Friday, May 27, 2011

Mambang Di Awan






Mambang Di Awan


Semalam aku pergi interview di daerah Batang Padang,Perak.Aku pergi interview di Institusi Kerajaan.Aku memang tak pernah masuk kawasan tu pon.Ini kira kali pertama la...

Beberapa minggu lepas,,,

'Pakcik dari mane?'
'Pakcik dari Mambang Di Awan'
'Owh'

Jawapan dan riak muka aku cool jek.Padahal aku gelabah bile dengar jawapan Pakcik tu.Aku tak pernah dengar name tempat tu.Pakcik ni dari negara mane??Pelik betol.

Semalam,,,

Lepas aku nampak signboard Mambang Di Awan,baru la aku percaya ade tempat yang namenye pelik.Mambang Di Awan adalah satu kawasan yang terletak dalam daerah Kampar.Aku baru tahu.Namenye anak jati negeri Perak.Perak memang terkenal dengan name daerah yang pelik-pelik.



Wednesday, May 25, 2011

Lanun!!!!



Pirates Of The Caribbean??
Tak rugi aku gi tengok cite nie.Aku pergi tengok sorang-sorang jek.

Movie nie sangat best.Memang best la kan.Johnny Depp belakon.Intro cite ni jugak best.Jack menyamar jadi hakim demi menyelamatkan dirinya daripada hukuman gantung.Memang lawak gile.

Scene Jack larikan diri King George pon best jugak.Banyak action yang best dan kelakar.Scene ikan duyung serang anak-anak kapal pon best jugak.Ikan duyung tu bukan sahaja cantik,tapi sangat ganas.

Mase tengok crite nie,aku tak tahu la hidung aku tak berape ok ke ape ke kan.2 kali aku terbau benda terbakar.
Ade jugak macam bau rokok.Tak tahu lah..

5 STAR for PIRATES OF THE CARRIBEAN:ON STRANGER TIDES






Tuesday, May 24, 2011

c . a . c . a . t

Lebatnye ujan hari ni.Mmm,,tunggu ujan berenti la baru keluar..
Dah lame tak hidu bau hujan.Sedapnye.

Lepas sejam keluar,aku pon balik.Dalam perjalanan balik,aku nampak ade
sorang budak sindrom down keluar dari kereta.Bapak budak tu dah lintas jalan.
Anak dia terkial-kial nak melintas.Kesiannya.

Bapak dia malu ke nak pimpin tangan anak dia?Dia malu ke ade anak yang boleh dikategorikan cacat?Kalau ape-ape jadi kat anak dia,tak ke naya?

Selalu kite tengok kat berita,anak kurang upaya hilang.Dah hilang baru nak
mencari.Masa budah tu ade depan mate,buat bodoh je.Aku tak salahkan semua
mak bapak.Cuma segelintir je yang perangai macam tu.

Cacat ke,kurang upaya ke,dia masih makhluk tuhan..


Monday, May 23, 2011

wo ai ni..


'Acik akan usaha untuk buat yang terbaik untuk kite.Acik akan bentuk ayu jadi isteri solehah'
Amin...Aku betul-betul tak sangka yang dia akan cakap macam tu.Alhamdulillah akhirnye aku jumpa jugak individu yang ada keinginan untuk membantu aku dalam menuju ke arah kebaikan.




mudah-mudahan urusanku dipermudahkan
amin...




Sunday, May 22, 2011

Demam Nur Kasih The Movie







Stat dari 19 hb lagi jiwa aku membuak-buak nak tengok Nur Kasih..
One of member aku cakap cite ni tak best pon.Ade aku kisah??

Hari Sabtu bersamaan 17 Jamadilakhir 1432,tepat jam 5.45 pm,akhirnye aku berjaya menjadi salah seorang penonton cerite nie.

Cerita ni ok la.Ade sedih dan ade kelakar.Antara dialog yang aku suke,,

Mariam "Paksu sakit banyak ke sakit sikit?"
Paksu "Sakit sikit"
Mariam "Nasib baik sakit sikit,kalau sakit banyak,nanti meninggal macam umi"

Dalam best-best tengok cite nie,tetibe aku dengar "Allahuakhbar!!".Rupa-rupanya ade sorang budak kecik jatuh kerusi.Khusyuk sangat tengok cerite ni sampai tertido.Hahahaha..

Time last scene,tetibe skrin gelap.Aik!!! takkan dah abis.Apsal pending.Ape lagi,semua orang bising la.Konon-konon frust la.Then semua orang keluar.Yang stay hanya 5% jek.Aku pon dh berdiri kat pintu exit.Aku dok menunggu adik aku.Tetibe skrin menyala balik.Aish,ape nie..Cerita tak abis lagi la...Rupe-rupanya,td blackout.Patot la skrin gelap.

Banyak betol cabaran.Sehebat cabaran Nur Kasih The Movie.

p/s:next movie PIRATE OF CARRIBEAN!!!


Saturday, May 21, 2011

Hepi Birthday & Selamat Hari Ibu

Aku harap masih belom terlambat untuk aku wish hepi besday untuk adik aku (11 hb 5) dan selamat hari ibu untuk mak.Sebenarnye,aku satu family tak sambut pon hari ibu macam sesetengah orang.Bagi kitorang satu family,setiap hari adalah hari ibu.






Monday, May 16, 2011

Ais Kelim



Buah laici




Ais krim laici


Lately,mak aku rajin buat ais krim.
Secara tak langsung,aku pun selalu makan
ais krim.Salah satu ais krim kegemaran
aku ialah ais krim laici.


Saturday, May 14, 2011

Selangkah Ke Depan



Bersama suspek





Bersama ummi dan suspek


Berlandaskan peta yang di-emailkan oleh Wa,akhirnye
sampai jugak aku ke rumah dia..

Walaupon penat,tp aku puas hati sebab aku berjaya
mancari rumah die.hahahaha..

Lepas makan,kitorang bergambar dengan suspek.
Tak sempat nak sembang lame pon,tak pe aku
paham.

Destinasi ke-2 :AEON Bukit Tinggi

Kitorang tak buat ape pon kat sane.Just window
shopping jek.Kitorang makan kat Nyonya Penang.

Aku: Sprite,Keow teow tomyam
Zati: Ice Lemon tea
Ummi: Ice Lemon Tea,Keow teow goreng
Fatin: Ice Lemon,Nasi Goreng Kampung

Terima kasih ummi sebab belanje aku
dengan Zati..

Dalam perjalanan balik,kitorang menyaksikan
satu kejadian yang sangat tragis...

'Lajunye bas tu' sambil melihat side mirror.
'aah la'

Gedebum!!!
Dengan selambernye bas tu langgar kete atos,
atos langgar gen 2.Berderau darah aku.Bas tu
betul-betul sebelah aku.Nasib baik aku tak
gerak pergi lane sebelah.

Terima kasih Ya Allah kerana menyelamatkan
hamba mu ini.

Tahniah sekali lagi pada Wawa dan Najmi



Thursday, May 12, 2011

salah siapa??




Lokasi: Pasar Malam Dato' Seri


Tadi dengan eksitednye,aku pergi
pasar malam dengan adik beradik aku.
Konon-kononnye nak pergi beli makanan.

Aku nampak gerai Cik Minah,
nasi kerabu,putu mayong,
ciken copp,murtabak,apam balik,
dan yang sewaktu dengannya..

Tetibe aku ternampak hot dog
yang sangat panjanggg....macam
nak makan benda tu la..
Alah,jap lagi patah balik,aku beli la..

Tekak haus la pulak,,mmm,,air kelapa.
'Pakcik,nak air kelapa 1',aku pun
menghulurkan not merah.Aku dapat
baki Rm9.Aku pon belek-belek duit
tu..Alamak!!duit rm5 nie tak
sempurna,koyak banyak.Nak bagi balik,
macam kesian kat pakcik tu.

Ahh,jap lagi beli benda lain la.
'Kakyu,jap.Aku nak tengok tudung'
Selepas 10 minit.'Ko nak beli ke?'
'Nak la'...

Tetibe aku mendapat idea yang sangat
bernas.Aku nak bagi not hijau yang koyak
tu la.Sesi pembayaran pon bermula.
Aku selit not hijau tu di antara not merah
dan not biru.Aku dengan zati pon
selamber jalan laju-laju.

Entah kenape aku rase takot gile.
Terus tak jadi nak beli maknan.Orang
salah memang sentiase takot.

Sampai je dalam kete,aku teros idupkan
enjin..'Kakyu,ko beli tak ayam goreng?'
'Tak.aku takot kene kejar.Hahahaha'
'Ko pegi beli la.Ko beli ayam goreng dengan
ciken copp..'

Sejurus beberapa minit kemudian..

'Aku nak hot dog panjang,tapi
takot nak lalu depan kedai tu'
'ala,kite pusing ikot jauh la'

Demi mendapatkan hot dog panjang,
aku sanggup buat ape je.Yeahhh...
akhirnye,aku dapat jugak.Ni semua
sebab pakcik jual air tu..

p/s:kalau pergi pasar malam,bawak duit kecik..