Sunday, October 16, 2016

Light Out - 2016

Assalamualaikum,,

Review kali ni nak cerita pasal 'Light Out'. Aku boleh terjebak nak tengok cerita ni bila adik aku beriya-iya cakap cerita ni seram nak mampos. Aku memang pantang tengok cerita seram sebab aku rasa macam membazir duit je.










Cerita ni mengisahkan seorang wanita yang dibayangi dengan kawan baik dia semasa dia kecil. Wanita ni ade masalah jiwa. Tak gila, tapi macam gila. Then wanita ni kahwin dan dapat seorang anak perempuan. Sampai suatu masa, suami die menghilangkan diri. So makin menjadi-jadi penyakit gila dia ni. Selepas beberapa tahun, dia kahwin lagi dengan seorang designer. Rupa-rupanya designer ni cuba nak selesaikan masalah wanita gila ni. Dia buat research pasal perempuan ni. Perkahwinan kedua ni wanita ni dikurniakan seorang anak lelaki.

One day, suami dia ni nampak lembaga kat office dia.Then lembaga tu bunuh suami dia dengan kejamnya. Lepas suami dia meninggal, lagi menjadi-jadi penyakit gila dia ni. Suka bercakap sorang-sorang sampaikan anak lelaki dia tak tahan. Anak lelaki dia ni kecik lagi, so emosi dia macam terganggu. Kadang-kadang dia ada nampak lembaga. Tapi lembaga ni hanya muncul bile keadaan gelap. Dalam keadaan cerah, lambaga ni hilang. So budak kecik ni selalu stand by torch light. Dia tak pernah cerita benda pada sapa-sapa sebab dia tahu orang tak akan percaya.

Sampai satu tahap budak kecik ni tak boleh tido kat rumah, dia tertido dalam kelas. Cikgu dia panggil kakak dia. Then kakak dia angkut dia balik rumah kakak dia sebab dia tau mak dia gila. Dan dia benci mak dia. Kisah seram ni bermula di sini. Kakak dia ada nampak lembaga sama macam adik dia nampak. Then dia cerita bagi tahu adik dia. Adik dia dah lama tahu. 

Kakak dia nak tahu apa benda makhluk tu sebab masa kecik dia pernah nampak benda tu. Then die pergi ceroboh masuk rumah mak dia, dan dia pergi selongkar bilik bapak tiri dia dan dia nampak semua research pasal mak dia. Rupanya mak dia ada kawan baik masa kecil. Kawan baik dia pelik dan dah mati. Roh kawan baik dia yang ganggu dia dan adik dia selama ni.

Then diorang plan nak selamatkan mak die. Dalam satu malam macam-macam jadi. Mak dia sedar akan benda ni, tapi mak dia tak boleh nak buat apa. kawan baik dia akan mati kalau mak dia mati. So mak dia bunuh diri dengan tembak diri sendiri. Rupa-rupanya bapak perempuan ni tak menghilangkan diri, tapi dia mati dibunuh oleh makhluk ni.


* cerita ni tak seram sangat. Tapi banyak scene terkejut-kejut.


Sunday, September 4, 2016

Kabali - 2016

Assalamualaikum,,

Aduh,sangat lama tak hapdate wayang gambar. Aku memang peminat Rajnikanth. Bla dapat tahu pasal Kabali, terus tergedi-gedik nak tengok. Bila kawan India ajak pergi tengok show, terus jadi macam monyet. Gila tak nak ikut!!! Paling best aku tengok on first day cerita tu release. Jakun dan bangga sekejap. A few je malay yang tengok cerita ni.

Review
Jalan cerita menarik. Beginning je semua bulu-bulu dah tegak sebab macam ada suatu semangat.Hahaha.. ayat macam bangang.

Ok, ni cerita pasal gangster yang baik. Tapi kena tangkap, then family kena bunuh. Keluar je penjara, semua orang rasa tergugat sebab Kabali is back. Isteri dia mati dan paling best isteri dia mengandung. Ko rase??Kabali ingat anak dia pun mati jugak dalam perut. Tapi anak dia hidup. Anak dia pun jadi gangster dan anak dia cool gila sebab anak dia perempuan dan gangster yang cantik.

Anak dia telah diupah untuk membunuh bapak dia sendiri dan dia tak tahu pun yang dia nak bunuh bapak dia. Tapi at last dia tahu jugak Kabali tu bapak dia. Masa tu berlaku kes tembak menembak. Dan lagi satu, Kabali pun dapat tahu yang isteri dia masih hidup!!. Tapi isteri dia macam gila dan hilang ingatan. Ok gila sikit je. Masa part Kabali pergi cari isteri dia kat India dan masa scene mereka berjumpa balik, aku menangis siot.What!! MENANGIS.

Cerita ni banyak action. Kalau Rajnikanth berlakon, sound effect haruslah power. Even time dia pijak pasir pun, sound time tu memang gempak.hahaha..

Tapi, ada satu benda aku tak berapa setuju.Cerita ni ada races sikit la, between, Indian and Chinese. Macam takut pulak bila ko dalam panggung wayang dan ko adalah kaum minoriti dalam panggung wayang tu.

Ok la,tu je serba sedikit pasal KABALI. 










Perut masuk angin

Assalamualaikum,,

Minggu ini adalah minggu yang perit untuk aku. Kenapa? Kerana aku keracunan makanan. Mmm sebenarnya aku pun tak pasti. Tapi aku rasa perut aku masuk angin sebab salah makan. Setakat ni, perut aku memang alah dengan kacang panjang. Tapi kali ni macam pelik sikit sebab takkan dalam kuah yong tau fu ada letak kacang panjang.

Aku pun tak pasti. Sebabnya pagi tu aku makan nasik lemak dengan yong tau fu je. Lepas tu terus perut rasa tak best. Lembik aku dibuatnya. Dengan cirit-birit siap. Nak makan pun rasa takut. Asyik nak terkincit je. Cirit air pulak tu. Rasa loya. Bila muntah, tak keluar apa-apa. Bila nak tido, badan rasa tak selesa. Macam ada benda yang menyucuk belakang badan. Siap mimpi-mimpi lagi.

Ni perut dah macam ok.Cuma nak makan tu rasa takut-takut.Tapi macam rasa badan dah susut sikit. 




selfie dalam jamban





Thursday, June 30, 2016

No title

Assalamualaikum,,

Less than 6 days,we will celebrate eid mubarak aka hari raye (easy). Seriously i didnt have any preparation for myself. Just rotate few years back clothes. Hahaha.. Just kidding. Ok,im buying the kain ela at kamdar and ask my mak to jahit my baju. Then matching that 'blouse' with songket sarawak. Tudung also already bought.

Anything else?mmm,,nope. Hopefully my mak will jahit my kain ela (thinking of back up baju raya and cannot tell my mak,otherwise she will not jahit my blouse)

Duit raya also already prepared. But no much because i have to cut off my budget because need to safe money for my next trip to ..... (secret) this coming Aug. Ngeh ngeh.

Ouch, i forgot to update about the cabin at pantai remis,klang. Later ok. I will attach with some picture. Actually i do not know why when im writing through hp, i cannot attach picture in my writing. If i want to put picture, i need to open my legendary laptop. Hahaha..

Good night. Tomorrow working, then have to go bed. Daa..



Saturday, June 18, 2016

Hutang Ptptn

Assalamualaikum,,

Sebenarnya aku tak tahu pun apa maksud ptptn. Yang aku tau ptptn bagi aku loan masa belajar. Aku memang bayar,tapi tak ikut schedule sebab gaji berapa la sangat.

Sebelum ni aku tak ambik kisah pun pasal ctos ke ccris(tak tahu ejaan) ke. Apa aku kisah sebab aku dah buat loan rumah dengan kereta (nada riak). Nak dijadikan cerita, one day tiba-tiba terdetik nak tukar kereta. Then aku pun cek nama kt ptptn. Ok clear. Then aku pergi buat penstrukturan untuk diploma. Hello, nak buat penstrukturan kena bayar hokey. Aku rase macam nak hempuk je budak yang keje kt cawangan ptptn tu. Muka nak berlagak. Aku tau la aku ada hutang dengan ptptn. So ko tak payah nak perlekehkan aku.

Lepas settle semuanya, aku buat loan kereta. Then bank kol. Die cakap aku ade tunggakan dengan ptptn. Berdebar, stress semua ada. Then pergi lagi sekali kt ptptn buat penstrukturan untuk degree. Kena bayar jugak. Tapi aku cakap duit dah takde sebab aku dah bayar untuk penstrukturan diploma (bayar pakai duit epf acc ke-2). Kena buat muka sedey sikit. Ok, setelah discuss, tak payah bayar. Sebelum tu budak ptptn tu cakap "tapi akak jangan cerita kat sapa-sapa. Nanti bos saya marah". Hello ko ingat aku bangang sangat ke. Sebelum aku jumpa ko, aku dah jumpa staff yang lain. Diorang cakap tak payah bayar sebab untuk diploma aku dah bayar. Then diorang tanya kenapa aku tak buat se4kali harung untuk diploma dengan degree. Then aku cakap yang budak bangang yang deal dengan aku bagitahu aku kena buat satu-satu.

Then aku inform dealer kereta yang aku dah buat penstrukturan untuk degree. Tapi apakan daya, nama masih tak lepas untuk buat loan kereta. Kata boleh buat loan kalau dah buat penstrukturan. Penipu betul. Maka terkuburla hasrat nak beli kereta. Aku bukan nak beli BNW pun. Nak beli kereta murah je. Sekali abah bagi cadangan. Apa kata beli atas nama abah. Ye la, abah pesara tentera. Nama tak ada masalah. Yeay!!!! Lepas puase baru nak try lagi. Kalau tak dapat pun aku tak kisah sebab aku dah ada AGU.


INSAN YANG KESEDIHAN SEBAB LOAN TAK LEPAS


Monday, June 13, 2016

Ramadhan 2016


Assalamualaikum,

Nampak sangat busy sebab dah lama sangat tak update blog. Semakin meningkat umur, semakin sibuk dengan hal dunia. Astaghfirullah. Kadang-kadang aku hanyut dengan hal dunia.Lamgsung tak ingat hal akhirat.

Seminggu sebelum puasa, arwah atuk telah meninggalkan kami. Tu je la satu-satunya atuk yang aku ada. Sekarang atuk dah meninggal. Atuk meninggal pada usia 81 tahun. Atuk meninggal malam Jumaat. Last aku balik kampung jumpa atuk sebelum dia meninggal 2minggu lepas. Ye aku nampak abah redha dengan pemergian atuk.

Seminggu lepas atuk meninggal, aku demam teruk. Tak pernah aku demam macam tu punya teruk. Sekejap kerja,sekejap mc. Sampaikan aku tak mampu nak puasa. 2 hari aku ponteng puasa. Alhamdulillah aku semakin sihat. Aku pun tak tau kenapa puasa tahun ni mencabar betul. Sebab cuaca ke? Atau sebab diri sendiri yang tak boleh kawal nafsu? Entah la.

Dan lagi satu, sepanjang ramadhan ni,aku belum lagi mencemar duli untuk menjejakkan kaki kr baza ramadhan. Balik kerja terus mandi, terus melepek dalam bilik. Dan lagi satu berat semakin menurun sebab tak makan nasi. Ni semua sebab demam hari tu. Nak makan nasi pun dah tak boleh. Rase pelik je nasi tu. Ah ini semua poyo.
Selamat berpuasa ye kawan-kawan.





Friday, January 8, 2016

Jodoh

Assalamualaikum,,

Ok tahun ni dah masuk umur 30. Tapi entah kenapa masih rasa muda remaja. Mungkinn sebab belum bergelar isteri dan mommy.

Nak dijadikan cerita,petang tadi singgah rumah jiran nak beli kudap-kudap. Then jiran kepada jiran tanye umur aku berapa. Tanpa segan silu aku cakap la 30 tahun. Then die ckp, la kite sebaya la. Ok fine aku bokeh terima. Yang aku tak boleh terima, apsal perwatakan die seperti umo lewat 30-an.

Dan paling tak boleh terima, aku pernah panggil die acik (panggilan manja untuk makcik)

Kesimpulannye, tanak kawen sebab tanak jadi mcm jiran punye jiran. Hahaha..

Sunday, January 3, 2016

Throwback 2015

Assalamualaikum,,

Hari ni aku nk review tahun 2015. Untuk tahun 2015, ade satu peristiwa yang memang terkesan dalam karier aku. Mungkin ramai yang tak tahu dan mungkin segelintir yang tahu. 

3 jan 2012, aku start keje kt kilang biodiesel. Masa tu dah rase happy sangat sebab aku dapat keje kat company besar. By that time macam jakun sebab keje dengan omputih. Hahaha. Langit tak selalu cerah. Sebulan telah berlalu, tapi apsal gaji tak masuk lagi? Sedikit pelik di situ. Aku malas nak tanya lebih lebih sebab aku kan budak baru. Then baru la tahu yang company ni ade masalah tapi tak begitu serius. Cis. Tapi aku macam ok sebab aku tak ada komitmen pun. Alhamdulillah sebab aku masih boleh bertahan kerja kat situ. 

Pertengahan bulan May 2015, keadaan kilang memang dah kritikal, tapi aku masih positif lagi. Sampai la pihak management bagi cuti sebulan. Jeng jeng, dah mula rase seram. Time ni komitmen memang dah selambak atas bahu. Mane dengan nak bayar hutang rumah, kereta, loan. Akhirnye perkara yang paling ditakuti terjadi. Aku diberhentikan kerja. Tak tahu nak cakap ape. Dah la nak puase, raya lagi. Tapi aku redha je. Selain redha, kena jugak usaha cari kerja lain. Jenuh jugak la pergi interview sana sini.

Sepanjang 3 bulan aku tak kerja, aku masih mampu pergi berjalan sana sini. Hahaha.. Woi tiket flight dah beli, takkan nak burn macam tu je. Nak tak nak terpaksa pergi. Duit kite boleh cari, tapi kenangan nak pergi jalan dengan kawan-kawan dah tak boleh nak cari.

Ok ok.. 17 sept 2015, aku dapat kerja baru kat kilang sarung tangan. Alhamdulillah, Allah makbulkan permintaan aku. Cuma lambat atau cepat je. Perancangan Allah adalah sebaik-baik rancangan. Cuma kena sabar.

Sekian sahaja cerita aku untuk tahun 2015.