Sunday, January 29, 2012

Majlis Rumah Terbuka



Semalam telah berlangsung Majlis Rumah Terbuka Sempena Raya Cine di Sitiawan.Tak payah cakap la,orang memang ramai gile.Lebih 60 ribu orang ade kat sane.Aku pergi berdua je dengan Puan Emak.Malas nak bawak kereta,so suruh adik aku yang hantar.

Lepas round-round,aku dengan mak pergi tengok khemah yang dikatakan ade makanan.Orang dah beratur,tapi makanan langsung takde lagi.Kalau tengok keadaan semalam,aku rase macam peminta sedekah minta belas ikhsan orang sebab nak makan.Aku kesiankan orang yang datang dari jauh.Siap naik bas.Aku takpe la sebab rumah aku dekat je.

Macam-macam ragam manusia ade.Aku dengan mak tak makan pon sebab macam tak sanggup la tengok orang berebut-rebut.Sumpah tak sampai hati nak tengok.Makanan licin habis.Ganas gile orang perak ni.Bau tak payah nak cakap.Bau kari paling banyak.






Keadaan paling menakutkan time najib dah sampai.Manusia belakang aku macam kene rasuk.Apelagi,aku dengan mak terus lari pergi tempat lain,iaitu pergi tempat yang lebih lapang.











Last-last aku dengan mak lari pergi padang sebelah.Kat padang sebelah pon ramai gak orang bersantai.Mungkin tak tahan sebab ramai orang.Best jugak lepak kat padang tu sebab banyak aktiviti.Sejuk je.














Korang nampak tak RELA yang pakai baju hijau tu dalam gambar kat atas.Ni adalah RELA yang gile.Die boleh marah semua orang yang ambik gambar kat helikopter tu.Memang psycho.Nak tergelak tengok manusia tu.Pilot yang bawak benda alah tu pon boleh relax jek.Pilot tu siap isap-isap rokok lagi.Macam takde pape je.RELA tu pulak lebih-lebih.What a shame.








No comments:

Post a Comment