Tuesday, September 24, 2019

PERCUTIAN KE MELBOURNE DAY 5


Assalamualaikum,

19/9/19 - Isnin

Untuk hari ke-5, kitorang decide nak pergi Bathing Box. Dan hari ni jugak hari last kitorang nak guna kereta. BB ni keluar sikit dari city kalau tak silap. Disebabkan trip kali ni time winter, so memang sejuk gile bile duduk tepi laut. Rasa nak nangis. Kalau datang Melbourne memang wajib datang sini. Nak masuk sini kena bayar parking. AUD 4 je rasanya. Disebabkan kitorang tak bayar parking, kitorang kena saman AUD 80. Haa,hambik kan.





















Kali ni kami tak bawak bekal, kami pergi cari makanan halal kat area sini. At last jumpa kedai Indonesia. Lauk die of course kena dengan tekak kitorang. Disebabkan cuaca yang sangat sejuk, untuk pertama kali, aku makan nasik then minum air panas yang boleh melecur tekak tau. Tapi bile badan ko sejuk, air tu langsung tak mencederakan, tapi memberi kenikmatan. Satu jag tu aku bedal. Dan lagi satu benda best, member aku punya husband yang belanja kitorang makan.







Kami bertiga decide nak pergi DFO. So member aku drop off kitorang, then die dengan anak bini die pergi pulangkan kereta. Bagi aku DFO kat Melbourne ni biase je. Yang best mase dekat Perth. So untuk hari ke -5 ni, kitorang cuci mata je. Owh, adik aku nak pergi jumpa kawan die, so kitorang kejap je kat sini. Sesat jugak la masa nak keluar DFO ni sebab die bersambung dengan Melbourne Exhibition Center dan bersebelahan Yarra River.







Kitorang gerak pun dah petang macam tu, so ramai budak balik sekolah naik tram. Kitorang naik 1 tram je dan emang turun betul-betul depan kawasan perumahan member adik aku tu. Tapi, as usual, kena jalan dalam 10 minit la untuk sampai ke rumah mamat tu.


Mamat tu hidangkan kitorang spageti kaler hijau dengan kek kome!!! Presentation die macam chef. Lepas perut kenyang, die bawak kitorang jalan-jalan sekitar area Fritzroy. Die bawak kitorang masuk bundle. Hahaha,first time kot masuk bundle kat obersea ni. Pastu kitorang sempat la jalan-jalan kat lur muzium. Yela, dah malam, sape nak bagi korang masuk kan. So dalam pukul 8.00 malam macam tu, kitorang balik hotel sebab esok kitorang nak bangun awal nak pergi main salji. Yebedabedu!!!




die punya food presentation






chemist warehouse























No comments:

Post a Comment