Wednesday, January 2, 2013

Tuah 2013



Assalamualaikum,,

Baru dapat masuk website skmm.Nak masuk website ni rase macam nak bercinta.Malam semalam pun dah try,tapi tak berjaya.Seriously dah putus asa sebab susah sangat nak masuk website ni.Tapi tadi dengar berita yang mengatakan tiada limit harga untuk smartphone.Then terus kelam kabut bukak laptop nak online.Bile dah dapat masuk and siap isi borang,nak send pulak lembab macam siput babi."Permohonan sedang dihantar,sila tunggu".Sabar ayu,Istighfar banyak-banyak.

Ni pulak kes petang tadi,ini tak tau la nak cakap nasib malang ke,nasib baik.Waktu lunch tadi,tibe-tibe teringin sangat nak minum coolblog.Masuk parking tanpa meletakkan kupon parking.Dengan gembiranya aku pergi beli air feveret aku  "passion fruit".Sampai je kat kereta rase macam nak mengamuk sebab nampak ketas saman!!Bongok betul la!!Padan muka aku.Tak pasal-pasal kena bayar zakat kat majlis perbandaran.Melayang 10 hinggit aku.Walaupun 10 hinggit je,tapi masih ade nilai tau.

Tak pe la ayu,pasrah je la.Mungkin ade hikmah kena saman.Sambil bermonolog sorang diri,tetibe rase nak makan karipap Singapore.Puiii,tutp pulak dah.Aku pun merayau di sekitar rumah kedai tu semata-mata nak cari kupon parking.Padahal dah pukul 2.30 ptg ni.Ah,lantak la masuk office lambat.Rase macam tak de mood nak masuk office sebab kena bayar saman.

Jalan punye jalan,tibe-tibe aku terpandang iklan,"guru full time/part time".Wah,bagus ni.Memang dah lame nak jadi cikgu tuisyen.Tanpa membuang masa,aku terus sms (jimat kredit) je nombor yang tertera kat kertas iklan tu.Wah,ade respon.Esok ade interview.Sangat seronok.Kalau dapat,Alhamdulillah.Kalau tak dapat,tak pe la.Mungkin ade rezeki yang lebih baik..






No comments:

Post a Comment