Assalamualaikum,
Short gateaway kali ni aku ke Singapore. Last masuk
Singapore 2012 kalau tak silap. itu pun masuk USS. Tapi kali ni aku stay kat
Singapore. Frankly speaking, Singapore ni biasa je. Hanya ada beberapa tempat
menarik untuk korang pergi. Stay 3 hari 2 malam pun dah cukup. Tak payah
lama-lama.
Day 1 - 7/11/19 - Khamis
Naik flight kt ipoh dan turunChangi Airport. At first apsal
airport ni macam sunyi je. Airport ni memang besar, tapi macam tak sibuk.
Rupanya Singapore ni ade 2 airport. Kalau nak pergi Jewel, kena ambik bas pergi
Jewel. Bas free jurrr. Ok before that, mase kat airport, kami beli simkad yg
harga SGD 16 dengan tourist pass harga SGD 25 untuk 3 hari. Tourist pass ni tak
payah return & bayar deposit. So korang boleh simpan ni kalua nak buat
kenang-kenangan. Jewel ni nama shopping mall kat Changi Airport yang besar tu.
Dalam ni ade air terjun yang turun dari bmbung. Smpah memang rare dana k memang
jakn tengok benda-benda macam ni.
Kat sini aku dengan Anis spend time dalam sejam jugak la.
Then kitorang decide nak pergi Sentosa Island. Korang boleh naik MRT atau bas.
Google je senang sebab public transport kat sini memang efficient nak MAM***.
Lagi satu, stesen MRT kat sini dalam mall. Bersambung-sambung. Korang boleh
gunakan tourist pass ni sebab unlimited for 3 days. Korang touch je. Cuma masa
nak masuk Sentosa Islang ni, kena naik monorail & kena bayar tiket SGD 4.
Kat sentosa Island ni ade USS, Aquaria, pastu ape benda ntah lagi. Masa aku
sampai,memang matahari atas kepala. Panas gile!!!. Disebabkan factor umur,
kitorang jalan sikit-sikit je dan selebihnya duduk melepak. So dalam petang
kitorang baru gerak check in hotel. Kitorang stay kat Mandarin Marina Hotel.
Lepas bersihkan diri, kitorang pergi Haji Lane pulak. Perut
lapar kot. Last makan masa dalam flight je. Kat Haji Lane, kitorang makan
Murtabak Zam-Zam yang femes tu. Dalam
masa yang sama aku order Nasi Goreng
Merah. Bila sampai, nasik tu memang merah, tapi rase macam nasi goring vegeeee
je. Perencah langsung tak hade. Murtabak harga SGD 5 & Nasi Goreng Merah SGD 5. Then kitorang pergi
jalan-jalan di kawasan sekitar. Sempat la beli sikit coklat. Dari Hj Lane nak
ke hotel, boleh je jalan kaki. Tapi memang lunyai la lepas tu.
|
Baju tersama kkaler la pulek |
|
Dalam airport ada hutan dengan air terjun. Jakun sekejap |
|
Sentosa Island |
|
Nasi Goreng Merah aka Nasi Vegie |
|
Murtabak Zam Zam |
Day 2 – 8/11/19 - Jumaat
Kami plan pergi Mustafa Mall. Mustafa Mll ni femes sebab
harga barang kat sini murah. Mall ni terletak kat kawasan Little India.
Bangunan kat sini pun macam bangunan lama. Kat Mall ni aku shopping coklat je
sebab ramai orang cakap coklat kat sini murah!!! Serius memang murah. Dari
Mustafa Mall, kami pergi ke Hj Lane lagi sekali. Kali ni kami pergi shopping
souvenir sikit. Ade satu cerita tak best pasal souvenir. Aku beli t-shirt untuk diri sendiri. After a few days baru terasa nak tengok baju tu sebab aku tak bukak pun packing baju tu. Bile bukak sekali saiz budak kecik!!!!! Aku tak tau nak nangis ke gelak. Ini untuk pengajaran sama-sama. Next time sila bukak packaging baju masa dalam kedai hokey. Untuk lunch kami makan dekat Restoran Maimunah. Aku makan
lontong. Sumpah sedap dan portion die pun banyak. Then tak tau nak buat ape,
kami pun decide balik hotel untuk berehat. Dalam tengahari macam tu kami keluar untuk pergi DNA bridge, Olympic Walk, Merlion. Olympic walk tu betul2 menyiksa jiwa raga sebab sumpah its a long way to Merlion. Orang cakap Merlion tu ade 9 ke 10. Cukup la aku dapat 1. Tak kuase nak cari lagi 8. Waktu malam baru kami keluar balik untuk
cari makan. Kami beli frozen food kat 7e jurr.. Sambil lepak tepi laut sambal makan.
Kebetulan malam tu macam ade showcase kumpulan indi. Kumpulan dari Indonesia.
Layan je la. Then kitorang pergi Marina Bay. Tengok pemandangan waktu malam.
Mmm… Macam boring. Lepas dah tak tau nak buat ape, kami jalan kaki balik hotel.
Tragedi tak diingini telah berlaku. Jari kaki aku melecet!!! Sumpah sakit woi.
Habis la aku, esok nak kena jalan kaki
lagi. Ok esok baru pikir.
|
Mustafa Centre (coklat murah yang tak berapa nak murah)
|
|
Haji Lane
|
|
the best Lontong |
|
cupcake mahal
|
|
Merlion |
|
layan showcase Indi
|
Day 3 – 9/11/19 - Sabtu
Pagi ni kitorang check out awal sebab aku dengan Anis naik
flight dari Senai, Johor ke Ipoh. Asmah pulak direct naik dari Changi Airport. Kitorang kena hadap
imigresen lagi. Berebut bas lagi. Hadap jem lagi. Dah la tunggu bas nak pergi
Johor berejam. Rasa nak mengamuk. Dah la dengan kaki melecet lagi. Jalan laju
sangat sampai x rase sakit. Dengan escalator kat imigresen Johor rosak. Dah
kena panjat tangga. Ok memang tragis. Ok rasa lega sikit sebab dapat kejar bas
nak per Senai on time. Atas bas, lembik uols, masa tu baru rasa sakit jari yang
melecet. Argghhh,, sumpah sakit. Sempat jugak aku lelap. Masa nak turun bas tu,
memang azab gile. Dengan kaki aku tiba-tiba bengkak!! Atas flight, aku sempat
la tido, dan kaki aku sumpah sakit dan kaki aku bengkak dengan teruknya. Adik aku
pick up aku. Berakhirlah percutian tragis aku ke Singapore.