Saturday, January 12, 2013

Anak kesayangan mak

Assalamualaikum,,

Hari ni genap semingu adik bongsu aku berkampung di PLKN Chenderiang,Perak.Nasib baik dekat,so senang nak melawat.Adik aku ni seorang yang tak berdisiplin.Entah macam mane kehidupan die kat sana.Harap-harap semuanya berjalan lancar.Beberapa hari selepas die dapat tahu yang die kena pergi PLKN,die telah suarakan hasrat yang terbuku di hati dia.Dia boleh suruh abah buat surat yang menyatakan dia sakit.Hahahaha..Takut la tu.Al-maklumla,die tu tak pernah berenggang dengan mak aku.Die pon tak biase dengan keadaan yang ganas-ganas macam tu.Tapi abah selamber je cakap yang abah tanak masuk penjara (mendalam maksudnya).

Tanggal 5 Jan 2013 dengan paksa rela,adik aku terpaksa pergi ke kem tersebut.Mak yang hantar die pergi stesen bas.Fuhh,macam-macam benda die tertinggal.Disebabkan banyak sangat barang tertinggal,maka emak telah buat keputusan yang tepat untuk melawat die pada esok hari.Macam-macam benda die suruh mak aku bawak.

Sebenarnye,aku dengan mak pon tak tahu kat ceruk mane kem adik aku ni.Esok baru nak mencari.Walaupun kami menetap di Perak,tapi masih ade sesetengah tempat yang kami tak tahu.Melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai,kem tersebut dengan perkampungan orang orang asli.Esok aku akan menjadi co-pilot.Hehehehe..








No comments:

Post a Comment