Sunday, March 31, 2019

Kuching Sarawak - 15/03/19 - 17/03/19

Assalamualaikum,

Untuk permulaan tahun 2019,kami (aku,mak,zati) mulakan pengembaraan kami ke Sarawak. Actually, plan nak ke Kuching tu memang ada, cuma belum terlaksana. Tambahan pula, adik aku kerja kat Sarawak,jadi apa salahnya kami pergi melawat dia. Kami dapat tiket murah return RM150, Air Asia. Kami ke KLIA2 naik kereta. Aku park kereta dekat Salak Tinggi. Dari Salak Tinggi nak ke KLIA2, hanya mengambil masa dalam 10 minit je. Tambang dalam RM 4.60 kalau tak silap. Flight kami pukul 8.00 pagi. Perjalanan kengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit.

Atas flight tu memang aku tido kaw-kaw. Kami gerak dari Manjung pukul 12.00 tengah malam. Aku ikut jalan dalam Sabak Bernam tu semua. Nak naik highway Bidor tu macam takut sebab dah ramai orang kena rompak kat kawasan tu. Sebelum pergi Salak Tinggi aku singgah Sepang sebab nak ambik adik aku lagi sorang. So maknanya kami ke Sarawak berempat.

Sampai je Kat Kuching, kami ambik Grab Car untuk ke hotel. Kat hotel kami berehat dulu dan bersihkan badan. Adik aku Fahmi cakap nanti diorang pickup kitorang kat hotel lepas solat Jumaat.Hari tu dia ambik half day. Sementara kami tunggu dia,kami pergi makan Nasi Ayam Penyet Ria. Fami cakap sedap gile.Mmm..boleh la.Tak ada la sedap sangat.

Day 1 - Kg Budaya, Ais Krim Gula Apong, Kubah Ria

Kg Budaya
Lepas sejam tunggu, baru fami datang kutip kitorang. First destination  Kg Budaya. Sepanjang perjalanan aku tido. Sedar-sedar dah sampai. Bayaran masuk RM50. Orang cakap kalau dah sampai Sarawak, kita kena datang sini. Ok la fine. Kat sini ada replika rumah kaum yang terdapat di Sarawak. Menarik jugak la. Tepat pukul 4.00 ptg, kat sini ada buat showtime. Showime kat sini berbentuk tariam masyarakat yang terdapat di Sarawak. Lepas habis showtime, kami pun turun pergi cafe untuk minum-minum.Cafe tu terletak tepi pantai. Ha, kat situ laut dia tak boleh mandi sebab macam menyeramkan. Itu la Laut China Selatan.



Muka tak mandi



Ayam Penyet Ria


Kg Budaya - Rumah Melanau
Rumah ni serius tinggi. Ada 4 tingkat.menggeletar lutut masa nak panjat.

penjelasan tentang jenis kayu dan khasiat-khasiatnya.


Antara showtime yang dipersembahkan.


Burung Kenyalang
 Ais Krim Gula Apong.
Kalau datang Sarawak, memang wajib makan ais krim gula apong ni.Adik aku cakap aiskrim gula apong kat sini sedap.Disebabkan aku first timer, so ais krim ni rase biasa je.Gula apong tu cuma macam topping je. Pastu boleh pilih nak topping ape. Aku makan sekali je. Tak ada nak repeat.

Ais Krim Gula Apong.
 Kubah Ria
Kubah Ria ni tempat orang beli barang dapur. Kalau nak beli barang dapur, datang waktu pagi. Waktu malam orang datang sini untuk makan sebab kat dalam ni ada food court. Kat sini kitorang makan Nasi Lemak Ganja, Mee Kolok dengan Yong Tau Fu. Nasi Lemak Ganja ni top jugak. Kena baratur kalau nak makan nasi ni. Yong Tau Fu die sumpah tak sedap.Hahaha..Kuah dia lain macam betul. Kuah dia macam berlemak. Serius I cannot go.




Mee Kolok




Day 2 - Pasar Serikin, ABC Swee Kang, Top Spot, Kuching Waterfront

 Pasar Serikin dan Tasik Biru
Pasar Serikin ni terletak antara sempadan Indonesia. Perjalanan lebih kurang 2 jam. Kami gerak pukul 9 pagi sebab driver datang jemput lambat. Best woo shopping kat sini.Macam-macam benda korang rasa nak beli. Aku beli kain Batik Sarawak, blouse batik, kerepek dan buah je. Harga memang murah. Rasa macam nak borong semua benda, tapi sebab naik flight. Kalau naik tongkang, memang dah borong dah. Masa dalam perjalanan pulang, kami singgah ke Tasik Biru. Kat sini macam tak ada ape yang best pun.









Swee Kang ABC
Sini wajib datang sebab orang cakap ABC die sedap.Hampeh je rasa ABC die.Mungkin tak kena tekak aku kot. Laksa Sarawak die serius sedap woi. Rasa kuah dia macam  kari sikit. Cucur udang pun sedap. 


Aku tak tau apa nama makanan ni, tapi serius sedap woii








Mangkuk ABC besar ni je. Sebab tu murah. Pastu ada gula apong.

 Top Sport
Top Sport ni tempat makan seafood. Pergh ramai gila orang. Nak dapat tempat duduk pun kena tunggu tau. Dekat setengah jam jugak la baru dapat tempat duduk. Rasa biase je sebab rasa makanan kat Sarawak ni macam pelik sikit. Adik aku order ikan sampai 2 ekor, sotong dengan telur ape ntah. pelik sikit rupa telor tu. Jawapan die memang tak habis la. Lagi satu, nasi kat sini macam pulut. Makan sikit je dah kenyang.








ni la telur yang pelik tu. Yang Hitam tu tiram

Kuching Waterfront
Lepas perut kenyang Fami tinggalkan aku dengan Zati kat sini. Diorang semua balik hotel sebab penat. Aku dengan zati jalan-jalan kat sini.Yang special kat sini Jambatan dia.Wajib naik jambatan ni. Terkemut-kemut jugak la sebab aku ni seorang gadis yang takut tinggi. Dekat pukul 1.00 pagi kitorang balik hotel.









Day 3 - Kek Lapis Mira, Kek Lapis Dayang Salhah, Nasi Ayam, Cendol

Lasy day,kami shopping kek lapis dengan ikan masin.Kek Lapis Mira dengan Dayang Salhah ni dekat je.Actually ada 2 option kalau nak pergi kek lapis ni. Sama ada naik sampan atau naik kereta.Kalau naik kereta jauh sikit.kalau naik sampan dekat je. Boleh naik kat Kuchnig waterfront je. Tambang sampan tak sure berapa. Bagi aku kek kat Dayang Salhah lagi sedap walaupun mahal sikit.




Lepas shopping kek, kami pergi makan nasik ayam. Kami makan kat kedai cina.Hahaha. Tapi halal. Ni first time aku makan nasik ayam kat kedai cina. Patut la orang cakap nasi ayam cina ni sedap sebab memang cukup rasa. Lepas makan nasi ayam,kami pergi makan cendol pulak. Sebenarnya saja je nak habiskan masa  sebab flight kami pukul 7.00 malam. Tapi bila dah sampai airport, flight delay jadi pukul 8.00 malam pulak. Sampai KLIA2, kami terus balik Manjung.Isnin tu memang aku dah apply leave seba jetlag!!!.hahahaa






















beli kat airport



Thank u Sarawak


No comments:

Post a Comment