Sunday, March 8, 2015

Suamiku Encik Perfect 10

Assalamualaikum,,

Tengok tajuk je dah "cite melayu mesti sama je". Tak kira la Aaron Aziz ke, Lisa Surihani ke. Serius langsung tak ada keinginan nak tengok cerita ini. Tapi one day, officemate bagitahu "best gile cite baru yang aaron berlakon.!!".

Terus zapp google tajuk movie. Terus tengok on9. Even on dat day kerja yang tertangguh memang banyak ssaangatt!! But dont care sebab nak sangat tengok tu. Starting je perghhh,, best siott!! So memang tak rugi aku spend time tengok cerita ni.

Swetness overload hokey. Very very recomended sangat. Dan untuk sesiapa yang suka verangan nak dapat suami macam ni (dalam mimpi je la) boleh la tengok cerita ni. Bila tengok cerita ni, perasaan suka, marah dan menyampah akan muncul secara tiba-tiba.


Summary




Pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen telah memutikkan perasaan lain pula di antara mereka. Perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata dan kadang kala membuatkan masing-masing keliru. 


Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula cinta Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. 


Azura Hanim, seorang model dan juga tunangan Zarief Danial selama tiga tahun menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. Azura yang selama ini gemar mengelak dari berbicara tentang perkahwinan tiba-tiba sahaja meminta untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan mereka. Zarief Danial akhirnya mengambil keputusan drastik dengan memutuskan pertunangannya bersama Azura demi cintanya terhadap Aleeya Azmeen. 


Aleeya Azmeen menjadi keliru tetapi mengakui Zarief Danial mempunyai ciri-ciri lelaki ‘perfect 10’ yang diidaminya selama ini. Namun, Aleeya perlu memilih di antara tanggungjawabnya terhadap Syed Muzaffar ataupun cintanya pada Zarief Danial. 


Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang diharapkan selama ini? 








Friday, March 6, 2015

Boat Noodle EH?

Assalamualaikum,,


Sebelum ni aku ade tengok fren2 aku post picture mangkuk yang bertingkat-tingkat dekat insta. Ish diorang ni melantak ape la sampai bertingkat-tingkat mangkuk? Aku pun memulakan research selama beberapa jam, rupanya mereka ni makan kat Boat Noodle. Time tu ade la perasaan ingin mencuba, tapi tengok location semua dekat area KL. Ok, perasan nak makan kat situ semakin pudar sebab aku tak tau jalan kat KL.

One day, aku pergi dating kat Klang Parade (dah bertukar wajah ), aku nampak Boat Noodle!!! wah, terus rasa excited nak makan. Tapi kan memang ramai orang!! So terus tak jadi nak makan sebab malas nak tunggu.

Other day, aku pergi lagi Klang Parade dan memang tujuan pergi sana nak makan mee yang bertingkat-tingkat. Pagi pagi buta dah tercongok kat situ. And the answer is yes!! Orang tak ramai.

Meh sini nak explain pasal Boat Noodle. Harga semangkuk RM1.90. Korang boleh order berapa mangkuk korang nak, even satu mangkuk pun boleh. Kandungan mee dalam mangkuk tu adalah sangat sikit. 1/ 2 suap je. Dats it.


Menu





Perbezaan antara Ayutthaya & Pathumthani





Boat Noodle Klang Parade.





Cha-Yen (Thai Iced Tea) 
Ice Blended Thai Coffe (lupa nak snap picture)






4 mangkuk je





cuba kira berapa mangkuk




Ni antara menu yang ada kat sini. Yang paling recommended opkos la mee tingkat-tingkat. Korang boleh pilih either Ayutthaya (tak pedas) or Pathumthani (pedas). Aku suka yang pedas sebab rasa lebih ummpphhh. Tapi depends sapa yang tak suka pedas, boleh choose Ayutthaya. 

Kitorang makan 8 mangkuk je sebab sebelum datang sini dah breakfast siap-siap. Hahaha..So lepas ni aku dah boleh berlagak sebab aku dah makan kat sini. 


Boat Noodle
Lot5F-07, 5th Floor,
Klang Parade, No 2112, KM 2,
Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor

Khob Ku Krap