Tuesday, September 24, 2019

PERCUTIAN KE MELBOURNE DAY 5


Assalamualaikum,

19/9/19 - Isnin

Untuk hari ke-5, kitorang decide nak pergi Bathing Box. Dan hari ni jugak hari last kitorang nak guna kereta. BB ni keluar sikit dari city kalau tak silap. Disebabkan trip kali ni time winter, so memang sejuk gile bile duduk tepi laut. Rasa nak nangis. Kalau datang Melbourne memang wajib datang sini. Nak masuk sini kena bayar parking. AUD 4 je rasanya. Disebabkan kitorang tak bayar parking, kitorang kena saman AUD 80. Haa,hambik kan.





















Kali ni kami tak bawak bekal, kami pergi cari makanan halal kat area sini. At last jumpa kedai Indonesia. Lauk die of course kena dengan tekak kitorang. Disebabkan cuaca yang sangat sejuk, untuk pertama kali, aku makan nasik then minum air panas yang boleh melecur tekak tau. Tapi bile badan ko sejuk, air tu langsung tak mencederakan, tapi memberi kenikmatan. Satu jag tu aku bedal. Dan lagi satu benda best, member aku punya husband yang belanja kitorang makan.







Kami bertiga decide nak pergi DFO. So member aku drop off kitorang, then die dengan anak bini die pergi pulangkan kereta. Bagi aku DFO kat Melbourne ni biase je. Yang best mase dekat Perth. So untuk hari ke -5 ni, kitorang cuci mata je. Owh, adik aku nak pergi jumpa kawan die, so kitorang kejap je kat sini. Sesat jugak la masa nak keluar DFO ni sebab die bersambung dengan Melbourne Exhibition Center dan bersebelahan Yarra River.







Kitorang gerak pun dah petang macam tu, so ramai budak balik sekolah naik tram. Kitorang naik 1 tram je dan emang turun betul-betul depan kawasan perumahan member adik aku tu. Tapi, as usual, kena jalan dalam 10 minit la untuk sampai ke rumah mamat tu.


Mamat tu hidangkan kitorang spageti kaler hijau dengan kek kome!!! Presentation die macam chef. Lepas perut kenyang, die bawak kitorang jalan-jalan sekitar area Fritzroy. Die bawak kitorang masuk bundle. Hahaha,first time kot masuk bundle kat obersea ni. Pastu kitorang sempat la jalan-jalan kat lur muzium. Yela, dah malam, sape nak bagi korang masuk kan. So dalam pukul 8.00 malam macam tu, kitorang balik hotel sebab esok kitorang nak bangun awal nak pergi main salji. Yebedabedu!!!




die punya food presentation






chemist warehouse























Friday, September 20, 2019

PERCUTIAN KE MELBOURNE - DAY 4


Assalamualaikum,

18/9/19 – Ahad

Untuk hari ke-4 kami plan untuk pergi ke Philip Island. Perjalanan ambil masa 2jam30minit. Tapi sebelum gerak pergi PI, kami pergi ke Flagstaff Garden. FG ni betul-betul depan hotel yang kami stay. Garden ni biashe-biashe je. As usual la, pagi-pagi aka nada orang bawak anjing jalan-jalan. Anjing kat sana besar-besar macam orang, tak macam anjing kat Malaysia yang kecik-kecik. Lepas ambik gambar, kitorang pun jalan pergi Victoria Market.



flagstaff garden aka taman tasik taiping



VM ni dekat je. Jalan kaki dalam 10 minit je dah sampai. Kalau pergi pagi, tak ada la crowded sangat. So boleh shopping dengan senang hati. Kat VM ni kitorang shopping fridge magnet dengan baju untuk family je. This time aku plan nak bagi kawan-kawan coklat je. Sebab souvenier kat Melbourne ni lebih kurang macam kat Perth je. Besides that, aku beli buah cerry dengan strawberi je. Sambil tu kitorang cuci mata je. Owh masa nak beli fridge magnet, kami jumpe sekawan orang Malaysia. Masa tu dah last day diorang kat sini, dan diorang nak gerak pergi Sydney pulak..Mmm,, macam boleh dipertimbangkan je kan. Nanti kita buat research pasal Sydney pulak.



victoria market

Waktu operasi VM


Lepas shopping, kitorang balik hotel sebab nak letak barang. Then kita move to car park sebab nak gerak pergi Philip Island. Kitorang plan nak pergi Maru Koala Park dengan Chocolate Factory je. Fee nak masuk Maru Koala Park AUD 22 per person. Dalam tu ada la kangaroo, koala, burung, ha itu je. Park tu sesuai untuk kanak-kanak. Kat sini jugak ade a few show yang interesting untuk korang tengok.


gadis pintu gerbang


koala tengah tidur



kanggaroo tengah berehat


Next, kitorang gerak pergi CF. Kitorang beli chocolate je. Tak masuk pun dalam factory tu. Lepas tu beli la hot chocolate. Dalam waktu tengahari, kitorang cari tempat untuk makan. Kitorang always bawak bekal. Sebab macam leceh la nak cari restoren halal.



Chocolate Factory 



coklat kasut


Disebabkan ada banyak masa, so kitorang decide untuk balik. Tapi aku dengan adik aku pergi supermarket Coles sebab nak tengok ape yang menarik kat sana. Sempat la shopping sikit chocholate, keropok dengan benda-benda mengarut. Then kitorang decide nak pergi makan kat Blok M. Kitorang makan kat kedai Indonesia. Ya allah, nikmat gile sedap dapat makan sambal!!!!.Masa tu la rasa nak balik Malaysia.Hahahha. Lepas perut dah kenyang semua,kami gerak balik hotel.Masa nak balik hotel tu, rasa semua organ stop berfungsi sebab sejuk sangat!!!!




nasik ayam penyet






Thursday, September 19, 2019

PERCUTIAN KE MELBOURNE - DAY 3


Assalamualaikum,

17/9/19 – Sabtu

Hari ni merupakan hari ke-3 kami berada di bumi Melbourne. Untuk hari ke-3, kami decide nak pergi Great Ocean Road (GOR). Pukul 7 pagi  kami jalan kaki pergi William Street untuk ambik kereta. Kami sewa kereta dengan APEX Car Rental. Selepas buat survey, kami rase APEX ni harga die murah compare another car rental.Kalau korang ada banyak duit, korang boleh sewa kereta dengan agensi lain. Ceewaahhhh. Kami sewa kereta KIA 8 seater (incude car seat).
Untuk pergi GOR ni, aku punya OOTD adalah baju kurung. Konon-konon sambut Raya Haji kat sana.


our morning view 


Perjalanan dari Melbourne City nak ke GOR ni agak jauh. Kami pergi ikut jalan belakang dan balik ikut jalan depan.Hahaha. ok maksudnya, kami akan lalu dulu Geelong instead of Port Campbell. Kalau ikut jalan belakang, perjalanan hanya ambil masa 3 jam instead of ikut jalan depan 4jam30minit.

Otw nak pergi sana, korang akan lalu ladang. Serius pemandangan die cantik dank orang akan nampak kambing biri-biri dengan lembu New Zealand tu bersepah-sepah. Bile dah penghujung, baru kita akan lalu jalan berbukit-bukit. Memang rasa nak muntah. Tapi bila dah sampai Apollo Bay tu, baru rase lega. Korang akan nampak laut (Lautan Hindi).






 First stop kitorang Apollo Bay. Kat sini kitorang singgah makan kat Iluka. Iluka ni sediakan makanan makanan halal. Tapi aku tak tau la konsep halal mat saleh ni macam mana.Hahahha. So kat Iluka ni, aku order Grill Chicken. Rasa de, pergh sangat healthy!!!. Aku nak pengsan makan ayam dia. Ayam die memang tak ada rasa. Then fries die gemok-gemok. Separuh nyawa jugak la habiskan. Tapi aku kan pandai. Aku bawak sos cili dari Malaysia. Korang memang wajib bawak sos tau. Travel partner aku order fish as usual. Lepas I hour, kami teruskan perjalanan kami.



Iluka



Next stop kami Twelve Apostles. Orang ramai gile kot kat sini. Mase nak ambi gambar tu, kena cepat-cepat kalau nak gambar korang tu cantik takde orang menyelit kat belakang. Bile orang ramai sangat, mesti rasa lemas dan rimas kan. Kitorang stay sini dalam sejam je.



Twelve Apostles



Twelve Apostles


Then kami gerak pergi Lorch Ard.Kat sini macam muara laut je. So kalau nak ambik gambar memang cantik. Kitorang makan bekal yang kitorang bawak je. Pukul 5 petang baru kitorang gerak balik. Kalau winter, pukul 5 petang dah gelap dah.




















Pasal kereta, kitorang park dekat parking yang dekat dengan hotel. So dari parking tu, boleh jalan kaki je. Kat Melbourne ni memang susah gile nak parking. Pastu tiket parking mahal nak M****S. Better naik public transport atau jalan kaki je.



tempat parking


Wednesday, September 18, 2019

PERCUTIAN KE MELBOURNE - DAY 2

Assalamualaikum,,

16/8/19 - Jumaat

Ok semalam dah cukup tidur kan, so hari ni kite nak explore Melbourne. Hari ni plan nak pergi Puffing Billy. Kitorang pergi naik public transport je. Sesat-sesat jugak la masa naik train. Sampai dua ke tiga kali jugak la tukar train. Tapi orang Melbourne ni baik jugak sebab ada aunty ni tolong kitorang masa kitorang sesat. Kitorang naik train dari Flagstaff Station, then ada tukar-tukar station dan turun di Belgrave. Takpe, kat sana ada je direction. Dalan train sempat jugak la makan dan tido. Terasa jauh sangat perjalanan. 

map ni bersepah-sepah kat train station



Flagstaff Station


sempat ambik gambar masa kat train station


Turun je train,angin sejuk terus menerpa. Ceewahhh.. Dari station tu, kena jalan jauh sikit. Tak pe jangan risau sebab ade direction. Cuma tak boleh tahan dengan sejuk je la.

Kami dapat naik train Puffing Billy pukul 10.30am. Kami beli tiket turun dekat Lakeside. Harga tiket AUD63 (kalau tak silap). Tapi kalau nak turun Manzies Creek pun boleh.Harga tiket AUD29. Tapi kat sini macam tak ada apa-apa. So dah alang-alang, turun je la Lakeside.



ini dah sampai Belgrave, sejuk nak matey!!!



woot woot woot



Kami dapat naik train Puffing Billy pukul 10.30am. Kami beli tiket turun dekat Lakeside. Harga tiket AUD63 (kalau tak silap). Tapi kalau nak turun Manzies Creek pun boleh.Harga tiket AUD29. Tapi kat sini macam tak ada apa-apa. So dah alang-alang, turun je la kat Lakeside.

Apa tujuan naik PB ni? Tujuan aku naik PB ni sebab aku nak merasa naik train asap je. Kalau datang Melbourne, wajib naik train ni. Dalam masa yang sama boleh tengok pemandangan sebab laluan train ni dalam hutan. Aku tak boleh gambarkan perasaan tu dalam tulisan. Korang kena rasa benda ni.



my travel partner. yang lelaki tu bukan.









bersama cinta hati



friendly sangat kan



budak kecik ni boleh tido walaupun sejuk yang melampau



Mase dekat Lakeside, kitorang bawak bekal dan berkelah kat sini. Kat sini ade cafe, tapi makanan tak halal. So korang boleh la beli coffe. Coffe mat saleh ni serius sedap. tak ada gula pun korang boleh minum tau. Kalau minum coffe kat Malaysia yang tak ada gula, alamatnye murung sampai ke malam.


Masa nak balik, kitorang turun dekat Federal Station. Dah la time ni hujan. Tujuannye, kitorang nak pergi cari Extragreen Tour sebab kitorang nak pergi Mount Buller naik bas je. Itu nanti next entry ok.

Masa tengah merayau cari ET, aku nampak Chemist Warehouse yang besar. So singgah la kejap sekadar nak cuci mata. Aku pun ter beli krim Lucas Paw Paw. Bos aku cakap krim ni bagus dan die kirim kat aku krim ni. So alang-alang dah belikan untuk die, aku pun beli la untuk diri sendiri. Owh ye, ET ni terletak kat area Town Hall. Kat sini ada banyak gile butik kalau korang nak shopping la. 





Lepas kita merayau-rayau kat Town Hall, kitorang pun nak balik. Disebabkan aku travel dengan infant, so kitorang berpecah dua. Member aku tu kena handle anak die. Budak-budak kan banyak peel. So member aku tu balik naik grab. Kitorang meraba-raba balik naik tram.Sampai sesat la.At least kite merasa sesat naik tram.

Tapi seronok walaupun sesat sebab sejuk kan. So ko tak ada la stress nak mencari jalan pulang.