Saturday, August 9, 2014

Mini Crazy Loom

Assalamualaikum,,

Sekarang ni kecoh dengan 'Crazy Loom'. Haa,korang tau tak ape tu 'Crazy Loom'."Loom" adalah mesin tenunan. "Crazy" adalah gila. So pandai-pandai korang la nak terjemahkan macam mana. Dan lagi satu,member aku ni dah google and dia cakap mainan ni mahal jugak. Harga dalam RM80.Nak tau tak macam mana aku boleh terjebak dengan aktiviti baru aku ni?

Di suatu petang colleague aku dah pergi tunjuk gambar member die buat gelang guna 'Crazy Loom'. Mula-mula tu rasa macam biase je la. Then die explain pasal 'Crazy Loom'. Aku mula berminat sedikit demi sedikit. Sebelum ni aku pernah nampak dekat Instagram Aaron Aziz, anak die duk buat gelang getah yang kaler-kaler dan memang cantik. Tapi aku tak tau pulak die guna 'Crazy Loom'. Dengan 'Crazy Loom', korang boleh buat cipta / buat gelang getah yang berwarna-warni mengikut kreativiti masing-masing. Benda macam ni pon orang boleh cipta jadikan suatu permainan. Benda ni dah famous sangat di negara luar. Kat sini je (ke aku sorang) masing terkedek-kedek dan sedikit jakun dengan permainan baru ni.

Nak dijadikan cerita, lepas habis waktu kerja, aku pergi merayau-rayau dekat DIY. Aku suka tengok window shopping. Tapi kadang-kadang terbeli benda yang mengarut-ngarut. Masa nak bayar, aku sempat lagi belek-belek barang yang ade depan kaunter dan aku ternampak ni!!! Terus grab satu je. Sebab at first aku takde la fanatik dengan rubber band ni.



Murah je


Balik rumah terus nak try buat.Hampeh,langsung tak jadi.Terus mati nafsu.Esoknya, dengan bangga + berlagak + poyo cakap aku dah beli 'Crazy Loom'(padahal dah bubuh dalam group wasap). Time lunch colleague aku plan nak borong mainan ni. Tapi sangat kecewa sebab dah habis!!!. Jenuh mencari kat semua kedai, tapi masih takde jual.Last sekali jumpa la satu kedai,tapi salesgirl tu cakap baru nak order.Next week baru sampai.Tunggu ja lah...

Nah layan gambar gelang aku yang sangat cantik ni.



                                                                                   
Percaya atau tak.aku guna garfu buat benda ni



Awesome kan..












No comments:

Post a Comment