Sudah 13 hari dia terlantar di wad ICU. Kesian dia. Aku hanya mampu doakan yang terbaik untuk dia. Itu sahaja yang mampu aku lakukan. Walaupun apa jua keadaan dia selepas ini, aku terima dia seadanya. Aku rasa aku yang sebabkan dia jadi macam nie. Rasa bersalah sentiasa ada dalam diri aku. Aku selalu mimpikan dia. Ni semua sebab aku terlalu rindu dekat dia. Sekurang-kurangnya rindu aku pada dia terubat juga.
Bila agaknya dia akan sedar sepenuhnya??Tak sabar rasanya nak menatap wajah dia.. Jefry cakap badan dia bengkak sikit sebab sepanjang 13 hari, badan dia asyik masuk air je. Sekarang die berada dalam separuh sedar. Lagi 2 3 hari ok la dia. Aku hanya mampu doakan yang terbaik untuk die. InsyaAllah aku akan pergi melawat dia. Tapi dia nak ke jumpe aku? Berserah je la.
Aku rindu sangat dekat dia. Bukan rindu untuk mendengar gelak tawa dia,gurauan dia,bukan..Tetapi aku rindu untuk menatap wajah dia. Rindu untuk menatap wajah orang yang aku sayang. Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Aku tak kisah apa tanggapan dia kepada aku.
No comments:
Post a Comment