Hari ni aku nak share sikit pasal member-member rapat yang telah menceriakan hidup aku.Boleh dikatakan mereka ini adalah sahabat susah dan senang.Bukan senang nak cari kawan-kawan macam ni.Memang tak dinafikan kadang-kadang akan ada perbalahan,tapi tu biasa lah.Kalau tak pernah bergaduh,tu bukan kawan baik.Tapi tu kawan yang poyo.
Aku jumpe kawan susah senang time belajar kat MRSM dan UiTM.Masa aku budak-budak dulu semua orang duk sibuk and poyo cakap pasal kawan baik.Sumpah aku memang tak de kawan baik.Macam poyo je kan.Nak pergi mana-mana nak berkepit jek.Pastu nak buat geng.Memang poyo la kan.Aik ter'emo' la pulak..
Aku ni susah sikit nak mesra and nak cari kawan baru.Tambah-tambah pulak dengan keadaan muka aku yang poyo ni.Lagi nak orang tak nak dekat dengan aku.Aku ni memang suka buat muka nak mintak penampor jepun.
muka suci kami bertiga |
sila abaikan muka aku yang berminyak tuh |
tiga sekawan |
Alhamdulillah,akhirnya penat jerih kami bertiga terbalas.Kami dah dapat segulung Diploma.Thanx wa & umi.Tanpa korang,aku akan jadi kera sumbang.Terima kasih sebab berkawan dengan aku.Korang dah banyak tolong aku time aku susah.Semoga hubungan persahabatan kita ni akan berkekalan.InsyaAllah..
menyorok belakang orang kurus |
Fasa diploma aku dah tinggalkan.Ni pulak adalah fasa time degree dekat Shah Alam.Aku ni sebenarnye ambik degree kat Uitm Melaka.Wa dengan Umi dapat UiTM Shah Alam.Maka kami telah terpisah.Aku dengan wawa ambi kos yang sama & Umi ambik kos lain.Aku stay kat Melaka 2 semester jek.Sumpah memang aku stress time kat Melaka.Bukan stress dengan studies,tapi stress dengan kawan-kawan.Disebabkan aku ni boleh dikatakan mempunyai hati kering,maka aku telah ambil satu tindakan yang drastik.Aku ambil keputusan untuk pindah ke Shah Alam.Haa,,aku pon tak sangka yang aku boleh buat macam tu.Hebat kan aku??!!
Permohonan aku telah berjaya!!!Dengan rasminya aku telah manjadi pelajar UiTM Shah Alam.Merasa jugak la aku study & merasa environment kat sana.terima kasih sekali lagi kat wawa.Kat sana aku berkepit jek dengan dia.Dia banyak tolong aku.Thanx wa...
diner last sem kat UiTM Shah Alam |
MRSM Balik Pulau |
Ini pulak kawan aka roomate aku tme kat Balik Pulau.Sehingga sekarang kami masih berhubung.Dah 12 tahun kami kenal.Sedikit kagum sebab sampai sekarang kami masih berkawan baik.Die ni jugaklah la kawan travelling aku.Sebenarnye time sekolah aku takde la rapat sangat dengan die ni.Gitu-gitu jek,even die ni roomate aku.Oppss,sorry shairah.
Diner form 5 |
Persahabatan kami kembali terjalin bile dah habis studies dan ketika berada di alam pekerjaan.Mungkin time study dulu semua sibuk kot!!! Kami semakin rapat masa tahun 2011.Time tu kitorang plan nak pergi India sebab nak lawat member aku yang tudung merah ni (please refer picture di atas). Akmar ambik medic sebab antara kami ber4,die ni yang paling hardcore pandai.Time makan pon nak bace buku.Time tu rase nak tumbuk je perut minah ni.Sangat jahat aku ni.
Kami bertiga di India |
Kepada wawa,umi,wan dan shairah,aku harap hubungan persahabatan kita ini akan kekal.Sayang korang semua.Sebab korang la aku kenal dan tahu apa erti kawan baik.Walaupun kadang-kadang kita gaduh-gaduh manja,aku tetap sayangkan korang..
Ok la,sampai sini je entry aku pasal my BFF.Semoga kita bertemu lagi di lain entry..