Sunday, September 13, 2015

Laksa Power Langkawi

Assalamualaikum,,

Dah lama tak buat review pasal makanan kan. So hari ni nak buat review sikit pasal Laksa Power Langkawi. Lokasi dekat area airport langkawi. Keluar je airport langkawi, turn left atau follow way to Pantai Cenang. Dalam 1 km, dah jumpe warung laksa ni. Tepi jalan je. View pun cantik sebab tepi pantai. Signboard Laksa Power memang besar gedabak, so jangan risau, komfem jumpa.

Bagi aku laksa power ni sedap je. Tapi tak tau la tekak orang lain macam mana. Selain laksa ade jual pasembor. Air kelapa pun ade. Pasembor die sedap, tapi serius mahal!!! Kalau nak cuba, tak salah.

Tapi kalau tak nak makan laksa power pun tak pe sebab di sepanjang jalan ade macam-macam laksa. Orang cakap Laksa Pulau pun sedap, tapi aku tak try pun. Selain laksa, ade jugak jual cendol. So try je.



Laksa power & Pasembor



Signboard Laksa Power




View area Laksa Power



Kenduri Kawen : 13 September 2015

Assalamualaikum,,


Semalam (Sabtu) aku, mak dengan zati attend kenduri kawen.
Ada 2 majlis dan itu majlis kenduri kawen anak kawan mak aku.
Tak sempat nak snap picture lauk sebab lupa. 
Rumah pertama lauk kenduri spt nasi minyak, 
ayam goreng rempah, jelatah, kari daging.
Rumah kedua lauk die memang win sebab lauk kampung 
spt nasi putih, pucuk paku masak lemak petai, ikan patin masak tempoyak, 
gulai rebung. Goodies buah oren. Simple je kan.


Ni je picture yang sempat snap.























Friday, August 7, 2015

Macam Vangang

Assalamualaikum,,


Okay, now I'm a job hunter. (Its throwback) This morning, i had an interview at this logistic company which i do not know deeply about the company  background. That was my big mistakes. I just read at the JS and it state that this is Logistic company. That's all. I'm willing to cross the Sungai Perak just because I want to know my market price.

Just like the normal procedures, you have to fill up the form , wait for the interviewer, while look at the CCTV. But aku pulak gatal tangan nak send message to my special one. Konon-konon nak mengadu la..

The massage sound like this " ayu kat teluk intan, ade interview ni. Tengah tunggu orang yang nak interview. tapi macam ramai cina. petang ni pun ade interview jugak" ok send!!! But i send the message to the wrong person. Guest what?? No need to guest lah.. I send the message to the person who call me to come for the interview (Mr Ooi).. Damn!! aku punye gelabah, tak tau nak buat ape, rasa macam nak lari satu padang astaka (tempat kapal terbang landing kat area Manjun). I've tried to make myself calm..Tapi tak boleh!!!! Ah nasib ko lah..

(Before the interview) Once i entered into the lobby, i can see that they put the beer's bottle nicely  in the glass cupboard. Allah!!! Mula la aku nak carut ni because there is illegal sources. Memang reject la. Its ok because at least i know about this company and the attitude of their bos!!

Intentionally, Im asking the staff what are their business is mainly about? He said that their company is a distributor for chosen products like coke, F& N, Dasani mineral water and tiger !!! Sumpah memang macam haram. Ko nak tipu orang pun agak-agak la kan.

Guest what, they offer me to join them. Then my standard answer "alright". And one more thing, they provide hostel (house) for me, but I've to share with 2 guys!!! Ko nampak tak kebodohan diorang ni. Aku ni dah la perempuan Islam, langsung tak sensitive about this issue kan. Ha, during the interview, the boss dengan selamber bapak die, minum arak depan aku. Memang biadap kot. (carut kena guna bahasa melayu, baru feel). Aku tau diorang ni macam nak kenakan aku sebab aku tersalah hantar message, tu je kot!!! (im admit my silly and stupidity of myself)

In my point of view, (cewahh) aku nak kerja dengan keadaan yang diredhai. Sumber yang halal. Bile sumber halal, hidup akan senang, tak gaji yang diberi banyak ke sikit. Tapi kalau orang lain, aku tak tau la. Different people have different opinion and thought.




Sunday, July 12, 2015

Kepondanan

Assalamualaikum,,


Lately ni aku semakin obses tengok video pondan-pondan. Jangan salah sangka, bukan tengok aktiviti yang tak senonoh tu. Aku suka tengok sebab mereka-mereka ni cantik, talented dan pandai buat lawak sampai aku boleh gelak macam nak mampos. The worse thing aku boleh repeat again and again bile tengok video mereka ni.

Antara pondan yang aku dah kenal adalah Barri Amat, Nur Sajat, Fidyana, Amy Timber, dan ramai lagi. Mereka ni kategori pondan yang cantik. Kalau pondan yang hodoh tu, aku tak ambik port pun siapa diorang.

Muka, body dah meletop. Tapi bile dengar suara mereka ni, nak tergelak tau. Video mereka ni kadang-kadang menghiburkan. Benda ni sekadar hiburan je. Jangan ambik serius. Aku tak nafikan memang mereka ni kategori individu yang dilaknat. Tapi tu antara mereka dengan tuhan.




Fidyana Hasan

NUR SAJAT
  
NUR SAJAT


Amy Timber

Amy Timber


Ini baru sebahagian yang aku sentiasa follow. Pondan yang lain aku masih tak kenal lagi. Hahaaha.. Nanti aku cari lagi pondan yang lawa-lawa.










Giveaway Raya Bella

Assalamualaikum..








Kalau nak join boleh klik gambar kat atas @ klik sini Giveaway Raya Bella 

TARIKH GIVEAWAY RAYA
 9 JULY  2015 ~ 23 JULY 2015 (11.59 MALAM) 
PENGUMUMAN PEMENANG:
24 JULAI 2015

Mencari 15 orang Pemenang Untuk 

Pemenang 1 : RM 10 + Satu Tudung Bawal Satin + Satu Korean Face mask

Pemenang 2 : RM 10 + Satu Tudung Bawal 

Pemenang 3 : Rm 10 + Satu Korean Face

Pemenang 4 & 5 : Satu Tudung Bawal

Pemenang 6 & 7 & 8 & 9 &10 & 11:  Top up Rm5 

Pemenang 12 & 13 & 14 &15 : Satu Kerongsang 









Sunday, June 14, 2015

Getaway To Sabah 2015

Assalamualaikum,,

On 24/5 - 27/5 hari tu, aku dengan soulmate pergi Sabah. Aku book ticket 2 month before. Actually ni unplanning getaway sebab tiba-tiba rasa nak pergi Sabah. Harga tiket RM 200 per person including luggage dengan insurance (wajib ambik sebab if anything happen). Bajet kitorang pergi sana nak spend RM 1,000 and not more than that.

Flight ticket : RM 200
Car rental: RM 300/4
Hotel at Kundasang (1 night): RM 150 (including 2 mattres) / 4
Hotel at KK ( 2 night): RM 98 per person
Island hoping: RM50 per person
Total: RM 460 per person
Balance: RM 540 guna untuk belanja la.

Sangat bajet kan. Kalau holiday dalam Malaysia tak risau sangat sebab ATM machine marata-rata. In case ta cukup duit, boleh cocok je asalkan duit dalam ATM ade berkepuk-kepuk. Tapi kalau pergi o/sea, sila la bawak duit yang terlebih cukup. Mampos kalau tetibe duit tak cukup kan. Lagi satu, kalau rasa atau teringin something bile pergi tempat orang, just beli je. Nanti teringat-ingat, tu yang paling tak best. We do not know when you will go to that same place. Maybe that will be your last time in there. Itulah kepentingan bawak duit yang banyak.

The Journey Begin: 1st day

Kami naik flight kat KLIA2 dan flight kami pukul 6.30 pagi. Memang hazab. Plan nak naik ERL kat Putrajaya tapi last minute tukar. So bapak member aku yang hantar kami kt airport. OTW nak pergi KLIA2, member aku ni tido memang tak cover cun langsung. Dah la lentok sebelah aku, siap nganga mulut. Kalau air liur die meleleh kat baju aku, memang aku sepuk die. Atas flight pulak, aku yang tido macam orang koma siap nganga mulut. Cis, jatuh saham aku. Bile terasa mulut ternganga, pandang kiri kanan sebab nak cover. Hodoh kot kalau ko tido mulut ternganga. Selepas 2 jam 30 minit, kami sampai di Kota Kinabalu, and its YEAY!!!!

Kat KK ni ade 2 airport. Kalau naik Air Asia, korang akan turun kat Airport Terminal 2, dan selain Air Asia, korang akan turun kat Airport KK. Benda ni penting sebab time nak sewa kereta, korang kena beritahu owner korang naik flight apa ataupun owner yang akan tanya korang terlebih dahulu. Dah tu jangan pulak mengada-ngada cakap naik MAS padahal naik Air Asia (konon nak up la), nanti kereta sewa korang tak sampai-sampai hokey. Please be yourself.

Aku sewa Viva(auto) je pun (Nanti aku bagi contact owner). Lepas dapat kereta, terus gerak naik Kundasang. kalau sesat atau tak tahu jalan, rajin-rajin kan la mulut tanya penduduk setempat. Aku pun tak tahu macam mana nak describe jalan pergi Kundasang. Memang adventure sangat nak naik Kundasang ni. Jalan macam nak naik Cameron, dan kena hadap jalan tu selama 2-3 jam. Tapi memang sejuk sepanjang nak naik Kundasang. Tip Top. Adalah dinasihatkan di sini, sila gerak waktu siang. Jangan gerak malam sebab memang sunyi. Ade la rumah penduduk dan kedai di sepanjang jalan, tapi lampu jalan tak ada. Untuk keselamatan, please gerak time siang.

Bile dah sampai Pekan Kundasang memang tekejut sebab kecik gile kot pekan dia. Jalan nak pergi chalet pun mencabar jugak. Bukit tinggi bapak. Di sini dinasihatkan sekali lagi, sila bawak kereta auto. Kalau bawak manual, konfem gostan belakang. Tapi kalau dah expert bawak manual its ok, redah je.

Kitorang stay kat Kiram's Village. Tempat memang cantik plusss sejuk tahap gaban. Lepas solat and everything, kami pergi kebun strawberry. Sini pun ade strawberry tapi tak banyak macam kat cameron. Then kami pergi Cattle Farm. Cattle Farm ni tempat yang banyak lembu macam yang kat switzerland tu. Lembu ni produce susu je. Lembu coklat yang bersepah-sepah tepi jalan tu baru produce daging. Time kami pergi tu hujan, so berkabus. Kat sini aku sempat shopping keychain seketul je. Kat sana cepat gelap. Dalam pukul 6 petang dah sunyi sepi. Malam tu kami dinner KFC je. Lagipun tu yang konfiden untuk makan. Actually ada kedai makan, tapi tak berapa nak konfiden dengan kebersihan kat situ. Nak layan sikit picture.



Kiram's Village



wajib ambik picture kat batu besar ni.
Nak masuk sini kena bayar RM 5 per person


Kat dalam ni, ada jual souvenier & produk tenusu.
So boleh try susu lembu.

soulmate



soulmate
The Journey Begin: 2nd day

Esoknya kami check out awal sebab plan nak pegi Rumah Terbalik kat Tamparuli. Before tu breakfast KFC again.. Then shopping sikit kuih cincin dengan buah dekat Kundasang. Aku tak bernafsu tengok buah, tapi aku bernafsu tengok kuih cincin!!!! Tapi aku beli sikit je kat pekan Kundasang ni sebab aku rasa kuih cincin much more bettet kat KK.

Kami juga sempat singgah di Kinabalu Park. Sapa yang berhajat nak panjat Gunung Kinabalu, akan datang sini. Kitorang memang tak ada stamina so memang langsung tak layak. Kat sini kami sempat ambik gambar gedik-gedik je.

Nak masuk Rumah Terbalik kena bayar RM10.60. Ada cas GST katanya. Dalam rumah terbalik ni tak boleh ambik gambar. Nak jaga keaslian katanya and ada tourist guide yang explain everything kat kitorang. Lepas dah kempunan  aku nak masuk Rumah Terbalik. Owh, Tamparuli ni satu jalan kalau nak pergi Kundasang. So boleh singgah either time nak naik Kundasang or time nak turun pergi KK. Kat sini aku beli fridge magnet je. Walaupun mahal bapak (RM 10), aku beli je. Takut nanti asyik teringat je.

Sebelum pergi Rumah Terbalik, kami siggah Jambatan Tamparuli. Memang horror dan gayat kot. Kitorang ambik gambar kat depan jambatan je. Tak berani nak pergi tengah jambatan.

Kat KK kami duduk dekat Hotel Traveller. Lepas chek in and everything, kami keluar cari makan. Of ko la makan seafood. Gila la kalau datang Sabah tak makan seafood. Memang rugi besar. Seafood die memang perghh fresh dari laut.Siap boleh rasa garam laut lagi. Kitorang makan dekat waterfront ape ntah. Tak ingat la pulak, tapi yang pasti bukan dekat Pasar Filipina. Nak pergi Waterfront tu, korang kena jalan jauh sikit la. Tapi memang murah. Ketam, Udang, kupang, kepah & LOBSTER baru kena RM 280. Ok la sebab kitorang ambik 4 hekor lobster and masakan memang sedap.

Lepas tu, kitorang waze la pasar kampung air. Perghh memang surprised sangat sebab pasar tu belah hotel yang kitorang duduk je!!!! Pandainye aku cari hotel yang strategik even time tu memang bodoh sangat dan tak tau nak choose hotel yang mana sebab banyak gila hotel kat KK ni.

Kat Pasar Kampung Air ni, aku shopping gelang mutiara, keronsang, baju, butang baju melayu dengan beg. Kat sini memang murah tahap gaban compare dengan pasar Filipina. Kat Pasar Filipina tu boleh la untuk cuci mata.




























The Journey Begin: 3rd day

Ok, sekejap je masa berlalu. Esok nak dah balik. So hari ni kena pulun shopping. Hihihi.. Memandangkan esok dah nak balik, so hari ni kami pergi island hopping. Kitorang cuma pergi 2 pulau je iaitu Pulau Manukan & Pulau Sapi. Untuk Island Hopping, bajet dalam RM50 termasuk alat utk snorkeling. Ini first time aku nak naik bot laju dengan snorkeling. Pergh memang menyeramkan naik bot ni. Driver bot ni saje je bawak bot ni dengan keadaan ekstrem. Tapi seriously best. First pulau yang kami pergi adalah Pulau Manukan. Memandangkan keadaan masih awal pagi, so tak ramai orang kat pulau ni. Best sikit nak snorkeling sebab korang bebas berenang tanpa berlaku perlanggaran. Lepas 2 jam kat pulau ni, kitorang gerak pergi Pulau Sapi. Kat Pulau ni best sikit sebab ada banyak jenis ikan yang korang dapat tengok. Pulau ni lagi best dari Manukan, tapi orang memang ramai gile. Time berenang memang korang akan kena tendang atau terajang dengan orang lain sebab memang rama gile orang kat sini. Dalam pukul 2 petang kitorang dah gerak balik. Terlupa pulak, kalau nak island hoping, korang kena naik bot dekat Jesselton point. Kat situ nanti akan ada banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan island hoping. Dont worry sebab harga semua sama. Korang disyorkan bawak makanan dan air sebab kat pulau ni macam susah nak cari makanan. Lepas berenang of kos korang akan rasa lapar, ditambah dengan badan yng melekit-lekit dengan air laut, takkan nak berjalan cari makan pulak kan. Dekat Jesselton Point tu ade tempat jual makanan, so boleh beli kat situ je. Even aku pergi time weekdays, tapi serius memang ramai orang. Kalau weekend, lagi hazab la gamaknya.

Sampai je kat bilik,masing-masing terbongkang kepenatan. Dalam pukul 5 ptg, kitorang pergi kedai Mutiara Jamilah. Orang cakap mutiara kat situ cantik,murah dan original. Lepas tu kitorang pergi Pasar Filipina dengan Pasar Besar. Memandangkan pasar-pasar ni dekat je dengan hotel yang kitorang tinggal,so jalan kaki je la jawabnya. Hari ni adalah hari untuk borong kuih cincin. Memang banyak gile aku borong kuih cincin dengan amplang. Sape nak borong kuih muih ni, Boleh pergi Pasar Besar (Berhadapan Pasar Filipina), gerai no 1. Akak ni memang bagi murah je.

Lepas shopping, kami jalan kaki pergi makan seafood. Kali ni makan seafood lagi, cuma lobster tak ambik, kitorang kena RM190. Dalam pukul 8malam, jalan balik hotel. Aku sambung shopping lagi, kali ni aku pergi pasar kampung air untuk beli T-shirt je. Lepas tawar menawar, aku dapat la sehelai T-shirt RM 14. Tapi aku dengan member aku share and kitorang beli 15 helai T-shirt. Pencarian berjaya. Lepas tu, aku sempat singgah urut kaki lagi. Fuhh,, rasa nak nangis sebab makcik tu urut kaki aku memang kuat gile. Dia cakap badan aku banyak angin. Hahahaha,, dah macam makcik2 pulak aku ni. Untuk urut 2 belah kaki, urutan selama sejam, hanya bayar RM 20 je. Serius murah kan.

















The Journey Begin: 4th day

Flight balik KL puul 1230 t/hari. Kami check out awal sebab nak hantar kereta, nak cek in luggage, breakfast dan wrapping bag. Overall, memang best. Aku dapat beli ape yang aku nak. Tak lari bajet. Memang puas hati la.



tengah tunggu flight
Kiram's village (Kundasang)

  • Fon No: 016-695 0057 (boleh call je no ni utk tempahan)
  • Sila klik link untuk tengok jenis bilik : kiram's village


Kereta sewa

  • Fon No: 013 - 890 0244 (ustaz sabri)
  • untuk tengok jenis kereta yang available,korang boleh tengok kat sini: kereta sewa ustaz sabri


Hotel Traveller (Kota Kinabalu)

  • Fon No: 088 - 256 195 / 196  
  • Sila klik link ni untuk tengok jenis bilikHotel Traveller


Aku harap maklumat yang aku bagi ni serba sedikit dapat menolong korang. 
Ok Bye...





Thursday, May 7, 2015

Ketiak hangit

Assalamualaikum,

Sedang asyik menconteng whiteboard dengan ilmu, tiba-tiba suara hadrie bergema dengan kuat

Hadrie.."cikgu,nak tanya sikit boleh?"

Cikgu.."ape die?" (mungkin bak tnye pasal chapter tanah dan sumbernya kot..)

Hadrie.."kenapa ketiak akmal bau hangit?"

Cikgu (kontrol nak gelak dalam masa yang sama terkedu).."entah la.pegi la tanya akmal.mana saya tau apsal ketiak die hangit"

Satu kelas dah gelak macam esok dah tak boleh nak gelak.cikgu dah tak boleh tahan sampai ketawa terbahak-bahak.sampai tangan rasa geli dan dah tak boleh menulis.

Cikgu.."ok lah.buat latihan sampai habis.nanti saya bagi jawapan"

Sambil termenung,soalan macam tu pun dia boleh tanya aku.macam mana nak lulus exam macam ni...

Tuesday, May 5, 2015

myv je pon

Assalamualaikum..

aku..."apehal kereta tu hon kete kite?"..

zati..."die nak potong kot"..

aku.."potong je la"...

sejurus die memotong kereta aku, aku sempat usha pemandu kereta yang hon kitorang tadi.

aku.."hek eleh,myv je pon.ingat kete hebat tadi"..

zati.."ni kelab myv la ni.cine bukit betul"

mak.."sekarang mane ade bukit dah.cina pun dah tak duduk kat bukit.ntah-ntah cina kebun,tak pun cina kandang"..

gulp..gulp..(ikan arowana bernapas)

Monday, May 4, 2015

kucing putih

Assalamualaikum..

hari dah lewat malam.ahh,lambatnye nak sampai rumah.bontot dah bentan ni. tengah duk feeling lagu jiwang kat suria fm, sambil mak lap hingus.

"mak!!!"

kenderaan waja bawak dgn lajunya tanpa sempat tekan brek,telah terlanggar seekor kucing yg sedang melintas jalan.kucing warna putih.aku nampak kucing terpelanting di line putih di tengah jalan.

"mak,kesiannya kucing tu. sedihnya. nampak mcm terkulai.takut tak dan nak lari, kereta lain langgar plak."..

"kesian die.kalau mati xpe.kalau hidup,kesian die.tengok kete tu rase bersalah,die bawak slow je.lagi satu kucing kite tu main lari je kalau dah bergaduh dgn kucig lain.takut kereta tak dan nak brek, nanti kena langgar"..

masih terbayang kucing putih tu.

Sunday, March 8, 2015

Suamiku Encik Perfect 10

Assalamualaikum,,

Tengok tajuk je dah "cite melayu mesti sama je". Tak kira la Aaron Aziz ke, Lisa Surihani ke. Serius langsung tak ada keinginan nak tengok cerita ini. Tapi one day, officemate bagitahu "best gile cite baru yang aaron berlakon.!!".

Terus zapp google tajuk movie. Terus tengok on9. Even on dat day kerja yang tertangguh memang banyak ssaangatt!! But dont care sebab nak sangat tengok tu. Starting je perghhh,, best siott!! So memang tak rugi aku spend time tengok cerita ni.

Swetness overload hokey. Very very recomended sangat. Dan untuk sesiapa yang suka verangan nak dapat suami macam ni (dalam mimpi je la) boleh la tengok cerita ni. Bila tengok cerita ni, perasaan suka, marah dan menyampah akan muncul secara tiba-tiba.


Summary




Pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen telah memutikkan perasaan lain pula di antara mereka. Perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata dan kadang kala membuatkan masing-masing keliru. 


Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula cinta Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. 


Azura Hanim, seorang model dan juga tunangan Zarief Danial selama tiga tahun menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. Azura yang selama ini gemar mengelak dari berbicara tentang perkahwinan tiba-tiba sahaja meminta untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan mereka. Zarief Danial akhirnya mengambil keputusan drastik dengan memutuskan pertunangannya bersama Azura demi cintanya terhadap Aleeya Azmeen. 


Aleeya Azmeen menjadi keliru tetapi mengakui Zarief Danial mempunyai ciri-ciri lelaki ‘perfect 10’ yang diidaminya selama ini. Namun, Aleeya perlu memilih di antara tanggungjawabnya terhadap Syed Muzaffar ataupun cintanya pada Zarief Danial. 


Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang diharapkan selama ini? 








Friday, March 6, 2015

Boat Noodle EH?

Assalamualaikum,,


Sebelum ni aku ade tengok fren2 aku post picture mangkuk yang bertingkat-tingkat dekat insta. Ish diorang ni melantak ape la sampai bertingkat-tingkat mangkuk? Aku pun memulakan research selama beberapa jam, rupanya mereka ni makan kat Boat Noodle. Time tu ade la perasaan ingin mencuba, tapi tengok location semua dekat area KL. Ok, perasan nak makan kat situ semakin pudar sebab aku tak tau jalan kat KL.

One day, aku pergi dating kat Klang Parade (dah bertukar wajah ), aku nampak Boat Noodle!!! wah, terus rasa excited nak makan. Tapi kan memang ramai orang!! So terus tak jadi nak makan sebab malas nak tunggu.

Other day, aku pergi lagi Klang Parade dan memang tujuan pergi sana nak makan mee yang bertingkat-tingkat. Pagi pagi buta dah tercongok kat situ. And the answer is yes!! Orang tak ramai.

Meh sini nak explain pasal Boat Noodle. Harga semangkuk RM1.90. Korang boleh order berapa mangkuk korang nak, even satu mangkuk pun boleh. Kandungan mee dalam mangkuk tu adalah sangat sikit. 1/ 2 suap je. Dats it.


Menu





Perbezaan antara Ayutthaya & Pathumthani





Boat Noodle Klang Parade.





Cha-Yen (Thai Iced Tea) 
Ice Blended Thai Coffe (lupa nak snap picture)






4 mangkuk je





cuba kira berapa mangkuk




Ni antara menu yang ada kat sini. Yang paling recommended opkos la mee tingkat-tingkat. Korang boleh pilih either Ayutthaya (tak pedas) or Pathumthani (pedas). Aku suka yang pedas sebab rasa lebih ummpphhh. Tapi depends sapa yang tak suka pedas, boleh choose Ayutthaya. 

Kitorang makan 8 mangkuk je sebab sebelum datang sini dah breakfast siap-siap. Hahaha..So lepas ni aku dah boleh berlagak sebab aku dah makan kat sini. 


Boat Noodle
Lot5F-07, 5th Floor,
Klang Parade, No 2112, KM 2,
Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor

Khob Ku Krap






Sunday, February 22, 2015

life as a single mother

assalamyalaikum,,

tajuk nak kontrobesi je kan. actually aku ni single mother untuk 2 ekor kucing. kesian diorang sebab tak kenal sapa mak bapak.

based on the topic, life as a single women, actually im confortable with it. i can do whatever i like but i still know my limit as as daughter. some people asked me 'when im gonna get married?' . what!!! sometimes feel like want to carut. its life.but my abah cakap if people ask u when u want to get kawen, just say 'bulan 12 kawen la'. simple as that. luckily my parents not pushing me. relax je kan. eh dah lari topolic lagi.

ok ok, lets start.

weekday ( monday - friday)
- bangun pukul 8 pagi sebab nak siap2 pergi kerja. kalau baju tak iron lagi, aku akan bangun awal sikit. tapi kalau malas bak iron baju, main tarik je baju yang tak memerlukan untuk diiron.
- kalau mak tak buat breakfast, aku akan merayau dulu cari makanan. sekarang aku wajib makan tume pagi, kalau tak aku akak diserang gastrik yang boleh menyebabkan aku akan muntah / cirit-birit.
- time lunch, wajib balik rumah sebab mak masak.jimat duit.tapi kadang2 ada jugak makan luar dengan officemate.
-petang balik rumah, lepak depan tv dulu.
-malam bersiap pergi buat part time.part time setiap hari isnin-khamis.balik dari buat part time, lepak depan tv. tengok tv sampai mengantuk, then masuk tido. kalau rajin, iron baju dulu. kalau malas, tido terus tido.

weekend (sabtu, ahad & cuti umum)
-wajib bangun awal sebab dah terbiasa. then keluar cari breakfast. then bukak tv3 tengok cite katun sampai tertido (rumah tak ada astro).
-lepas lunch, main dengan kucing. lepas tu spend time dalam bilik. tak buat apa pun. baring sambil pikir apa la nak jadi dengan aku ni. dah puas fikir, keluar bilik, main dengan kucing.
-petang pun sama macam aktiviti tengahari. tengok tv. aku ni tak ramai kawan yang duduk area rumah sebab abah navy, so selalu pindah rumah & sekolah. bile dah masuk sekolah menengah, aku duduk asrama.
-malam pun ulang aktiviti yang sama.

ini la life aku setiap hari. one more thing, aku ni pantang diajak berjalan. konfem ok je. kalau tak ada orang ajak, duduk rumah je la.


sapa tak paham sapa??

Assalamualaikum,,

Tengah malam buta macam ni tetibe dengar suara budak menangis. Hihihi ( bunyi suara hantu tetek)..
Saje je nak buat suspen memalam macam ni. Tak syak lagi, itu adalah suara anak jiran aku. Kat row rumah aku, dia ni je yang ada baby yang baru lahir.

Bukan nak mengata, tapi nak bercerita untuk teladan dan tauladan bersama. Si suami bernama A dan si isteri bernama B. Mereka suami isteri menumpang di rumah mak A (jiran aku). Mak A punya la bengang dengan A ni, sampaikan mak dia tak tahan duduk serumah dengan mereka anak beranak dan lari duduk dengan anak perempuannya. 

Bagi aku, A ni tak ada otak ataupun otak dia letak lat lutut atau tercicir, begitu juga si B 2x5 (maaf ayat aku kasar). B baru beranak anak ke-8. Memang murah rezeki sebab dikurniakan anak yang ramai, tapi bodoh sebab tak pandai jaga anak. Anak dibiarkan merata. Owh terlupa pulak, A ni dah la miskin sebab dia ni malas nak kerja, dan dia boleh suruh anak-anak dia mintak duit dekat jiran tetangga. Bukan nak salahkan anak, tapi nak salahkan mak bapak yang bodoh. Pandai buat anak je, jaga anak tak nak.

Sebelum terlupa, A ni ada 2 orang bini. Kuat nafsu betul dan bodoh betul bini no 2 dia tu sebab bernafsu nak berlakikan jantan yang pemalas dan busuk tu. Disebabkan perangai bodoh sombong dia tu, memang semua jiran tak suka family diorang ni. 

Kalau ikutkan cara, boleh je jiran-jiran nak tolong kalau dia ni rajin bekerja, pembersih, pandai jaga anak, tapi disebabkan perangai dia bertentangan dengan cara kehidupan manusia normal, maaflah sebab tiada seorang manusia pun nak bersimpati dengan keluarga dia yang susah ni.

1. Bil air tak bayar sampai orang LAP potong meter rumah dia. Dia boleh curi air dengan pasang paip getah. Pergh teruk gila kan. Dia boleh hidup dengan keadaan rumah tak ada sambungan air dengan sempurna.

2. Dia boleh tinggalkan anak-anak die yang 7 orang tu dekat rumah dan dia laki bini berjalan sakan. Dah la semua anak kecik-kecik. Dia dengan bini dia berjalan dari pagi sampai malam baru balik. Anak-anak kat rumah kebulur tak makan. Laki bini ni boleh sedap melantak makan kat luar sebab aku pernah terserempak dengan 2 ekor ni makan sizzling kat Tesco. Anak-anak kutip makanan dalam tong sampah.

3. Dia boleh kawen lain, sedangkan hidup dia tak sempurna. Makan pakai pun tak cukup. Paling best, madu boleh duduk serumah. Hahahaha

4. Anak dia boleh berak merata dalam rumah, berak tak basuh. Bayangkan najis anak selamber buang dalam tong sampah. Ni la rupa seteruk-teruk manusia. 

5. Laki bini bau busuk. Lalu pulak nak hadap sampai boleh beranak pinak. Anak-anak pun busuk sampaikan budak-budak yang duduk kat kejiranan ni tak nak kawan dengan anak diorang ni.

6. Bini pertama baru beranak. Boleh dia suruh anak die yang umo 8 tahun tanamkan uri adik yang baru lahir. MasyaAllah seteruk-teruk bapak. 

7. Anak-anak sampai meminta-minta nak makan. Bukan tak nak tolong, tapi mak bapak tak guna

8. Anak-anak mengamuk nak pergi sekolah, tapi sang bapa boleh belasah anak sebab anak nak pergi sekolah. Sang bapa tak bagi anak pergi sekolah.

9. Keluarga sendiri pun tak ambil berat, apatah lagi orang luar yang jijik tengok perangai mereka laki bini. 

10. Nak bagi pakai makan anak tak ada duit, tapi nak hisap rokok dengan nak isi minyak kereta boleh pulak.

11. Baju tak pernah basuh. Baju busuk main campak-campak je, pastu rotate pakai balik baju busuk tu. Satu family boleh pakai baju yang sama sampai 3 hari. Bau jangan cakap la. 

12. Bayangkan la macam mana si B ni jaga anak yang baru lahir tu. Dengan air tak ada, macam mana la kebersihan time pantang. Ish, tak mampu nak pikir.

Boleh nilai apa jenis mak bapak macam ni. Rasa macam nak sepak tumbuk laki bini macam ni. Hidup berlandaskan nafsu semata-mata. Agaknya si A ni nak anak-anak dia mewarisi perangai bodoh dan pemalas dia ni. Orang lain pun miskin jugak, tapi tak ada la perangai buruk macam ni. Lagi miskin lagi rajin bekerja sebab ada rasa tanggungjawab. Ni lagi miskin lagi pemalas nak kerja. Aku yang bujang ni pun rajin kerja sampai buat part time. Ni yang banyak tunggungan pun malas nak kerja.

Geram punye pasal sebab aku dengar bunyi budak kecik tu nangis melalak, tu yang aku tulis post ni. Entah-entak budak kecik tu lapar ke, kena gigit semut ke, kena pijak ke, tak ada siapa yang tahu melainkan family tu sendiri. Budak kecik tu tak bersalah. Kesian dia sebab ada mak bapak tak guna macam tu.





Friday, February 20, 2015

kilang tutup

Assalamualaikum,,

Ape?!!kilang tutup?!!!tutup bukan bermaksud muflis, tapi tutup semunggu sebab CNY w/pun kat kilang tu langsung tiada pekerja cina. best kan?!!. tapi w/pun cuti seminggu aku kena keje jugak selasa lepas sebab ade kerja yang perlu disiapkan. nama pun best worker, so haruslah rajin.

seminggu cuti, langsung takde plan nak pergi holiday. tapi bila time kerja, time tu la ko sibuk nak pergi holiday sana sini kan. CNY bukan time yang sesuai nak berjalan sebab konpem jem. its better for you to stay at home & enjoy your one week holiday. and its time for me to spend the whole week with my kitty mitty. baru lah your pet can fully recognized u as their master kan. ni tak, kejap ade kejap hilang. just like chipsmore.

anyway, happy chinese new year and please eat limau mandarin banyak-banyak sebab during cny limau is so cheap!!!!



Wednesday, January 28, 2015

unexpected

assalamualaikum,,

sambil drive terfikir sejenak.Ya Allah,kenapa la aku langsung tak nampak akan rezeki yang telah engkau bagi kat aku selama ni.

Terima kasih Ya Allah sebab telah memakbulkan doa aku.

Kadang-kadang kita buta dengan apa yang ada depan kita.Tahu nak mengomel dengan mengomen je.

Lepas ni jangan mengomen banyak sangat.Nak mengomen pun,mengomen dalam hati.

Saturday, January 10, 2015

KUCING SAYA

 Assalamualaikum,,

Siapa sangka family aku bo;eh bela kucing? Ha,,2 ekor pula tu. At first dapat kucing serius takut nak pegang. At dat time i was thinking,nanti kna cakar macam mane? Eii geli la dengan kucing. It takes time macam mana nak sayang dengan kucing kita, Nak bagi kucing tu suka kat kite and the most important nak kucing tu kenal kite as their tuan. Susah tuuu...



kelabu masa kecik (4 bulan lepas)


Kucing ni sensitif tau. Kalau kite marah atau pukul-pukul manja die,die akan cepat terasa hati dengan kita. Nanti namapak kita pun die lari. Konon-konon die tak suka kat kita. Tapi kalau kita belai dia dengan penuh kasih sayang, nanti nak menyendeng je. Sampaikan kita nak mandi pun die nak ikut. Power kan.

Kalau kita dah biasa train kucing berak kt pasir,die takkan berak kat tempat lain. Tapi kalau tak buang taik dalam pasir die tu, mampos die tanak berak. Die boleh tahan sampai pasir die bersih, baru die nak berak. Selagi tak bersihkan jamban die, selagi tu mengiau. Lagi satu, kalau die tengah main dalam rumah, pastu tetibe mengiau, maksudnye die nak masuk sangkar die. Either die lapar atau nak berak/kencing. Macam kucing aku, diorang ni duduk dengan tido dalam sangkar kucing. Kalau nak main2 je, baru aku masukkan diorang dalam rumah. Tak kira hujan ke panas, sangkar lah tempatmu. Tapi kalau hujan, aku akan bagi dorang selimut, than tutup sangkar dengan kain. Kesian pulak kat diorang sebab sejuk. Kucing aku ni pondan sebab diorang tak pernah main luar rumah. Lagipun memang tak diizinkan. Kiranya diorang ni kucing klas VVIP.



\\

sangkar hitam & kelabu


Kucing yang aku bela ni kuat makan. Terutama kelabu,die punya kuat makan, serius takut. Padahal baby lagi. Diorang punya makan, 1kg seminggu. kadang-kadang tak sampai seminggu pun. Sampai dah obes budak ni. Hitam tak kuat makan sebab jenis spesies kampung. Tapi hitam garang mengalahkan singa betina.



ni bukan cookies, tapi makanan haiwan kesayangan


Yang rajin melayan budak kecik 2 ekor tu adalah mak aku.Diorang pun manja dengan mak.Hari-hari nampak muka mak, pastu selalu sembang2 dengan mak. Anak-anak dah besar, jadi sekarang mak aku duk melayan diorang la.

Perubahan paling ketara dalam diri aku bile dah ad kucing ni, hari-hari macam tak sabar nak balik rumah sebab nak main dan peluk kucing kesayangan aku ni.Kalau pergi jalan-jalan pun, mesti teringat dioang ka rumah.













budak ni kalau tido memang tak sopan







Hitam pemalu,so tak banyak gambar die. Patu hitam buas sikit,tu yang susah nak dapatkan gambar die.





Friday, January 2, 2015

Company Annual Dinner 2014

Assalamualaikum,,


Actually post ni macam dah basi sebab last year punye cerita. Hahaha.. Last year merupakan tahun ketiga aku attend annual dinner company. Dinner kat company aku ni tak segah macam company lain. Pekerja pun tak ramai, so kitorang buat biase-biase je.

Tema dinner kali ni Green & White. Abaikan layout kat belakang yang macam siot tu. Layout ni hotel yang provide. Bukan free, tapi berbayar hokey.

Nah layankan la picture aku yang menggedik ni.




Perasan tak ade budak kecik yang tengah sibuk tarik baju KJ, tu anak KJ







Aku senyum macam kerang busuk sebab no aku naik untuk lucky draw!!!






my gossip girls





Officemate. Hensem kan mamat sebelah aku tu. hahaha..






Anak KJ merangkop boypren kecik






Prince of the night merangkap best worker.





BFF yang tak berapa nak BFF