Tuesday, August 17, 2010

Hari Kelapan


Sahur makan nasi + nugget + sambal udang. Air pulak nescafe ais.

Pas sahur aku tido balik.Ngantuk gile.Aku tido lewat sebab aku temankan dia.Kawan-kawan die semua dah tido.Tinggal dia sorang jek.Dah male aku tak berwebcam dengan dia.Aku rindu sangat kat dia.Tapi tak berani nak luahkan perasaan itu di hadapan dia.

Tepat pukul 8.55 am,aku pun pergi la menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang pekerja yang berdedikasi.(Padahal aku antara pekerja yang selalu datang lambat.Hehehehe).Sampai ofis je,Dr dengan wife dia dah bersiap-siap nak keluar.Nak pergi Ipoh katenye.Yeayyyy!!!!!!!!

Kat opis aku siapkan translation aku.Banyak lagi tak siap.Dr cakap die nak cepat.Mati aku.Dah la bulan puasa.Otak aku tak boleh berfikir dengan baik bile perut aku lapar.(Alasan semata-mata sebab malas)

Tepat kol 5.00pm,aku orang first yang punch card.Datang biar lambat,tapi balik biar cepat.Teruk betul prinsip aku ni.Aku ingat nak pergi bazar.Tapi panas la pulak.Panas terik yang mencengkam kulit dan isi aku.Ha,bercakap pasal kulit,kan hari tu aku jumpe die,aku tengok die cam gelap sikit la.Ye la,dah asyik berjemur je kan,mane tak gelap.OK..ok..berbalik pada cerita aku nak pergi bazar,bila cuaca panas sangat,aku pun terus balik la.Rasa cam tak sempurna je tak pergi bazar.al-maklum lah,tak dapat perabihkan duit aku.

Berbuka hari ni,mak aku masak nasi + rebung udang masak lemak + ikan goreng + sambal hot dog + meehun goreng.Pencuci mulut kuih tepung bungkus.Air plak air kelapa + tebu je. Bapak aku pulak beli air cincau.Dalam rumah kitorang,bapak aku sorang je yang minum air cincau.Hari ni aku minum air kelapa dengan makan meehun je.Tekak aku pedih.Lepas makan aku masuk bilik.Padahal aku lapar lagi nie.

Aku menunggu message dari dia.Tadi dia cakap die pergi sungai besi.Tak lama lepas tu dia cakap dia dah sampai Bukit Jalil.Keadaan die tengah berserabut.Aku tak mahu la tanye lebih-lebih.Kang pening pulak die.Aku pon tunggu die sampai aku tertido.Dalam kol 3.00 am,die message aku.Tapi aku dah tido.Kol 4.30 am,aku terjaga,then aku message die.Tapi die tak reply.Dalam pukul 5.30 am, belambak message dia baru masuk…..


No comments:

Post a Comment