Sunday, June 30, 2013

persediaan sebelum ramadhan

semalam mak ajak aku pergi menjengah mak ngah.dah lame tak pergi tengok die.pak ngah pulak dah 5 tahun meninggal.pak ngah merangkap abang kepada mak aku.pak ngah ade sorang anak kandung + 2 orang anak angkat lelaki yang tak berapa nak berguna.kesian anja (anak kandung pak ngah).sekarang anja dah form 5.aku tau die tertekan dengan kehidupan die.

tujuan penulisan aku bukan nak memburukkan sesiapa.tapi cuma nak berkongsi cerita kehidupan.

ade sesuatu yang pelik tentang mak ngah.dulunya boleh dikatakan keluarga pak ngah adalah keluarga yang berada.tapi sebab turutkan sangat kata mak ngah,pak ngah sampai terduduk sebab duit banyak habis untuk mak ngah.pak ngah sanggup berhijrah ke perak atas desakan mak ngah.time tu la bermula kehidupan baru.

musibah demi musibah asyik menimpa keluarga pak ngah.duit pulak menjadi masalah utama.pak ngah pulak dah tak boleh nak kerja sebab masalah kesihatan.Allah lebih sayangkan pak ngah.pak ngah meninggal sebab penyakit bengkak hati.

maka makin lebih susah lah kehidupan mak ngah.mak ngah ni tak pernah masak.asyik beli makanan kt luar je.sebab tu duit asyik tak cukup.tapi paling tak berkenan satu je.die ni langsung tak tau nak menjaga kebersihan.sangat2 teruk.bayangkan pinggan boleh dibiarkan kt singki sampai berkulat.macam mana pak ngah boleh tahan hidup dengan mak ngah.mak cakap pak ngah seorang yang sangat kemas dan pembersih.entah la.speechless dah ni.

banyak plak membebel.hihi..semalam kitorang pergi bagi barang dapur.kan tak lama lagi nak puasa.sekurang kurangnya diorang boleh jimat duit.barang dapur dah tak payah beli.bukan ape,mak cuma kesiankan anja.kebetulan semalam anja tak de kat rumah sebab die ade camping sekolah.dah la mak ngah ni bukan pembersih,pastu die boleh bela kucing sampai 10 ekor.kalau seekor boleh tahan lagi kot.masuk je rumah,bau tahi + hancing dah menusuk2 hidung.sumpah geli.aku dengan mak dah berpandang-pandangan.huh teruk betul kan.pening kepala sampai rase nak muntah.lepas sejam meluangkan masa,aku ajak mak balik.dah tak boleh tahan dah.

sabar la anja.InsyaAllah kehidupan mu akan berubah satu hari nanti

.

Saturday, June 29, 2013

Jerebu oh Jerebu

beberapa hari lepas beberapa buah negeri di malaysia telah dilanda jerebu.at first aku x kisah pon.kat tempat aku ok jek.aku x rase pon jerebu ni boleh mengganggu gugat kesihatan aku.sangat arrogant kan.

hari isnin hari tu time aku nk pergi keje aku rase macam kelabu je mate aku.alamak mata aku makin teruk ke?lama kelamaan baru sedar yang ni adalah jerebu.sebab tu pandangan kabur.time tu rase ok lagi.dah sampai kat opis baru terase macam sakit tekak and macam tak selesa nak bernafas.OMG baru sedar betapa bahayanya jerebu.at the same time rase macam berada di alam bunian gitu.berasap gitu.eksited plak sebab jerebu.

kemuncak paling teruk time hari selasa.ipu mencatatkan 333.ni dah tahap hazardous.time ni baru rase haza oh haze,please go away...

ops ni first time blogging gune phone.more easier.sambil baring pon boleh.now everything is on ur fingers.