Sunday, February 10, 2013

Demam SHN

Assalamualaikum,,










Walaupon semingu dah berlalu,aku still demam drama Setia Hujung Nyawa (SHN).Statement tak bleh blah kan.Actually aku ni bukan la peminat slot Akasia.Slot ni start pukul 7 malam,so memang aku tak ada masa nak bertenggek depan tv.Time tu la nak mandi,nak rehat,nak masak,nak tukar lampin anak.(tipu je ni).Suatu hari,secara kebetulan aku tertengok slot Akasia ni.Mmmm,terus jatuh hati.

Start fron on dat day,aku terus la melepek depan tv semata-mata nak tengok slot ni.Mak pon tak ketinggalan nak join sama.Zain Hakimi?Mamat ni memang hensem dalam SHN.Mula start berangan kan.Ibarat bulan tak kan jatuh ke riba.Aku macam tak pernah tengok mamat ni berlakon kat tv.Aku pon stalk siapakah tuan punya nama Amar Asyraf.Macam biase la aku menggunakan pak cik goole.La,mamat ni ke.Before ni die rambut kerinting.Aku pernah la tengok lakonan die ni.Tu pon boleh tak perasan kan.Contohnye macam carakarama Aku Ingin Terbang.Dah 2x aku tengok cerita ni,tapi masih tak notice mamat ni.Hahahahaha..Before ni die rambut kembang.Muka pon nampak biase je.Tapi since die berlakon dalam SHN,die mula dikenali.

Aku ni boleh dikategorikan dalam kipas susah mati SHN.Hahahaha..Kenape aku keluarkan statement ni??Ok,aku sanggup bangun awal tengok MHI sebab pelakon-pelakon ni akan berada di konti.Tunggu punye tunggu,tak ade!!!!rase nak meroyan.Dah la aku sanggup masuk office lambat semata-mata nak tengok Amar.Please wake up ayu!!!!Then,aku sanggup keluar rehat awal semata-mata nak tengok Wanita Hari Ini.Same jugak kecewa sebab takde!!!!Aku salah tengok date kot.Keesokkannya,aku bangun awal lagi nak tengok MHI.Wahhh,,sangat seronok sebab at last dapat jugak tengok.First time in my life,aku bukak life chat kat tonton sebab nak tengok nelly and Amar..Fuh,memang best...Puas hati.

Sekarang aku rajin layan youtube.Aku duk ulang-ulang scene yang aku suka.Aku dah follow instagram nelly dengan Amar.Gile kan aku ni.Tapi aku rase ade orang yang lebih gile dari.Aku ni kire suam-suam je la.Tapi ni la first time aku sanggup buat kerja gile camni.






Saturday, February 9, 2013

Gadjet..


Assalamualaikum,,



Ewah,sejak ade smartphone ni aku duk online gune phone je.Jakun tol kan.Dah lame aku tak bukak laptop.Tetibe terbuka hati nak online gune laptop.Dengan gembira aku bukak google chrome.Tapi apsal lembab sangat ni.Kejap ok,kejap tak.Ni yang buat darah aku menyirap ni.

Ibarat tikus membaiki labu,aku pon main tibai je tukar setting internet.Then terus tak boleh nak main tenet.Dek terlalu marah.terus shut down laptop and baring atas kerusi sambil layan Veer Zaara.Rase terdetik jugak nak beli laptop baru.Tapi what is the point to get the new lappy kan??Nak kata buat assignment,memang tak la kan.

Tetibe teringat plak kat tab.Hampir terlupe yang aku ade tab!!OMG,I sudah tuek!!.Tab tu terbiar je kat tepi tv sebab bateri dah abis and malas nak charge.Walaupun ade banyak gadjet,tapi aku lebih selesa online guna laptop.Sangat selesa dan menyenangkan.

Lappy,,please be good to me.Please,,please,,please

Sunday, February 3, 2013

Indian wedding


Assalamualaikum...

Semalam tetibe je abah ajak aku pergi kenduri kawen anak kawan die.Suprisingly,that is indian wedding.At first rase macam sedikit seram.ye la,takut makanan yang disediakan tak halal.Tapi abah cakap,dorang ade sediakan makanan halal.Masuk je dalam hall,rase sangat teruja sebab sangat meriah.nampak jugak ade orang islam.Catering orang islam yang sediakan.So sedikit lega..Majlis sangat happening dan berwarna warni.Siap ade konsert uuoallllss...






Feeling feeling sikit pakai baju Punjabi :))






Pelamin








Kugiran







Entrance





Actually ni first time aku attend wedding orang India.Seronok la jugak.Time ni la baru nampak kelibat Aishwarya Rai dan Shah Rukh Khan.Hahahaha...Pakaian dorang memang superb!!!







Our Journey : Hatyai,Thailand


Assalamualaikum,,

Hari Sabtu lepas,aku dengan mak dan abah telah berlepas ke Hatyai.Ewah,gaya penulisan macam naik flight je kan.Padahal naik keta je.Hihihi.This is my first time went to Hatyai.Jalan memang jem teruk.Jem gile masa kat border.Mungkin jem sebab cuti sampai hari Isnin,so masing-masing ambik peluang nak pergi berjalan.Ade yang bawak anak kecik.Fuh,sanggup betul.Kalau aku tak tau la mampu nak berjalan ke tak dengan bawak baby.Kesian kat diri aku dengan baby.Hahahaha





Welcome to Thailand








Melepasi border Malaysia Thailand.Kat sini la kitorang kena mengadap kastam Thailand.Ha,nampak tak orang ramai beratur dalam picture kat atas ni?Kereta kena parking kat satu kawasan and then kita kena jalan kaki and beratur untuk cop pasport / border pass.Masa nk cop pasport,kat kaunter ade diletakan camera (macam cctv je rupa die).Tujuannye untuk tengok muka kite same tak dengan gambar dalam pasport.Negara lain tak de pon buat camni.Mata pegawai kastam kat sane dah kero ke sampai nak kena guna camera la pulak.





tempat penginapan kitorang


Lepas adegan cop mengecop selesai,kitorang terus check in hotel.Kitorang tido kat Danok.Ok gak condition dalam hotel ni.Sangat selesa.Kepada sesiapa yang tak tahu,Danok ni syurga untuk lelaki sebab kat sini ramai pelacur,pondan dan yang sewaktu dengannya.Pusat hiburan seperti disko tumbuh seperti cendawan.Kupu-kupu malam kat sini akan mula keluar dalam pukul 7ptg waktu Malaysia @ 6ptg waktu Thailand.Ini adalah satu-satunya hotel di Danok yang menyediakan makanan halal yang diiktiraf oleh Jabatan Islam di Thailand.Tapi tak payah la makan kt hotel,konfem mahal.Kat pekan Danok ade jugak kedai orang Islam dan harganya juga berpatutan.Lagi satu,sila stand by makanan dari rumah.Bawak la megi,roti @ biskut.Nanti tak de la kebulur sangat.


Lepas berehat and bersihkan diri,kitorang pergi ke Hatyai.Perjalanan dari Danok ke Hatyai mengambil masa lebih kurang sejam.Dalam perjalanan ke Hatyai,banyak juga perkara menarik yang aku saksikan.Apa yang aku perasan,kat Thailand ni,mereka banyak gunakan tulisan Thailand.Memang tak faham la jawabnye.Selain itu,kat Thailand ni memang kaya dengan tokong.Bersepah-sepa patung Buddha die sepanjang jalan.Kalau kat Malaysia kita gunakan teksi,tapi kat sini,mereka menggunakan Tuk Tuk.Canggih dan cantik jugak Tuk Tuk ni.Tapi macam takut nak naik sebab takde pintu belakang.More to open air.



bahasa jiwa bangsa








Tuk Tuk









Perkarangan Nora Plaza





Nora Plaza adalah adalah tempat menjul barangan kulit,baju dan sebagainya.Tapi takde la murah.Sama je macam harga kat Malaysia.Baju murah la.Boleh kalau nak beli untuk buat kenangan.Lepas shopping sikit kat sini,kitorang pergi floating market.Ni tempat yang paling best sebab tempat ni ala-ala venice.Venice la sangat kan...






Air dalam tembikar.Harga 30 Bhat bersamaan RM3.00















Perkarangan Floating market
































Kitorang stay kt Thailand selama 2 hari 1 malam jek.Percutian ni memang berbaloi.Ini adalah salah satu percutian budget!!! I loike..