-susah nak buat sendiri.Abah siap buat alignment kereta lagi.Hari ni aku sangat eksited nak bukak pintu kereta je.Sangat mengada-ngada.Jangan rosak lagi dah la.



























Sunday, September 9, 2012

Pengantin Merdeka


Tahniah kepada wawa dan pasangan.Akhirnya majlis berjalan 
dengan lancar.Alhamdulillah..




Nikah







wawa + najmi






Sunday, August 12, 2012

Raya Oh Raya


Next week raya!! Sangat cepat masa berlalu.Selamat tinggal Ramadhan dan selamat datang Syawal.Sepanjang raye ni,boleh dikatakan setiap minggu aku pergi ronda-ronda uptown.Tengok keadaan sekitar sama ada dalam keadaan terkawal atau tak (hahahaha..berangan nak jadi peronda).

Sepanjang rondaan aku tu,satu barang pon aku tak beli.Tak ade benda yang menarik hati aku.Tak tau la raye ni nak pakai baju ape.Semua baju yang aku nampak semua nampak biase jek.Mungkin mood raye tak sampai lagi kot.


Konfem malam raye nanti baru eksited nak pergi cari baju dan konfem banayak saiz abis.Pastu baru nak kelam kabut.Tapi mak aku dah janji nak jahit baju raye untuk aku.Kasut dah beli.Beli dah lame tapi tak pernah pakai lagi.Tak pon belasah je kasut adik aku.Tudung pon belasah tudung die jugak.


Duit raye semua deh setel.Dapat tukar duit singgit je.Duit 5 hinggit dengan 10 hinggit dah abis.Sampul duit yang bank bagi tak cukup la.Sampul duit cari next week.



my money

Saturday, August 11, 2012

Contest: Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack...



Contest: Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack...



Send a Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack in no more than 50 words ................................................
...................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................

Rules
1. This contest is open to all followers/fans of www.eqbalzack.com.
2. Contest starts 8 August 2012 (Wednesday) and ends on 12 August 2012 (Sunday), 11:59 pm.
3. All entries received after 12 August 2012, 11:59 pm will not be entertained.
4. Winners list will be posted on www.eqbalzack.com by 14 August 2012 (Tuesday, 10.00 am).
5. Blog about this contest (tag at least 1 blogger) on your blog with a link back to this post.
6. Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack in Bahasa Melayu or Bahasa Inggeris should be submitted viaCONTACT FORM within this site. It is better to use a CONTACT FORM for this purpose to avoid plagiarism.
7. Winners will be selected based on the most creative message (no more than 50 words).
8. Hamper cannot be exchanged for cash. 

PRIZE x 2

AEON BASKET HAMPER (RM50) + Duit Raya (RM50)

Good luck guys!







Monday, August 6, 2012

New Stuff



Dengan semangat yang terlebih,aku pergi shopping kt Guardian (shopping ke?)Alamak,macam-macam krim ade sampai tak tau nak pilih nak mane.Sampaikan brand yang aku tak pernah dengar pon ade dijual kt sini.


Lepas setengah jam dok belek,akhirnye aku jumpe ape yang aku nak.Aku just beli je sebab murah (kedekut gile).Mmm,not bad..Ok la dengan harganye.Bak kate pepatah alah membeli,menang memakai kan.

Tapi sebenarnye jauh di sudut kecil aku nie,rase menyampah pulak dengan rambut kerinting nie.Gatal lagi nak buat.Tapi nasib baik aku tak buat sehari sebelum raye.Kalau tak,boleh nangis bile mengenangkan nasib rambut nie


Krim ini telah mengurang kekembangan rambut aku..



p/s: "Saya menyarankan anda semua untuk ke blog baru AlongFina di alongfina.blogspot.com untuk menyertai contest Top-up RM10 Kepada 3 Orang Follower Bertuah." 







Sunday, August 5, 2012

Rambut raye




Terase seperti nak buat sesuatu terhadap rambutku ni.Nak potong memang dah tak boleh sebab memang dah pendek.Nak simbah kaler,mmmm...tak nak lah.Leceh la.Ye,nak kerinting la.


Hati dan jiwa dah berkobar-kobar nie.Cuma tak diberi mase dan kesempatan untuk melakukannye.Akhirnye semalam aku diberi kesempatan untuk mengkerintingkan rambut aku yang lurus ni.Orang lain duk sibuk nak luruskan rambut,aku plak duk sibuk nak curly kan rambut.Rambut aku,aku punye suke la kan..


Proses berjalan hampir 2 jam.Maaf tiade gambar di saloon sebab fon tertinggal kat rumah.Aku memang biase buat rambut kat sini.Aku hanya gunekan perkhidmatan die ni time nak kaler dan curlykan rambut.Memang puas hati kalau buat kat sini.Harga memang berpatutan.


Lepas selesai proses mengenteng,aku terus balik rumah.Tak nak singgah mane-mane.Takut dengan penampilan dan perubahan baru ni.Sampai rumah terus masuk bilik dan terus terpacak depan cermin.Tibe-tibe aku terdengar satu suare dari dapur,,"kakyu,macam mane?" Alamak,macam malu nak tunjuk rambut aku  kat mak.Dengan eksited aku tunjukkan rambut aku kat mak.Mak diam tanpa berkata ape-ape.Mak cume cakap "mandi satgi jangan basahkan lagi". Maksudnye rambut aku cantik ke? Hahahahaha..


Tapi aku masih dalam keadaan tak puas hati lagi nie.Sesuai ke rambut nie dengan muke aku?Ah,persetankan.Aku dah buat dah pun.Lantakkan je la.


Aku sibuk menggoogle pasal rambut kerinting ni.Jap lagi aku nak pergi cari sesuatu untuk rambut baru ni.Dis time nak jage elok-elok.



Tadaa,,(konon cantik sangat la kan.)



p/s: "Saya menyarankan anda semua untuk ke blog baru AlongFina di alongfina.blogspot.com untuk menyertai contest Top-up RM10 Kepada 3 Orang Follower Bertuah." 







My Journey To Bukit Tinggi




5 Mei 2012 aku telah menjejakkan kaki ke Bukit Tinggi.Jangan tertipu ye.Bukit Tinggi yang dimaksudkan adalah Bukit Tinggi,Malaysia.Tunggu dah kawen esok baru pergi yang kat Indon.


Perjalanan dari Klang ke Bukit Tinggi hanya ambil mase sejam lebih je.Jalan die kire ok.Tak de la teruk.Semua kenderaan boleh naik.Tapi kalo naik moto,parah sikit rasenye.Nak masuk sane kite diperlukan untuk beli tiket.Harga lebih kurang 12 ringgit untuk dewasa.


Lepas parking,kitorang nak kene tunggu lori bas la pulak.Rase benci betul nak menunggu.Lepas sejam baru dapat naik lori bas tu.










Aku pon tak tau ape name tempat ni.Aku sebenarnye sedikit terkilan sebab camera aku cam hampeh.Lensa ade problem pal.Takpe,its ok.Aku dah settle kan bab camera aku tu.Aku dah dapatkan yang baru.Yeay!! Ok lupekan pasal camera.Gambar ni diambil kat area belakang tempat nie.Sebab tu nampak hutan jek.




Ini pulak pemandangan dan suasane yang sempat diambil.Ni adalah tempat untuk kite tengok persembahan.Persembahan mat saleh joget-joget.Tak de ape yang best pon.Kat sini makanan memang mahal gile.So better bawak makanan dan minuman siap-siap.Nanti tak de kebulur sangat kan.Habis je show,kitorang pun mengangkat punggung.Bye Bukit Tinggi.Next time aku datang lagi.










Thursday, August 2, 2012

Gian



Huh,,setelah hampir sebulan tak online.Akhirnye aku kembali.Online kat rumah dengan kt office lain skit feel die.

Bukan ape,modem kat umah ade problem.Tengahari tadi baru orang TM datang rumah betulkan ape ntah.Kurang 20 hari kite akan menyambut Aidilfitri.Sebelum telambat,aku nak mengucapkan selamat berpuase!!!!Ucapan untuk raye tunggu next next next entry .~Da....












Sunday, June 24, 2012

Uncle Usin



Ape yang ak boleh katakan pasal cerita ni,memang puiiiih.Langsung tak best.Cerita punye bodoh macam nie boleh masuk panggung.Nasib baik aku tengok online jek.Kalau aku pergi panggung,konfem abis dan membazirkan duit aku jek.






Nak buat ala-ala inspector gadjet.Memang sakit hati tengok cerite nie (tetibe plak aku emo tak tentu pasal).Aku tengok half way jek,pastu terus shut down.

Then,masuk bilik,kroh kroh..



Friday, June 22, 2012

Alhamdulillah


Syukur dengan rezeki dan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah.Hari ni merupakan 1 sya'aban 1433.Setelah beberapa minggu tak hujan dan diseliputi oleh debu-debu yang kotor atau bahasa ringkasnye adalah jelebu,akhirnye matahari telah menangis.Akibat tangisan itu,debu-debu kotor itu telah hilang.

Akibat hujan yang memang lebat tu,aku pun bermalas-malasan nak bangun pergi keje.Pagi tu aku baru nak iron baju.Selalunye,malam dah siap iron baju.Aku pon tak tau ape masalah,terus baju kurung aku berlobang akibat iron terlalu panas.Pasrah je la.Pas ni jadi lapik kaki je la baju nie.






baju kurung yang berlobang


Nasib kau la baju.Tetibe teringat essay nasib sehelai baju kurung.Time sekolah aku memang suke buat essay camni.Essay ni khas dicipta untuk individu yang ketandusan ilmu untuk menulis karangan berbentuk fakta.Just like me.                







Sunday, June 17, 2012

No manners



Tengahari tadi tekak aku rase teringin nak minum ice blog (ikutkan sangat nafsu makan).Kebiasaanye,customer memang ramai,sampai tahap kene baratur.Memang menyampah betul nak beratur,then nak tunggu turn.Huh,memang benci tahap asparagustor.

Depan aku plak ade sorang minah ni dengan adik die yang lebih kurang umo budak tadika.Banyak betul order.Minum ke nak melantak!! Apsal aku nak marak plak kan.Die tak usik pon duit aku.Aku cume tak berkenan dengan perangai minah tu.Die boleh cakap camni "tak nak tulis order ke?banyak ni.boleh ke ingat?"....Pandai la budak tu nak setlekan,die dah biase buat.Kira setle masalah.

Minah tu pon blah and tinggalkan adik die kat situ.Maka bermulalah episod si adik yang sedang menunggu order.Adik die ni kepoh.Tanya itu dan ini.Tak pe la,budak-budak memang suke bertanye.Aku rase pekerja kat ice blog tu dah bengang dan malas nak menjawab soalan budak kecik ni.Secara spontan dan dengan nada yang perlahan pekerja ni cakap "diam la"...Tiba-tiba budak kecik ni jawab "ade aku kisah"...Memang kurang ajor betul budak nie.Pekerja tu dah tergamam.Die siap cakap "kalau adik aku,dah lame kene lempang"..Sambil duk siapkan order budak kecik ni,pekerja tu siang jeling budak tu.Then budak kecik tu siap cakap "ape pandang-pandang.Buat le keje tu!!"


Bagi aku,budak ni dah terbiase dengan didikan kat rumah yang kurang ajor.Kakak pon kurang ajor,so tak heranla kalau si adik pon macam tu.Moral of the story,jangan tunjukkan adab yang tak sopan depan buda-budak.










Kemahuan Mengatasi Keperluan



Nak beli jam.Tapi nak yang lawa,sesuai dengan bentuk tangan aku.Itu yang menjadi masalah aku.Jam yang aku nampak semua tak cantik!!Argh,,stress di situ.Semalam aku nampak satu jam yang memang cantik kat GUESS.Mak cakap beli je la.Mungkin next month kot.Its ok kalau mahal dan tahan lama.Tapi aku ni tak pandai jage barang.So camne?Takut gak nanti bercalar balar.Boleh nangis wo!!

Pastu aku nampak sesuatu yang menarik kat Fossil.Ye,purse die mamang lawa.Purse yang aku pakai sekarang ni tak berape nak cantik dah.Nasib baik time aku beli ade sale 50%.Tu yang rembat satu tu.

Sebut pasal sale,aku teringat satu perkara dan ianya menjadi satu pengajaran bagi aku.Next time,aku dah tak nak beli kasut yang ade sale 50%.Memang penipu.Kasut tu dah tak laku,tu yang jual murah.Niat nak buat kasut raya,tapi pelamin anganku musnah!! Baru pakai seminggu,dah tarcabut tapak.Asbestos betul.Cantik lagi condition kasut tu.Pasir pun tak berape nak melekat kat tapak.Geram punye pasal,aku beli kasut yang RM80+++.Puas hati aku.

nota kaki : sila jangan tertipu dengan sale!!!!





Sunday, June 3, 2012

Puas Hati



Entry lepas aku ade cerita pasal kasut yang cari pasal dengan aku (klik sini)..At last,aku dah dapat kasut baru.Ia adalah sejenis sandal.




Lately ni,aku suke type kasut yang macam ni.Simple dan memudahkan pergerakan aku.Say no to high heel.Hopefully dis time kasut ni akan bertahan lame la hendaknye.

Esok hari Isnin.Bestnye nak pergi kerja.Tapi aku jadi stress bile esok nak mengadap muke lahanat sekor tu.Mamat ni memang suke menyusahkan orang.Satu kilang pulaukan die.Hebatkan orang kat kilang aku.Mamat ni siap pinjam duit kat "along"."Along" siap kol office sebab nak cari die.Sumpah seram.Ah,abaikan la.Aku cerita ni just sebagai peringatan.Time tengah banyak duit,baik beringat.Jangan sampai dah papa kedana baru nak mintak sedekah sana sini.

Jam dah menunjkkan 11.54 pm (jam aku la),its time tu tido.Esok nak kerja.I love my job!!!








Can't Wait


Huh,tak sabar rasanya nak ambik kain kiriman kat member aku.Fresh from Bukit Tinggi.Auuwww!! Tak tau bila aku nak pergi Puncak Alam ambik barang aku.So tahun ni aku tak payah beli baju raya sebab kain baju dah ade.So tunggu mak aku jahit je.




Jangan tertipu.Ni sebenarnye kaler oren (member aku la cakap).
Jenis kain adalah lace.




Kain kerawang Indon




Yang kaler hijau tu kain free,yang kaler biru tu aku punye





Telekung


Tapi aku tak sure mak aku nak jahit ke tak kain ni untuk raya tahun ni sebab....kain yang beli kat India dulu pun tak kelua dari plastik lagi!!!!





Saturday, June 2, 2012

Bad Luck


Aktiviti malam ni adalah keluar makan dengan member aku.Lokasi kejadian adalah di Marina Island.



the view is really nice.

Ok,sambung balik cerite..Kitorang lepak kat warung sambil makan-makan.Ayat kasar adalah melantak.Member aku makan sikit jek.Aku yang order makan sampai 2 kali.Aku peduli hape kan,aku yang bayar.


Bile perut dah kenyang,mata mula sedikit mengantuk.Aku dan member pun angkat kaki.Aku sedikit terpeleot,time tu dah ade sedikit instinct (betul ke ejaan aku ni?) bahawa kasut aku macam nak putus.Ye,akhirnye memang putus!!!Ni yang aku stress ni,then member aku jadi mangsa keadaan.Aku suruh die pergi bayar kat kaunter.Nasib baik ade die,kalau tak malu besar aku.Kasut ni pon,time-time ni la die nak buat perangai.Memang stress!!!!Anyway,thanks wani for helping me pay the bill..











Monday, May 28, 2012

Hobi :)


Semuanya bermula sejak aku keje kat tempat baru.Aku pun tak tahu macam mane boleh timbul minat nie.Nak tahu tak ape hobi baru aku untuk tahun ni?

Taraa!!!!




Yes,untuk tahun ni,hobi aku adalah mengumpul setem.Walaupun tak banyak,tapi aku berjaya mempunyai sebuah buku setem.Aku tak de la terlalu taksub nak mencari setem.Kalau ade yang menarik dan aku masih belum ade setem yang dimaksudkan,aku akan simpan setem tu.Best sebenarnye bile dapat kumpul setem nie.

Ini koleksi setem dari luar Malaysia.Memang unik and colourful.Kalau la Malaysia ade setem yang macam ni,mensti best.Maka akan ramai la orang yang lebih menyayangi setem-setem ni.Nak buang pun akan rase tak sampai hati.


















Yang ni pulak antara feveret setem aku yang dari Malaysia.









Baru aku tahu kepuasan mengumpul setem.Seronok sebab dapat tengok macam-macam rupa bentuk setem nie.Now baru aku sedar tentang perasaan pengumpul-pengumpul setem sebab aku salah seorang dari mereka.