Sunday, December 25, 2011

Gift..



Bos "Here u are.Since u want to resign,i give u this.."..
Dengan hati yang berbunga-bunga,aku 
tertanya-tanya "ape la yang orang tua ni bagi kat aku?".
Ala setakat tempat letak pen,ape barang.Ingatkan die 
bagi diamond ke,ape ke kan.Benda yang die bagi aku tu pun 
die dapat dari Ipoh Swimming Club.Emm,,xpe la.Orang dah bagi,ambik je la.
Dengan rase rendah diri,aku pon cakap 
"thank u Mr Eric".(dengan nada sedikit menyampah)






Gift






Bekas pensil yang ade jam.
Baru perasan ade benda ni.




P/S:  Anyway,thank u so much for let me go. :)




Thursday, December 22, 2011

No title




Cuaca pagi ni sangat mendung.Tapi tak ujan.Disebabkan 
faktor cuaca ni macam ni,aku terpaksa parking kereta depan office.Bila dah parking 
kat tempat yang kene letak kupon,maka hati ini sentiasa diselubungi
 perasaan takut dan risau.Takut dengan penguatkuasa 
yang akan buat rondaan.(kene saman RM10).


Sejam kemudian,

Alamak,penguatkuasa!!!Aku terus bergegas pergi 
mendapatkan kereta aku.Kemudian duduk dalam kereta.Berpura-pura.
Alhamdulillah,selamat duit aku RM10.
Dah la tak gaji lagi.









Wednesday, December 21, 2011

NEW PLACE




Alhamdulillah,rezeki ALLAH..rezeki Allah ade di mana-mana.
Yang penting kite kene usaha dan ikhtiar.Jangan duduk 
lenggang kangkong,pastu 
nak rezeki lebih.Usaha is important.

Akhirnya,,,kini pasti!!! (irama lagu Anita Sarawak).Konfem aku 
dah dapat kerja kat situ.Sekarang aku dah dapat 2 offer.
So aku terpaksa reject 1 offer sebab gaji yang dia bg sikit 
sangat.Pastu sabtu kene keje.Tu yang lemah sikit tu.
Sorry LBLS ENGINEERING...

Ini adalah gambar office baru aku..







Sabtu tak payah keje.Memang best.Dah 
lame aku nantikan saat macam nie.Owh lagi
 satu,company ni sangat dekat dengan tempat
 keje Tuan Abah + adik aku.
Yang bezanya cuma waktu keje kami.
Abah + Fami masuk keje kol 8 pagi.Aku masuk kol 9 pagi.Lepas ni aku 
kene rajin.Company baru,semangat pun baru.






Tuesday, December 20, 2011

Problem, rezeki



PROBLEM

Lagi aku eksited nak berenti,lagi menyampah aku rase stay kat office nie.Ini la pengalaman paling teruk setelah aku menempuh alam pekerjaan.Bos macam haram jadah pergi holiday.Bile kol tak jawab,bile sms tak nak reply.Lantak ko la bos.

Aku pekerja je.Yang aku tau,27/12 ni,last day aku kat sini.Lepas dapat gaji,aku nak cabut.Maka terputuslah hubungan aku dengan company nie.Yeay...

REZEKI

Semalam baru dapat kol dari satu company minyak."cik idayu,esok boleh tak datang untuk second interview?".
"Boleh" (dengan nada yang sangat riang).Alhamdulillah.Ya Allah,permudahkanlah urusan aku untuk pergi interview hari ni.Amin ya rabbal 'alamin.

Setiap apa yang telah ditetapkan oleh Allah ada hikmahnya.Setiap perkara yang berlaku mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan jadikan ianya sebagai pengajaran agar ia tidak berulang di masa akan datang.(tazkirah untuk hari ini)



Monday, December 19, 2011

Arwah Atuk..


Sedang asyik mengemas bilik,tiba-tiba aku terpandang gambar atok gemuk
(panggilan untuk arwah atok).Entah kenape aku rase sebak semacam.Ape lagi,
terus nangis la.Time tu macam-macam kenangan antara aku dengan atuk 
Masa atuk tengah sihat dulu,atuk selalu pergi pekan jual getah sekerap.
Kalo nak pergi pekan,atuk mesti pakai hensem-hensem.Lepas dapat duit,
atuk mesti selalu belikan aku keropok dengan coklat.

(sebab tu la aku gemuk).Hikhik. 
Tapi bile atuk kene strok,semua berubah.Sebelah badan atuk lumpuh.
So pergerakan atuk terbatas.Tapi atuk masih banyak duit.Atuk simpan
duit bawah tilam.Bersepah-sepah duit atuk.Atuk duk umah jadi bos.Tiap-tiap
bulan,duit masuk. 
Tu semua kenangan 10 tahun lepas



Sunday, December 18, 2011

sunday



* Pagi-pagi buta pergi pasar tani

* Tengok tv

* Online

* tengok tv lagi

Owh,sangat bahagia rasenye.Ditambah dengan cuaca mendung.
Memang sangat best untuk tido



Tuesday, December 13, 2011

Tak nak Kerja


Alhamdulillah,rezeki semakin melimpah ruah.Tak sabar nak stat keje baru nex year.(ayat poyo jek).Bos aku yang sekarang ni suke cari pasal,tu la sebab aku cari keje lain.Pas krismas ni tamatlah perkhidmatan aku kat company nie.

Krismas ni aku xde plan pape pon.Rasenye duk umah je kot.Tengok katon je la.Krismas ni banyak cerita best yang akan dihidangkan untuk semua rakyat jelata.Terpulang sama ade korang nak tengok ataupun tak..

Lately ni aku mengidam nak makan prosperity beger.Tapi tak dapat2 lagi.(daripada aku beli prosperity,baik aku beli oblong je)..Hahahaha.Tapi kepuasannye berbeza.Sumpah aku kepingin nak makan.Tengok la,balik kerja karang singgah MCD.

Bulan ni aku dapat gaji buta je.Bos aku pergi outstation seminggu.Esok baru balik.Next week die nak pergi holiday kat Taiwan dengan family die.So maknanye,dalam this month,beberapa kali je aku tengok muke die.Bahagianya rase.

Kite kalau kerja tak ikhlas,pastu keje tak best,tu yang menyebabkan rasa malas je nak pergi kerja.Rase menyampah je.Kalau suasana kat opis best,laju je nak pergi kerja.Ni sebelum bangun pagi,mesti aku dah terbayang muke + perangai bos yang macam sial tu.Sakit kepala siot.

Tak sabar nak cabut dari sini....


Sunday, December 11, 2011

Movie : Ombak Rindu


Tarikh : 5 Dicember 2011
Lokasi : Sitiawan

Kawan : Tengah buat ape?
Aku : Tengah keje la.Ni kat mane?
Kawan :Kat Lumut la.Jumpe jom..
Aku : Jumpe pas balik keje la.Tengok movie nak tak?Cite Ombak Rindu.
Kawan : Ok


Tepat pukul 5,kelam kabut aku bergegas untuk pulang.Excited nak tengok ombak rindu.Lepas bersiap,terus gerak pergi Sitiawan.(macam jauh je.padahal dekat je).Cerite mula pukul 7.20.(orang sibuk solat,aku sibuk tengok movie.Astaghfirullah).Hari tu aku tengok ramai golongan wanita yang mengandung tengok cerita ni.


Macam biase la,pop corn mesti ade.Sambil tengok movie,sambil makan.Memang tak boleh focus la kan.Bile pop corn dah habis,baru aku boleh focus.


Cerita ni memang sedih.Tapi tak de la aku nak menangis sepanjang tengok cerita ni.Ada setengah-setengah part je yang boleh buat air mata bergenang.(bukan melimpah).Orang sebelah aku,dari mula aku dah dengar sok sek (hingus).Tak kan sepanjang cerita tu die nangis.Aku pun tak sure same ade die menangis atau selsema.Berbaloi la tengok cerita ni.(member aku belanje)