Sunday, October 28, 2012

Si Dia..



Fuhh,dah masuk tahun yang ke-7.Pejam celik kejap je.Bak kate orang,kalau kawen,anak dah nak masuk 3.Aku pun tak sangka yang hubungan ni boleh bertahan selama nie.Mungkin sebab perbezaan umur kami kot.Ikhlas aku katakan yang aku adalah sangat panas baran,degil,suke melawan dan sebagainya.Tapi dia ni cool & relax.Banyak kenangan aku dengan die.Sebenarnye die pon tak sangka yang die boleh tahan dengan aku.Dia siap cakap entah-entah aku calit minyak dagu kat die.Eh,camne die tahu ek??!!! (just joking).


Aku ni buruk perangai sikit.Kadang-kadang aku saje je buat perangai nak bagi die mengamuk kat aku.Tapi die boleh buat tak tahu je.Lagi die buat tak tahu,lagi darah aku menyirap jek.Satu je perangai buruk die yang aku sedikit rimas,die ni cepat cemburu buta.Sepatutnye aku yang kene cemburu kat die,tapi terbalik plak.Aku ni kene risau sebab aku dengan die macam langit dengan bumi.Aku ni ibarat Shrek dan die ibarat prince charming (charming ke??!!!)Kan ke banyak perbezaan aku dengan die kan.


Di ni tak pandai nak buat surprise.Konon-konon nak bagi aku terkezut,tapi die suke kantoikan diri sendiri.Lagi satu aku ni suke paksa-memaksa die.kalau die tak bagitau,aku akan paksa sampai die cakap.Die plak dah malas nak dengar bebelan aku,maka die akan kantoikan diri sendiri la.


Kalau makan kat luar,die suke order macam-macam,pastu makan tak habis.Macam biase,aku yang telan semua makanan die.Sebab tu la badan aku sihat walafiat sampai jadi macam Shrek.Feveret air die adalah milo ais.Sumpah nak muntah.Rasenye memang pelik.Lagi satu,die tak suke minum ais.Semua ais die buang,takpun die campak dalam cawan aku.Aku memang hantu ais.Aku suka kunyah ais.Die bukan penggemar fast food.Ni adalah pengalaman aku tak boleh nak lupe dan tak boleh nak terima.Satu hari,aku beli Subway kat tesco area Setia Alam.Die duk tengok je aku makan,pastu die boleh cakap "ayu makan ape tu?Macam makanan anjing je". Pastu die boleh buat muke selamber je.Aku dah memang hangin,pastu rase nak termuntah pun ade.Tu la kali terakhir aku makan Subway.


Ada satu perkara yang aku sedikit terkilan dengan die.Die masih belum masuk meminang aku T_T...Aku tak nak jadi andalusia la weiii.Ikutkan hati,nak je aku cari orang lain.Tapi ade ke orang yang boleh tahan dengan perangai aku seperti mana die tahan dengan perangai aku? Kalau macam tu die adalah yang terbaik untuk aku.InsyaAllah....




thank u love





Saturday, October 27, 2012

Kisah aidil Adha 2012



Hari Khamis - Opis lengang dan kosong.Semua orang dah kalam kabut hambik cuti.Individu yang cutinya  dah abis pun tak ketinggalan nak bercuti.Tinggal la aku dan beberapa lagi orang engineer dan chemist yang masih lagi bekerja.Tetibe rase syahdu dah pilu menyelubingi hati apabila tak balik beraye di kampung (puiiii berangan nak balik kampung.Teringin nak keje jauh dari rumah dan nak rase kegembiraan balik kampung!!!!).Disebabkan sunyi dan takde orang,makanya aku pon melayan Adam & Hawa.Habis 10 episod.

Di kala menjelangnye waktu malam,abah ajak balik kampung kejap (katenye la kan.)..Pastu sempat plak aku beli sabun beras kat sepupu aku.Nak bantu die lakukan produk die.Ala 4 hinggit je.




set sabun beras


Hari Jumaat - Hari raya menjelang tiba.Tapi aku langsung takde perasaan nak raya sebab aku tak balik kampung (mengada-ngada).Dapi pagi sampai petang aku duk rumah je.Makan,tido and tengok tv.Baju rape pon aku tak sentuh.Sangat sedih weiiii!!!! Sampai la menjelang petang,abah ajak aku balik kampung.Follow je la kan.Kampung dengan rumah pun sekangkang kera je.Dalam 10 minit je pun,tu yang takde perasaan balik kampung tu.Dah la malam tadi baru balik kampung,so dah naik muak la kan.Adik beradik abah semua mulut kecoh.Boleh pening kalau dengar dorang cakap.

Makan,mmm..tak payah cerita la.Semua makanan aku telan.Dengan soto,nasi,lemang,kuih, semua aku belasah.So pagi ni aku tak lapar la.Malahan sengkak perut ade la.Petang ni ade kenduri,so ni la time aku nak pakai baju raye!!!!!


















Wednesday, October 24, 2012

Not in a good condition



Dah 2 hari pintu kereta aku rosak dan ini secara tidak langsung telah menyusahkan hidup aku.Keadaan ni mula disedari hari ahad yang lepas.Aku dah la tengah kelam kabut nak nak pergi kursus,dengan lambatnye, pintu kereta pulak buat hal,memang rase nak meroyan la kan.

Aku dah buat aduan kat En.Abah dan keadaan bertambah baik walaupun tak fully ok.At least pintu kereta dah boleh tutup,tapi aku terpaksa bukak pintu dari luar.Owh,memang sangat menyusah kan.Malam tadi abah berusaha nak jadi pomen pintu,tapi masih tak berhasil sebab kepakaran abah bukan repair pintu kereta.

Aku pun pasrah je la."Tak pe la ayu,asalkan ko ade transport nak pergi keje".Bersyukurlah wahai manusia.Dalam pukul sebelas lebih,aku dengan dikejutkan dengan panggilan AbEncik Abahxp. "kakyu,ko balik makan tak?.."Kenapa".."ko tak payah balik makan la,abah nak hantar kereta pergi kedai,nak betulkan pintu".."Ok,jap kakyu hantar kereta kat abah"..Dengan pantas,aku drive pergi tempat kerja abah.Jarak antara tempat kerja kami hanya 5 minit jek.Sangat dekat!!!!

45 minit kemudian,abah kol tanye nak makan ape??Hoyehhh!!!abah nak belikan aku makanan.Jawapannya adalah mee goreng mamak dan teh o ais limau!!!Selepas 15 minit,abah sampai.Wah pintu kereta dah kembali seperti biase.Sangat gembira!! "Abah,kena berape?".."10 ringgit je"..Kan senang hantar kat kedai,tak payah susah-susah nak buat sendiri.Abah siap buat alignment kereta lagi.Hari ni aku sangat eksited nak bukak pintu kereta je.Sangat mengada-ngada.Jangan rosak lagi dah la.