Wednesday, September 18, 2019

PERCUTIAN KE MELBOURNE - DAY 2

Assalamualaikum,,

16/8/19 - Jumaat

Ok semalam dah cukup tidur kan, so hari ni kite nak explore Melbourne. Hari ni plan nak pergi Puffing Billy. Kitorang pergi naik public transport je. Sesat-sesat jugak la masa naik train. Sampai dua ke tiga kali jugak la tukar train. Tapi orang Melbourne ni baik jugak sebab ada aunty ni tolong kitorang masa kitorang sesat. Kitorang naik train dari Flagstaff Station, then ada tukar-tukar station dan turun di Belgrave. Takpe, kat sana ada je direction. Dalan train sempat jugak la makan dan tido. Terasa jauh sangat perjalanan. 

map ni bersepah-sepah kat train station



Flagstaff Station


sempat ambik gambar masa kat train station


Turun je train,angin sejuk terus menerpa. Ceewahhh.. Dari station tu, kena jalan jauh sikit. Tak pe jangan risau sebab ade direction. Cuma tak boleh tahan dengan sejuk je la.

Kami dapat naik train Puffing Billy pukul 10.30am. Kami beli tiket turun dekat Lakeside. Harga tiket AUD63 (kalau tak silap). Tapi kalau nak turun Manzies Creek pun boleh.Harga tiket AUD29. Tapi kat sini macam tak ada apa-apa. So dah alang-alang, turun je la Lakeside.



ini dah sampai Belgrave, sejuk nak matey!!!



woot woot woot



Kami dapat naik train Puffing Billy pukul 10.30am. Kami beli tiket turun dekat Lakeside. Harga tiket AUD63 (kalau tak silap). Tapi kalau nak turun Manzies Creek pun boleh.Harga tiket AUD29. Tapi kat sini macam tak ada apa-apa. So dah alang-alang, turun je la kat Lakeside.

Apa tujuan naik PB ni? Tujuan aku naik PB ni sebab aku nak merasa naik train asap je. Kalau datang Melbourne, wajib naik train ni. Dalam masa yang sama boleh tengok pemandangan sebab laluan train ni dalam hutan. Aku tak boleh gambarkan perasaan tu dalam tulisan. Korang kena rasa benda ni.



my travel partner. yang lelaki tu bukan.









bersama cinta hati



friendly sangat kan



budak kecik ni boleh tido walaupun sejuk yang melampau



Mase dekat Lakeside, kitorang bawak bekal dan berkelah kat sini. Kat sini ade cafe, tapi makanan tak halal. So korang boleh la beli coffe. Coffe mat saleh ni serius sedap. tak ada gula pun korang boleh minum tau. Kalau minum coffe kat Malaysia yang tak ada gula, alamatnye murung sampai ke malam.


Masa nak balik, kitorang turun dekat Federal Station. Dah la time ni hujan. Tujuannye, kitorang nak pergi cari Extragreen Tour sebab kitorang nak pergi Mount Buller naik bas je. Itu nanti next entry ok.

Masa tengah merayau cari ET, aku nampak Chemist Warehouse yang besar. So singgah la kejap sekadar nak cuci mata. Aku pun ter beli krim Lucas Paw Paw. Bos aku cakap krim ni bagus dan die kirim kat aku krim ni. So alang-alang dah belikan untuk die, aku pun beli la untuk diri sendiri. Owh ye, ET ni terletak kat area Town Hall. Kat sini ada banyak gile butik kalau korang nak shopping la. 





Lepas kita merayau-rayau kat Town Hall, kitorang pun nak balik. Disebabkan aku travel dengan infant, so kitorang berpecah dua. Member aku tu kena handle anak die. Budak-budak kan banyak peel. So member aku tu balik naik grab. Kitorang meraba-raba balik naik tram.Sampai sesat la.At least kite merasa sesat naik tram.

Tapi seronok walaupun sesat sebab sejuk kan. So ko tak ada la stress nak mencari jalan pulang. 





No comments:

Post a Comment