Thursday, January 24, 2013

Our Journey:Cameron


Assalamualaikum,,

Mari kita kembali ke tahun 2012..Tetibe plak ade mood nak update pasal pergi Cameron hari tu.Nasib malang jugak untuk aku dengan family aku sebab time kitorang pergi hari krismas.Memang jem gile.Sepanjang kat Cameron,kitorang menginap kat puncak arabella.Nice jugak la partment nie.Kitorang duk kat penthouze u oolllsss..

Memang tak berjalan mana pun sebab hujan plus  jem teruk giler.Rase macam nak maki orang je kan.Dulu tak de pon ramai cenggini.




Strawberry farm






Maksu dan anak-anak lelaki yang masih single.hihi





Strawberry cicah coklat





Mak dengan maid.






Gadis melayu terakhir





My family





My maid..




Aduh,die lagiiiiii






Jem sampai bawah




Apsal banyak sangat gambar die die





Sweettt tak saya??





Tak ingat ap name tempat ni





Muke paksa rela





Adik saya!!!










Tuesday, January 15, 2013

Sharifah Zohra Jabeen


Assalamualaikum,,

Sekarang ni saya rase seperti nak bagi pendapat.Actually saya baru je lepas tengok video yang tengah hot.Orang pun duk sibuk guna trademark 'Listen..Listen..Listen'.Mula-mula saya tak faham.Dan malas nak ambik tahu pon.Hal orang dewasa.Lantak ko la kan.

Selepas saya lihat video tersebut,saya berpendapat bahawa Kak Pah kite tak bersalah sangat pon.Cuma cara die menegur student tersebut je yang tak berape ok.Sepatutnya berlapik sikit.Kalau saya jadi student tu,sumpah malu beb!!Ade betul jugak kata-kata yang dilontarkan Kak Pah.Memang saya setuju.Tapi satu je saya tak berapa berkenan.Jangan la bagi contoh yang bodoh.Cuba bagi contoh yang cerdik sikit dan sesuai.

Yang saya tak paham,kenapa ramai sangat orang duk kutuk Kak Pah.Saya rase ok je.Jangan la dibesar-besarkan benda macam ni.Tak effect ape-ape pon.Kak Pah cube menyampaikan message "please respect others".Student tu pon,kalau nak bercakap agak-agak la.Biar berlapik.Kite memang bebas bersuara.Tapi dunia sekarang ni,kalau ko pandai sangat bercakap pon susah.Sebelum bercakap lebih-lebih,ingat siapa kita.Cuba sedar diri.

Saya memang sokong Kak Pah.Saya suka dengar cara die bercakap.Best betol.Mengalahkan suara Siti Nurhaliza time menyanyi.Hahahaha..Ape saya merepek ni.Ok la,sambung esok ye.Saya nak tido,esok keje.Saya bukan bos,saya hanyalah seorang pekerja yang mendambakan rezeki yang halal.Da~







Kem

Assalamualaikum,,

Ini adalah rentaten daripada kisah semalam (Klik Sini)..

Perjalanan dari Manjung ke Chenderiang mengambil masa selama 2 jam je.Dalam perjalanan ke sana,kitorang akan lalu kawasan sawah padi.Nanti nak ambik picture kawen kat area situ la.Ok tak?Hihihi..Verangan lebey.

Alhadulillah tak sesat.Thank u atas bantuan GPS kan.Walaupon tak membantu sangat,tapi at least
ade.Ni first time aku dengan emak pergi chenderiang.Sepanjang jalan ade sign board PLKN Sentosa.Ini pon membantu jugak sebenarnye.Kem ni dekat dengan Lata Kinjang.Sebelum nak masuk kem ni,kitorang kena masuk perkampungan orang asli.Memang kem ni jauh ke dalam.Sunyi je.Mendamaikan dan menyedihkan.

Disebabkan tujuan utama adalah untuk melawat adik,maka mak beli macam-macam keperluan hafiz.Tak de la perlu sangat.Tapi naluri hati ibu,ofkos semua benda emak akan rase perlu.Banyak jugak barang yang emak bawak.Antaranya adalah nasik ayam,goreng pisang,biskut, dan sebagainya. Hafiz ade suruh mak bawak jarum + benang sebab die nak oter seluar die.Adik aku ni kecik je saiz badan die.Macam budak tingkatan 3 je.Tak tau la nape kecik sangat.

On that day,ramai jugak ibu bapa yang datang.Masing-masing nak melawat anak kesayangan.Sementara tunggu hafiz,sempat jugak kitorang duk usha-usha parents yang datang.Yang lawaknye ade yang bawak atuk nenek,pastu ade jugak yang berkelah macam kat pantai.Aku dengan mak bantai gelak.Tak de la gelak terbahak-bahak,kitorang gelak dengan penuh berhemah.Hihihi..Dah dekat sejam tunggu budak ni,tapi tak muncul-muncul.Tadi die cakap nak mandi.Ni mandi ke berendam.Adik aku punye peel,die kalau mandi mesti 1 jam.Ikut keturunan mak aku la ni.

Adik aku ade bagitau yang ade orang ingat die anak cine?anak cine ke?gelap semacam jek adik aku tu.Heehehe..Baru seminggu kat sane,die dah duk sibuk cakap nak balik.Tak seronok la,ape la.Tapi die cakap makanan kat sane sedap.Jurulatih semua baik-baik.Ade orang cakap,pelatih panggilan pertama semua baik-baik.Ye ke.Aku rase adik aku ni bermasalah jek.

Dalam pukul 5.00 aku dengan mak pun balik sebab adik aku ade program.Mak siap cakap "minggu depan nak mak datang ke?".Adik aku cakap "tak payah la,nanti orang cakap manje,anak mak".Eleh,sebenarnye die nak mak aku datang melawat.Poyo la lu.





















Note: Hopefully my adik can survive there.






Saturday, January 12, 2013

Anak kesayangan mak

Assalamualaikum,,

Hari ni genap semingu adik bongsu aku berkampung di PLKN Chenderiang,Perak.Nasib baik dekat,so senang nak melawat.Adik aku ni seorang yang tak berdisiplin.Entah macam mane kehidupan die kat sana.Harap-harap semuanya berjalan lancar.Beberapa hari selepas die dapat tahu yang die kena pergi PLKN,die telah suarakan hasrat yang terbuku di hati dia.Dia boleh suruh abah buat surat yang menyatakan dia sakit.Hahahaha..Takut la tu.Al-maklumla,die tu tak pernah berenggang dengan mak aku.Die pon tak biase dengan keadaan yang ganas-ganas macam tu.Tapi abah selamber je cakap yang abah tanak masuk penjara (mendalam maksudnya).

Tanggal 5 Jan 2013 dengan paksa rela,adik aku terpaksa pergi ke kem tersebut.Mak yang hantar die pergi stesen bas.Fuhh,macam-macam benda die tertinggal.Disebabkan banyak sangat barang tertinggal,maka emak telah buat keputusan yang tepat untuk melawat die pada esok hari.Macam-macam benda die suruh mak aku bawak.

Sebenarnye,aku dengan mak pon tak tahu kat ceruk mane kem adik aku ni.Esok baru nak mencari.Walaupun kami menetap di Perak,tapi masih ade sesetengah tempat yang kami tak tahu.Melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai,kem tersebut dengan perkampungan orang orang asli.Esok aku akan menjadi co-pilot.Hehehehe..








Sunday, January 6, 2013

Nak lain,dapat lain


Assalamualaikum,,

Dah lama aku pendam perasaan nak beli henpon.Takde sebab kenapa nak beli henpon.Hehehehe..padahal henpon lama ok lagi.Beberapa bulan sebelum ni,aku dah rembat tab sebijik.Alasan sebab malas nak bukak laptop and nak nampak cool,konon-kononnye la kan.

Mase aku beli,harga tab lebih kurang RM 1200+++.Sekarang tak tau la berape harga tab.Seminggu dua pakai memang best,tapi bile dah lame pakai rase boring.Nak usung marata susah sikit sebab besar gedabak.Satu bala pulak aku nak kena bawak beg,dah la aku ni memang pemalas nak bawak beg.Jangan kata beg,nak bawak dompet pon malas.

Semalam rase macam nak beli henpon.Then terus ajak abah pergi beli henpon.Aku dah lame aim samsung ace duos.Sebabnye murah!!! Dalam RM 600++ je.Tambahan boleh masuk 2 sim kad.Tapi biase la,konfem ade kekurangan kan.Masa kat kedai henpon,abah sudah tunjuk henpon lain.Konfem lagi mahal la kan.Abah siap cakap alang-alang beli yang ni,baik beli yang tu.Alamak,dah dalam dilema.Betul jugak cakap abah.Tak pe la,mahal sikit kan.

Akhirnye aku beli je henpon yang abah suruh beli tu.Akhirnye aku tewas.Asalkan ade duit,semua jalan kan.Tapi aku takde la eksited sangat sebab function die semua lebih kurang macam tab.Andorid kan..Maknanye dah tak de benda nak download.Just download yang basic-basic je.

Start semalam,saya merupakan pengguna smartphone!!!!Orang lain dah bertahun gune,tak heran pon.Hahaha..Jakun.







Saturday, January 5, 2013

Last day for last year


Assalamualaikum

Takde yang happening pun on that day.Kitorang just keluar for fun.Makan-makan,ketawa bersama,jalan bersama dan shopping masing-masing.Tak boleh bersama nanti kopak.Hehehe..

Pagi-pagi lagi aku dah serang Jakel.Katanye ade jualan murah.Tapi aku tengok same je,atau aku ni memang tak pandai nak beli kain.Kalau aku nk shopping kain,aku mesti pergi beli dengan mak.Disebabkan aku tak pandai pilih kain,so aku beli satu jenis kain jek.

Lepas penat pilih kain,kitorang makan cendol dulu,,










Kemudian tetibe je rase macam nak pergi Kompleks Kenanga.Sangat eksited sebab semua orang cakap tempat tu best.Kat sana sempat la rembat beberapa jenis pakaian.Ade murah dan ade mahal.So kene survey harga la.



Kompleks kenanga



Keesokan harinya,aku menghabiskan mase duk melepak kat Setia Alam Mall.Lama gak lepak kat sana.Time lunch kitorang makan kat Fullhouse.Sorry to say makanan kat sane memang tak ngam dengan anak tekak aku ni.Makanan tak abis.Aku tak rase rugi sebab at least dah try makanan kat sane.Sumpah tak sedap..Mase makan,masing-masing berpandangan sesama sendiri.Hahaha.. Next time dah tanak makan kat situ lagi. 




























Enjoy this picture..Nampak menyelerakan,tapi rase sangat tak sedap.Rase macam nak muntah balik,especially the soup.





Wednesday, January 2, 2013

Tuah 2013



Assalamualaikum,,

Baru dapat masuk website skmm.Nak masuk website ni rase macam nak bercinta.Malam semalam pun dah try,tapi tak berjaya.Seriously dah putus asa sebab susah sangat nak masuk website ni.Tapi tadi dengar berita yang mengatakan tiada limit harga untuk smartphone.Then terus kelam kabut bukak laptop nak online.Bile dah dapat masuk and siap isi borang,nak send pulak lembab macam siput babi."Permohonan sedang dihantar,sila tunggu".Sabar ayu,Istighfar banyak-banyak.

Ni pulak kes petang tadi,ini tak tau la nak cakap nasib malang ke,nasib baik.Waktu lunch tadi,tibe-tibe teringin sangat nak minum coolblog.Masuk parking tanpa meletakkan kupon parking.Dengan gembiranya aku pergi beli air feveret aku  "passion fruit".Sampai je kat kereta rase macam nak mengamuk sebab nampak ketas saman!!Bongok betul la!!Padan muka aku.Tak pasal-pasal kena bayar zakat kat majlis perbandaran.Melayang 10 hinggit aku.Walaupun 10 hinggit je,tapi masih ade nilai tau.

Tak pe la ayu,pasrah je la.Mungkin ade hikmah kena saman.Sambil bermonolog sorang diri,tetibe rase nak makan karipap Singapore.Puiii,tutp pulak dah.Aku pun merayau di sekitar rumah kedai tu semata-mata nak cari kupon parking.Padahal dah pukul 2.30 ptg ni.Ah,lantak la masuk office lambat.Rase macam tak de mood nak masuk office sebab kena bayar saman.

Jalan punye jalan,tibe-tibe aku terpandang iklan,"guru full time/part time".Wah,bagus ni.Memang dah lame nak jadi cikgu tuisyen.Tanpa membuang masa,aku terus sms (jimat kredit) je nombor yang tertera kat kertas iklan tu.Wah,ade respon.Esok ade interview.Sangat seronok.Kalau dapat,Alhamdulillah.Kalau tak dapat,tak pe la.Mungkin ade rezeki yang lebih baik..