Tuesday, December 28, 2010
Tak tahu tittle...
Bile la agaknye mase aku pulak.Lagi beberapa hari je nak nak masuk ke Tahun Baru.Plan untuk Tahun Baru ni,family kitorang nak pergi mandi air panas dekat Baling Kedah.Nak pergi camping kat sane.Tapi tak sure jadi pergi ke tak.Entah la...
Esok mak dengan abah nak pergi antar adik aku kat UiTM jengka,Pahang.Alhamdulillah,lagi sorang adik aku menjejakkan kaki ke UiTM.UiTM di hatiku.hehehehehe.Aku cam nak ikut.Tapi....tunggu dan lihat je la,either aku ikut ke tak.....
Monday, December 27, 2010
kahawen??!!!
Semalam dengan excitednye
aku dengan adik aku pegi majlis kawen member aku
dekat Rawang.Gile jauh betul..
Dah ramai member aku yang kawen.
Ah..biarla diorangjeles sebenanye.
Macam ade sorang pompuan nie,kawen awal.
Die dah lame kawen.Tapi umo dah senja (dah 30-an).
Serba-serbi kerja die kuli batak
die yang buat.
Teruk betol pompuan tu.
Sorry to say,
memang malang sape
yang kawen dengan die.
Aku nasihatkan kepada kawan-kawan
aku yang dah kawen,jangan la buat
perangai cam die.
Kesian laki korang.Bile laki korang
cari lain,korang gak nanti nanges tak berlagu.
Kepada member aku erin,aku doakan semoga perkahwinan die kekal abadi.Semoga die bahagia dengan Izad..;)))
Thursday, December 16, 2010
Bad Day
Dengan malasnye,aku bersiap nak pergi mencari rezeki untuk sesuap nasik.Perkara pertama yang aku buat bile sampai opis adalah FB. Hehehehehe..Sori bos.Lepas 2 3 jam main FB,baru aku buat keje aku yang tak pernah siap tu.Dalam-dalam tengah wat keje,hujan turun selebat-lebatnye.Bestnye kalau dapat pisang goreng panas,lepas tu tido.Fuhh,memang best.
Tengah kusyuk buat keje,tetibe,kaki aku tersepak laci.Adoi!!!sakitnye.Kan dah berdarah.Aku kalau bab darah memang lemah.Sakitnye sampai ke dalam tulang hitam.(aiceh ayat aku memang tak boleh blah)
Monday, December 13, 2010
Perak+Kedah+Penang
Lepas gedebuk gedebak,Pak Su ajak pergi mandi Air Panas Ulu Legong. Kitorang masuk tempat tu kol 7.00(Maghrib). Orang ade la dalam 2 3 kerat.Pas menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam,aku pon apelagi,terus tukar baju. dan terjun ke ke dalam kolam air panas.Memang nikmat je.air suam2.Mase tengah best mandi,aku
Kitorang lepak sane sampai kol 1.00 pagi.Sejuknye yang teramat.Asal sejuk je,aku masuk kolam.Best!!!!
Dalam kol 1.45 pagi,kitorang gerah pergi Balik Pulau,Penang.Ngantuk tak yah cakap la kan.Memang ngantuk gile kot..Tapi nasib la Pn Faridah yang memandu malam tu.Kitorang sampai Balik Pulau kol 4.30 pagi.
Esoknye aku bangun awal gile.Semua orang tido,aku dah bangun.Aku bangun sebab aku ditinggalkan kat bawah sorang.Pastu aku cam terdengar suara orang bisik kat telinga aku.Aku terjage,then tengok takde sape,pastu aku lari naik atas!!!!hahhahaha..
Semalam,dalam on da way balik,kete plak tak bleh stat.Nasib la time tu kitorang dekat tol Changkat Jering.Then kitorang kol abah cakap kete tak leh stat.Abah pon menyoal selidik kereta.Rupa-rupanye bateri longgar.Abah suruh betulkan kedudukan bateri.At last,kerete boleh jalan cam biase.Hari ni,abah nak betulkan kereta tu.Aish,macam-macam aku alami seoanjang 2 hari berjalan...
Friday, December 10, 2010
Maal Hijrah di Cameron...T_T
Gambar yang aku ambik pon banyak kat tempat yang sama.
Dah tak tau nak pergi sane.Kitorang seronok tido dekat sane je.
Biase la,cuaca die sejuk sikit berbanding kalau berada di kawasan rumah aku yang hangat dan panas macam HOT FM (poyo jek).
Mase kat Cameron,kitorang menginap dekat Desa Athurium Apartment.
Kat sini memang sejuk sebab apartment di berada di kawasan gaung.
Udara yang sejuk terlepung dekat kawasan ni.
Kat sini aku letak la sikit gambar aku time kat cameron
Honey Lemon Tea (tak sedap lansung!!!)
Ape yang sedang aku lakukan nie??
Thursday, December 9, 2010
Pending...
Dah lame rasenye aku tak update blog aku nie. Al-maklum la, banyak main FB, busy (konon-kononnye). Heheheh.
Dalam bulan December ni aku ade banyak event. Antaranya pergi holiday, majlis kawen dan sebagainya. Maal Hijrah hari tu aku pergi menapak dekat Cameron Highland. Orang lain pergi wat solat hajat ke, bace yassin ke, ape ke, ni aku pergi beronggeng. Apa la nak jadi dengan aku ni. Astaghfirullahhal’azim…..
Nanti aku upload gambar pergi Cameron ye…
Thursday, December 2, 2010
Dah Tiba Masa..
Apa-apa pun,aku tengah menunggu hari jek nie.Terima kasih pakcik sebab dah sejukkan hati aku.Banyak nasihat yang aku dapat dari pakcik.Pakcik cakap "setiap kesabaran dan kesetiaan Allah akan gantikan dengan kebahagiaan dan kegembiraan".Aku percaya dengan kata-kata pakcik.
Sepatutnya dari dulu lagi aku lepaskan dia.Padahal dah jelas2 aku bukan milik dia dan dia bukan milik aku..Kini dah tiba masenya aku lepaskan dia dengan rela dan sepenuh hati aku.Apa-apa pun,aku mintak maaf sebab aku dah banyak bebankan dia.
Hidup mesti diteruskan.Mungkin ada hikmat di atas semua yang dah terjadi.
Thursday, November 25, 2010
Kerja Bodoh
Gaji lambat lagi.Time-time takde duit,nafsu untuk bershopping memang dasyat.Tapi bile duit dah depan mate,nafsu tu akan mati.Aku tak tau la orang lain cmne.Tapi aku memang camtu.
Wednesday, November 24, 2010
Sabtu dan Ahad
Ahad :
10 November 2010
Aku pon bergegas pergi ofis.Dalam kepala aku teringat balim time raya puase hari tu.Aku tengok makcik ok jek.Macam dah sihat.Makcik aku terkena breast canser.
10.00 am : 'Kakyu,makcik dah meninggal.Cepat balik.Kite pergi Kelantan sekarang'. 'Ok.'
Jauh betul perjalanan dari Perak nak ke Kelantan. Kami sekeluarga pergi ikut Jeli. Memang jauh gile!!!!. Perjalanan ambik mase 6 jam. Dalam kol 7 lebih baru kitorang sampai. Tapi tak sempat nak tengok jenazah sebab jenazah dah dikebumikan.
Keesokannya,kitorang pergi berjalan-jalan di sekitar kelantan. Tapi tak banyak pon tempat yang kitorang pergi.
Tuesday, November 9, 2010
Realiti
Tunang??Kawen??i'm sorry.Belom masenye lagi.Even kawan-kawan aku ramai yang dah kawen,ah lantak la dorang.I'm still young.
'Ayu ni kedekut la'... kedekut ke aku nie?Rasenye tak..Aku pemurah..Tak percaya??Percaya la.Ini adalah realiti.Kalau aku kedekut pun,bersebab.Takkan la aku nak pergi perabih duit dekat kawan2 atau orang yang tak de ape-ape hubungan dengan aku kan.Kalau die tu ade hubungan dengan aku ke,family aku ke,Bf aku ke,laki aku ke,,,boleh la..Kalau setakat gitu-gitu jek,dan aku pon tak tau perasaan die kat aku,wat pe kan..
Ish...ape aku meepek meraban nie??Aku pon tak tau.Hahahahaha....
Klang+Dengkil..here i come dis Sunday.....
Ketentuan,Pasrah,Cabaran dan Hinaan
Aku tak boleh ambik dua-dua dan aku perlu pilih antara 1.Dan pilihan aku adalah tepat.Sekiranya dia adalah yang terbaik untuk aku, dan aku terima die dengan sepenuh hati aku.
Kepada orang yang telah mencabar dan menghina aku dengan kaw-kaw,terima kasih diucapkan.
Aku ambik positif dengan cabaran dan hinaan itu.Cabran dan hinaan itu telah membuat aku mengambil langkah yang positif dan drastik.
Sunday, October 31, 2010
Ahad Yang Membosankan..
'Lagi satu,jap lagi kalau nak pergi ambik zati,tepon mak dulu.Mak nak suruh ko bagi barang kat mak lang'.'Ok'
Malasnya.Dah la tengah berangan ehem..ehem..Aku pon guling2 lagi atas katil dengan harapan nek berangan lagi.Ah,bangun la ayu.Banyak keje ko nak buat.Nak basuh baju,kemas rumah,masak.Bangun!!!Get up girl.Dengan memakai T-shirt pink dan boxer berwarna biru,aku pon melakukan tugas aku sebagai maid.Fuhh..sume dah siap.Masak je belom.Nak masak lauk ape ek??Mmm..jap lagi la.Tengok Melodi dulu.
Tengah best2 tengok Melodi,tetibe dengar bunyi enjin kete.Mak aku dah balik.Alamak!!!!Aku tak masak lagi.Aku baru masak nasik jek!!!Lauk tak masak lagi.Dengan muke selamber...
Aku duduk rumah sorang2 sambil tengok cite yang ntah hape2 kat tv.Layan je la.Lunch hari ni,aku tak makan nasi.Aku makan 3 ketul kuih bakar.
Okek,mak dah balik bawak cupcake!!!!Mmmm sedap..
'call is waiting for another party'!!!Hahahahaha...
Hot Air Ballon
Layanan secretriat pon ok.Tip top.Aku enjoy.Tapi memang penat gile la kan.Tiap2 malam balik kol 12 except 16 hb je aku cabot awal.Dah tak tahan sebab penat sangat.
Mase kat sane aku dapat ticket free naik hot air ballon tu.Hehehehe...Gayat gak.Aku ni memang takot tinggi.Kat sini aku letak sket gambar.Tapi tak clear sangat la...
Saturday, October 30, 2010
Gelak macam nak mati
Oleh sebab hati aku yang sedih,aku jadi murung sekejap. Nak ilangkan perasaan tu,aku pon bukak blog2 kawan2 aku. Then aku terpandang 1 blog.Nampak bosan.Bila aku stat bace,memang best blog budak nie.Tulisan die dah wat aku ketawa berdekah2.Tetapi orangnye tak la kelakar pon.Biase je.Serius ade la.Muke die je dah macam bekas Guru Besar aku.Muke bengis.
Memang best and gempaq abis.Sekurang2nye nanah dalam kepala aku berkurang sket.Nak dibandingkan dengan sebelum ni,sakit je kepala aku.Syabas dan tahniah diucapkan kepada dia.
Terawal
Pagi ni aku bangun awal sebab aku nak hantar mak. Gelap dan sejuk betol. Dengan tak mandi,aku selamber je kuar. Baru keluar dalam 100 meter, aku terserempak dengan abah yang sedang berbasikal. Patut la pagi2 lagi abah dah hilang.Time dalam kete,macam-macam yang mak aku pesan.'kakyu,nanti tutup suis nasik, pastu kalau tengahari hujan, ubah kain yag kat area depan'.Aku dengan muka toya,'Ye'.'Nanti kalau ko tak buat ape,pergi massage badan ko'.'Ye.tengok la dulu.Kalau rajin,kakyu pergi la'.'Dari dok rumah,baik ko pergi'.'Ye'
Flashback...
Aku dah apply cuti untuk hari ni. Aku memang dah prepare barang-barang yang dia perlukan. Aku plan nak pergi jumpe dia. Tapi aku hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan
segala-galanya.
Aku dipersalahkan.Dia cakap aku janji cam keling.Aku ni cam keling ke?Tapi rasenya aku lagi cun dari keling-keling di luar sane.hahahahaha.....
Sedih sangat rasanya.Aku pon tak nak jadi cam ni.
Angkara kejadian ini,aku memang tak tidur semalam. Puas aku memikirkan alternatif lain untuk pergi berjumpa dengan die. Cara dan alternatif dah ade,tapi die pulak bersikap dingin dengan aku.Macam mana nak bagitahu ni??? Tak pe la.Diamkan dan pendamkan je la niat aku nak pergi jumpe die tu....T_T
Friday, October 29, 2010
Fengshui
Pastu tu pagi tadi pulak,ade orang cari pasal dengan aku.Memang kene la sejibik dengan aku.Pandai2 je nak menjahanamkan aku.Aku pon boleh pikir la wei.Meh sini aku aku nak bagi sedikit tazkirah di pagi Jumaat"kita sebagai manusia,tak baik tutup pintu rezeki orang.Itu adalah satu perbuatan yang keji ye."
Selain nasib malang,ade la jugak 2 3 perkara yang menggembirakan aku.Hati sedang
berbunga-bunga.Macam-macam bunga ada.Semoga rezeki aku diperbanyakkan dan dipermurahkan.Amin.....
p/s: semua perkara adalah tidak mustahil.
Thursday, October 28, 2010
10.56 A.M
Marina Island
2 3 hari sejak kebelakangan ni,cuaca tak begitu menentu. Berjerebu je.Mungkin sebab Gunung Melawi punye angkara.Tunggu masa je gunung tu nak meletop.
Cuaca yang macam nie buat aku rasa malas je nak buat keje aku yang bertimbun tu. Tapi cuaca macam ni yang buat aku rajin nak online.Hikhikhik...
Nostalgia
Hari ni mendung je. Semendung emosi aku. Tadi pergi rumah tok ketua nak mintak cap mohor dia. Tapi dia pulak ade meeting. Time aku nak jumpa die,dia pulak tak nak jumpa aku. Dalam petang jap ag la bru pergi jumpe tok ketua.
Ni aku nak cite pasal tok ketua. Tok ketua tu muka die bengis gile. First time aku jumpe die, dia tanya soalan yang boleh dikatakan buat aku terkenang kisah silam
Tok Ketua : MRSM Gerik?
Aku : Aah
Tok Ketua : Sekolah rendah kamu sekolah kat mane?
Aku : Kat dalam. Sekolah TLDM 2.
Tok ketua : Kamu ingat lagi cikgu yang ajar kamu?
Aku : (sambil tersipu-sipu dan tersengeh-sengah) tak berapa ingat la. Ingat 2 3 orang je.
Tok Ketua : Cuba sebut mana yang kamu ingat.
Aku : Cikgu Nora,Cikgu Lutfi,mmm…mmmm….
Tok Ketua : Tu je yang kamu ingat?
Aku : Aah. Nama tak inagt. Muka ingat la.
Tok Ketua : Sambil angguk-angguk kepala.
Soalan dia buat aku teringat zaman-zaman aku sekolah rendah. Time sekolah rendah dulu,aku memang jahat. Suke sangat cari gaduh dengan orang,pau budak pastu suke pukul orang. Lagi satu, dulu time sekolah aku memang anti dengan budak k****g. dah la pergi sekolah pakai minyak kelapa penuh 1 kepala. Bau die tak payah nak cakap la kan. What the ….!!!!!!!
Buat masa sekarang,aku terpaksa deactivekan FB aku…..