Sunday, September 4, 2016

Kabali - 2016

Assalamualaikum,,

Aduh,sangat lama tak hapdate wayang gambar. Aku memang peminat Rajnikanth. Bla dapat tahu pasal Kabali, terus tergedi-gedik nak tengok. Bila kawan India ajak pergi tengok show, terus jadi macam monyet. Gila tak nak ikut!!! Paling best aku tengok on first day cerita tu release. Jakun dan bangga sekejap. A few je malay yang tengok cerita ni.

Review
Jalan cerita menarik. Beginning je semua bulu-bulu dah tegak sebab macam ada suatu semangat.Hahaha.. ayat macam bangang.

Ok, ni cerita pasal gangster yang baik. Tapi kena tangkap, then family kena bunuh. Keluar je penjara, semua orang rasa tergugat sebab Kabali is back. Isteri dia mati dan paling best isteri dia mengandung. Ko rase??Kabali ingat anak dia pun mati jugak dalam perut. Tapi anak dia hidup. Anak dia pun jadi gangster dan anak dia cool gila sebab anak dia perempuan dan gangster yang cantik.

Anak dia telah diupah untuk membunuh bapak dia sendiri dan dia tak tahu pun yang dia nak bunuh bapak dia. Tapi at last dia tahu jugak Kabali tu bapak dia. Masa tu berlaku kes tembak menembak. Dan lagi satu, Kabali pun dapat tahu yang isteri dia masih hidup!!. Tapi isteri dia macam gila dan hilang ingatan. Ok gila sikit je. Masa part Kabali pergi cari isteri dia kat India dan masa scene mereka berjumpa balik, aku menangis siot.What!! MENANGIS.

Cerita ni banyak action. Kalau Rajnikanth berlakon, sound effect haruslah power. Even time dia pijak pasir pun, sound time tu memang gempak.hahaha..

Tapi, ada satu benda aku tak berapa setuju.Cerita ni ada races sikit la, between, Indian and Chinese. Macam takut pulak bila ko dalam panggung wayang dan ko adalah kaum minoriti dalam panggung wayang tu.

Ok la,tu je serba sedikit pasal KABALI. 










Perut masuk angin

Assalamualaikum,,

Minggu ini adalah minggu yang perit untuk aku. Kenapa? Kerana aku keracunan makanan. Mmm sebenarnya aku pun tak pasti. Tapi aku rasa perut aku masuk angin sebab salah makan. Setakat ni, perut aku memang alah dengan kacang panjang. Tapi kali ni macam pelik sikit sebab takkan dalam kuah yong tau fu ada letak kacang panjang.

Aku pun tak pasti. Sebabnya pagi tu aku makan nasik lemak dengan yong tau fu je. Lepas tu terus perut rasa tak best. Lembik aku dibuatnya. Dengan cirit-birit siap. Nak makan pun rasa takut. Asyik nak terkincit je. Cirit air pulak tu. Rasa loya. Bila muntah, tak keluar apa-apa. Bila nak tido, badan rasa tak selesa. Macam ada benda yang menyucuk belakang badan. Siap mimpi-mimpi lagi.

Ni perut dah macam ok.Cuma nak makan tu rasa takut-takut.Tapi macam rasa badan dah susut sikit. 




selfie dalam jamban