Sunday, August 14, 2011

Rezeki Ramadhan



Aku kerja demi mendapatkan rezeki yang halal.
Aku kene yakin dengan rezeki Allah ada di mane-mane.
Aku dah nekad.

Terima kasih kepada semua yang bagi aku sokongan.
Especeli kepade my beloved family.
Aku yakin dengan keputusan aku.

Tuesday, August 9, 2011

Sontong kari??


Sontong kari?erk,,ape tu..Sontong kari adalah sejenis kacang goreng.Tu je,xde maksud yang tersirat atau tersirat.Aku beli kacang ni time teman member aku shopping barang die.Die shopping baju,aku shopping makanan.

On the way balik tadi,aku nampak sebiji motor bersama penunggangnya.Aik,macam kenal je moto tu.Tapi penunggangnye aku tak berape nampak sebab ia berada di site tepi aku.Alamak!!!bapak aku.Takotnye..hahahahha.Setiap kali aku ternampak atau terserempak abah kat jalan,aku akan jadi takot.Secara otomatiknye,aku akan jadi penunggang berhemah.Kalau abah nampak aku buat salah,konfem kat umah aku akan dengar ceramah free (ceramah cam nak ambik lesen).

Ok,hari ni berbuka,menu utama adalah mee sup.No nasik for today.Mak aku nak jadi omputeh plak hari ni.Layanan aje.Esok macam nak makan nasi kukus ayam berempah la.Cam teringin plak..


Sunday, August 7, 2011

kopia oh kopia..


Mak:kakyu,nak pegi bazar ramadhan ke?
A:kenape?mak nak pegi ke?
Mak:tak de la.tanye je..

wat suspen je mak aku ni.Ingatkan kenape tadi.Tapi memang aku nak pergi bazar pon.Nak beli kopia sedap.Semua orang cakap sedap,mak aku pun tak terkecuali.Padahal mak tak pernah makan pon kopia tu.

Time berbuka..

Mak:emmm,biase je kopia tu.Isi pon sikit je.
A:rugi je beli belambak-lambak.esok mak buat la.lagi sedap.

Patot la time aku beli kopia tu,orang tak ramai.Al maklumla,manusia kalau dah terkena sekali,tu la kali pertama dan kali terakhir mereka akan singgah ke kedai tu.
Sekian..


Tired!!!

Petang tadi aku pergi bazar dengan officemate aka member aku la.Aku just beli jus mangga abang gaban+karipap pusing+keow teow kerang.

Sampai umah dah pukul 7.15 pm.Lepas membersihkan diri,aku terus tercangok depan juadah untuk berbuka.Hari ni mak aku masak simple je.Ikan keli sambal+kerabu togeh (aku tak suke).

Malam pulak,aku keluar jalan dengan member aku.Saje pergi buang mase dangan buang duit sikit.Mood untuk beli barang masih tersimpan dalam sanubari.Lagi seminggu,baru perasaan tu akan dilepaskan cukup-cukup.

On the way balik tetibe macam teringin nak makan McD.Fuhh,orang memang ramai gile.Tak boleh nak cakap ape,orang memang ramai gile la kan.Apelagi,aku telah merembat GCB+choco top.Dah lame tak melantak choco top.Yummy!!!!(gedik)




Great Chicken Burger





Fries yang masih panas.

Sampai rumah dalam kol 11.30 pm.Layan cite kt tv3 jap.Tak tau ape tajuk.Kawan lelaki aku pulak asyik mesej tanye aku kat ne.Budak ni ade instinct yang kuat kalau sesuatu berkaitan dengan aku.Die boleh tau aku keluar ke,aku tengah buat ape ke kan.I love him so much...

Aktiviti sebelom tido adalah menukar cadar baru dan yang sewaktu dengannya + bersembang dengan kawan lelaki aku melalui walkie talkie yang serba canggih.frekin tired man!!!..(ini adalah ayat poyo).Dan sekarang aku nak berchatting.Daa~



Thursday, August 4, 2011

Puasa 'day 4'


Sahur:

Nasi goreng+telur goreng+nescafe ais

Berbuka:
Mee bandung+kuih+air kelape+tembikai.

Coretan:
Hari ni aku memang tak de mood.Tido tak cukup.Ayat tak boleh blah.Padahal tido banyak sangat.Kat opis tadi,aku termalu sendiri.Orang suruh bawak voucher,aku pegi bawak mineral water.Bunyi seakan-akan sama.Goblok betol la.Berangan banyak sangat.Aish..

Untuk pertama-tama kalinye aku pergi bazar ramadhan belakang Billion.Stat puase hari tu aku nak pergi,tapi mase tak mengizinkan.Aku beli air tembikai dengan kuih.Memang jahat la peniage ni.Ade ke patut air tembikai dicampur dengan sirap.Memang ni la first and last time aku pergi kedai ko wahai makcik.

Dah la time beli kuih pun terkena jugak.Ade ke patut die jual kuih basi.Pulut dah melekat-lekat.Memang jahat la.Ntah2 kuih semalam tak abis,pastu dorang kukus,pastu jual balik.Jahat benor.Tu la salah satu faktor aku malas pergi bazar.Ade sesetengah peniaga jual makanan yang tak serupa makanan.

Moral of the story,just eat the food that have been cooked by your mother because it is the best dish in the world.Thank you.

Wednesday, August 3, 2011

Puasa 'day 3'

"alamak,dah lewat ni.mati aku.ah,lantakla"

Perasaan gelabah aku ditenangkan oleh suasana pagi yang sangat mendamaikan.Tapi,,,tetibe mata aku beralih arah pada maknya yang tengah berbasikal pagi-pagi buta ni.Menatang ape plak kat belakang basikal die tu?Tengok punye tengok,rupe-rupenye die bawak hanjing die bersiar-siar.2 ekor kesemuanya.Tuan hanjing yang baik hati.

Selepas penat seharian membanting pulang,akhirnye telah sampai waktu untuk balik rumah.Yeay!!!

Petang ni ujan renyai.Matahari sedikit sedih hari ni.

On the way balik rase macam nak singgah bazar.Tapi cam malas plak.Ah,next week la singgah bazar.

Juadah hari ni: Udang masak lemak+ayam masak merah+karipap+kopia+air tebu+air kelapa

Tetibe aku dengar jeritan mak dari dalam bilik."kakyu!!urut mak jap".."ok"..Selalu ni keje adik aku,zati.Aku memang tak pandai urut,tapi OGAWA telah memudahkan kerja aku.Hehehehe...

Tuesday, August 2, 2011

Puasa 'day 2'

Lambatnye kol 9.Aku nak tengok Ana Lu'Lu.Best gile cite ni..Sementara tunggu Ana Lu'Lu,aku nak blogging dulu.hihi.

Sahur:Nasi+lauk2 semalam+ikan masin+milo ais.

Hari ni kau tak pergi pasar pun.Malas nak bersesak-sesak.So aku makan je ape yang Puan Emak masak.

aku: mak masak ape ni?wangi je bau.
Emak: masak ikan bakar je.
aku: Ala,,(aku kureng gemar ikan bakar)
Emak: Jap lagi mak goreng keuw teow.
aku: Sedapnye..


Juadah hari ni: nasi+ayam kurma+ikan bakar+air kelapa+coke+kuih karipap+kopia+kuew teow.
Tapi tadi aku just makan keuw teow.Macam tak berselera nak makan nasi.Nak jadi omputeh sekejap.

Now tengah mengunyah kacang goreng sambil tungu Ana Lu'Lu!!!!

Monday, August 1, 2011

Puasa 'day 1'

Alhamdulillah,dapat jugak aku sempurnakan ibadat puase aku untuk hari ni.Cuace pun sangat mendamaikan.Terima kasih Ya Allah..

Sahur..

Abah: kakyu,bangun sahur..
Aku: Mmmmm..(sangat malas na bangun ye)

Juadah sahur untuk pagi tadi adalah: nasi goreng+ikan masin+acar(buatan Puan Emak)+milo ais

Petang..

Semua orang berebut nak balik.Aku pun tak terkecuali.Lepas semua urursan aku settle,aku gerak pegi bazar Ramadhan.Manusia memang ramai gile.Nak jalan pun tak boleh.Aish,ni buat aku fedap di.Last-last aku beli bihun sup je.Kat area manjung ni memang belambak bazar Ramadhan.Ade 3 bazar Ramadhan.Memang nak suruh perabih duit untuk beli makanan je la kan.

Juadah berbuka hari ni: ikan bawal sambal+pajeri nenas+kacang panjang digoreng bersama telur+bihun sup+air kelapa+coke+tebu.

Simple jek.Kuih takde sebab aku tak jumpe kuih yang best time pegi bazar.Adik aku pulak bantai beli 2 bungkus air.Memang kembung dengan air je la kan.

Dalam pukul 8.30 malam,abah balik keje.Tetibe pintu bilik aku digoncang dengan sangat kuat.

Abah: Kakyu,nak nasi beriani tak?
Aku: Nak!!!!
Abah: Ade kat dapur.

Tetibe mate aku beralih pada sebungkus air sirap yang abah beli.Mmmm..warna nampak menarik.Dengan sepantas supermak,air sirap itu dah selamat masuk dalam perut aku.

Mood:tengah bersantai sambil ditemani bunyi air-cond.(sangatsejuk+mengantuk+kenyang)


i love him..

Gedik je title belog aku nie.hahahaha..Saje nak menggedik malam-malam bute ni kan.
'Acik baru balik terawih.Acik tak dapat abiskan plak tu.Cume dapat 16 rakaat je'.Tu antara mesej yang dihantar oleh boypren aku.

Alhamdulillah,sekurang-kurangnye die pergi terawih daripada aku ni yang tak sempat pergi terawih.Banyak perubahan ketara yang aku lihat pada diri dia.Die semakin matang kalau nak dibandingkan dengan sebelum nie.Dulu,die tak pernah serius kalau kitorang ade discussion.Sekarang dah serius sikit la.

Aku dah jumpe orang yang boleh protect aku,boleh bimbing aku menuju jalan yang diredhai Allah,boleh bersame aku time aku susah,boleh support aku dari segi emosi dan kewangan (hehehehe).Kesimpulannya,die ade ciri-ciri lelaki idaman aku.Bentuk fizikal die pon mengancam(tak senonoh tol).Yang penting die sayang aku dan aku pon sayang die.

Tak sabar nak berbuke puase dengan die n shopping raye.Ayat poyo je kan.Ade aku kisah?Ni belog aku.Aku punye suke la tulis pasal ape.Sorry kepada sape-sape yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Sekarang nak tido sebab esok nak bangun sahur n keje.2 kerja dalam satu hari.Aku ni mate duitan,so aku kene buat banyak kerja untuk kaya.My money is my money,but your money is my money to.I love u syg (sile jangan muntah) :]