Sunday, February 22, 2015

life as a single mother

assalamyalaikum,,

tajuk nak kontrobesi je kan. actually aku ni single mother untuk 2 ekor kucing. kesian diorang sebab tak kenal sapa mak bapak.

based on the topic, life as a single women, actually im confortable with it. i can do whatever i like but i still know my limit as as daughter. some people asked me 'when im gonna get married?' . what!!! sometimes feel like want to carut. its life.but my abah cakap if people ask u when u want to get kawen, just say 'bulan 12 kawen la'. simple as that. luckily my parents not pushing me. relax je kan. eh dah lari topolic lagi.

ok ok, lets start.

weekday ( monday - friday)
- bangun pukul 8 pagi sebab nak siap2 pergi kerja. kalau baju tak iron lagi, aku akan bangun awal sikit. tapi kalau malas bak iron baju, main tarik je baju yang tak memerlukan untuk diiron.
- kalau mak tak buat breakfast, aku akan merayau dulu cari makanan. sekarang aku wajib makan tume pagi, kalau tak aku akak diserang gastrik yang boleh menyebabkan aku akan muntah / cirit-birit.
- time lunch, wajib balik rumah sebab mak masak.jimat duit.tapi kadang2 ada jugak makan luar dengan officemate.
-petang balik rumah, lepak depan tv dulu.
-malam bersiap pergi buat part time.part time setiap hari isnin-khamis.balik dari buat part time, lepak depan tv. tengok tv sampai mengantuk, then masuk tido. kalau rajin, iron baju dulu. kalau malas, tido terus tido.

weekend (sabtu, ahad & cuti umum)
-wajib bangun awal sebab dah terbiasa. then keluar cari breakfast. then bukak tv3 tengok cite katun sampai tertido (rumah tak ada astro).
-lepas lunch, main dengan kucing. lepas tu spend time dalam bilik. tak buat apa pun. baring sambil pikir apa la nak jadi dengan aku ni. dah puas fikir, keluar bilik, main dengan kucing.
-petang pun sama macam aktiviti tengahari. tengok tv. aku ni tak ramai kawan yang duduk area rumah sebab abah navy, so selalu pindah rumah & sekolah. bile dah masuk sekolah menengah, aku duduk asrama.
-malam pun ulang aktiviti yang sama.

ini la life aku setiap hari. one more thing, aku ni pantang diajak berjalan. konfem ok je. kalau tak ada orang ajak, duduk rumah je la.


sapa tak paham sapa??

Assalamualaikum,,

Tengah malam buta macam ni tetibe dengar suara budak menangis. Hihihi ( bunyi suara hantu tetek)..
Saje je nak buat suspen memalam macam ni. Tak syak lagi, itu adalah suara anak jiran aku. Kat row rumah aku, dia ni je yang ada baby yang baru lahir.

Bukan nak mengata, tapi nak bercerita untuk teladan dan tauladan bersama. Si suami bernama A dan si isteri bernama B. Mereka suami isteri menumpang di rumah mak A (jiran aku). Mak A punya la bengang dengan A ni, sampaikan mak dia tak tahan duduk serumah dengan mereka anak beranak dan lari duduk dengan anak perempuannya. 

Bagi aku, A ni tak ada otak ataupun otak dia letak lat lutut atau tercicir, begitu juga si B 2x5 (maaf ayat aku kasar). B baru beranak anak ke-8. Memang murah rezeki sebab dikurniakan anak yang ramai, tapi bodoh sebab tak pandai jaga anak. Anak dibiarkan merata. Owh terlupa pulak, A ni dah la miskin sebab dia ni malas nak kerja, dan dia boleh suruh anak-anak dia mintak duit dekat jiran tetangga. Bukan nak salahkan anak, tapi nak salahkan mak bapak yang bodoh. Pandai buat anak je, jaga anak tak nak.

Sebelum terlupa, A ni ada 2 orang bini. Kuat nafsu betul dan bodoh betul bini no 2 dia tu sebab bernafsu nak berlakikan jantan yang pemalas dan busuk tu. Disebabkan perangai bodoh sombong dia tu, memang semua jiran tak suka family diorang ni. 

Kalau ikutkan cara, boleh je jiran-jiran nak tolong kalau dia ni rajin bekerja, pembersih, pandai jaga anak, tapi disebabkan perangai dia bertentangan dengan cara kehidupan manusia normal, maaflah sebab tiada seorang manusia pun nak bersimpati dengan keluarga dia yang susah ni.

1. Bil air tak bayar sampai orang LAP potong meter rumah dia. Dia boleh curi air dengan pasang paip getah. Pergh teruk gila kan. Dia boleh hidup dengan keadaan rumah tak ada sambungan air dengan sempurna.

2. Dia boleh tinggalkan anak-anak die yang 7 orang tu dekat rumah dan dia laki bini berjalan sakan. Dah la semua anak kecik-kecik. Dia dengan bini dia berjalan dari pagi sampai malam baru balik. Anak-anak kat rumah kebulur tak makan. Laki bini ni boleh sedap melantak makan kat luar sebab aku pernah terserempak dengan 2 ekor ni makan sizzling kat Tesco. Anak-anak kutip makanan dalam tong sampah.

3. Dia boleh kawen lain, sedangkan hidup dia tak sempurna. Makan pakai pun tak cukup. Paling best, madu boleh duduk serumah. Hahahaha

4. Anak dia boleh berak merata dalam rumah, berak tak basuh. Bayangkan najis anak selamber buang dalam tong sampah. Ni la rupa seteruk-teruk manusia. 

5. Laki bini bau busuk. Lalu pulak nak hadap sampai boleh beranak pinak. Anak-anak pun busuk sampaikan budak-budak yang duduk kat kejiranan ni tak nak kawan dengan anak diorang ni.

6. Bini pertama baru beranak. Boleh dia suruh anak die yang umo 8 tahun tanamkan uri adik yang baru lahir. MasyaAllah seteruk-teruk bapak. 

7. Anak-anak sampai meminta-minta nak makan. Bukan tak nak tolong, tapi mak bapak tak guna

8. Anak-anak mengamuk nak pergi sekolah, tapi sang bapa boleh belasah anak sebab anak nak pergi sekolah. Sang bapa tak bagi anak pergi sekolah.

9. Keluarga sendiri pun tak ambil berat, apatah lagi orang luar yang jijik tengok perangai mereka laki bini. 

10. Nak bagi pakai makan anak tak ada duit, tapi nak hisap rokok dengan nak isi minyak kereta boleh pulak.

11. Baju tak pernah basuh. Baju busuk main campak-campak je, pastu rotate pakai balik baju busuk tu. Satu family boleh pakai baju yang sama sampai 3 hari. Bau jangan cakap la. 

12. Bayangkan la macam mana si B ni jaga anak yang baru lahir tu. Dengan air tak ada, macam mana la kebersihan time pantang. Ish, tak mampu nak pikir.

Boleh nilai apa jenis mak bapak macam ni. Rasa macam nak sepak tumbuk laki bini macam ni. Hidup berlandaskan nafsu semata-mata. Agaknya si A ni nak anak-anak dia mewarisi perangai bodoh dan pemalas dia ni. Orang lain pun miskin jugak, tapi tak ada la perangai buruk macam ni. Lagi miskin lagi rajin bekerja sebab ada rasa tanggungjawab. Ni lagi miskin lagi pemalas nak kerja. Aku yang bujang ni pun rajin kerja sampai buat part time. Ni yang banyak tunggungan pun malas nak kerja.

Geram punye pasal sebab aku dengar bunyi budak kecik tu nangis melalak, tu yang aku tulis post ni. Entah-entak budak kecik tu lapar ke, kena gigit semut ke, kena pijak ke, tak ada siapa yang tahu melainkan family tu sendiri. Budak kecik tu tak bersalah. Kesian dia sebab ada mak bapak tak guna macam tu.





Friday, February 20, 2015

kilang tutup

Assalamualaikum,,

Ape?!!kilang tutup?!!!tutup bukan bermaksud muflis, tapi tutup semunggu sebab CNY w/pun kat kilang tu langsung tiada pekerja cina. best kan?!!. tapi w/pun cuti seminggu aku kena keje jugak selasa lepas sebab ade kerja yang perlu disiapkan. nama pun best worker, so haruslah rajin.

seminggu cuti, langsung takde plan nak pergi holiday. tapi bila time kerja, time tu la ko sibuk nak pergi holiday sana sini kan. CNY bukan time yang sesuai nak berjalan sebab konpem jem. its better for you to stay at home & enjoy your one week holiday. and its time for me to spend the whole week with my kitty mitty. baru lah your pet can fully recognized u as their master kan. ni tak, kejap ade kejap hilang. just like chipsmore.

anyway, happy chinese new year and please eat limau mandarin banyak-banyak sebab during cny limau is so cheap!!!!