Minggu ini adalah minggu yang perit untuk aku. Kenapa? Kerana aku keracunan makanan. Mmm sebenarnya aku pun tak pasti. Tapi aku rasa perut aku masuk angin sebab salah makan. Setakat ni, perut aku memang alah dengan kacang panjang. Tapi kali ni macam pelik sikit sebab takkan dalam kuah yong tau fu ada letak kacang panjang.
Aku pun tak pasti. Sebabnya pagi tu aku makan nasik lemak dengan yong tau fu je. Lepas tu terus perut rasa tak best. Lembik aku dibuatnya. Dengan cirit-birit siap. Nak makan pun rasa takut. Asyik nak terkincit je. Cirit air pulak tu. Rasa loya. Bila muntah, tak keluar apa-apa. Bila nak tido, badan rasa tak selesa. Macam ada benda yang menyucuk belakang badan. Siap mimpi-mimpi lagi.
Ni perut dah macam ok.Cuma nak makan tu rasa takut-takut.Tapi macam rasa badan dah susut sikit.
selfie dalam jamban
memang dah susut pun! kurus weh! em, aku xpnah dgr org alah dgn kacang panjang! hahahahaha
ReplyDelete