Sunday, August 25, 2019

Shopping di Melbourne

Assalamualaikum,,


Entry kali ni aku nak cerita pasal shopping di Melbourne. Selepas balik dari Bathing Box, kami decide untuk return kereta. So member aku yang pergi pulangkan kereta, dan dia drop kami bertiga kt area DFO Southern Wharf. So kami jalan kaki, tapi kami kena lalu Melbourne Convention & Exhibition Centre. Owh lupa nak bagitau, sebelah DFO tu ada Yarra River. So boleh la korang ambik gambar sebagai kenangan. Yarra River tu macam sungai kat Melaka tu je. Kalau pergi time winter best la sebab boleh ambik angin sejuk.

Masa tu aku survey je barang-barang, then tak tau nak shopping ape sebab rasa macam biase je. Adik aku pulak dah jumpa barang yang dia berkenan. Dia nak shopping kasut dengan barang fossil. Aku pulak tak tau nak shopping ape. Lepas kitorang survey barang apa nak beli, kitorang gerak pergi rumah member adik aku. Dari situ kitorang naik tram no 96. Ambik tram depan Crown hotel. Tram ni akan lalu Southern Cross Station dan boleh turun situ kalau nak naik train pergi mana-mana.

Ok, hari terakhir di Melbourne baru kami pergi DFO sekali lagi untuk shopping. Aku teman adik aku beli kasut. Dia rembat sepasang kasut Puma, then masa teman kan die, aku sudah nampak kasut brand vans. Murah gile weiii!!!. Tapi aku tak ada rasa nak beli sebab aku tak minat la kasut bertutup ni. Aku more to sandals. Tapi dah murah, so aku terpaksa beli 1 untuk diri aku sebagai cukup syarat  je.

Settle bab kasut, kitorang masuk kedai fossil. Aku macam apsal ramai sangat orang shopping ni, murah sangat ke?? Rupanya ada sales 40%. Serius la. Aku apa lagi, rembat la purse, jam dengan handbag untuk mak aku. Dan hasilnya memang puas hati kot!!! harga memang murah dan banyak beza dengan harga di Malaysia. macam orang gile aku masa nak pilih jam sebab murah gile tau!!

After settle shopping, kami balik hotel untuk ambik luggage kami yang besar gedabak tu. So dari hotel (The jazz Corner Hotel) kami jalan kaki je untuk ke Southern Cross Station (jalan kaki 10 minit jurr). Kat SCS, korang  boleh beli tiket SKYBUS untuk ke Avalon Airport. So korang kena bajet time atau  boleh google tengok schedule bas ni sebab kalau lambat nanti tertinggal pulak flight.



Jam ni harga AUD199


Purse ni harga AUD119

Nanti dah sampai airport,korang boleh claim tax lepas cek in bag dengan lepas laluan imigration kat airport. Korang boleh kumpul resit yang sama untuk claim tax. Ingat, kalau nak claim tax, korang kena shopping minimum AUD300 untuk satu kedai yang sama. Contoh, kalau shopping kat fossil, korang boleh combined resit asalkan jadi AUD300. Tapi kalau shopping kedai lain-lain,korang tak boleh combined resit. Avalon Airport ni kecik je. So tak yah risau nak jalan jauh ke ape ke.

No comments:

Post a Comment