Sunday, March 29, 2020

VIETNAM - CANCELLED

Assalamualaikum,,

Supposed, 18/3/2020 - 21/3/2020, aku akan ke Vietnam.  
But we need to cancelled it due to Covid-19. 
Very bad huh,


Tak pe, maybe next time. 
Tapi rase macam nak merajuk je. 
Macam dah tak nak pergi HCM lagi. 
Trust me  

JAKARTA, INDONESIA

Assalamualaikum,,

  • Tujuan - shopping
  • Tiket + hotel Rm300++ (serius murah)
  • Naik Air Asia
  • Date travel - 1/2/20 - 4/2/20 (covid baru nak start) 
  • Individu - Ayu, Zati & Shairah
  • Destinantion - Tanah Abang, Thamrin City, Pasar Mayestik, Tugu Monas, Taman Mini Indonesia Indah & Salima Mall
1/2/2020 (Sat) - Day 1


Flight kami pukul 2.30  petang. So aku gerak dari Manjung pukul 6 pagi. Kami park kereta kat Salak Tinggi. Parking Fee sehari Rm7, so 4 hari RM28.

Owh ya, masa nak pergi Jakarta ni,aku baru lepas baik demam. So simptom2 masih ada seperti batuk. Seram kot, takut tak lepas imigresen sebab time ni Covid baru tengah nak start. So kitorang semua pakai face mask. Masa ni keadaan masih terkawal.

Flight ke Jakarta hanya ambil masa 2 jam je. So apalagi, tido la. Flight pun penuh. Kat Jakarta ni aku tak perlukan khidmat supir sebab Grab banyak giler woiiii!!!. Fee jangan cakap la, memang murah. So dari Airport Jakarta, kami naik gran untuk ke Tanah Abang. Perjalanan lebih kurang 45 minit macam tu. Kat Jakarta ni, Sabtu - Ahad, tak macet (jammed) sebab orang Jakarta turun Bandung.
Kami stay kat Simply Comfy Hotel.

Waktu petang kami pergi ronda2 kat Thamrin City (mall). Saje nak cuci mata. Kami ambik grab je. Hotel kami sebelah mart, so senang kami nak beli kudap2 ke ape ke (mart ni macam 7e)


nak tunggu tarin nak pergi KLIA2

 
my partner in crime


2/2/2020 (Sun) - Day 2

Kami breakfast di hotel je. Walaupun makanan yang disediakan tak semewah hotel 5 Bintang,  tapi alhamdulillah kenyang. Pagi tu kami pergi Tanah Abang. Memang macam GM Klang, tapi lagi dasyat. Kami jalan2 je sebab time tu tak banyak kedai yang bukak. Then kami ambik grab pergi Pasar Mayestik (mall). Tak payah datang sini pun takpe sebab tak ada pape pun. Then kami ronda di kawasan sekitar. mengikut kata pemandu Grab, bukan Feb adalah musim hujan. Memang sepanjang kat sana, hujan je. Kami naik bas nak pergi Tugu Monas. Gigih gile kan. Hahaha. Pastu kami pergi Museum  Bank.bayaran 5ribu rp. Dalam muzeum ni tak ada apa pun. Macam office zaman lama je. Pengunjung ada la kurang 10 orang. 

Then kami ambik grab sebab kalau nak balik ambik bas, kami kena beli pass. Macam pelik sebab masa nak pergi, ok je bayar pakai cash. Kami nak pergi Tugu Monas, then pakcik grab cakap kat situ tak ada pape pon. Tapi die bawak kami lalu depan Tugu monas je. Aku tengok dari dalam kereta pun  macam azab je tempat tu. Dah la hangat  lit lit. Then uncle tu bawak kami pergi Taman Mini Indah Indonesia. Nak masuk kena bayar 25ribu rp. Besar nak mampos taman mini ni. Kami naik kereapi yang macam dalam zoo tu. Bayar 10ribu rp. Then kami pergi makan A&W kat mall mana ntah. Aku ta hingat nama mall tu. Dari Taman Mini nak ke mall tu, kami naik van. 1 kepala  bayar 5ribu rp. Dari mall nak balik Tanah Abang, kami balik  naik grab.


museum bank







belakang tu replika tugu monas



dalam van


best ais krim alpukat

3/2/2020 (mon) - Day 3

So hari ni memang hari untuk shopping. Aku tak shopping banyak pun sebab aku teman orang je. Ke hulu ke hilir, ulang pergi kedai yang sama sampai 2 ke 3 kali. Aku pun tak sure mana kitorang dapat tenaga ni.

Waktu malam, kitorang keluar jalan-jalan. Pastu masuk Salima Mall. Fuhh tempat ni macam segan hidup mati tak  mahu. malam tu kami rehatkan badan je sebab esok dah nak balik, then sebelum balik nak kena repeat masuk Tanah Abang lagi. Hotel kami dekat je dengan Tanah Abang. So memang keje kami ulang alik pergi sana je.





kain cotton batik indon

4/4/2020 (Tue) - Day 4

 Flight kami petang, so dari hotel kami ambil grab. Kami kena gerak awal sebab risau macet. So malam tu aku aku tido rumah member aku. Esok pagi baru gerak balik Manjung.




Monday, January 20, 2020

Percutian ke Singapore


Assalamualaikum,

Short gateaway kali ni aku ke Singapore. Last masuk Singapore 2012 kalau tak silap. itu pun masuk USS. Tapi kali ni aku stay kat Singapore. Frankly speaking, Singapore ni biasa je. Hanya ada beberapa tempat menarik untuk korang pergi. Stay 3 hari 2 malam pun dah cukup. Tak payah lama-lama.







Day 1 - 7/11/19 - Khamis
Naik flight kt ipoh dan turunChangi Airport. At first apsal airport ni macam sunyi je. Airport ni memang besar, tapi macam tak sibuk. Rupanya Singapore ni ade 2 airport. Kalau nak pergi Jewel, kena ambik bas pergi Jewel. Bas free jurrr. Ok before that, mase kat airport, kami beli simkad yg harga SGD 16 dengan tourist pass harga SGD 25 untuk 3 hari. Tourist pass ni tak payah return & bayar deposit. So korang boleh simpan ni kalua nak buat kenang-kenangan. Jewel ni nama shopping mall kat Changi Airport yang besar tu. Dalam ni ade air terjun yang turun dari bmbung. Smpah memang rare dana k memang jakn tengok benda-benda macam ni.
Kat sini aku dengan Anis spend time dalam sejam jugak la. Then kitorang decide nak pergi Sentosa Island. Korang boleh naik MRT atau bas. Google je senang sebab public transport kat sini memang efficient nak MAM***. Lagi satu, stesen MRT kat sini dalam mall. Bersambung-sambung. Korang boleh gunakan tourist pass ni sebab unlimited for 3 days. Korang touch je. Cuma masa nak masuk Sentosa Islang ni, kena naik monorail & kena bayar tiket SGD 4. Kat sentosa Island ni ade USS, Aquaria, pastu ape benda ntah lagi. Masa aku sampai,memang matahari atas kepala. Panas gile!!!. Disebabkan factor umur, kitorang jalan sikit-sikit je dan selebihnya duduk melepak. So dalam petang kitorang baru gerak check in hotel. Kitorang stay kat Mandarin Marina Hotel.
Lepas bersihkan diri, kitorang pergi Haji Lane pulak. Perut lapar kot. Last makan masa dalam flight je. Kat Haji Lane, kitorang makan Murtabak Zam-Zam  yang femes tu. Dalam masa yang sama aku order Nasi  Goreng Merah. Bila sampai, nasik tu memang merah, tapi rase macam nasi goring vegeeee je. Perencah langsung tak hade. Murtabak harga SGD 5 & Nasi Goreng Merah SGD 5. Then kitorang pergi jalan-jalan di kawasan sekitar. Sempat la beli sikit coklat. Dari Hj Lane nak ke hotel, boleh je jalan kaki. Tapi memang lunyai la lepas tu.




Baju tersama kkaler la pulek






Dalam airport ada hutan dengan air terjun. Jakun sekejap













Sentosa Island





Nasi Goreng Merah aka Nasi Vegie






Murtabak Zam Zam 






Day 2 – 8/11/19 - Jumaat
Kami plan pergi Mustafa Mall. Mustafa Mll ni femes sebab harga barang kat sini murah. Mall ni terletak kat kawasan Little India. Bangunan kat sini pun macam bangunan lama. Kat Mall ni aku shopping coklat je sebab ramai orang cakap coklat kat sini murah!!! Serius memang murah. Dari Mustafa Mall, kami pergi ke Hj Lane lagi sekali. Kali ni kami pergi shopping souvenir sikit. Ade satu cerita tak best pasal souvenir. Aku beli t-shirt untuk diri sendiri. After a few days baru terasa nak tengok baju tu sebab aku tak bukak pun packing baju tu. Bile bukak sekali saiz budak kecik!!!!! Aku tak tau nak nangis ke gelak. Ini untuk pengajaran sama-sama. Next time sila bukak packaging baju masa dalam kedai hokey. Untuk lunch kami makan dekat Restoran Maimunah. Aku makan lontong. Sumpah sedap dan portion die pun banyak. Then tak tau nak buat ape, kami pun decide balik hotel untuk berehat. Dalam tengahari macam tu kami keluar untuk pergi DNA bridge, Olympic Walk, Merlion. Olympic walk tu betul2 menyiksa jiwa raga sebab sumpah its a long way to Merlion. Orang cakap Merlion tu ade 9 ke 10. Cukup la aku dapat 1. Tak kuase nak cari lagi 8. Waktu malam baru kami keluar balik untuk cari makan. Kami beli frozen food kat 7e jurr.. Sambil lepak tepi laut sambal makan. Kebetulan malam tu macam ade showcase kumpulan indi. Kumpulan dari Indonesia. Layan je la. Then kitorang pergi Marina Bay. Tengok pemandangan waktu malam. Mmm… Macam boring. Lepas dah tak tau nak buat ape, kami jalan kaki balik hotel. Tragedi tak diingini telah berlaku. Jari kaki aku melecet!!! Sumpah sakit woi. Habis la aku, esok  nak kena jalan kaki lagi. Ok esok baru pikir.




Mustafa Centre (coklat murah yang tak berapa nak murah)




Haji Lane





the best Lontong






cupcake mahal























Merlion







layan showcase Indi










Day 3 – 9/11/19 - Sabtu
Pagi ni kitorang check out awal sebab aku dengan Anis naik flight dari Senai, Johor ke Ipoh. Asmah pulak direct  naik dari Changi Airport. Kitorang kena hadap imigresen lagi. Berebut bas lagi. Hadap jem lagi. Dah la tunggu bas nak pergi Johor berejam. Rasa nak mengamuk. Dah la dengan kaki melecet lagi. Jalan laju sangat sampai x rase sakit. Dengan escalator kat imigresen Johor rosak. Dah kena panjat tangga. Ok memang tragis. Ok rasa lega sikit sebab dapat kejar bas nak per Senai on time. Atas bas, lembik uols, masa tu baru rasa sakit jari yang melecet. Argghhh,, sumpah sakit. Sempat jugak aku lelap. Masa nak turun bas tu, memang azab gile. Dengan kaki aku tiba-tiba bengkak!! Atas flight, aku sempat la tido, dan kaki aku sumpah sakit dan kaki aku bengkak dengan teruknya. Adik aku pick up aku. Berakhirlah percutian tragis aku ke Singapore.