Assalamualaikum,,
A few days back,atuk aku ade buat kenduri sikit sempena majlis mengayun dan bersunat.Maka,semua anak-anak die balik kampung.Sekarang ni kan musim durian,so atok aku dah kutip durian kat dusun dan simpan dalam pondok kat tepi rumah.Die kutip dalam 10 biji jek.Yang nak makan ramai.Memang konfem tak cukup la.Atuk suruh pergi dusun kutip durian.Memang malas la sebab aku dah selalu pergi sana
(time musim buah je).Kat dusun tu ade pokok rambutan,durian dengan manggis.Kat sana siap ade pondok lagi.Memang best dan banyak nyamuk.
Sepupu aku yang jarang balik kampung semua mengoferkan diri nak pergi dusun tu sebab dorang ni jakun.Menyampah benor!!! Aku buat bodoh je sebab aku malas nak pergi.Pak cik aku dengan selamber cakap
"ko tak nak pergi dusun atok ko ke?Nanti kang menyesal"..Aku macam sedikit pelik bile die cakap macam je.Aku selamber jawab
"orang dah selalu pergi la.Siap tunggu durian jatuh lagi"..Diam terus orang tua tu.Die ingat aku ni jakun tak pernah pergi kebun ke haa??!!!
Kemudian bermula lah episod akikah durian.Aku pon tak tau kenapa hari tu aku langsung tak bernafsu tengok durian.Bau die yang semerbak mambuatkan aku pening-pening lalat
(statement mengade).Sebelum nak balik,atok aku suruh bawak balik durian balik rumah....
Hokey,abis cite pasal durian kat kampung.Semalam kan hari jumaat,so waktu rehat adalah panjang.Aku tak melepaskan peluang untuk balik makan kat rumah
(padahal tiap-tiap hari aku balik lunch kat rumah).Tengah best makan nasik,tetibe aku dengar adik aku cakap-cakap dengan mak.
"Mak nak dengar cerita tak,semalam orang nampak durian dalam plastik.Orang bawak pergi rumah Arif sebab nak makan dengan kawan orang.Orang pelik tengok durian tu sebab tak de bau.Pastu susah nak bukak.Orang bawak balik,tukar dengan durian yang lain.Sama jugak.Pastu orang kol member orang tanya kat rumah die ade durian lagi tak.Die cakap dah abis.Orang teringin nak makan durian"...Jawapan dari mak aku
"durian tu atok yang bagi.Kena perap dulu sebab mangkor"
Kesian sungguh adik aku ni.Abah pon dengar die sembang dengan mak.Abah suruh aku pergi beli durian.Aku pon cakap la petang nanti aku balik kerja aku pergi beli dengan mak sebab aku ni tak reti nak pilih durian.abah diam jek.Pastu abah start enjin keta dan keluar.Aku rasa abah nak pergi cari durian.Aku tengok abah balik dengan tangan kosong.Abah cakap
"nanti pergi beli kat Telok Murok.Jangan beli kat depan tu.Mahal sangat.Sebijik 7 hinggit".Wahhhhh!!!!memang sangat mahal.Isi belum tentu cantik dan sedap.
Petangnye,aku dengan mak pergi cari durian kat pasar malam.Aku beli 10 biji je pon.Balik rumah,aku dengan mak bedal durian tu.Rase tak yah nak cerita la.Memang sedap.Puas hati la jugak.Mak cakap kat adik aku
"hafizzzzzz!!!nak makan durian tak?"....
"Aik,ade durian ke?Sape beli"...
"Mak la beli"...
Itu cerita semalam.Hari ni abah pulak teringan nak makan durian
kuning.Abah suruh aku beli.Alamak,mane nak tau beli durian.Complicated la.Aku saje je tunggu abah habis solat asar.Sementara tu aku tengok TV.Lepas abah kuar bilik aku tanye
"abah nak durian ke?kalau nak,jom la pergi pasar malam.Kakyu tak reti"..."Ish,malas la pulak..Jom la!!"..Pasar malam kat rumah aku sangat panjang.Aku tau abah malas nak jalan.So,aku suruh abah cari durian,aku cari makanan kudap.Lepas setengah jam,aku nampak abah tengah tengok durian.Aik,tak kan dari tadi tak beli durian lagi.Rupa-rupanya,itu adalah 2nd trip.Abah dah beli 2 beg durian dekat penjual yang berbeza!! 1st trip durian,abah dah letak kat keta sebab berat and takkan nak jalan2 bawak durian.Tu yang abah simpan dulu kat keta.Durian yang ade sekarang ni cukup la untuk sampai esok.Kalau nak lagi,esok cari lagi hokey..
Ok la,aku nak pergi makan durian kat luar sambil pekena angin malam yang sejuk ni sebab kat sini baru lepas hujan...