Sunday, March 31, 2013

Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum,,

Kali ni nak cerita pasal Istanbul Aku datang.At first aku tak paham kenapa semua orang cakap cerite ni.Beto hensem la,Lisa comel la.Huh,,aku langsung tak berminat nak tengok cerite ni.Tambahan pulak Beto yang berlakon.Owh myyyy...Tak suka Beto sejak tengok die berlakon dalam cerita Juvana.Menyampah tengok mamat poyo ni.Entah kenapa tetibe tergerak hati nak ambil cerita ni dari dari adik aku.Huh,,tapi langsung tak teringin nak bukak.Adik aku duk cakap best giler citer ni.Huh,best ke??

Surprisingly!!!cerite ni sangat best ok!!!Menyesalnye aku tak layan time cerita ni tengah meletops.Aarrghhhh!!!!Ni yang terase macam nak pergi holiday kat Istanbul.Makan pasir la jawabnye.

Cerita ni mengisahkan seorang gadis yang nak mengejar cintanya di Istanbul.Boypren die study kat sane dan die plan supaya boypren die ajak die bertunang.Si gadis plak yang bersungguh kan.Sepatutnye lelaki yang buat plan.Diorang ni kira sweet couple sebab couple sejak zaman sekolah lagi.




Ini scene time Lisa baru sampai Istanbul.Untuk sementara waktu,die tinggal serumah dengan boypren die.Time ni dorang tengah dinner.Lisa yang masak semua makanan ni.Dah la comel,pandai masaka plak tu.Comel tu aku ade,tapi masak tak reti la.Hahahaha





Ni pulak scene dalam bilik tido Tomok.Si tomok ni pulak tak abis-abis suruh Lisa cari bilik sewa.Katanya tak manis perempuan duduk serumah dengan 3 orang lelaki.Alah,3 bulan je Lisa nak duk Istanbul.Lagi pon ni kan kat Istanbul.Bukan ade orang nak kisah pon.Asalkan tak buat apa-apa yang dilarang dalam Islam.




Ni pulak scene Tomok dengan Lisa dekat "U".Time ni kalau tak silap,time ni Lisa peluk Tomok,tapi Tomok marah sebab die cakap tak elok kalau orang nampak.Apelagi,si awek tarik muka la sebab si awek cakap mase kat KL dulu selamber je peluk and cium.Boleh pulak macam tu kan.

Lisa dengan bersemangat telah mencari bilik.Lisa ni seorang yang pembersih.Die tak suke keadaan yang kecoh-kecoh.Akhirnye die dapat sewa sebuah rumah yang cantik keadaanya.Die ingat die lone ranger.Tapi rupa-rupanya die ade housemate.Paling malang,housemate die lelaki (lakonan Beto)!!!!Lisa sebenarnye dah kena tipu.And now die dah tak de duit nak cari rumah lain.So terpaksa share rumah dengan Beto.Kalau aku,kan best.hahahaaha (gatal).




Ni scene time Beto perasan meggi asam laksa die dah hilang.Lisa yang makan meggi mee ni sebab Lisa dah kebulur sangat.Ape lagi,mengamuk la Beto.Lisa cakap die akan ganti.Tapi Meggi Asam Laksa hanya boleh didapati di Malaysia!!!!Kat Istanbul mane nak cari meggi asam laksa???




Time ni Lisa ajak Aizad cari meggi asam laksa.Walaupon mahal,Lisa still beli sebab die nak pujuk Beto.Die rase bersalah sangat sebab makan meggi si Beto.Suweettt kan???Lepas dapat meggi ni,Lisa bungkus meggi tu canttik-cantik dan letak note "say sorry".Time ni la Lisa napak kucing dalam rumah, then terus panjat belakang Beto sebab Lisa takut kat kucing.Beto pulak saje bawak kucing sebab nak takutkan Lisa.Dia nak lisa berambus dari rumah tu.Kesian Lisa




Ni scene lepas Lisa bergaduh dengan Tomok.Pergaduhan ni bermula time Tomok datang rumah Lisa,then nampak ade lelaki dalam rumah sewa Lisa.Tomok fikir Lisa dah buat perkara sumbang dengan lelaki lain.Lisa nak jelaskan perkara sebenar,tapi Tomok tanak dengar.Then Beto ajak Lisa pergi rumah Tomok sebab nak explain perkara sebenar.Kat rumah Tomok dah jadi perkara lain pulak.Beto dengan Tomok dah bertumbuk.Haishh,,then tetibe ade minah Istanbul datang rumah tomok and surprisingly she is Tomok's girlfren.Sentap la Lisa.Lepas kene tempek eskrem kat kepala,Lisa pon angkat kaki.





Time ni memang sedih sebab aku pon nangis.hahahaha..Scene ni memang menyerlahkan kemachoan Beto.Die boleh pimpim tangan Lisa and bawak pergi toilet.Guess what??Die cuci rambut Lisa yang kotor kene tempekan eskrem.Gile macho la.Pastu aku terus berangan nak boypren macam ni.Gile korea betol!!!



Suweetttt kan Beto...Love u Beto!!!





Keesokan harinya Lisa suarakan hasratnya nak balik Malaysia.Tapi sebelom balik Malaysia,Beto bawak Lisa jalan-jalan.Time tu la Beto dah mmula jatuh hati kat Lisa.Baru perasan Lisa ni comel kan??Mase tengah  jalan-jalan,si Tomok asyik call and text Lisa.Tapi Lisa reject call die.Lagi berbulu la si Tomok ni.Akhirnye Tomok dapat jugak jumpe Lisa.Tomok mintak peluang ke 2 dari Lisa.Die ajak Lisa kawen and die nak ikut Lisa balik Malaysia.Dalam masa yang sama,Beto sudah pendam perasaan kat Lisa.Keesokannya,before balik Malaysia,Lisa tak sampai hati nak jumpa Beto.Sebenarnye Lisa pon dah tangkap cintan dengan Beto.Memang tak disangka-sangka,akhirnya beto menyuarakan hasrat die.Beto tak mintak peluang kedua,tapi Beto hanya minta satu peluang.Suweeetttt kan??At last Lisa pilih Beto.





Wahai abang Beto,saya dah jatuh cinta dengan abang sejak saya tengok cerita ni.Hipokrit gile kan??Hehehehe..Since Beto berlakon dalam cerita ni,dari tak hensem,terus jadi hensem + macho.Good job Beto.Aku dah mula jadi peminat beto uuooollssss..Kipas susah mati Beto!!!!








Rock Ooo

Assalamualaikumm,,

Baru diberi kesempatan tengok filem Mamat Khalid.Aku tengok kat rumah je.Tu pon tetibe nampak dvd Rock Ooo kat atas meja.DVD original ok.Aku pon tak sure mane adik aku rembat.Aku layan cerita ni denganemmak.Emak memang peminat tegar filem Mamat Khalid.Entah ape yang best,aku pon tak tahu.

Cerita ni tak de la kelakar sangat.Biase jek.Aku tak de la ketawa sampai menangis ke.Aku hanya mampu tersenyum.Tang mane yang boleh mencapai kutipan berjuta-juta ringgit tu?Ewah pandai pulak aku kutuk filem orang orang kan.Dah la tengok free,pastu banyak songeh pulak kan (sambil lap hingus).


Ini adalah antara scene yang terdapat dalam filem ni.





Aku tak tau ape motip dorang berendam dalam tasik ni.





Dalam jamming room.




Sumpah geli tengok perot que haidar.Ini boleh dikatakan scene yang kelakar dan geli.



Kepada peminat-peminat filem rock,aku mintak maaf sebab mengata dan mungutuk filem ni.Ape-ape pon filem ni best untuk ditonton seisi keluarga.Tiada unsur ganas dan lucah....








Saturday, March 30, 2013

The Day


Assalamualaikum,,

Ewah-ewah,title tak boleh tahan.Sebenarnye tak ada idea nak tulis tajuk.Hari Jumaat  adalah penghulu segala hari.Hari ni jugaklah seorang cikgu di MRSM Balik Pulau telah menemui Ilahi.Sama-sama kita doakan semoga mama Yati ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Aminnn..

Apsal hidung aku ni sangat galak dalam menghasilkan hingus?Yek,geli la.Seriously tak selesa.Rase macam nak tanggalkan je hidung ni.Help mummy,,help!! (Ayat mengada).Hari ni jugak rase macam tak kerja.Macam  mana nak maju kalau hari-hari malas.Dengan selamber je hari ni aku keluar berjimba bersama  rakan se"department".Waktu lunch sepatutnya 1 jam.Tapi kitorang makan sampai 2 jam.Kalau part berjalan,serah kat aku.Aku memang suka.

Tadi sempat jugak kitorang singgah Aeon.Wah,ade sale.Malam ni aku mesti datang (omelan hati kecilku).Ya,akhirnya aku tunaikan omelan hati kecilku.Tadi dapat la beli 2 helai baju yang tak berapa nak mahal.Ok what,daripada tak beli ape kan.Hasil tangkapan yang menggembirakan hari ni adalah aku berjaya memebeli buah delima yang sangat perfect rasenye.Last aku dapat makan buah delima yang perfect macam tu time kat India dulu.Masih terasa kelazatan buah delima India.Yummeh,,







Tapi tadi nasib baik bawak cash sikit jek.Dapat la aku kawal nafsu serakah ni.Tapi bile dah balik rumah,mula timbul rase menyesal sebab sale tu hari ni je.Esok dah kembali normal.It'ok la ayu.Next time kite shopping lagi k.Hidung dah mule tersumbat ni.Arghhhhh.......





Tuesday, March 5, 2013

Cuzzie wedding


Assalamualaikum,

Sila pejamkan mata anda kerana kita akan kembali bulan February..Hehehehe just kidding.Tanggal 24 Feb 2013,sepupu aku telah selamat menikah dengan pasangannya.Sorry aku tak tau name bini die.Dengan itu juga die telah berjaya langkah bendul 5 orang sepupu die.Hebat kan budak ni.Bile tengok die kawen,macam senang je proses tu.Kitorang ni still tak kawen sebab duit tak cukup.

Dari A-Z,semua bapak die sponsor.Sangat best.Kalau aku,jangan mimpi la bapak aku nak sponsor.Ko nak kawen,pandai-pandai la ko cari duit.Aku kena cari lelaki kaya macam ni.Muaahhaaa..Mata duitan kan..





Pengantin lame





My cuzzie

Tengah best2 nak download picture,tibe-tibe ade masalah teknikal.Aik apsal camera aku ni?Lepas buat CSI,rupa-rupanya bateri camera habis.Ceh,potong betul la.Rase malas pulak na cas bateri.Ah,next time la.Sebenarnye memang banyak lagi picture aku nak upload.Jawabnye ni je la picture yang akan ade dalam entry ni.


Mood: tengah nak stalk someone kt FB.hihihihi..




PMC



Assalamualaikum,,


Huh,selesai jugak urusan hari ni.Aku dah usaha.Sekarang doa je supaya urusan aku dipermudahkan.Di kala petang yang panas ni,aku nak bercerita pasal PMC.

PMC adalah singkatan untuk Pure Marine Collagen.Merata-rata orang tengah sibuk perkatakan tentang hal ini.Aku memang tak berminat sebab macam leceh je nak sediakannyya.Kena masak berjam-jam.Tu memang bukan minat aku.

Tak tahu macam mana sekarang aku merupakan pengguna tegar PMC.Ops,takde la tegar sangat sebab baru makan dan guna selama seminggu.Aku beli yang ready made.Kan senang.Bayar dan terus ngap.PMC yang aku makan ni bau pandan.Mmm..harumnya,sebijik macam bau jelly kelapa.So takde la nak wek balik.

Bile aku makan PMC ni,aku terus telan.Aku pernah try kunyah-kunyah,tapi rase nak termuntah sebab aku terbayang rumpai.Geli betul,hahahaha








macam ni la rupe jellly yang aku makan.



Ade rumpai yang kaler purple.Tapi tak lalu nak makan sebab bau sangat hanyir.Yang kaler purple tu memang berkualiti tinggi tapi tak tahan bau die la.Sumpah busuk.









PMC yang kaler purple



Member aku cakap memang renyah nak sediakan PMC ni.Kena cuci betul-betul.Ala,tapi aku memang pemalas.Jatuh saham.hahahaha..Tapi memang ade kesan la makan PMC ni.Kulit rase best je.Selain makan,aku tempek PMC ni kat muke sebelum tido.Esok pagi baru cuci muke.Bile tempek kat muke,rase best je.Lebih kurang macam pakai mask.Muke akan rase sedikit tegang.

Kepada wanita-wanita di luar sane,aku syorkan pakai la PMC untuk mengekalkan dan mancantikkan kulit anda!!.Murah dan berbaloi.Tak payah nak cucuk-cucuk kolagen.Membazir duit jek.Nanti bile muke aku dah gebu,boleh la aku letak picture before & after.Muaahahaaha










No words..


Assalamualaikum..

Hari ni aku ambil AL.Dah la nak pergi holiday,tak pasal-pasal kena apply cuti.Ni nak kena safe cuti ni.Beberapa urusan telah diselesaikan.Legi sikit la.Tapi masih serabut.Ya Allah,permudahkan lah urusan aku ni.

Emosi aku sekarang ni macam tak menentu.Rase give up,marah,gusar dan rase nak belasah orang.Dah bercampur baur.Apsal ni?Mungkin risaukan urusan pagi tadi.Baru hak kecik cam ni dah serabut.kalau hal lagi besar esok,ntah macam mane la.Lagi la tak boleh nak pikir kan.

Website MBB ni macam haram la pulak.Dari tadi asyik tak boleh nak bukak je.Aku nak print statement ni.Tadi pergi bank dorang cakap ambik mase 3 hari,pastu kena charge sekeping seringgit.Macam siput sedut la.Takkan tu pon nak charge.Marah pulak aku.

Sumpah rase nak marah semua orang.Kol 2 jap lagi aku nak settlekan urusan aku kat BSN pulak.Tapi ramai orang cakap service kat BSN macam hampeh.Dah macam malas pulak.

Nak makan.Lapar..