Assalamualaikum,
17/9/19 –
Sabtu
Hari ni
merupakan hari ke-3 kami berada di bumi Melbourne. Untuk hari ke-3, kami
decide nak pergi Great Ocean Road (GOR). Pukul 7 pagi kami jalan kaki pergi William Street untuk
ambik kereta. Kami sewa kereta dengan APEX Car Rental. Selepas buat survey,
kami rase APEX ni harga die murah compare another car rental.Kalau korang ada
banyak duit, korang boleh sewa kereta dengan agensi lain. Ceewaahhhh. Kami sewa
kereta KIA 8 seater (incude car seat).
Untuk pergi
GOR ni, aku punya OOTD adalah baju kurung. Konon-konon sambut Raya Haji kat
sana.
Perjalanan dari Melbourne City nak ke GOR ni agak jauh. Kami pergi ikut jalan belakang dan balik ikut jalan depan.Hahaha. ok maksudnya, kami akan lalu dulu Geelong instead of Port Campbell. Kalau ikut jalan belakang, perjalanan hanya ambil masa 3 jam instead of ikut jalan depan 4jam30minit.
our morning view |
Perjalanan dari Melbourne City nak ke GOR ni agak jauh. Kami pergi ikut jalan belakang dan balik ikut jalan depan.Hahaha. ok maksudnya, kami akan lalu dulu Geelong instead of Port Campbell. Kalau ikut jalan belakang, perjalanan hanya ambil masa 3 jam instead of ikut jalan depan 4jam30minit.
Otw nak
pergi sana, korang akan lalu ladang. Serius pemandangan die cantik dank orang akan
nampak kambing biri-biri dengan lembu New Zealand tu bersepah-sepah. Bile dah
penghujung, baru kita akan lalu jalan berbukit-bukit. Memang rasa nak muntah.
Tapi bila dah sampai Apollo Bay tu, baru rase lega. Korang akan nampak laut
(Lautan Hindi).
First stop kitorang Apollo Bay. Kat sini
kitorang singgah makan kat Iluka. Iluka ni sediakan makanan makanan halal. Tapi
aku tak tau la konsep halal mat saleh ni macam mana.Hahahha. So kat Iluka ni,
aku order Grill Chicken. Rasa de, pergh sangat healthy!!!. Aku nak pengsan makan
ayam dia. Ayam die memang tak ada rasa. Then fries die gemok-gemok. Separuh
nyawa jugak la habiskan. Tapi aku kan pandai. Aku bawak sos cili dari Malaysia.
Korang memang wajib bawak sos tau. Travel partner aku order fish as usual.
Lepas I hour, kami teruskan perjalanan kami.
Iluka |
Next stop kami
Twelve Apostles. Orang ramai gile kot kat sini. Mase nak ambi gambar tu, kena
cepat-cepat kalau nak gambar korang tu cantik takde orang menyelit kat
belakang. Bile orang ramai sangat, mesti rasa lemas dan rimas kan. Kitorang
stay sini dalam sejam je.
Twelve Apostles |
Twelve Apostles |
Then kami
gerak pergi Lorch Ard.Kat sini macam muara laut je. So kalau
nak ambik gambar memang cantik. Kitorang makan bekal yang kitorang bawak je.
Pukul 5 petang baru kitorang gerak balik. Kalau winter, pukul 5 petang dah
gelap dah.
Pasal
kereta, kitorang park dekat parking yang dekat dengan hotel. So dari parking
tu, boleh jalan kaki je. Kat Melbourne ni memang susah gile nak parking. Pastu
tiket parking mahal nak M****S. Better naik public transport atau jalan kaki
je.
tempat parking |
No comments:
Post a Comment