Dah 2 hari pintu kereta aku rosak dan ini secara tidak langsung telah menyusahkan hidup aku.Keadaan ni mula disedari hari ahad yang lepas.Aku dah la tengah kelam kabut nak nak pergi kursus,dengan lambatnye, pintu kereta pulak buat hal,memang rase nak meroyan la kan.
Aku dah buat aduan kat En.Abah dan keadaan bertambah baik walaupun tak fully ok.At least pintu kereta dah boleh tutup,tapi aku terpaksa bukak pintu dari luar.Owh,memang sangat menyusah kan.Malam tadi abah berusaha nak jadi pomen pintu,tapi masih tak berhasil sebab kepakaran abah bukan repair pintu kereta.
Aku pun pasrah je la."Tak pe la ayu,asalkan ko ade transport nak pergi keje".Bersyukurlah wahai manusia.Dalam pukul sebelas lebih,aku dengan dikejutkan dengan panggilan AbEncik Abahxp. "kakyu,ko balik makan tak?.."Kenapa".."ko tak payah balik makan la,abah nak hantar kereta pergi kedai,nak betulkan pintu".."Ok,jap kakyu hantar kereta kat abah"..Dengan pantas,aku drive pergi tempat kerja abah.Jarak antara tempat kerja kami hanya 5 minit jek.Sangat dekat!!!!
45 minit kemudian,abah kol tanye nak makan ape??Hoyehhh!!!abah nak belikan aku makanan.Jawapannya adalah mee goreng mamak dan teh o ais limau!!!Selepas 15 minit,abah sampai.Wah pintu kereta dah kembali seperti biase.Sangat gembira!! "Abah,kena berape?".."10 ringgit je"..Kan senang hantar kat kedai,tak payah susah-susah nak buat sendiri.Abah siap buat alignment kereta lagi.Hari ni aku sangat eksited nak bukak pintu kereta je.Sangat mengada-ngada.Jangan rosak lagi dah la.
No comments:
Post a Comment