Assalamualaikum,,
Jam tepat menunjukkan pukul 10 malam.Mmmm abah tak balik lagi.Tiba rase terpanggil nak menceritakan perihal keluarga aku.
Aku ni bukan anak orang kaya.Family aku biase-biase je.Abah aku pesara navy.Dah 10 tahun abah menamatkan perkhidmatan dalam tentera laut dan dalam bahasa lebih mudah adalah pencen.Tahu je la,dulu gaji penjawat awam sangat sikit.Aku ni anak sulung dan aku ada 4 orang adik.Aku banyak mengalah dengan adik aku walaupon kadang-kadang ade jugak aku buat perangai tengik aku.Aku rase aku ikut perangai abah.Degil,baran,kepala batu dan seagkatan dengannya.Bayangkan la dulu nak makan beger pon susah.Bile dah beli siap kena kerat 2 lagi.Hangin jek.Tapi bile ingat balik kelakar pon ade.Akibat sikap yang cermat ni,abah mampu beli rumah untuk kitorang sekeluarga berteduh.Ayat tak boleh blah.Hahaha..Walaupon rumah yang kitorang duduk ni tak de kolam renang,sekurang-kurangnya kitorang tak perlu menyewa dan merempat.
Kalau datang perangai bad mood aku,siap la.Aku mula la minta macam-macam yang melampaui batas.Bile tak dapat ape aku nak,aku mula la mengamuk kat situ jugak.Konfem korang pernah tengok budak kecik mengamuk kt aeon sebab tak dapat mainan.Siap baling-baling kasut kan.Aku macam tu la dulu.Teruk betul. Kadang-kadang dek nak mencover malu kat shopping mall akibat perangai buruk aku tu,abah akan beli apa aku nak.Tapi siap la.Balik rumah kena bantai dengan tali pinggang,tak pon rotan.Pastu mula la kuar ayat-ayat power.Janji dah tanak buat,tapi bulan depan buat lagi.Hahaha..Sekarang dah paham la sebab ape mak dengan abah tanak penuhi kemahuan aku.Daripada beli barang mengarut,baik beli barang dapur.Lagi satu perangai buruk aku,kalau aku tak dapat ape aku nak,aku akan sepahkan semua baju dalam almari.Termasuk la baju mak aku.Sangat jahat kan.Pastu nanti mak akan report kat abah.Then aku akan dapat habuan la.Tapi aku dah bersiap sedia.Boleh dikatakan badan aku dah tak lut dengan segala jenis rotan.Ewah.
Dulu time sekolah rendah,aku bawak belanje sekolah 30 sen je.Siap bawak bekal.Aku tak pernah beli makanan kat kantin sekolah.Mak cakap air minuman guna air paip.Makanan kotor.Boleh tahan mak aku punye psycho.Duit belanje sekolah aku simpan.Mak cakap kalau nak beli mainan,kena simpan duit belanje sekolah.Dari situ la aku belajar menyimpan.Memang susah dan perit wa cakap sama lu.
Adik aku yang no 2 pon menerima nasib yang sama dengan aku.Hahaha..Padan muke die.Die sampai pengsan kat sekolah sebab tak makan.Bekal yang mak aku bagi die tak makan.Die gune duit belanje sekolah beli komik.Ceh buat malu jek.
Tapi Alhamdulillah atas apa yang mak dengan abah dah psycho aku.Aku lebih menghargai barang yang aku beli dengan duit sendiri.Sekarang nak kata aku mewah,takde la.Tapi aku dah dapat ape yang aku nak sebelum aku kawen.Hihihi..Fami pon same jugak.Rumah fami dah nak siap.Aish,,(ayat jeles).Rumah aku lambat lagi nak siap.
Hari ni abah balik kol 10 kot.Ni first time dalam bulan Ramadhan ni abah tak berbuka sama kat rumah.Alhamdulillah sekarang kehidupan family aku lebih baik jika nak dibandingkan time kitorang kecik dulu.Generasi adik-adik aku sekarang sangat senang nak dibandingkan time aku dengan fami dulu.Dulu time belajar kitorang ambik ptptn sebab adik-adik yang lain semua kecik dan semua sekolah lagi.Abah tak mampu nak tanggung semua.Sekarang Alhamdulillah sebab dorang semua tak ambik ptptn.Abah yang cakap tak payah ambik.Kadang-kadang tu ade jugak rase jeles.Busuk hati betul.Harusla jeles kan sebab sekarang ape je diorang nak,mesti dapat punye.Hahaha.
Nanti aku story lagi pasal family aku.Tu pon kalau ade mood.