Hari ni aku nk review tahun 2015. Untuk tahun 2015, ade satu peristiwa yang memang terkesan dalam karier aku. Mungkin ramai yang tak tahu dan mungkin segelintir yang tahu.
3 jan 2012, aku start keje kt kilang biodiesel. Masa tu dah rase happy sangat sebab aku dapat keje kat company besar. By that time macam jakun sebab keje dengan omputih. Hahaha. Langit tak selalu cerah. Sebulan telah berlalu, tapi apsal gaji tak masuk lagi? Sedikit pelik di situ. Aku malas nak tanya lebih lebih sebab aku kan budak baru. Then baru la tahu yang company ni ade masalah tapi tak begitu serius. Cis. Tapi aku macam ok sebab aku tak ada komitmen pun. Alhamdulillah sebab aku masih boleh bertahan kerja kat situ.
Pertengahan bulan May 2015, keadaan kilang memang dah kritikal, tapi aku masih positif lagi. Sampai la pihak management bagi cuti sebulan. Jeng jeng, dah mula rase seram. Time ni komitmen memang dah selambak atas bahu. Mane dengan nak bayar hutang rumah, kereta, loan. Akhirnye perkara yang paling ditakuti terjadi. Aku diberhentikan kerja. Tak tahu nak cakap ape. Dah la nak puase, raya lagi. Tapi aku redha je. Selain redha, kena jugak usaha cari kerja lain. Jenuh jugak la pergi interview sana sini.
Sepanjang 3 bulan aku tak kerja, aku masih mampu pergi berjalan sana sini. Hahaha.. Woi tiket flight dah beli, takkan nak burn macam tu je. Nak tak nak terpaksa pergi. Duit kite boleh cari, tapi kenangan nak pergi jalan dengan kawan-kawan dah tak boleh nak cari.
Ok ok.. 17 sept 2015, aku dapat kerja baru kat kilang sarung tangan. Alhamdulillah, Allah makbulkan permintaan aku. Cuma lambat atau cepat je. Perancangan Allah adalah sebaik-baik rancangan. Cuma kena sabar.
Sekian sahaja cerita aku untuk tahun 2015.
No comments:
Post a Comment