Sunday, March 8, 2015

Suamiku Encik Perfect 10

Assalamualaikum,,

Tengok tajuk je dah "cite melayu mesti sama je". Tak kira la Aaron Aziz ke, Lisa Surihani ke. Serius langsung tak ada keinginan nak tengok cerita ini. Tapi one day, officemate bagitahu "best gile cite baru yang aaron berlakon.!!".

Terus zapp google tajuk movie. Terus tengok on9. Even on dat day kerja yang tertangguh memang banyak ssaangatt!! But dont care sebab nak sangat tengok tu. Starting je perghhh,, best siott!! So memang tak rugi aku spend time tengok cerita ni.

Swetness overload hokey. Very very recomended sangat. Dan untuk sesiapa yang suka verangan nak dapat suami macam ni (dalam mimpi je la) boleh la tengok cerita ni. Bila tengok cerita ni, perasaan suka, marah dan menyampah akan muncul secara tiba-tiba.


Summary




Pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen telah memutikkan perasaan lain pula di antara mereka. Perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata dan kadang kala membuatkan masing-masing keliru. 


Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula cinta Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. 


Azura Hanim, seorang model dan juga tunangan Zarief Danial selama tiga tahun menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. Azura yang selama ini gemar mengelak dari berbicara tentang perkahwinan tiba-tiba sahaja meminta untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan mereka. Zarief Danial akhirnya mengambil keputusan drastik dengan memutuskan pertunangannya bersama Azura demi cintanya terhadap Aleeya Azmeen. 


Aleeya Azmeen menjadi keliru tetapi mengakui Zarief Danial mempunyai ciri-ciri lelaki ‘perfect 10’ yang diidaminya selama ini. Namun, Aleeya perlu memilih di antara tanggungjawabnya terhadap Syed Muzaffar ataupun cintanya pada Zarief Danial. 


Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang diharapkan selama ini? 








No comments:

Post a Comment