Assalamualaikum,,
- Tujuan - shopping
- Tiket + hotel Rm300++ (serius murah)
- Naik Air Asia
- Date travel - 1/2/20 - 4/2/20 (covid baru nak start)
- Individu - Ayu, Zati & Shairah
- Destinantion - Tanah Abang, Thamrin City, Pasar Mayestik, Tugu Monas, Taman Mini Indonesia Indah & Salima Mall
1/2/2020 (Sat) - Day 1
Flight kami pukul 2.30 petang. So aku gerak dari Manjung pukul 6 pagi. Kami park kereta kat Salak Tinggi. Parking Fee sehari Rm7, so 4 hari RM28.
Owh ya, masa nak pergi Jakarta ni,aku baru lepas baik demam. So simptom2 masih ada seperti batuk. Seram kot, takut tak lepas imigresen sebab time ni Covid baru tengah nak start. So kitorang semua pakai face mask. Masa ni keadaan masih terkawal.
Flight ke Jakarta hanya ambil masa 2 jam je. So apalagi, tido la. Flight pun penuh. Kat Jakarta ni aku tak perlukan khidmat supir sebab Grab banyak giler woiiii!!!. Fee jangan cakap la, memang murah. So dari Airport Jakarta, kami naik gran untuk ke Tanah Abang. Perjalanan lebih kurang 45 minit macam tu. Kat Jakarta ni, Sabtu - Ahad, tak macet (jammed) sebab orang Jakarta turun Bandung.
Kami stay kat Simply Comfy Hotel.
Waktu petang kami pergi ronda2 kat Thamrin City (mall). Saje nak cuci mata. Kami ambik grab je. Hotel kami sebelah mart, so senang kami nak beli kudap2 ke ape ke (mart ni macam 7e)
|
nak tunggu tarin nak pergi KLIA2
|
|
my partner in crime
|
2/2/2020 (Sun) - Day 2
Kami breakfast di hotel je. Walaupun makanan yang disediakan tak semewah hotel 5 Bintang, tapi alhamdulillah kenyang. Pagi tu kami pergi Tanah Abang. Memang macam GM Klang, tapi lagi dasyat. Kami jalan2 je sebab time tu tak banyak kedai yang bukak. Then kami ambik grab pergi Pasar Mayestik (mall). Tak payah datang sini pun takpe sebab tak ada pape pun. Then kami ronda di kawasan sekitar. mengikut kata pemandu Grab, bukan Feb adalah musim hujan. Memang sepanjang kat sana, hujan je. Kami naik bas nak pergi Tugu Monas. Gigih gile kan. Hahaha. Pastu kami pergi Museum Bank.bayaran 5ribu rp. Dalam muzeum ni tak ada apa pun. Macam office zaman lama je. Pengunjung ada la kurang 10 orang.
Then kami ambik grab sebab kalau nak balik ambik bas, kami kena beli pass. Macam pelik sebab masa nak pergi, ok je bayar pakai cash. Kami nak pergi Tugu Monas, then pakcik grab cakap kat situ tak ada pape pon. Tapi die bawak kami lalu depan Tugu monas je. Aku tengok dari dalam kereta pun macam azab je tempat tu. Dah la hangat lit lit. Then uncle tu bawak kami pergi Taman Mini Indah Indonesia. Nak masuk kena bayar 25ribu rp. Besar nak mampos taman mini ni. Kami naik kereapi yang macam dalam zoo tu. Bayar 10ribu rp. Then kami pergi makan A&W kat mall mana ntah. Aku ta hingat nama mall tu. Dari Taman Mini nak ke mall tu, kami naik van. 1 kepala bayar 5ribu rp. Dari mall nak balik Tanah Abang, kami balik naik grab.
|
museum bank |
|
belakang tu replika tugu monas |
|
dalam van |
|
best ais krim alpukat |
3/2/2020 (mon) - Day 3
So hari ni memang hari untuk shopping. Aku tak shopping banyak pun sebab aku teman orang je. Ke hulu ke hilir, ulang pergi kedai yang sama sampai 2 ke 3 kali. Aku pun tak sure mana kitorang dapat tenaga ni.
Waktu malam, kitorang keluar jalan-jalan. Pastu masuk Salima Mall. Fuhh tempat ni macam segan hidup mati tak mahu. malam tu kami rehatkan badan je sebab esok dah nak balik, then sebelum balik nak kena repeat masuk Tanah Abang lagi. Hotel kami dekat je dengan Tanah Abang. So memang keje kami ulang alik pergi sana je.
|
kain cotton batik indon |
4/4/2020 (Tue) - Day 4
Flight kami petang, so dari hotel kami ambil grab. Kami kena gerak awal sebab risau macet. So malam tu aku aku tido rumah member aku. Esok pagi baru gerak balik Manjung.