Sunday, December 7, 2014

Penang & Ipoh

Assalamualaikum,,

Actually plan nak pergi Terengganu. Oleh sebab musim hujan,kami terpaksa tukar plan.
Plan B: Penang. On that date, aku pulak kena chicken pox. Dah tua baru nak kena.Alhamdulillah, muka dan badan aku tak banyak parut. Masih bersih dan licin (ayat nak sedapkan hati). Akhirnya kami decide jumpa kat Ipoh. Memang mengada sebab aku suruh mak hantarkan aku pergi Ipoh. Ops, sebenarnya mak yang memang nak hantar aku. Mak tinggalkan aku kat Stesen keretapi Ipoh. Tak lama lepas tu,akmar dengan Shairah datang ambik aku. Dalam kereta baru decide nak pergi Penang.

Kitorang pergi Queensbay semata-mata nak makan kat Seoul Garden. Padahal kat Ipoh ade je.Mengada kuasa 10. Kat sana memang makan semahu mahunya. Nasib baik pakai seluar dengan baju longgar. Kalau tak habis terserlah lemak-lemak yang berlebihan. Queensbay ni tempat shopping. Macam-macam ade kat sini. Lebih kurang macam kat OU sebab ade wing utara selatan barat timur. Macam menyampah la nak jalan kan.

Lepas tu kitorang pergi Batu Feringghi. Kitorang ikut jalan Balik Pulau, dan memang super duper mancabar. Sampai je kat sana, kitorang sea side je. BF ni adalah pantai. Bukan batu besar yang dijadikan tempat hambik gambar. Selain tu, kat sini ade pasar ke uptown. Lebih kurang macam tu la. Pasar ni sepanjang jalan tau. Antara larat dengan tak larat nak jalan je. Macam-macam ade jual kat sini. Aksesori, bag, baju, kasut dan yang sewaktu dengannya. Lupa plak, kat sini memang syuga CD cetak rompak. Korang boleh pilih je cerita apa yang korang nak. Untuk 6 keping CD, harga RM 20 je. Murahkan.

Lepas penat, gerak balik Ipoh. Aku co driver je. Dalam perjalanan Shairah nak makan roti canai plak. Jenuh mencari kedai mamak. Tapi tak jumpa pun. Macam pelik kan tak jumpa mamak. Last-last makan roti canai kat Old Town. Huh, takde feel langsung. Aku minum je sebab perut aku masih lagi terasa kuah tomyam kat Seoul garden yang pahit dan masin tu.

Dalam pukul 1 pagi, baru kitorang sampai Ipoh. Dulu nama hotel ni Tune Hotel, tapi sekarang dah tukar. Tak ingat ape nama hotel ni. Tapi yang pasti, hotel ni betul2 dekat Pasar Karat. Kalau tak tau ape Pasar Karat boleh google. Turun je hotel, dah sampai Pasar Karat. Ni pun first time aku pergi PK. Di PK ni korang boleh jumpe macam-macam barang lama. Barang-barang pelik pun banyak. Makanan memang takde kat sini. Sebelum nak datang sini, kena makan dulu .Kat sini pun ade jual baju, kasut, tudung dsb. Tapi barang pakaian semua up to date tau. Hahaha

Then kitorang decide nak balik ke rumah masing-masing lepas zohor. Sebelum balik, kitorang makan dulu kat Kenny Rogers. Macam pelik sebab aku langsung tak teringat nak ambik gambar. Potong betul. Tapi ade la 2 3 keping gambar kat KR.



Single and working women






Makan cupcake pun nak pakai pisau







Monday, November 24, 2014

wifi oh wifi

assalamualaikum,,

dah dekat sebulan wifi kat rumah aku buat hal.bile wifi takde,rase semacam.of course sebab tak dapat nak stalk fren list kt fb & instagram.then tak dapat nak cuci mata kt ig sebab for exp : 'mm..rasa mcm nak beli bag,ala internet takde la pulak.'..by that time sumpah rase sakit hati.

henpon aku ni canggih,tp internet lembab.selow.aku pakai prepaid je.jimat.so beli internet utk sosial je la.setakat wasap boleh la.tp tu pun lembab.ape yang mampu aku buat,sabar.

hari ni rase nak nangis,kagum sebab wifi kt rumah dah ok.first thing yang aku buat,bukak fb.actually boleh je bukak fb kat office,tapi feel die tak sama as of bukak fb sambil baring atas katil,duk dalam aircond,pakai baju keje lagi dengan tudug tak bukak.pastu mencarut and gelak kuat2 macam orang sewel.lain kan feel die..

see the power of wifi to a single young and cute baby girl like me.
daaa....

Sunday, October 19, 2014

a tiring week

Assalamualaikum,,

Actually this is throwback. This is last week's story. Can you image how tired am i because i'm travel  3 days straight!! Now i cannot image how people can travel every day, for example from their house to work place.

Seriously feel like no life because need to wake up early in the morning and only reach home when its dark. And no tv, no games, no FB, no Instagram and even no wasap. Instantly reach home, take a bath and sleep. On the next day, doing the same day. What a hectic life.

On Sunday, I went to Penang to send my little sister. Luckily my mother is willing to drive from Manjung to Penang. But she drives only half way and the other way, my sister take her place. Along the way, I just sleep because i'm very tired. Forgot to tell that on Saturday, i went to Shah Alam to meet my friend and on Sunday i leave Shah Alam at 8 Am because I must reach  home at 10 Am.
From Penang, we leave at 8 Pm and reach home at 11 Pm.

On the next day i need to travel to Ipoh because i need to attend seminars regarding the GST . GST means Good & Service tax not Government Sales Tax. Be careful with the short form. The seminars start at 9am - 5pm. Means that i must leave around 6am and i must wake up early & its compulsary!!! I do the same thing for 2 days. Im feel like zombie because during the seminars, i cannot focus and sleepy for the whole day, i only can see my bed. But i think that im not the only person can't focus because i see my Japan boss also like me. During the seminars, he play with his new phone (Iphone 6. Huh poyo). Ok finished with my GST seminars.


GST seminars at Impiana Hotel,Ipoh


On Friday, need to travel to Ipoh once again for seminar with BNM. Fortunately, the seminars only half day. But still need to wake up early. After seminars, not rushing go back because don't want to get in the office.Its smart haa.


BNM seminar at FMM institute




On Saturday, go Ipoh again because i have an appointment with some skincare consultant. Pergh the service is bad!!. I swear this is my last time went there. However i feel great because i'm not spend my money on that because its free and i'm happy because i make the consultant get bengang with me.Hahahah.. you deserve it. Padan muka ko. Other that i  accompany my Emak to go shopping. Its has been a long time she didn't went to Ipoh.












Monday, October 6, 2014

aidiladha 2014

Assalamualaikum,,

Its 11.42 PM already!! Im a bit sleepy because for the whole day aku bantai lemang. As usual, lemang will make people going crazy!! Hahaha.. Of course la going crazy nak tidur.

Seriously pagi tadi aku memang bangun lambat gile. Padahal aku dah dengar mak duk mem'bizi"kan dirinya di dapur. Then terus tak boleh nak sambung tidur. Dengan separuh nyawa aku cube bangun and preparing myself to celebrate the EidulAdha (sebutan poyo). Mmm,,tanak pakai baju kurung la. Pergi almari dan terus capai kurti warna pink + skirt kembang kaler turqoise.

Rasa macam dah santek sangat ni dan dengan konfiden terus keluar bilik. Selamber je ayat mak aku 'suruh kakyu keringkan kucing'.. Terpana sekejap. Dengan malas terpaksa tukar pakai t-shirt + seluar pendek. Dah macam cina sayor pulak. Pasrah je la. Dah settle hal kucing, tukar uniform pulak. Juadah makan untuk hari ni Lemang + kuah kacang + rendang + nasik impit + Mee bandung . Sorry gambar takde sebab terlupa nak ambik (im not selfying person).

Dalam pukul 2 petang pergi raya rumah jiran. Kat sana bedal nasik dagang. Perghh sedap. Sorry once again no food picture. Tengah duk sedap menjamu selera, sadara pulak datang rumah. Macam rude kan sebab makan kat rumah jiran sampai kenyang, lepas tu baru balik rumah layan sedara. Sepupu aku ni satahun sekali baru datang raya kat rumah.

Dalam pukul 6.oo pm, kitorang satu family balik kampung sebelah abah. Bak kata orang sepanyol "sólo parcela". Pandai-pandai la korang translate kan sendiri ye.
Kat rumah atuk plak makan lemang + rendang + soto + mee rebus. 

Fuhh kat rumah atuk memang sengsara sebab ramai gile cousin yang masih kecik. Dah la kecik, degil plak tu. Ish, rasa macam nak lempang je sorang. Bile sorang menangis, mula la ade yang nak menangis sama. Rase macam nak jadi the rock, lepastu smack down. Tapi tu semua dalam impian yang tidak akan tercapai

Dalam kol 9.00 pm kitorang gerak balik Manjung sebab masing-masing ade hal masing-masing (mengalahkan PM Korea). Good bye sepupu.. Esok semua dah nak balik rumah masing-masing.

* tak paham apsal kat FB ramai yang letak gambar lembu kene sembelih.Best sangat ke buat gitu?













Tuesday, September 30, 2014

kucing sakit,aku pun rasa sakit


Assalamualaikum,,

Untuk pengetahuan korang (aku xde follower pon) aku baru je menceburkan diri dalam bidang perkucingan. Semua bermula apabila hitam dibawa pulang. Ewah ayat tak boleh blah. Memang excited sebab ada kucing. First time la katakan bela kucing. Ye la siap ade sangkar, makanan kucing (bukan ikan rebus), selang 2 hari mandikan, bawak pergi klinik lagi. Of course keterujaan tu wajib ada.

Hitam ni lain macam sikit sebab dia ni garang. Dah banyak cakaran wolverine ada kat tangan dengan kaki aku. Parut cakaran tu menyebabkan tangan aku sedikit hodoh. Demi hitam, mummy pasrah dengan keadaan ini.

Selepas beberapa bulan, Kelabu pulak datang. Kelabu memang sangat awsome. Siapa yang follow instgram aku, boleh la tengok wajah Kelabu yang sangat comel dan manja. Kelabu ni super double manja. Setiap hari dan setiap masa nak dibelai (banyak lagi kerja nak buat woii). Lepas tu, kuat tido plak tu. Masa Kelabu baru sampai rumah, nampak la Hitam ni memang tak suka Kelabu. Sangat garang dan tak berani nak dekatkan mereka berdua ni. Tapi lama-kelamaan mereka semakin mesra. Kelabu ni jahat sebab suka kacau Hitam. Kelabu ni jahat-jahat manja. Dia sangat mesra, suka berkawan.

Manusia akan sakit, apatah lagi binatang. Hitam tak terkecuali daripada sakit. Kesian Hitam. Bila Hitam sakit, satu family rasa susah hati. Pada petang tu, aku nampak macam ade air kencing dalam sangkar Hitam. Aku siap marah Hitam sebab tak kencing dalam pasir. Hitam diam je, pastu buat muka pasrah. Esoknya mak cakap itu bukan kencing, tapi muntah dia. Dia muntah air, kesian dia. Esoknya mak bawak Hitam pergi klinik. Doktor cakap Hitam demam. Dekat 2 ke 3 hari jugak la Hitam tak nak makan. Duk diam je, tak de mood la katakan. Masa Hitam demam, dia sangat la manja. Setiap masa nak diusap. Nasib baik ko demam Hitam.

Sekarang Hitam dah sihat, tapi dia tanak makan keropok die tu. Die nak makanan lembik. Tapi yang paling best Hitam dah jadi sangat manja. Kelabu pun jadi mengada nak makan makanan lembik. Tapi bila lapar, dia belasah jugak keropok dia tu. Kelabu pun macam faham bile Hitam demam..

*Macam psycho je entry kali ni..











Thursday, August 28, 2014

Our next journey

Assalamualaikum,,

InsyaAllah akan berjalan makan angin lagi..
Lokasi masih dalam perancangan.
Akan muncul seorang ahli baru.
Walaupun dah kawan hampir 11 tahun,tapi ni first time nak jalan sama-sama.
sekarang tengah giat meng'google' tempat menarik di lokasi kejadian

















THROWBACK (27 SYAWAL..OPEN HOUSE )


Asssalamualaikum,,

Dah menjadi tradisi Cik Sarip (kawan abah) buat rumah terbuka setiap Syawal.
Dan telah menjadi satu tradisi juga untuk family pergi majlis tersebut.
Wajib uoollsss..

Semalam hari hujan satu Perak kot. Sepanjang perjalanan dari Manjung ke Ipoh hujan selebat-lebatnya..
Dah nak kedat akhir Syawal ni,mula la semua orang kalut nak buat open house.
Tapi mak aku rilek je sebab tahun ni takde buat rumah terbuka pon.

Untuk pertama kalinya,semalam aku makan kambing biri-biri bakar.
Entah betul ke bohong.
Tapi aku percaya je sebab sedap semacam je.
Bau, jangan cakap la.
Memang takde bau langsung.
Juicy dan menyelerakan.

Perut dah senak baru terasa nak balik.
Memang teruk.
Dalam pukul 1 pagi baru sampai rumah.

Esok dah last syawal.
Semoga tahun depan diberi kesempatan untuk sambut Ramadhan dan Syawal lagi.
InsyaAllah..








** Actually dah lame aku tulis post ni.Tapi baru nak post hari ni,,layan






Saturday, August 9, 2014

Mini Crazy Loom

Assalamualaikum,,

Sekarang ni kecoh dengan 'Crazy Loom'. Haa,korang tau tak ape tu 'Crazy Loom'."Loom" adalah mesin tenunan. "Crazy" adalah gila. So pandai-pandai korang la nak terjemahkan macam mana. Dan lagi satu,member aku ni dah google and dia cakap mainan ni mahal jugak. Harga dalam RM80.Nak tau tak macam mana aku boleh terjebak dengan aktiviti baru aku ni?

Di suatu petang colleague aku dah pergi tunjuk gambar member die buat gelang guna 'Crazy Loom'. Mula-mula tu rasa macam biase je la. Then die explain pasal 'Crazy Loom'. Aku mula berminat sedikit demi sedikit. Sebelum ni aku pernah nampak dekat Instagram Aaron Aziz, anak die duk buat gelang getah yang kaler-kaler dan memang cantik. Tapi aku tak tau pulak die guna 'Crazy Loom'. Dengan 'Crazy Loom', korang boleh buat cipta / buat gelang getah yang berwarna-warni mengikut kreativiti masing-masing. Benda macam ni pon orang boleh cipta jadikan suatu permainan. Benda ni dah famous sangat di negara luar. Kat sini je (ke aku sorang) masing terkedek-kedek dan sedikit jakun dengan permainan baru ni.

Nak dijadikan cerita, lepas habis waktu kerja, aku pergi merayau-rayau dekat DIY. Aku suka tengok window shopping. Tapi kadang-kadang terbeli benda yang mengarut-ngarut. Masa nak bayar, aku sempat lagi belek-belek barang yang ade depan kaunter dan aku ternampak ni!!! Terus grab satu je. Sebab at first aku takde la fanatik dengan rubber band ni.



Murah je


Balik rumah terus nak try buat.Hampeh,langsung tak jadi.Terus mati nafsu.Esoknya, dengan bangga + berlagak + poyo cakap aku dah beli 'Crazy Loom'(padahal dah bubuh dalam group wasap). Time lunch colleague aku plan nak borong mainan ni. Tapi sangat kecewa sebab dah habis!!!. Jenuh mencari kat semua kedai, tapi masih takde jual.Last sekali jumpa la satu kedai,tapi salesgirl tu cakap baru nak order.Next week baru sampai.Tunggu ja lah...

Nah layan gambar gelang aku yang sangat cantik ni.



                                                                                   
Percaya atau tak.aku guna garfu buat benda ni



Awesome kan..












Monday, August 4, 2014

8 Syawal 1435


Assalamualaikum,,

Wehuu,,esok kerja.Ikhlas la,aku eksited sebab esok keje.Cuti raya seminggu memang rasa sangat lama.
(sebenarnye monthly acc tak siap,then rasa tak senang duduk.hahaha)

Check list untuk esok.Fefeling macam baru nak start keje.

  • Baju dah iron
  • Tudung perfect
  • Alarm dah set
  • Beg dah siap.Dah buang sampah sarap dalam beg
  • Kasut esok baru pikir

One more thing tak sabar nak jumpe students.Konfem esok banyak cerita karut dorang pasal raya.Jangan mintak aku duit raya sudah.Kalau setakat 5 orang tape.Ni sampai berkoyan-koyan.

Ops ok lah.Dah pukul 1.09 pagi.Jangan pulak mimpi best sangat sampai esok terlambat bangun.









Sunday, August 3, 2014

Our Journey: Langkawi Part I

Assalamualaikum,

Kali ni aku nak story our journey going to Langkawi.Dont be surprised because this is my first time pergi Langkawi.So im a bit jakun (mmm.. not a bit but really-really jakun). Disebabkan nak menjimatkan tenaga so we all decided pergi sana naik flight (orang kaya travel memang alwayss naik flite oouullssss..Jangan jeles hokey). Ala,naik Air Asia je pon. Untuk travel kali ni kitorang dah plan baik punye.Semua dah booking dari awal, daripada hotel sampai la ke transport. Semua tip top hokey..


Airport langkawi kecil je. Cuma nak berjalan dari plane nak ke airport tu memang hazab la sikit. Kena berjalan jauh sikit dan tiada laluan berbumbung. So kalau hujan ke panas terik ke, kena redah je tau.Tapi jangan risau sebab ade disediakan payung. Old school sangat kan..Environment die memang sangat cool. Kalau tak silap aku,Airport Langkawi dengan sekolah.Kalau aku jadi murid kat sekolah tu,opkos everytime nampak plane lalu,konfem berangan merepek-repek.Al maklum lah,tahap imaginasi aku tinggi sikit.Perjalan dari LCCT ke Langawi ambik masa 1jam 30 minit je.Tapi macam pelik sebab ambik masa lama.Tak tau la pilot ikut jalan mana kan.


Day 1





Huh masing-masing muka sememeh.Sempat lagi snap picture time tunggu flight.


View dalam flight.Untuk pertama kalinya aku duduk depan
sekali.Very bad sebab duduk sbelah couple arab


Once touch down,aku terus kol En Anuar (sewa kereta). Seperti yang dijanjikan, En Anuar akan bagi kami kereta Maivee.Maivee murah siit compare to another car. En Anuar hantar wakil kat airport. Sekali die bagi kitorang saga.Alhamdulillah,walaupun saga,tapi bayaran sama macam maivee.Kitorang kira untung la kat situ sebab saga lebih mahal compared to maivee.



Perkhidmatan kereta sewa yang kitorang gunakan.Kalau berminat,boleh kol no ni
@ try google sendiri ye

Kami dengan gigihnya cari map kat dalam airport sebab masing-masing takde experience datang Langkawi. Kami sewa hotel kat area Pekan Kuah.Senang sebab dekat dengan semua tempat, especially tempat shopping. Dalam kepala masing-masing dah plan nak beli apa and nak pergi mana. Sepanjang di Langkawi,kitorang stay kat Islang Time Hotel. Hotel tu berhadapan dengan Ram's (tempat shoppng pinggan mangkuk). Condition hotel pun tiptop sebab hotel ni baru je beroperasi. Kalau tak silap baru 6 bulan.




Ni la tempat kediaman kitorang.Untuk maklumat lanjut,sila google 


 Lepas check in dan bersihkan diri,kitorang decide nak survey tempat shopping. Puihhh,,survey la sangat. Ok ade rahsia nak bagitahu ni, selepas aku jalankan research,aku dapati coklat dekat Ram's lagi murah berbang Haji Ismail Group..Ssshhh jangan bagitau orang tau. Lagi satu kalau nak beli beg,beli je kat mana-mana sebab harga semua lebih kurang sama je. Pinggan mangkuk aku tengok ramai beli dekat Idaman Suri.Fuhhh berpeluh tengok sebab memang murah sangat-sangat.


Menjelang malam (ayat power) kami bersungguh cari restoran Wan Thai. Member aku cakap restoran ni memeng famous kat Langkawi. Sultan dengan orang kenamaan suka makan kat sini.Dah alang-alang sampai sini,apa salahnya kalau kita try makanan kat sini kan.Memang full house.Sepatutnya kena tempat meja dulu,tapi nasib kitorang baik sebab memang ade meja kosong untuk kitorang. Makanan die not bad.Harga pun mampu milik (tomyam mangkuk kecik harga RM25.Kena habiskan,kalau tak rugi).Lepas perut kenyang,apalagi,balik hotel la.Esok nak pergi jalan banyak tempat lagi..


Serius sanagt susah nak cari restoran ni.Restoran ni terletak di belakang KFC.
Dalam ks ini,kesabaran sangat diperlukan




Suasana dalam restoran.



Arghhh..




Assalamualaikum,,

Kami datang nak raya!!!

Seriously sekarang aku sedikit stress!!!
Aku ter'delete' post post yang lama.
Ni semua sebab gatal tangan..Arghhhh!!!!
Marahnya dengan diri sendiri.
Pukul diri sendiri,pukul diri sendiri (ni la yang aku selalu buat dekat ninja)












Sunday, June 29, 2014

Diary Ramadhan 2014 - 1st Ramadhan

Assalamualaikum,,

Alhamdulillah, I was given the opportunity again for this year to celebrate the holy month of Ramadhan.
This year Ramadhan falls on Sunday.
Means that I face this day with a very very calm because nothing to do at home.
I just lay on the sofa and watch my favorite movie 'Gila-Gila Remaja'..
What a wonderful Sunday.

Besides the weather is cloudy and its not too hot and im not really tired at all.
Actually i was fall asleep around 7am and just awakened at 11am!! Habislah pahala aku!!!
After Sahur and solat subuh, I cannot sleep because i was tidy up my messy room.

Seriously today im not really tired maybe because just stay in home,laying up on a bed,watching movie and the important thing is im not stress.
Im not sure my condition for tomorrow.
Hopefully that my iman and my body  is strong to face for tomorrow.

Our menu for today is Murtabak (get it from bazar), Sambal ikan bilis kering,pajeri nenas,sayur air & ayam goreng rempah. My mak cooked all this menu. This is our simple menu for today. Owh forget another menu which is my favorite meggi goreng!! Licin uollsss

Before that, i wanna wish to all muslim, happy ramadhan day..








Sunday, June 22, 2014

friend vs friend

Assalamualaikum,,

Perkenalan yang singkat akan menjadikan kita lebih rapat.Actually takda niat pun nak lebih rapat,tetapi mungkin kami selesa apabila bersama,berkongsi cerita ataupun masalah dan hangout together.

Aku takde ramai kawan lembut,tapi aku selesa kawan dengan spesis macam ni.Spesis macam ni lebih telus bila berbicara.Walaupun lembut,tapi kadang-kadang terserlah kejantanan mereka.

Sahabar aku ni datang dari Sabah.Graduan dari uitm shah alam.Kos chemical engineering.Tapi berjiwa lembut.Jangan sangka orang berjiwa lembut ni takde matlamat.Mamat memang berjiwa kental.Die boleh berdikari di tempat yang sangat asing bagi dirinya.

Boleh dikatakan dalam masa 2 minggu ni aku dah semakin rapat dengan dia.Pergi mana-mana mesti nak berdua.Hahahaha..Kadang kadang macam funny jugak dia ni.Takpe,layankan je la.

Sementara nak dapatkan lesen dan kereta baru,aku telah ditawarkan pekerjaan sebagai pemandu terhormat.Macam sengal kan.Niat aku nak membantu.Aku paham perasaan duduk jauh dari family,then nak pergi mana-mane takde transport.Seriously sedih..Itu lah cabaran dan pengalaman yang menjadikan kita lebih matang dan menjadi insan yang berperikemanusiaan.

Thursday, April 3, 2014

tips travel

Assalamualaikum,,

Saje je nak kongsi tips packing untuk travel.Ada antara kita yang masih tak tau nak kena bawak baju ape,berapa helai and bla bla bla..

1.pilih beg yang sesuai
-Kalau nak travel jauh,make sure bawak benda yang senang nak angkut.Kalau main point just nak jalan-jalan,sila bawa backpack.Jangan eksited bawak luggage.Nanti menyusahkan pulak nak angkut luggage tu.But,if your main point nak pergi shopping,sila bawak luggage yang kosong.Dalam luggage letak lagi beg kosong.Boleh shopping banyak barang.Nanti tak de la gaduh tak muat beg.Ops lupa plak,pastikan kondisi beg berada dalam keadaan yang baik.Jangan bawak beg yang dah usur atau tak pasti jangka hayat beg tu.

2.minimise jumlah baju,toileteries & mekap
-kalau boleh pastikan 1 hari hanya guna sehelai baju sahaja.Jangan sehari sampai nak tukar berhelai-helai baju.Ni akan menyebabkan beg korang penuh dengan baju je.Seluar pulak kalau boleh 2 hari sekali.Ala sekali sekala je buat macam ni.Then pompuan ni suka bawak barang-barang mekap.Bawak yang penting je.Jangan pulak separuh beg penuh dengan barang mekap je.Barang mandi pun sama.Bawak yang kecik-kecik je.

3.pakaian yang sesuai
-Ni lagi satu masalah besar.Kalau nak pergi travel,make sure uols tahu keadaan tempat dan cuaca destinasi yang hendak dituju.Kalau nak pergi pulau,make sure pakai baju yang simple.Jangan pulak nak pakai jaket ke cardigan bagai.Nanti becak ketiak.If possible pakai tshirt atau baju yang nipis dan tidak panas.Tapi jangan la pulak ko pergi pakai baju yang sangat nipis sampai menampakkan bra ke,spender ke kan.Agak-agak la.Kalau travel tempat yang sejuk,make sure bawak jaket.Baju yang kat dalam tak cantik tak pe sebab korang dah pakai jaket.So make sure jaket tu semenggah sikit.Kalau suhu dah tahap negatif,jangan pulak nak berangan pakai selipar.Make sure pakai kasut and stokin.Selipar atau sandal sesuai untuk pergi pantai atau tempat yang panas atau tempat yang memerlukan korang banyak berjalan.

4.bekalan makanan.
-Kalau setakat travel dalam malaysia,tak payah mengada nak bawak makanan macam stock sebulan.Kalau travel pergi obersea,diizinkan.Anda dinasihatkan bawak makanan yg dalam tin atau packet.Ini akan memudahkan sikit kerja korang.Contoh yang simple,bawak spageti and prego.Pastu tak payah bawak tupperware.Just bawak plastik yang boleh pack.Aku tak tau camne nak explain.Benda tu boleh didapati di ikea.

5.kasut spare.
-Sila bawak selipar lebih.Kot selipar tu terputus ke,hilang ke.At least tak menyusahkan nak cari selipar lain.

6.ubat-ubatan
-Sangat dinasihatkan untuk bawak ubat ubatan.paling senang bawak panadol atau apa apa ubat tahan sakit.Ini just in case kalau pening.Kalau ada masalah yang kritikal,boleh rujuk kat pharmacy yang berdekatan.

Aku rasa ni je kot tips untuk packing beg.May be next entry aku akan explain bagaimana merancang perjalanan..Ok daa


Monday, March 31, 2014

children & parents

Assalamualaikum,,

Aku pasti mesti korang pernah dengar kes anak pukul mak,anak terajang mak??!! Tipu la kalau cakap tak pernah tau pasal kes ni. Tapi jarang pulak kes bapa ditendang anak digembar gemburkan.But I was wondering why all this happen??

Mmmm...pernah tak kita selami perasaan anak yang pukul mak atau ayah dia? Ini apa yang aku rasa melalui idea bodoh aku ni.Mungkin semasa kecil si anak selalu kena pukul dengan sangat dasyat by parents dia? So bila si anak dah besar,dia ada rasa nak balas dendam.

Another reason maybe masa si anak masih kecil dia selalu kena marah atau dibeza-bezakan kasih sayang.Kadang tak payah tunggu kecil je,maybe bile si anak sudah meningkat remaja,parents dia still buat benda yang sama axactly masa dia kecil.

Jawapan cliche,mak dengan ayah dah besarkan kita.Tapi sempurnakah didikan mereka?Ini untuk kes parents yang tak sayang anak.Yes another jawapan yang tak ditelan dek zaman 'mana ada parents yang tak sayang anak?' .Hello,ade tau parents yang tak sayang anak.Kalau sayang,tak ade la kes mak bapak dera atau pukul anak sampai mati.

Aku bukan ape,kenapa masyarakat luar selalu salahkan anak-anak yang macam ni?? Kenapa dorang tak pernah salahkan mak bapak yang tak pandai jaga anak??!!

Different people has different ideas and thoughts.Same goes to me..

Monday, March 24, 2014

tunaikan amanah

Assalamualaikum,,

Where should u start.Mmmm...Always ade problem in writing post or stories.

Ok la,based on the tittle,hari ni aku dengan mak pergi tunaikan amanah mak tam iaitu pergi bagi zakat kat mak ngah.Ha,,this starting us not bad right?

But,before tu pergi shopping barang dapur kat tesco.Shopping barang dapur je pun,ambil masa sampai 3 jam.Before shopping barang dapur,pergi usha kasut dengan beg.Usha je pun,ambik masa 1 jam.Ni pukul berapa pulak nak gerak pergi rumah mak ngah?.Pukul 6 petang baru gerak.Dalam pukul 7 petang baru sampai.Mak sempat lagi kira duit yang nak bagi kat mak ngah 'biar lebih,jangan kurang.Nanti jenuh nak manjawab'. Itulah yang dipanggil menunaikan amanah orang.Continue...

Macam biasa la,memang tak sanggup nak masuk dalam rumah dia,so lepak luar rumah je la.Alhamdulillah anja (anak mak ngah) dapat 4As dalam SPM.Not bad.But not really sure subject apa yang dia dapat A.Dia cakap nak sambung form 6.Aku tahu kenapa dia nak sambung form 6.Masalah duit.Dia tak nak bebankan mak dia.

Lepas azan maghrib,kami pun nak angkat kaki.Ni part yang paling berat ni,nak salam mak ngah ke tak nak salam.Kalau tak salam,nanti kata aku ni kurang hajor pulak.Ahhh,,pejam mata je la.

Dalam perjalanan aku duk rancak cerita pasal mak ngah + anja + man(anak angkat mak ngah).Family mak ngah ni complicated sikit.Mak ngah suka jadi hamba kepada anak-anak angkat dia ni.Dah kena bomoh kot mak ngah ni.Hamboi mulut aku takde insurans.

Destinasi kedua adalah gerai capati pak akob.Ramai pulak pak aji yang lepak kat sini.Juadah special kat sini of course la its capati + kuah sardin!!! Itu side order je.Aku order mee bandung + teh ais + air kosong and mak pulak order mee hailam + fresh orange.Rasa not bad sebab standard warung.Guest what,total semua sekali RM 10 je.

Ok,destinasi ketiga adalah rumah la.means that end of my story.


Sunday, March 23, 2014

Ouchh - Gigi geraham bongsu

Assalamualaikum,,

Dah dekat seminggu gigi aku sakit.Nak gigit makanan pun payah.Aku ade jugak makan ubat tahan sakit dengan ubat bengkak urat.Tapi masih tak menjadi.Aku mula rasa marah sebab gigi aku ni sakit sangat.Perasaan berkobar-kobar nak cabut gigi dah ada dalam diri aku ni.Actually dah lama aku nak cabut gigi ni,tapi emosi aku yang tak mengizinkan

Aku mula google pasal gigi geraham bongsu ni dan pencarian pun bermula.Maka bermacam-macam jenis blog pasal gigi mula keluar.Aku gagahkan diri untuk baca experience orang dah pernah cabut gigi ni.Fuhhh,ada pengalaman yang menakutkan dan mengerikan.Ade jugak yang kelakar.Ade yang cakap kalau tak nak sakit sangat boleh pergi swasta,tapi mahal kot.Bil boleh mencecah hampir Rm800 - RM900!!! Kalau nak murah boleh pergi klinik kerajaan.Tapi sakit la.Alah,sebenarnya sama je swasta atau kerajaan.Yang penting jiwa kena kental dan berani.

Based on experience (not mine), ada yang cakap kena admit kat wad sampai 2 hari.Ada yang tak payah kena admit.Ada yang kena bius sampai pengsan.Ada yang kena bius area mulut je.Part kena bius area mulut sahaja ni yang menakutkan.Ops lupa,ade yang kena cabut 4 gigi serentak!!!whatttt 4 gigi serentak.Aku mula berpeluh baca pengalaman blogers ni.Setiap blogger ade different experience.

My mom pun cakap sakit masa nak cabut gigi sebab doktor akan suntik gusi.Arghhhh takutnya.Baru cucuk nak ambik darah pun aku dah menangis.Macam mana nak cucuk gusi ni.Konfem sakit gila kan??!!!

Aku ada baca artikel pasal gigi kat Wikipedia.Lepas cabut gigi,kita kena jaga keadaan mulut sebab takut ade infection.Ade yang akan bernanah dan bleeding akan berlaku selama satu hari.Secara tak langsung,ia mula melunturkan semangat aku..Maybe next time kot.



last but not least,a few blog pasal gigi geraham bongsu.









Saturday, March 22, 2014

kenduri kesyukuran


Assalamualaikum,,

Nothing special about this entry.Just wanna share some pictures during kenduri kesyukuran last weekend.
I dont know why atuk was rushing doing this kenduri kesyukuran.
She said because abah already recovered, then she want do all this.Its up to her because she is using her own money.As long as using her own money,we all agree with her.Huahuahaua..(do i care).

Enjoy my cute picture with my adorable cousins




























Sunday, March 16, 2014

Pemergian Yang Tak Akan Kembali

Assalamualaikum,

Innalillahiwainnailaihirojiun, "sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kita semua akan berpulang kepadanya...

Khamis malam,kami sepakat nak balik Penang sebab nak tengok keadaan makcik aku yang sedang sakit tenat.Allahuakhbar,,

Perjalanan kami malam tu berjalan dengan lancar.We have decided nak naik jambatan kedua.Panjang and jalan tak jammed.Tak nampak pun panorama sekeliling jambatan kedua sebab malam kan,of course gelap gulita.Then kitorang direct pergi my aunty.But unfortunately dorang semua dah tido.Then we decided pergi Balik Pulau.

Esok pagi kitorang pergi rumah makcik.Allahuakhbar sedihnya tengok makcik aku.Terbaring.Nafas die memang kuat.Macam ada kahak yang tersekat.Anak die ade cakap mak die macam dah tak kenal orang.Die cume kenal sesetengah orang.Alhamdulillah makcik aku kenal mak dengan abah.Tapi yang lawak mak cik aku boleh tak kenal kakak die,tapi abang ipar die kenal pulak.Selepas beberapa jam,kitorang pun balik.

Jumaat malam,apsal panas semacam ni.Nak tidur pon tak boleh.Keadaan hambar.Semua orang tido awal dan semua orang keletihan.Tapi tak tau kenapa.Tpat jam 1200 pagi,telefon mak memuntahkan lagu Akon.Ko jangan main-main..Rupanya makcik aku dah tak ade.Then kitorang kelam kabut pergi rumah makcik.Aku stay sana sampai pukul 4 pagi.Terlentok-lentok jugak la.

Jenazah dikebumikan hari sabtu selepas zohor.After all things done,baru tersedar pasal kehilangan MH370.Baru rase nakambik port.

Ahad malam baru kitorang gerak balik Perak.



Jambatan Ke Dua.Pic tak semengah.










Wednesday, January 1, 2014

Lembaran baru 2014

Assalamualaikum,,


Happy new year...Hohoho..
Cuti ni just stay kt rumhj je.Makan roti canai 3 keping,then makan lontong,then mkn makan nasik ayam.Pastu layan cerita kat tv2.Tajuk "apa kata hati".

I love my first day of 2014 because its going smoothly.Hahaha..Itu pon seronok.Aparraaa

I more thing,tak sabar nak tunggu rumah baru aku siap.Weehuuuu..
Azam tahun lepas telah tercapai,dan azam tahun ni adalah tetttt....
Dis year kena usaha lebih.

Apa,I am 28 years old kakak!! Dont care what people going to say about my age.
Im still feel like I am 18yr (evil laugh).
Aku siap paksa anak member-member aku panggil aku kakak.No aunty oke.
Sape panggil aku aunty,nanti aku jegil bijik mata kat budak tersebut dan cakap "no aunty,kakak oke" (evil laugh some more).


first picture for this day.
saya adalah si comot.

Semoga tahun baru ini akan memberikan aku lebih kebahagiaan.
InsyaAllah.


xoxo