Monday, March 31, 2014

children & parents

Assalamualaikum,,

Aku pasti mesti korang pernah dengar kes anak pukul mak,anak terajang mak??!! Tipu la kalau cakap tak pernah tau pasal kes ni. Tapi jarang pulak kes bapa ditendang anak digembar gemburkan.But I was wondering why all this happen??

Mmmm...pernah tak kita selami perasaan anak yang pukul mak atau ayah dia? Ini apa yang aku rasa melalui idea bodoh aku ni.Mungkin semasa kecil si anak selalu kena pukul dengan sangat dasyat by parents dia? So bila si anak dah besar,dia ada rasa nak balas dendam.

Another reason maybe masa si anak masih kecil dia selalu kena marah atau dibeza-bezakan kasih sayang.Kadang tak payah tunggu kecil je,maybe bile si anak sudah meningkat remaja,parents dia still buat benda yang sama axactly masa dia kecil.

Jawapan cliche,mak dengan ayah dah besarkan kita.Tapi sempurnakah didikan mereka?Ini untuk kes parents yang tak sayang anak.Yes another jawapan yang tak ditelan dek zaman 'mana ada parents yang tak sayang anak?' .Hello,ade tau parents yang tak sayang anak.Kalau sayang,tak ade la kes mak bapak dera atau pukul anak sampai mati.

Aku bukan ape,kenapa masyarakat luar selalu salahkan anak-anak yang macam ni?? Kenapa dorang tak pernah salahkan mak bapak yang tak pandai jaga anak??!!

Different people has different ideas and thoughts.Same goes to me..

Monday, March 24, 2014

tunaikan amanah

Assalamualaikum,,

Where should u start.Mmmm...Always ade problem in writing post or stories.

Ok la,based on the tittle,hari ni aku dengan mak pergi tunaikan amanah mak tam iaitu pergi bagi zakat kat mak ngah.Ha,,this starting us not bad right?

But,before tu pergi shopping barang dapur kat tesco.Shopping barang dapur je pun,ambil masa sampai 3 jam.Before shopping barang dapur,pergi usha kasut dengan beg.Usha je pun,ambik masa 1 jam.Ni pukul berapa pulak nak gerak pergi rumah mak ngah?.Pukul 6 petang baru gerak.Dalam pukul 7 petang baru sampai.Mak sempat lagi kira duit yang nak bagi kat mak ngah 'biar lebih,jangan kurang.Nanti jenuh nak manjawab'. Itulah yang dipanggil menunaikan amanah orang.Continue...

Macam biasa la,memang tak sanggup nak masuk dalam rumah dia,so lepak luar rumah je la.Alhamdulillah anja (anak mak ngah) dapat 4As dalam SPM.Not bad.But not really sure subject apa yang dia dapat A.Dia cakap nak sambung form 6.Aku tahu kenapa dia nak sambung form 6.Masalah duit.Dia tak nak bebankan mak dia.

Lepas azan maghrib,kami pun nak angkat kaki.Ni part yang paling berat ni,nak salam mak ngah ke tak nak salam.Kalau tak salam,nanti kata aku ni kurang hajor pulak.Ahhh,,pejam mata je la.

Dalam perjalanan aku duk rancak cerita pasal mak ngah + anja + man(anak angkat mak ngah).Family mak ngah ni complicated sikit.Mak ngah suka jadi hamba kepada anak-anak angkat dia ni.Dah kena bomoh kot mak ngah ni.Hamboi mulut aku takde insurans.

Destinasi kedua adalah gerai capati pak akob.Ramai pulak pak aji yang lepak kat sini.Juadah special kat sini of course la its capati + kuah sardin!!! Itu side order je.Aku order mee bandung + teh ais + air kosong and mak pulak order mee hailam + fresh orange.Rasa not bad sebab standard warung.Guest what,total semua sekali RM 10 je.

Ok,destinasi ketiga adalah rumah la.means that end of my story.


Sunday, March 23, 2014

Ouchh - Gigi geraham bongsu

Assalamualaikum,,

Dah dekat seminggu gigi aku sakit.Nak gigit makanan pun payah.Aku ade jugak makan ubat tahan sakit dengan ubat bengkak urat.Tapi masih tak menjadi.Aku mula rasa marah sebab gigi aku ni sakit sangat.Perasaan berkobar-kobar nak cabut gigi dah ada dalam diri aku ni.Actually dah lama aku nak cabut gigi ni,tapi emosi aku yang tak mengizinkan

Aku mula google pasal gigi geraham bongsu ni dan pencarian pun bermula.Maka bermacam-macam jenis blog pasal gigi mula keluar.Aku gagahkan diri untuk baca experience orang dah pernah cabut gigi ni.Fuhhh,ada pengalaman yang menakutkan dan mengerikan.Ade jugak yang kelakar.Ade yang cakap kalau tak nak sakit sangat boleh pergi swasta,tapi mahal kot.Bil boleh mencecah hampir Rm800 - RM900!!! Kalau nak murah boleh pergi klinik kerajaan.Tapi sakit la.Alah,sebenarnya sama je swasta atau kerajaan.Yang penting jiwa kena kental dan berani.

Based on experience (not mine), ada yang cakap kena admit kat wad sampai 2 hari.Ada yang tak payah kena admit.Ada yang kena bius sampai pengsan.Ada yang kena bius area mulut je.Part kena bius area mulut sahaja ni yang menakutkan.Ops lupa,ade yang kena cabut 4 gigi serentak!!!whatttt 4 gigi serentak.Aku mula berpeluh baca pengalaman blogers ni.Setiap blogger ade different experience.

My mom pun cakap sakit masa nak cabut gigi sebab doktor akan suntik gusi.Arghhhh takutnya.Baru cucuk nak ambik darah pun aku dah menangis.Macam mana nak cucuk gusi ni.Konfem sakit gila kan??!!!

Aku ada baca artikel pasal gigi kat Wikipedia.Lepas cabut gigi,kita kena jaga keadaan mulut sebab takut ade infection.Ade yang akan bernanah dan bleeding akan berlaku selama satu hari.Secara tak langsung,ia mula melunturkan semangat aku..Maybe next time kot.



last but not least,a few blog pasal gigi geraham bongsu.









Saturday, March 22, 2014

kenduri kesyukuran


Assalamualaikum,,

Nothing special about this entry.Just wanna share some pictures during kenduri kesyukuran last weekend.
I dont know why atuk was rushing doing this kenduri kesyukuran.
She said because abah already recovered, then she want do all this.Its up to her because she is using her own money.As long as using her own money,we all agree with her.Huahuahaua..(do i care).

Enjoy my cute picture with my adorable cousins




























Sunday, March 16, 2014

Pemergian Yang Tak Akan Kembali

Assalamualaikum,

Innalillahiwainnailaihirojiun, "sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kita semua akan berpulang kepadanya...

Khamis malam,kami sepakat nak balik Penang sebab nak tengok keadaan makcik aku yang sedang sakit tenat.Allahuakhbar,,

Perjalanan kami malam tu berjalan dengan lancar.We have decided nak naik jambatan kedua.Panjang and jalan tak jammed.Tak nampak pun panorama sekeliling jambatan kedua sebab malam kan,of course gelap gulita.Then kitorang direct pergi my aunty.But unfortunately dorang semua dah tido.Then we decided pergi Balik Pulau.

Esok pagi kitorang pergi rumah makcik.Allahuakhbar sedihnya tengok makcik aku.Terbaring.Nafas die memang kuat.Macam ada kahak yang tersekat.Anak die ade cakap mak die macam dah tak kenal orang.Die cume kenal sesetengah orang.Alhamdulillah makcik aku kenal mak dengan abah.Tapi yang lawak mak cik aku boleh tak kenal kakak die,tapi abang ipar die kenal pulak.Selepas beberapa jam,kitorang pun balik.

Jumaat malam,apsal panas semacam ni.Nak tidur pon tak boleh.Keadaan hambar.Semua orang tido awal dan semua orang keletihan.Tapi tak tau kenapa.Tpat jam 1200 pagi,telefon mak memuntahkan lagu Akon.Ko jangan main-main..Rupanya makcik aku dah tak ade.Then kitorang kelam kabut pergi rumah makcik.Aku stay sana sampai pukul 4 pagi.Terlentok-lentok jugak la.

Jenazah dikebumikan hari sabtu selepas zohor.After all things done,baru tersedar pasal kehilangan MH370.Baru rase nakambik port.

Ahad malam baru kitorang gerak balik Perak.



Jambatan Ke Dua.Pic tak semengah.