Assalamualaikum,,
Hari Sabtu lepas,aku dengan mak dan abah telah berlepas ke Hatyai.Ewah,gaya penulisan macam naik flight je kan.Padahal naik keta je.Hihihi.This is my first time went to Hatyai.Jalan memang jem teruk.Jem gile masa kat border.Mungkin jem sebab cuti sampai hari Isnin,so masing-masing ambik peluang nak pergi berjalan.Ade yang bawak anak kecik.Fuh,sanggup betul.Kalau aku tak tau la mampu nak berjalan ke tak dengan bawak baby.Kesian kat diri aku dengan baby.Hahahaha
Welcome to Thailand
Melepasi border Malaysia Thailand.Kat sini la kitorang kena mengadap kastam Thailand.Ha,nampak tak orang ramai beratur dalam picture kat atas ni?Kereta kena parking kat satu kawasan and then kita kena jalan kaki and beratur untuk cop pasport / border pass.Masa nk cop pasport,kat kaunter ade diletakan camera (macam cctv je rupa die).Tujuannye untuk tengok muka kite same tak dengan gambar dalam pasport.Negara lain tak de pon buat camni.Mata pegawai kastam kat sane dah kero ke sampai nak kena guna camera la pulak.
tempat penginapan kitorang
Lepas adegan cop mengecop selesai,kitorang terus check in hotel.Kitorang tido kat Danok.Ok gak condition dalam hotel ni.Sangat selesa.Kepada sesiapa yang tak tahu,Danok ni syurga untuk lelaki sebab kat sini ramai pelacur,pondan dan yang sewaktu dengannya.Pusat hiburan seperti disko tumbuh seperti cendawan.Kupu-kupu malam kat sini akan mula keluar dalam pukul 7ptg waktu Malaysia @ 6ptg waktu Thailand.Ini adalah satu-satunya hotel di Danok yang menyediakan makanan halal yang diiktiraf oleh Jabatan Islam di Thailand.Tapi tak payah la makan kt hotel,konfem mahal.Kat pekan Danok ade jugak kedai orang Islam dan harganya juga berpatutan.Lagi satu,sila stand by makanan dari rumah.Bawak la megi,roti @ biskut.Nanti tak de la kebulur sangat.
Lepas berehat and bersihkan diri,kitorang pergi ke Hatyai.Perjalanan dari Danok ke Hatyai mengambil masa lebih kurang sejam.Dalam perjalanan ke Hatyai,banyak juga perkara menarik yang aku saksikan.Apa yang aku perasan,kat Thailand ni,mereka banyak gunakan tulisan Thailand.Memang tak faham la jawabnye.Selain itu,kat Thailand ni memang kaya dengan tokong.Bersepah-sepa patung Buddha die sepanjang jalan.Kalau kat Malaysia kita gunakan teksi,tapi kat sini,mereka menggunakan Tuk Tuk.Canggih dan cantik jugak Tuk Tuk ni.Tapi macam takut nak naik sebab takde pintu belakang.More to open air.
bahasa jiwa bangsa
Tuk Tuk
Perkarangan Nora Plaza
Nora Plaza adalah adalah tempat menjul barangan kulit,baju dan sebagainya.Tapi takde la murah.Sama je macam harga kat Malaysia.Baju murah la.Boleh kalau nak beli untuk buat kenangan.Lepas shopping sikit kat sini,kitorang pergi floating market.Ni tempat yang paling best sebab tempat ni ala-ala venice.Venice la sangat kan...
No comments:
Post a Comment