Wednesday, September 22, 2010

Hari Kesembilanbelas

Ini semua adalah dugaan yang diberikan oleh Allah kepada dia. Aku juga tidak terkecuali daripada menerima dugaan tersebut. Bayangkan lah, pada 1 Syawal, dia telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya akibat tekanan darah tinggi. Hari ini dah masuk hari ke-6 dia berada di wad ICU. Dia sekarang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. ‘Ya Allah, kuatkanlah semangat dia untuk terus hidup dan berikanlah kekuatan kepadanya agar dia dapat menempuh dugaan ini’. Aku redha dan pasrah.

Aku hanya berhubung dengan Jefry dan Izan tentang kesihatan dia. Pada Raya ke-3, kenapa semua mesej yang aku hantar pada Jefry tak delivered? Aku pun cari inisiatif yang lain. Akhirnya aku dapat hubungi mak dia. Aku pun tanpa berlengah lagi, terus kol mak dia. Sejurus mendengar suara mak dia, aku rasa sebak dan air mata ini akhirnya gugur jua. Tak sanggup aku mendengar cerita itu.

Sejak dari aku dapat berita tentang keadaan dia, iaitu pada malam raya pertama, aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Sekiranya nyawa aku menjadi pengganti, aku sanggup menggantikan tempat dia. Jauh di sudut kecil ini, aku rindukan dia. Setiap masa dan setiap saat aku rindukan dia.

Semalam panjang lebar aku bercerita dengan emak dia. Betapa sayangnya seorang ibu kepada anaknya…Tiada ibu yang sanggup melihat keadaan anaknya yang terlantar dan tidak sedarkan diri.

Antara perkembangan yang aku terima daripada emaknya, ‘pendarahan di kepala dah ok dan takde ape2.Takanan darah dia dah stabil. Cuma buah pinggang dia rosak. Sekarang doktor tengah tunggu dia buang air kecil, kalau ok, dr akan sedarkan dia. Sebelum ni dia kencing berdarah, tapi dr dah sembuhkan luka dalam perut dia.’ Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada perubahan. Ini semua adalah hasil doa yang disedekahkan kepada dia. Terima kasih semua.

Sebenarnya, 2 jam sebelum kejadian, dia ada mengadu kepada aku yang dia rasa sakit sangat. Tak pernah rasa sakit camnie. Dia juga demam dan setiap makanan yang dimakan, akan di muntah kembali. Aku dan mak dia ingat itu adalah demam biasa. Tetapi mak dia cakap, rupa-rupanya itu semua adalah kesan dari tekanan darah dia yang terlalu tinggi. Ketika kejadian, nasib baik mak dia ada. Mak dia sempat menyambut dia ketika dia rebah. Kemudian, badan dia kejang dan mengeras.

Aku tau, semangat dia kuat. Sebelum ini dia kelihatan gagah dan perkasa. Kini dia hanya terbaring dan tidak sedarkan diri. Begitu cepat nikmat yang dipinjamkan seketika ditarik kembali oleh Allah. Secara tidak langsung, kejadian ini menginsafkan aku. Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada hari esok. Selagi aku berkesempatan untuk menjaga dia, aku akan menjaga dia dengan seikhlas hati aku walau dalam apa jua keadaan dia sekali pun. Aku akan lakukan apa yang termampu. InsyaAllah.

Dia adalah Ahmad Arsyad bin Abdul Rahman Abe.

Sekian………

No comments:

Post a Comment