Thursday, August 29, 2019

PERCUTIAN KE MELBOURNE - DAY 1

Assalamualaikum,,

15/8/19 - Khamis 
Sementara barang masih panas..

Hari rabu flight aku ke Melbourne 14/8/19 (Rabu) pukul 10 malam. Aku masih sempat pergi kerja sebab ade benda yang aku kena siapkan. Hari rabu tu aku ambik half day. So pukul 2pm aku dengan zati (adik aku) gerak pergi Sepang dulu sebab nak tinggalkan kereta bagi Adi (adik aku). Lebih kurang pukul 7pm Adi hantar kami pergi KLIA2. 

Alhamdulillah tma macam ni orang tak ramai kat KLIA2.
Senang untuk cek in dan tak payah beratur lama.



Sebenarnye disebabkan banyak sangat baca blog pasal ada orang tak lepas pergi Melbourne buat aku jadi gelabah. Ye la, bila semua benda dah booking, then tiba2 ko tak dapat pergi. Mesti rase marah kan.


Perjalanan ambik masa 8 jam. Maka, sampai Melbourne 15/8/19 (khamis), turun je dari flight, sejuk gigil sampai ke tulang weii. Al maklum lah, winter. Avalon airport ni lebih kurang mcm LCCT je. Turun flight je terus terdedah dengan cuaca sejuk. Menggigil jugak la. So agak-agak tak tahan sejuk, better pakai jaket sebelum turun flight.


Avalon Airport
Ok kat malaysia dah lepas. So ade 1 lagi halangan pulak iaitu imigration Melbourne. Memang betul jadi apa yang aku takutkan. Kitorang kena soal dengan 4 org pegawai kastam. Dari itinerary sampai la ke pekerjaan ko,semua diorang soal siasat. Group kitorang je yang kena. Malu gile kot. Tapi Alhamdulillah sebab semua selamat.

Keluar je dari airport, kitorang terus pergi kaunter tiket SYKBUS. Harga tiket skybus dari Avalon Airport ke Melbourne city AUD24 untuk one way. Perjalanan ambik masa sejam. Sempat jugak la lelapkan mata. Perbezaan waktu adalah 2 jam. Sampai je kat Southern Cross Station kitorg terpinga-pinga. Mujur ade 7e yg jual simcard. Kitorang beli simkad optus yg harga AUD10, ada 35gb internet. Lepas beli simcard tu semua, kitorg lepak makan kebab. Then baru cari hotel. Kitorang jalan kaki je sebab jarak SCS tu dgn hotel (the jazz corner hotel) 10 minit je.


Simkad OPTUS. Beli kat 7E area Station Cross Station

Pastu nak settle hotel pulak ambik masa berejam. So day 1 kitorang tak pergi mana pun.lepak bilik je sambil layan angin malam yg sejuk gile. Kitorang ambik apartment 1 bilik. Harga untuk 2 unit apartment untuk 7 hari lebih kurang rm4000 ++. So seorang kena bayar 900++. Untuk cerita pasal hotel nanti aku masukkan dalam next entry.



PERSIAPAN KE MELBOURNE

SHOPPING DI MELBOURNE


No comments:

Post a Comment